ASAL USUL KARAMBUNAI

Info tempatan, berita, happening, program bagus, komen, komplain tentang tempat/daerah kamurang.

Moderator: Moderators

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Mon Jun 21, 2010 11:20 am

Penjaga Gunung

Hai cucu BESI KARUSANI, kenyataan mu tidak menepati pada sejarah asas sebenar-benarnya. Cucu hanya mendengar dari cerita-cerita datuk nenek kamu sahaja, tetapi ketepatannya tidak nyata.

Pada awalnya kerajaan Brunei telah lebih awal wujud sejak zaman 400 Masihi lagi sampailah ke zaman Sang Aji. Ketika itu Sang Aji tidak ada mendapat anak. Pada suatu ketika itu, sedang Sang Aji duduk diluar istananya, ia ternampak sebiji telur yang besar lalu dibawanya masuk ke dalam istananya. Pada malam itu telur tersebut pun memecah dan menetas, maka terkeluarlah seorang anak lelaki yang gagah, samada cerita ini dongeng atau fakta sejarah, ia tercatit dalam buku sejarah awal Brunei.

Tidak begitu lama, isteri Sang Aji pun melahirkanlah anak perempuan dan apabila besar mereka kahwinkanlah anak perempuan mereka itu dengan Putera Dewa Telur tersebut. Apabila isteri Dewa Telur iaitu anak perempuan Sang Aji tersebut telah mengandung, Putera Dewa Telur tersebut pergi berburu untuk mendapatkan daging tembadau. Sampailah Putera Dewa tersebut memasuki 13 buah kampung dan 13 orang juga anak ketua kampung yang dikahwininya.

Anak Sang Aji yang berkahwin dengan Putera Dewa Telur itupun melahirkanlah anak lelaki yang diberi nama Ag Alak Betatar dan 13 isteri yang dikahwinkan oleh Putera Dewa itu pun melahirkan anak-anak mereka termasuk Patih Merbai yang bergelar Raja Ahmad iaitu Sultan Brunei ke-2.

Awang Alak Betatar berkahwin dengan Puteri Johor lama. Beliau bergelar Sultan Mahmud Shah Sultan Brunei pertama dan memeluk Islam. Pada hakikatnya tidak dinafikan bahawa mengikut cerita awal dan asal bahawa suku kaum murut dan bisaya itulah yang asalnya Awang Alak Betatar tapi apabila ia sudah menaiki takhta maka jadilah kaum Brunei dan anak cucu mereka berkahwinlah dengan anak raja cina dan keturunan Nabi Muhammad. Maka jadilah ia pengiran-pengiran yang memerintah pulau Borneo ini. Tidak perlu kamu persoalkan kedudukan peribumi ini, kenyataannya telah jelas mengikut fakta sejarah asal dan perkembangan kemajuan secara berperingkat-peringkat dari awalnya kerajaan Brunei sehinggalah Sabah ini merdeka dalam Malaysia.

Nenek mengulas kenyataan cucu BESI KURSANI ini bukanlah nenek nak campur mulut tetapi demi kaum dan keturunan kamu semua. Jangan menghina pengiran-pengiran dahulu kerana hasil daripada perkahwinan campur itulah lahirnya pengiran-pengiran tersebut. Maafkanlah nenek, demi membetulkan fakta mulut kamu.
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Mon Jun 21, 2010 6:34 pm

Memang nyata tercatit semasa Queen memerintah di Sabah dan Pulau Labuan, dimana kerajaan British mengakui Sabah millik Kesultanan atau constituation sendiri, cuma cucu BESI KARUSANI yang tak faham, Queen mengiktiraf Sabah milik kesultanan Brunei sebenarnya berdasarkan kepada perjanjian Sultan Abd Momin Sultan Brunei ke-24 dengan Born de Over Back bertarikh 29.12.1877 dengan kadar sewa sebanyak $15, 000 setahun tidak termasuk negeri Padas Damit dan negeri wilayah Karambunai. Bukan Brunei tak tuntut Sabah, warisan kesultanan Brunei silam ada dalam Sabah. Kita harus menghormati negara jiran dan sahabat demi umat Islam dan rakyat sekalian.
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Besi_Karusani » Mon Jun 21, 2010 8:30 pm

Salam satu karambunai,

Kata orang, lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Ada juga orang mengatakan, kalau tiada dahulu, manakan ada sekarang. Saya akui, maklumat hina dan kecil ini saya perolehi daripada nenek moyang saya yang telah sekian lama menyimpan rahsia berkenaan hal-hal kesultanan pulau ini. Tujuan sebenar mereka hanya Allah ta'ala sahaja yang mengetahuinya. Tapi, adakah hanya satu maklumat sahaja yang tepat dan adakah maklumat yang juga hasil tulisan nenek-moyang yang empunya cerita hanya satu-satunya maklumat yang sahih. Ini bukannya Kitabullah yakni AlQuran. Cerita ada pelbagai versi dan setiap versi menjelaskan ketamadunan masing-masing dan ia tidak saling bertembung antara satu dengan yang lain. Jika pihak pengiran-pengiran mempunyai kisah-kisah yang diyakini benar, maka pihak 'Bisaya kingdom' juga mempunyai kisah-kisahnya tersendiri.

Baiklah, barunah atau barunai yang dinamakan oleh sultan ahmad shah telah wujud sekitar 400 masihi, ada bukti kah yang menyokong fakta tersebut? Tapi kalau saya katakan 'Bisaya kingdom' telah wujud sekitar abad ke-9 masihi, maka perlukah saya mengemukakan bukti. Memang setiap fakta perlu pembuktian dan bukti yang kukuh ialah; saya dapati, bangsa Bisaya masih wujud dan ada sebilangan besar manusia yang mengaku sebagai Bisaya di pulau ini dan yang terbanyak ialah di kepulauan Cebu dan Visaya. Kenapa wujud etnik bisaya yang sebegitu ramai? Barunai ada bangsa bisaya, sarawak ada bangsa bisaya, sabah ada bangsa bisaya dan jumlahnya dalam beberapa puluh ribu. Tetapi penduduk bisaya yang berada di kepulauan Cebu dan Visaya mencecah 100 juta orang. Apakah fakta kewujudan 'Bisaya kingdom' masih dipertikaikan lagi? Saya tidak pro kepada orang bisaya dan saya tidak berminat untuk mengenali mereka, tetapi ini boleh dijadikan asas kepada pengkajian peradaban penduduk peribumi sabah yang suatu ketika dahulu bernaung dibawah kerajaan yang amat berpengaruh dan pengaruhnya yang masih tinggal tetap kekal. Pada saya, kerajaan yang wujud sekarang adalah serpihan daripada kerajaan lama sabah yang mempunyai peradaban yang tinggi dan mampu melahirkan ketamadunan yang tinggi kerana sehingga kini, bukti ketamadunan yang tinggi dikalangan penduduk sabah khususnya ialah perasaan toleransi dan saling memahami antara satu dengan yang lain yang tidak ada ditempat lain dan ia juga menjadi model Satu Malaysia.

