by DUK on Tue Jul 31, 2007 7:47 pm
System monorail sememang nya baik bagi memudahkan warga kota serta pengunjung bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di bandaraya ini. Buat masa ini, belum ada lagi pengangkutan khas yang boleh membawa penumpang dari satu lokasi ke lokasi yang lain selain dari perkhidmatan Teksi.
System monorail ini boleh lah beroperasi dalam lingkungan bandaraya seperti Sembulan, Tanjung Aru, Kepayan, Petagas, Putatan, Lido, Luyang, Inanam, Telipuk, Menggatal, Indah Permai, UMS, Putra Jaya, Likas dan Bandaraya.
Ini akan mengurangkan penggunaan bus mini yang mana kita sendiri tahu disewakan oleh pemilik tempatan kepada warga asing untuk dikendalikan. Pengujudan Monorail ini juga boleh mengurangkan kesesakan jalan pada waktu puncak seperti yang berlaku sekarang.
Walau bagai mana pun, saya lebih suka jika kerajaan menaik taraf system KNS dan melebarkan perjalanan nya sehingga menglilingi Sabah.
Satu lagi yang saya dapat tahu adalah pembinaan jambatan penghubung diantara Sabah – Labuan yang sedang dalam proses kelulusan bajet. Diharap semua ini akan menjadi kenyataan.