Hak pengiran-pengiran memang tidak pernah saya nafikan, tetapi menjadikan bumi tanah tumpah darah sendiri sebagai percaturan untuk mengklaim bahawa si anu berhak dan si anu berkuasa amat menjelekkan mata kepalaku ini. Kenapa selama ini penduduk sabah tidak kisah akan pewarisan sebarang kawasan di sabah ini dan hanya berdiam diri sahaja. Ini kerana , apabila keputusan sebulat suara penghulu-penghulu di sabah ini untuk memperjuangkan kemerdekaan dan membentuk negara sendiri disepakati, maka tidak timbul lagi kisah siapa yang pernah memerintah siapa, kerana semuanya akur untuk meluluskan keputusan kepimpinan untuk menyertai Malaysia pada tahun 1962-63. Amat menjengkelkan apabila setelah bernaung di bawah Malaysia, tiba-tiba wujud manusia yang tamak dan rakus menjadikan bumi Sabah sebagai medan penuntutan bagi menghalalkan perbuatan mereka yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri. Saya tidak mahu ikut campur kes penuntutan karambunai, tetapi sebagai peribumi Sabah saya sayangkan setiap inci tanah dibumi ini dan sanggup berjuang untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh orang asing.
Ini forum juga tentang sabah, saya baru join...

http://sabahminda-kitani.forumotion.net/forum.htm
Besi_Karusani
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 186
Joined: Sat Jan 09, 2010 8:32 pm
Credit in hand: 39.67

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Tue Jun 22, 2010 11:26 am

PenjagaGKinabalu wrote:Walaikumsalam cucu…..pendapat mu tue terang-terang inda betul..kalau cucu Tanya pada kamus Brunei tentu cucu kena marah :mad2: :hammer2: kerana c Awang Damit tue tak berhak untuk menuntut di Padas Damit. Cucu nie betul-betul tak tahu akan sejarah negeri sabah tue.. :hmmm:

Padas Damit tue adalah milik Raja Padas iaitu Pg. Shahbandar Hassan, bukan ada hubung kait dengan Pg. Shahbandar Mohd Salleh. Pg Shahbandar Hassan meninggal dunia di Tanah Suci dan ahli warisnya ada di Brunei nie……..Pg. Shahbandar Hassan orangnya bukanlah Shahbandar Mohd Salleh.. Shahbanar Mohd Salleh nie sepupu 2x kepada Pg. Siti Fatimah kerana Pg. Jalaluddin tue sepupu dengan ibu Shahbandar Mohd salleh iaitu Pg. Siti Lauyah dan isteri Pg Abd Rauf tue iaitu Pg. Jamilah atu adik beradik dengan Dato Shahbandar Mohd salleh iaitu yang bernama Pg. Indera Mahkota Mohd Salleh, gabenor Sarawak yang pertama. kerana Pg. Indera Mahkota ini dengan Pg. Jamilah anak kepada Pg. Syarmuda Pg. Saifuddin.

Salasilah Pg. Abd Rauf memang telah diakui oleh kamus Brunei dan telah ditandatangani pada 17 Mac 2008 salasilah keturunan pengiran-pengiran di Karambunai…….cuba cucu lihat dalam salasilah tueee….sampai kepada Pg. Siti Fatimah putuskan??!! Ia bersambung dengan salasilah c Awang Damit kerana semua dari keturunan Sultan Hakul Mubin dan Sultan Muhayuddin. Salasilah c Awang Damit diterbitkan di Pusat Sejarah Brunei ni pada 06 Jun 2007. Cucu masih kurang tahu sejarah dan kurang tahu tentang salasilah keturunan :slaugh: . Di Sabah baru 5 keturunan sahaja yang di tandatangani oleh kamus Brunei nie..jadi janganlah cucu salah faham. Kitani masuk dalam Sabah Forum ni bukan untuk di tayang..tapi supaya masyarakat faham dan tahu cerita sebenar…bukan untuk cerita mulut sahaja..kalau cucu sudah dapat salinan salasilah keturunan pengiran-pengiran di Karambunai baru kamu cantumkan dengan salasilah c Awang Damit….baru cucu tahu ceritanya dan salasilah pengiran-pengiran di Karambunai tue di tandatangani oleh kamus Brunei ni untuk buktikan kepada keturunan S. Osman aja…bukan untuk orang lain.

Pasal legenda Karambunai tue…..tak payahlah cucu ceritakan kepunyaan siapa..cuba cucu rujuk sabah forum pada 05 Jun 2010, sabtu jam 1.57pm…ada nenek cerita dulu dan cucu harus faham tentang knoteks PERKAHWINAN …barulah kita faham tentang warisnya..semua Trety tue ada pada nenek nie….yang tulen lagi….termasuklah Trety Padas Damit dan negeri Sabah serta perjanjian BNBC dengan Suluk….cucu tak payah cerita pada nenek. kamus Brunei pun ada simpan salinannya tapi yang asal ada pada nenek nie…

Janganlah cucu terlampau berkelakar :lolrf: ..yang terekod dalam buku catitan orang putih di Arkib Sabah…Pg. Shahbandar saja yang berpejabat di Mengkabong tue… soal kedudukan Pg. Abd Rauf Ibni Pg. Abd Rajit tue memanglah ia mewarisi daripada pusaka Pg. Anak Fatimah Ibni Pg. Temenggung Abd Rauf hasil perkahwinan dengan Pg. Anak Putri Babau,…tetapi telah turun sampai Pg. Siti Fatimah dan seterusnya kepada Pg. Siti Hamidah Pg. Mohd Salleh dan Pg. Siti Hapsah Pg Mohd Salleh… inilah yang diistilahkan dalam waris konteks PERKAHWINAN.

Memang Pehin tue sudah sampai ke Karambunai dan menziarahi makam-makam di Karambunai tue termasuklah makam Pg. Jalaluddin yang meninggal pada 1916…begitu juga makam Pg. Siti Fatimah yang meninggal pada 1947.. sebelum Pg. Jalaluddin meninggal dunia dan begitu juga Pg. Siti Fatiimah, mereka telah meninggalkan surat kuasa dan wasiat kepada anak-anak yang diberikannya mandat. Inda payah tah cucu cerita semua nie ..ada pada nenek. Pehin pun pernah berjumpa Pg. Siti Hapsah. Semasa Pg. Siti Hapsah masih hidup, ia juga tahu tentang anak angkatnya Alimah Datu Hussain atu. Kebanyakan kerabat kitani dulunya hanya boleh berkahwin dengan ahli kerabat sahaja.

Pasal Pehin atu, baru-baru ani ia mendapat rawatan di hospital. Sakit-sakit sikit aja tapi alhamdulilah sekarang ani sihat banar orang tua tue. Mudah-mudahan ia sentiasa sihat hendaknya.. amin,..
Pasal bukti Alimah dan c kembar atu inda payah kita cakap biar tah ia dibuktikan di Mahkamah. Tapi nenek tahu apa yang terekod dalam Pusat Sejarah Brunei. Bahan-bahan bukti ani ada pada nenek tapi nanti c Awang Damit minta sama nenek, nenek akan bagi padanya untuk kebenaran.

Nenek maw cakap pasal LIDAH HITAM, yang berlidah hitam dulu…. Hanya arwah Tun Mustapa sahaja tetapi Tun Mustapa tue bukanlah anak kepada Paduka Mat Salleh. Paduka Mat Salleh nama sebenarnya Dato’ Sharif Abdul Rashid anak kepada Dato’ Sharif Muhammad Salleh dan ibunya bernama Pg. Siti Aisah, adik-beradik kepada Pg. Jalaluddin. Tun Mustapa dan Paduka Mat Salleh tu dari keturunan Sultan Bungsu darah daging Kesultanan Brunei dulu tetapi ia di Suluk. Tidak ada lagi yang bernama Pg. Mohd Salleh di Karambunai tue… hanya Pg. Shahbandar Muhammad Salleh Ibni Raja Abd Sallam sahaja yang bernama Pg. Mohd Salleh.

Sekarang ani nenek di Brunei nie. Di brunei nie banyak berita panas tapi nenek tidak boleh cerita. Biar tah kamu dengar sendiri. Bukan pasal cerita sabah dan Karambunai. Klah nenek maw solat dulu… ;-)




Salam nenek PenjagaGKinabalu, mudah2an biskita atu sihat jua hendaknya...tau tah karang ani, hujan labat jua ari-ari! Jadi nenek di gunung atu bisai-bisai mun bejalan, maklum tah umur biskita atu, mun inda hati2, capat damam!!! :slaugh: Ani lagi karang ani musim penyakit damam selisma antah apa-apa! Pakai baju panas tabal-tabal eh...supaya inda masuk angin kus-kus nya P. Ramleee!!!!
Bebalik kitani arah cerita Panas Damit atu nek..yang banarnya adaku 'teliat' satu dokumen yang menyatakan perjanjian antara Pengiran Shahbandar dengan urang putih bah nek! Indada dinyatakan siapa shahbandar atu dengan jelas..inda jua Shahbandar Salleh, inda jua Shahbandar Hassan, tapi yang jelas bukan Shahbandar Resort di Tuaran atu :slaugh: Ada jua sumber2 menyatakan kediaku ani yang c Ag damit atu kunun ada bagas bejumpa YB Pehin tapi nya Pehin ia kan menuntut di Membakut atu..Wuallahualam!
Tentang bangsa Brunei di Sabah ani nek apa bulih buat! Kami anak cucu ani inda jua senjaga jadi camani yang nya kita jadi pelarian di negeri sendiri! Yang banarnya nek, sudah ku membali rumah dan tanah sekangkang kera jadi insyallah inda tah jua jadi pelarian!
Kediaku ani nek mengakui jua ada kebenaran cerita biskita tentang sejarah Brunei dan Karambunai atu nek..cuma terus tarang aku katakan nek, mun pasal c Ag Damit atu, inda pulang aku bersetuju!!!! Kenapa aku bepadah arah kita camatu sebab bagi ku c Ag Damit atu mun kan menuntut Karambunai atu abis pupus dulu keturunan Pg siti Aisah, Pg Abdullah dan Pengiran Jalaluddin di muka bumi ani, baru tah ia masuk menuntut Karambunai atu nek! Dan buat pengetahuan nenek ketiga-tiga cucu cicit keturunan ani sudah puas berhempas pulas mahu mempertahankan Karambunai atu tapi jadi ' mainan' urang pulitik dan mahkamah urang Islam atu sendiri nek! Tapi insyallah, satu masa nenek akan liat jua durang ani berdiri! Buat pengetahuan nenek, yang banarnya anak cucu pg jalaluddin dan Pg Abdullah atu inda pulang kanal arah c Ag Damit atu dan ia atu inda pernah seumur idup menziarahi anak cucu Pg Abdul rauf atu. Mana jua bisidia atu inda marah!!
Nanti tah mun aku ani menziarahi lagi makam diraja di Brunei atu, biskita ada di Brunei atu, nenek atu jangan lupa benlanja cendol ais arahku..aku kan bekeraja dulu ani nek! Assalamualaikum wbt!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Tue Jun 22, 2010 11:28 am

Apa yang nenek terangkan ini adalah berdasarkan kepada fakta yang sebenar. Dari apa yang teractit dalam sejarah Brunei atau Malaysia dan fakta ini juga tersimpan di British dan negara China serta Belanda. Kalau cucu mahu buktikan, buatlah untuk keturunan mu…. Buktikanlah Raja mu, buat apa mengulas bahan yang telah menjadi khazanah negara Malaysia atau Brunei kerana kenyataan ini sudah menajdi releven.
:hammer2:
Tak perlu bangkit soal bisaya, bisayakah, bruneikah sama juga ia dari keturunan Ag Alak Betatar. Soal BISAYA dan VISAYA itupun kalau di mahkamah sudah berbeza bunyinya. Satu guna “B” dan satu guna “V”. Yang “B” Islam dan yang “V” bukan Islam. Ini sudah berbeza dan berlain negeri. Kalau mengikut percakapan orang Brunei “BISAI ORANG ATU” ertinya lawa. Jadi perkataan BISAYA tu juga adalah kumpulan suku kaum Brunei dahulunya. Tak perlulah cerita yang tak releven k?? :grin:
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Besi_Karusani » Tue Jun 22, 2010 4:43 pm

Salam satu karambunai,

Baru-baru ini kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa sejarah kesultanan Melaka atau Malaka bermula seawal kurun ke-12. Ini telah dibuktikan semual bahawa melalui penceritaan hikayat atau dongen 'Sula Latus Salatin', menyatakan Melaka wujud lebih awal daripada catatan penjajah iaitu sekitar 1390 - 1405 Masihi. Ok, kalau semua sejarah telah dimeteri daripada diubah dan kedua-dua negara bersetuju bahawa sejarah telah disahkan, kenapa sejarah Melaka boleh diubah? Sedangkan menurut nenek neknak penjaga gunung cinabalu barunai wujud lebih awal daripada itu iaitu kurun ke-4. Tapi tidak ada bukti bertulis seperti 'Sula Latus Salatin' ini yang jelas menyebut Melaka. Apa hikayat dongeng yang neknak pegang sekarang tentang kewujudan barunai? Kalau menurut penulisan dari negara china, raja yang pertama sekali menghantar ufti dan watikah ke china yang ditulis diatas kertas yang unik.

In the year 977, we are told, Hianzta, king of Puni, sent envoys to China, who presented tribute with the following words: "May the emperor live thousands and tens of thousands of years, and may he not disapprove of the poor civilities of my little country." The envoys presented a letter from the king. This was written on' what looked like the very thin bark of a tree; it was glossy, slightly green, several feet long, and somewhat broader than one inch; the characters in which it was written were small, and had to be read horizontally. In all these particulars the letter resembled the books of magic which are still written by the Battas of inland Sumatra. The message ran: "The king of Puni, called Hianzta, prostrates himself before the most august emperor, and hopes that the emperor may live ten thousands of years. I have now sent envoys to carry tribute; I knew before that there was an emperor, but I had no means of communication. Recently there was a merchant called Pu Lu, whose ship arrived at the mouth of my river; I sent a man to invite him to my place, and he told me that he came from China. The people of my country were much delighted at this, and preparing a ship, asked this stranger to guide them to the court. The envoys I have sent only wish to see Your Majesty in peace, and I intend to send people with tribute every year. But when I do so I fear that my ships may occasionally be blown to Champa, and I therefore hope Your Majesty will send an edict to that country with orders that, if a ship of Hianzta arrives there, it must not be detained. My country has no other articles, and I pray Your Majesty not to be angry with me." The envoys were entertained and sent home with presents.

How early the Arab doctrines were taught in Barunai is impossible to state with any precision. Local tradition ascribes their introduction to the renowned Awang Alak Betatar, afterwards known as Sultan Mohammad Shah. Like most of his subjects this warrior was a Bisaya, and in early life he was not a Mohammedan, not indeed a civilised potentate at all, to judge by conventional standards; for the chief mark of his royal dignity was an immense chawat, or loin-cloth, escorted by eighty men, forty in front and forty behind. He is the earliest monarch of whom the present Barunais have any knowledge, a fact to be accounted for partly by the brilliance of his exploits, partly by the introduction about that time of Arabic writing.


:puke:
Ini forum juga tentang sabah, saya baru join...

http://sabahminda-kitani.forumotion.net/forum.htm
Besi_Karusani
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 186
Joined: Sat Jan 09, 2010 8:32 pm
Credit in hand: 39.67

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Thu Jun 24, 2010 12:45 pm

Cucu :hammer2: BESI KARUSANI,

Satu pekerjaan yang agak rumit dilakukan ialah untuk menemui kesan-kesan sejarah di negeri kita ini dan di Asia Tenggara umumnya. Para arkeologi yang banyak menemui kesan-kesan kebudayaan dan tamadun dunia seperti yang didapati di negeri China dan Mesir akan menemui banyak kebuntuan untuk mendapat bahan-bahan yang serupa di kawasan kita sebelah sini.

Selain dari Borobudur tidak ada lain yang begitu menarik perhatian para arkeologi untuk mengesan keagungan sejarah-sejarah lama di Asia Tenggara ini, penujuan khas untuk negeri-negeri di Alam Melayu. :tounge: Sekarang menjadi tanda tanya kepada kita apakah dengan kurangnya bahan-bahan yang diperolehi oleh para arkeologi itu di kawasan kita sebelah sini, kita dengan sewenang-wenangnya saja mengambil kesempatan yang keagungan Kerajaan Lama kita hanyalah sebagai impian sahaja? Apakah keagungan pemerintahn Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Brunei Tua itu tidak menghasilkan kebudayaan sempurna jika pun tidak bertamadun? Tetapi setelah kita mengkaji dari segi sejarah dan keadaan alam kita, maka kita akan mendapati yang hampir keseluruhan negeri-negeri di Alam Melayu ini adalah berasaskan “WOOD AND BAMBOO CULTURE”.

Walau bagaimanapun, besar dan kuatnya sekalipun sesebuah kerajaan dan negeri itu, jika fizikal negeri itu bersifat “WOOD AND BAMBOO CULTURE”, sudah tentu kita tidak boleh berharap sangat untuk mendapat kesan-kesan gemilang sejarah negeri itu. Berdasarkan dengan faktor ini, tidaklah menghairankan jika kita hingga sekarang ini belum pun mendapati kesan-kesan dan bukti-bukti yang konkrit mengenai Punai, pusat Kerajaan Brunei Tua itu. Setelah Kerajaan Brunei Tua yang berpusat di Puni itu berpindah ke Kota Batu semasa Pemerintahan Awang Alak Betatar ( Sultan Muhammad I- Raja Islam ) yang memerintah kira-kira dalam tahun 1405-1415 masihi. Puni pun sudah tidak popular lagi. Jarang sekali ahli sejarah menyebut atau mempersoalkan tentang negeri Puni atau kerajaan Puni ini. Apa yang kita ketahui mengenainya adalah datangnya dari cerita orang-orang tua yang mendapatnya pula dari orang-orang hidup lebih awal dari mereka. Kesamaran pengetahuan kita tentang Kerajaan Puni ini adalah sangat-sangat menyedihkan. Tetapi walau bagaimanapun, dari sumber-sumber luaran yang kebanyakannya dari tawarikh-tawarikh China dan kitab-kitab lama mereka, dapatlah juga kita serba sedikit panduan untuk mengesannya.

Mengikut buku SEJARAH BRUNEI yang disusun oleh dua serangkai Yura Halim dan Jamil Umar, Kerajaan Puni pernah menghantar ufti yang berupa kapur barus ke negeri China. Mengikut kenyataan itu lagi, sejak 1405 ( mungkin lebih awal lagi dari tarikh ini), kerajaan Puni sentiasa menghantar kapur barus ke negeri China. Sejarah Kerajaan Puni dan perhubungannya dengan negeri China itu yang terdapat di bahagian awal buku ini adalah juga banyak mendapat ilham dari kitab-kitab atau tawarikh China.

Persahabatan Kerajaan Puni dengan China atau sekurang-kurangnya pengaruh China sudah sememangnya lama terjalin. Dengan terjumpanya wang lama China di Kuala Sungai Sarawak yang wang itu terpakai kira-kira 600 sebelum Masihi menunjukkan betapa lamanya pengaruh China itu sudah bertapak di Alam Melayu ini. Tidaklah dapat ditentukan tarikh kedatangan orang-orang China ke Pulau Brunei (Borneo), yang dikenal pada masa itu sebagai Puni, tetapi banyak bahan-bahan yang boleh didapati mengenai negeri Puni ini dari orang-orang China yang pernah menuliskannya dalam kitab-kitab lama dan tawarikh mereka.

Di dalam buku lama China Hsin T’ang Shu ada tercatat mengenai sebuah negeri yang bernama Polo. Walaupun tidak ada kenyataan-kenyataan yang lebih konkrit mengenai negeri ini tetapi kebanyakan ahli Ilmu Alam China (CHINESE GEOGRAPHERS) bersetuju yang Polo adalah Pulau Brunei (Borneo). Disebut juga bahawa Polo adalah terletak di bahagian utara dari Pulau yang dimaksudkan ( Pulau Brunei) dan keseluruhan nama Pulau itu adalah mendapat nama darinya. Dinyatakan juga bahawa Polo pernah menghantar perutusan (Mungkin ufti) ke negeri China dalam tahun 622, 669 dan 711 Masihi. Dari kenyataan diatas jelaslah kepada kita Polo yang dimaksudkan itu tidak lain dari negeri Puni. Dan kebetulan pula yang negeri Puni terletak di bahagian Utara pantai Pulau Brunei (borneo) dan mengikut sejarah, kerajaan Puni memang pernah menghantar Ufti ke negeri China.

Satu hal yang menarik dari kenyataan itu ialah tentang perakuan para ahli Ilmu Alam China itu yang mempersetujui yang Polo itu adalah Pulau Brunei (Borneo). Tentang kedudukan Polo itu seperti yang disebut dalam Hsin T’ang Shu adalah di bahagian Utara dari pulau yang dimaksudkan. Dalam hal ini kebetulan pula yang Puni, pusat kerajaan Brunei Tua memanglah terletak di Bahgian Utara pantai Pulau Brunei (Borneo) walaupun ianya tidak betul-betul terletak di tepi pantai.

Mengikut Tan Seok Yeong, selepas hilangnya nama Polo, Poni telah disebut buat pertama kalinya dalam kesusasteraan China Sung-Shih. Di dalam Tai-Ping Huan Yu Chi, oleh Yeo Shih, Puni di baca PO NI KUO. Perkataan “KUO” selepas Poni itu adalah bererti pemerintahan beraja atau negeri. Dan dalam beberapa buah buku China lainnya, P’oli ada juga disebut. Dan P’oli ini akan diperbincangkan dalam huraian selanjutnya. Walaubagaimanapun, mengikut Charignon, perkataan Poni dan P’oli adalah sama dari sudut filoloji.

Pendapat lain ada juga menyebut yang P’oli itu bukanlah Pulau Brunei (borneo) tetapi Bali. Pendapat lain yang diutarakan oleh Brestchneider itu adalah berdasarkan seperti apa yang terdapat dalam Hsin T’ang Shu yang mencatatkan bahawa p’oli juga disebut Mali. Tetapi pendapat beliau ini kurang memuaskan jika ditinjau dari segi keluasan negeri P’oli yang dimaksudkan itu. P’oli mengikut Liang Shu mempunyai keluasan lima puluh hari perjalanan dari Timur ke Barat dan perjalanan dua puluh hari dari Utara ke selatan. (perjalanan yang dimaksudkan disini besar kemungkinannya secara jalan laut kerana mengikuti jalan darat pada waktu itu agak sukar dilakukan). Mengikut keterangan itu lagi, P’oli terletak di Tenggara Canton. Dan kenyataan itu menambah, terdapat sebanyak 13 buah kampong di P’oli. Memandangkan pada keluasan P’oli seperti yang telah digambarkan itu, ianya lebih mirip kepada Pulau Brunei ( Borneo) mempunyai keluasan sebanyak 286,971 persegi batu sedangkan Pulau Bali hanya berkeluasan 2,095persegi batu.

Nanti kita sambung cerita lagi ok?? Nenek rehat dulu…
:tounge:
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Besi_Karusani » Thu Jun 24, 2010 3:53 pm

Salam neknak,

Kenapa pula dikaji peradaban kita berdasarkan cakap orang yang kerajaan dahulukala berasaska kayu dan bambu. Malas aku hendak mengulas lanjut, tapi pernah terfikir kenapa saban tahun ada sahaja kumpulan manusia menemui harta karun dibawah tanah? Harta karun yan ditemui bukannya calang-calang, tapi berupa kelengkapan perntadbiran kerajaan yang tidak diketahui usia. Bukan harta jepun. Tahu dimana harta-harat tersebut biasanya ditemui? Pada kawasan berbukit, berhampiran pantai dan mempunyai gua-gua yang seperti dipahat manusia. Maksud saya disini, nenek moyang saya berceita, kerajaan Bisaya atau barunai tua sebenarnya berpusat dibawah tanah. Ada faham. 'Allah hulaaillaha illa hual haiyul qoiyum', Ini cop mohor yang terdapat pada kerajaan Bisaya dahulu dan saya pernah memegangnya. :blabla:
Ini forum juga tentang sabah, saya baru join...

http://sabahminda-kitani.forumotion.net/forum.htm
Besi_Karusani
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 186
Joined: Sat Jan 09, 2010 8:32 pm
Credit in hand: 39.67

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Fri Jun 25, 2010 2:01 pm

Cucu nenek tersayang….. BESI KARUSANI..SAM...

Perkataan yang digunakan nenek itu, mengenai asasnya kayu dan bambu itu adalah perkataan yang dikaji sebelum cucu lahir lagi. Kajian ini dilakukan dalam sekitar tahun 50an, cucu harus faham. Kalau kita bercerita tentang harta karun ini, kebanyakannya dongeng. Tetapi ada kalanya betul.

Di zaman dahulu, memang pusat pentadbiran kerajaan tua itu di dalam gua-gua batu, seperti di Gua mulu. Tetapi adakalanya pusaka lama tersebut itu dicuri atau dirompak oleh orang-orang jahat seperti lanun dan lanun-lanun ini juga manusia yang tahu akan mati, oleh itu mereka pun mencari tempat persembunyian seperti apa yang cucu maksudkan.

Kalau cucu menyakini apa yang cucu katakan betul, buktikan aja..jangan buat khayalan. Ok?? :tounge:


Nenek tahu kamu penggemar harta2 karun. Kalau tidak tentu cucu sudah jadi orang politik… teruskan sahaja usaha cucu… :biggrin:
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Besi_Karusani » Sat Jun 26, 2010 12:35 am

Salam,

Bukan hendak membuktikan secara keseluruhan bahawa bumi sabah ini masih wujud lagi pemilik asalnya dan pembahagian kuasa yang diamalkan oleh golongan pangeran dahulu tidak memperolehi kelulusan daripada pemimpin dari penduduk tempatan. Perjanjian yang dimetarai antara pengeran-pengeran dengan british dahulu pun lebih kepada penyerahan kuasa dan setuju terima terhadap kekuasaan british di bumi ini. Jika tidak dikenakan tekanan sedari awal terhadap kesatuan penduduk tempatan lagi, tentu kedatangan british tidak akan terjadi kerana kerjasama pangeran dengan penjajah dalam perniagaan telah menarik minat penjajah untuk menguasai bumi ini. Sejarah menyebut, bumi sabah mempunyai hasil emas yang banyak dan sekian lama dilombong oleh bangsa asing tetapi hasilnya tetap tidak berkurang. Bermula dengan pelombong dari china, penjajah sepanyol, penjajah belanda, penjajah british dan penjajah jepun semuanya hanya bertujuan mencuri hasil emas sabah. Paduka Mat Salleh pun merebutkan inanam dan sugut sebab emas. Tapi saya tidak percaya Paduka Mat Salleh keturunan Pengiran Aisah sebab pertama dia keturunan bajau binadan dan kedua kenapa dia menyerang pos pangkalan british di pulau gaya kalau dia tahu itu akan menjejaskan kedudukan pangeran anak siti fatimah di karambunai. Semuanya ini adalah plot antara sulu dengan british dan beberapa pangeran yang berniat khianat. :hammer2:
Ini forum juga tentang sabah, saya baru join...

http://sabahminda-kitani.forumotion.net/forum.htm
Besi_Karusani
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 186
Joined: Sat Jan 09, 2010 8:32 pm
Credit in hand: 39.67

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Sat Jun 26, 2010 1:58 am

Besi_Karusani wrote:Salam,

Paduka Mat Salleh pun merebutkan inanam dan sugut sebab emas. Tapi saya tidak percaya Paduka Mat Salleh keturunan Pengiran Aisah sebab pertama dia keturunan bajau binadan dan kedua kenapa dia menyerang pos pangkalan british di pulau gaya kalau dia tahu itu akan menjejaskan kedudukan pangeran anak siti fatimah di karambunai. Semuanya ini adalah plot antara sulu dengan british dan beberapa pangeran yang berniat khianat. :hammer2:


Kalau bukan Pangeran Siti Aisah Ibni Pangeran Abd Rauf itu ibunya, bagaimana mungkin Paduka Mat Salleh itu kuat pengaruhnya dalam kalangan orang-orang Mengkabong dan Inanam. Inanam adalah antara kawasan Pangeran Abdul rauf yang diperolehinya melalui wasiat pakciknya Pangeran Jalaluddin yang seperadian dengan Pangeran Siti Fatimah(tua). Paduka Mat Salleh mempunyai alasan yang kukuh sebenarnya mempertahankan kawasan Inanam kerana Inanam adalah sebahagian sungei tulen anugerah Sultan Brunei kepada keturunan ibunya! Kemungkinan Paduka Mat Salleh tidak berpuas hati dengan Treaty 23 mac 1898 yang dimeterai antara BNBC dengan Pengiran Jalaluddin Ibni Pg Abd Rauf kerana semua kawasan kepunyaan Pangeran Abdul rauf termasuklah Inanam diserahkan kepada British sebagai gantirugi atas kerugian kebakaran oleh paduka Mat Salleh dan pengikut2nya di pulau Gaya kecuali Karambunai! Kebanyakan buku sejarah menyatakan ibu paduka Mat Salleh adalah keturunan Bajau tapi tidak dinyatakan siapa! sebenarnya Ibu Paduka Mat Salleh adalah kerabat Sultan Brunei dan Pengiran Jalaluddin yang membuat perjanjian dengan British itu sebenarnya pak cik kepada Paduka Mat Salleh. Tidak hairan lah jika British menuntut gantirugi kepada Sultan Brunei kerana British mungkin maklum hubungan antara Paduka Mat Salleh dengan kerabat Sultan Brunei ketika itu. Menggatal adalah kawasan Pengeran Mohamad Daud seperadian dengan Pg Abdul Rauf. Apabila semua kawasan Pengiran Abdul Rauf diserahkan tidak ada yang tinggal kecuali Karambunai yang ketika itu didiami oleh Pangeran Besar Abdullah anak beranak dan ayahndanya Pengiran Abdul Rauf Ibni Pangeran Abdul Rajit! Makam Pengiran Besar Abdullah ada di tanah perkuburan Kerabat di Karambunai tetapi makam ayahndanya tidak dapat dipastikan kedudukannya manakala makam Pangeran Jalaluddin adinda kepada Pengiran Besar Abdullah dipercayai lokasinya di Utara Negeri Sabah.
Semasa Paduka Mat Salleh menyerang dan membakar Pulau Gaya, Pengiran Siti Fatimah(muda) anak kepada Pengiran Jalaluddin itu tidak berada di karambunai! Pengiran Jalaluddin itu sendiri pun duduknya di pulau Labuan bukan di Karambunai ketika itu. Hanya selepas kekandanya Pangeran Besar Abdullah terbunuh di Karambunai semasa kekacauan berlaku antara penduduk tempatan dengan British baru lah Pangeran Jalaluddin turun ke Karambunai bersama-sama anak-anak beliau termasuklah Pengiran Siti Fatimah! Wallahualam!

P/S Bagaimana Pengiran Siti Fatimah menjadi Pengiran anak Siti Fatimah ????????:hmmm: Pengiran Siti Fatimah anak kepada Pengiran Jalaluddin tidak memakai gelaran Pengiran anak!!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Besi_Karusani » Sat Jun 26, 2010 10:42 pm

Logiknya paduka mat salleh sendiri yang mengaku bahawa dia bukan keturunan pangeran sama ada sebelah emak atau bapa beliau dan bajau binadan jika dilhat pada sejarah adalah sekumpulan dengan illanun yang menguasai perairan mengkabung sehingga ke utara dengan aktiviti menangkap hamba untuk pangeran niagakan ke china. Itu memang jelas. Paduka mat salleh pernah berguru dengan seorang bisaya sebelah klias dan pernah meminjam pedang gurunya untuk menentang penjajah. Serangan di pos british pulau gaya adalah serangan rambang dan bukan bertujuan untuk membalas atau menuntut bela terhadap treaty yang ditandatangani oleh para pangeran tetapi lebih kepada membuat persediaan awal untuk menubuhkan ketumbukan tentera yang berpusat di inanam pada masa itu yang memerlukan senjat api. Masih hidup lagi moyang kenalan aku yang berjuang dengan mat salleh. Paduka mat salleh hanya menuntut haknya melalui salasilah sultan sulu yang kononnya dijanjikan oleh sultan barunai dahulu. Itu sahaja. Memang sungai sugut dan inanam ada galian emas. Sebab tu paduka mat salleh kaya raya. Penjajah merampas haknya dan menyebabkan beliau menubuhkan pasukan tenteranya sendiri menentang penjajah british.
Ini forum juga tentang sabah, saya baru join...

http://sabahminda-kitani.forumotion.net/forum.htm
Besi_Karusani
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 186
Joined: Sat Jan 09, 2010 8:32 pm
Credit in hand: 39.67

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Sun Jun 27, 2010 1:49 pm

Cucu BESI KARUSANI dan cucu PUTERI BABAU..

Tak perlu kita membincangkan hal-hal warisan ini lagi kalau hanya mulut ke mulut. Kita tidak boleh membuat andaiannya sahaja.bahkan buku awalnya kerajaan Brunei Tua dari Awang Alak Betatar sampai kepada kesultanan sekarang ada dalam simpanan di gunung ini. Malahan semua perjanjian awal British dengan Sultan Abd Momin dan Pg. Jalaluddin dengan BNBC pun ada disini. Kalau kita nak ulas pun berbulan pun tak akan habis.

Salasilah-salasilah keturunan warisan warisan kesultanan di Borneo ini ada dalam simpanan nenek dan Pusat Sejarah Brunei. Nenek sedikit aja cerita tantang keturunan Paduka Mat Salleh. Apabila sultan Muwali Wasut Bungsu iaitu Pg. Syahbandar Maharaja Lela memerintah pada 1595-1640 lahirlah anaknya puteri sulu yang berkahwin Sultan Qudarat (Nasiruddin) dan beranakkan Sultan Saiffuddin Dundang Tidulay dan beranakkan Sultan Muhammad Shah ( Qudarat ) Barahman dan beranakkan Sultan Muhammad Jaafar Sadik Manamir (sahidwafat) dan beranakkan Sultan Muhammad Khairuddin, beranankkan Sultan Kibad Shariyal iaitu Muhammad Azimuddin Amirul Umara dan beranakkan Alam Shah (Alamsa Juikarnain dan beranakkan Sultan Iskandar Qadratullah Muhammad Jamalul Alam dan beranakkan Datu Sharif Muhammad Salleh berkahwin dengan Pg. Siti Aisah Bte Pg. Abd Rauf adik beradik dengan Pg. Jalaluddin. Perkahwinan Datu Sharif Muhammad Salleh dengan Pg. Siti Aisah lahirlah Datu Sharif Abdul Rashid yang bergelar Paduka Mat Salleh. Isteri Paduka Mat Salleh yang pertama Dang Bandang dan isteri keduanya orang kebenaran. Senarai anak-anak paduka mat salleh ini ada nenek simpan lagi.

Pulau Gaya telahpun Sultan Abd Momin pajakan kepada Over Back pada 29 Disember 1877. Memandangkan pegawai-pegawai British mengenakan cukai kepala kepada penduduk Inanam dan Mengkabung, Paduka naik marah dan membawa orang-orang Inanam dan Mengkabung membakar Pejabat Inggries di Pulau Gaya. Di dalam perjanjian 23hb Mac 1898 ini masih tercatit kenyataan British akibat serangan Paduka Mat Salleh di Pulau Gaya itu. Tak perlu cucu ungkit-mengungkit lagi cerita yang sudah berlalu, pentingnya adalah perpaduan kamu semua. Barulah terbuktinya waris keturunan kamu semua. Amin.

Untuk pengetahuan cucu, masih ada seorang tua di Putatan Sabah pernah berjumpa dengan Paduka Mat Salleh. Ketika itu orang tua tersebut berusia 7 tahun, Paduka sendiri mengakui dirinya ada keturunan Pangeran. Pangeran Siti Fatimah bte Pg. Jalaluddin tidak pernah menggunakan nama sebagai Pg. Anak. Jelas telah tercatit dalam geran Karambunai dan keputusan Native Court British memutuskan pentadbiran Pg. Jalaluddin diserahkan kepada anaknya yang bernama Pg. Siti Fatimah bte Pg. Jalaluddin pada 1911. Kenapa ahli kerabat lain tidak mempertikaikan atau menuntut dahulu, sehingga harta tersebut jatuh kepada Pg. Siti Hamidah Bte Pg. Mohd Salleh dan Pg. Siti Hapsah Bte Pg. Mohd Salleh. Mengapa?? Kerana mereka adalah orang-orang yang berhak di dalam hal ini ketika itu.

Pg. anak Fatimah adalah anak kepada Temenggung Abd Rauf cucu kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin I. ia layak mendapat gelaran Pg. Anak tetapi Pg. Siti Fatimah Bte Pg. Jalaluddin tidak ada memakai Pg. Anak. Cucu kurang faham, tak payahlah cerita tu lagi dah berlalu…..

Okla cucu..nenek berehat dulu..nanti kita sambung lagi ….
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Mon Jun 28, 2010 2:30 am

PenjagaGKinabalu wrote:Cucu BESI KARUSANI dan cucu PUTERI BABAU..

........ Pangeran Siti Fatimah bte Pg. Jalaluddin tidak pernah menggunakan nama sebagai Pg. Anak. Jelas telah tercatit dalam geran Karambunai dan keputusan Native Court British memutuskan pentadbiran Pg. Jalaluddin diserahkan kepada anaknya yang bernama Pg. Siti Fatimah bte Pg. Jalaluddin pada 1911. Kenapa ahli kerabat lain tidak mempertikaikan atau menuntut dahulu, sehingga harta tersebut jatuh kepada Pg. Siti Hamidah Bte Pg. Mohd Salleh dan Pg. Siti Hapsah Bte Pg. Mohd Salleh. Mengapa?? Kerana mereka adalah orang-orang yang berhak di dalam hal ini ketika itu.



Salam wahai nenek PenjagaGKinabalu! Kediaku ani bersetuju tentang pendapat perpaduan penting bagi sesebuah negara bangsa kekal bertamadun, bermaruah dan berdaulat! Andang bangsa yang suka bertelingkah sesama sendiri adalah bangsa yang mudah diperintah dan dijajah oleh bangsa asing! Sejarah sudah membuktikan sama ada kejadian yang berlaku di zaman kesultanan Melayu di Tanah Melayu mahupun Negara Brunei! Apa buli buat anak cucu inda minta dilahirkan begini! Anak cucu buka2 mata dilahirkan ke dunia harus menerima kenyataan akibat dan kesan mereka yang terdahulu! Alhamdullilah, Allah SWT Maha Adil dan Kaya sekurang-kurangnya kenal jua anak cucu atu keturunannya yang kini tinggal kenangan! Walau bagai manapun , anak cucu bangga kerana nenek moyangnya bangsa bermaruah demi tanah airnya! Tetap disampaikan dari satu generasi ke satu generasi supaya anak cucu tahu asal-usulnya! Manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah mereka yang paling bertakwa!
Karambunai semakin menuju kehancuran bagi anak cucu tapi lubuk kekayaan pada bangsa asing! Kubur nenek moyang kerabat Sultan konon-kononnya ,sudah lama tergadai! Bukan inda pernah mencuba mempertahankanya. Bertahun-tahun mengusul fakta dan bukti, menyusun salasilah yang akhirnya ada tersusun di Pusat Sejarah Brunei ! Masuk mahkamah keluar mahkamah! Tenaga, masa dan wang ringgit dikorbankan tapi belum sampai izin Allah SWT!
Wahai nenek penjagaGKinabalu, fail kes Karambunai di mahkamah syariah atu yang banarnya ada jua 2 ke 3 kaki tinggi/tabalnya! Aga biskita tanyai mahkamah atu apa yang sudah berlaku tahun 2001 hingga tahun 2003! Keputusan sudah memihak pada kerabat tapi tiba-tiba tahun 2004 ada ‘jin’ mengkali menyuruh mahkamah atu berpaling tadah! Mun diliat geran 91174 atu, berabis bangsa asing atu mengayasssss mengadai Karambunai! Maklum tah perkara 20, keistemewaan geran atu sudah di delete...!
Wahai nenek, seorang ‘pejuang’ yang disegani semasa hayatnya sudah kecundang dan menyusul dimakamkan di tanah perkuburan Kerabat di Karambunai atu pada usia 84 tahun pada Tahun 2004. Bukan ia ani inda parnah memeduli Karambunai atu tapi apa kian dayanya! Zaman dahulu bukan macam karang ani, main terabang2 pakai kapal terbang! Jalan raya indada! Mun mau t urun ke Karambunai atu berniat dahulu, naik kapal dan bersambung perahu! Allahyarham pernah berjumpa Pengiran siti Fatimah yang merupakan sepupu sekali ayahndanya dan juga sepupu 2 kalinya Pengiran Siti Hafsah! Sampai akhir hayatnya ia cuba ‘memulihkan’ Karambunai kerana amanah Pg Siti Hafsah menyuruhnya campur tangan kalau Pg Siti Hafsah sudah tiada. Siapa jua pecaya mun cakap mulut2 nya biskita! Selagi indada hitam putihnya, selagi atu tah dipertikaikan!
Barangkali sampai sudah masa semua anak cucu Pengiran Abdul Rauf Ibni Abdul Rajit bersatu hati! Semoga Allah SWT member hidayah dan memudahkan jalan mereka jika perjuangan mereka dimulai dengan hati dan niat yang bersih, ikhlas. Tiada rasa tamak dan pentingkan diri sendiri! Kediaku ani nek mendoakan jua arah mereka agar Allah SWT membuka hati mereka untuk bersama-sama memperjuangkan dan mempertahankan hak tulen nenek moyang mereka ! Alangkah indahnya jika semua anak cucu Pengiran Abdul Rauf dapat hidup aman damai di Karambunai! Sepatutnya mereka bersatu hati memperjuangkan warisan nenek moyang mereka!
Kediaku ani nek hanya insan biasa! Cuma sekadar memberi pandangan dan kepercayaanku saja! Kediaku ani insan lemah jua di sisiNYa! Dia lah segala-galanya kediaku ani! Indada yang mustahil jika Dia mengkehendakinya!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby PenjagaGKinabalu » Mon Jun 28, 2010 2:56 pm

Cucu Puteri Babau….

Salam dari nenek buat semua keluarga keturunan Pg. Abd Rauf. Atu tah yang baiknya kamu bersatu dan saling sokong-menyokong. Faham jugak nenek usaha yang cucu buat atas tuntutan S. Osman dan kelaurga Abd Rahman dan Abd. Rahim Sedik itu. Memang dalam mahkamah tu ada HANTUnya tetapi tuhan belum memberikannya lagi kepada cucu-cucu sekalian.

Tetapi nenek lihat percubaan c Awang Damit ke atas tuntutan Karambunai atu. Cukup jua kalau setakat cKEMBAR atau Datuk Robin hancur sudah atu oleh c Awang Damit. Tapi kerana Tan Sri Cheng dan orang POLITIK yang campur tangan :hammer2: . Kalau inda dapat sudah anak cucu dan kamu semua berumah atau bekerja di Karambunai atu….. SABARLAH cucu.

Perjuangan cucu c Awang Damit masih dalam proses mahkamah. Nenek ada juga berpesan pada c Awang Damit, bawa tah perkara atu ke mahkamah antarabangsa, nenek pasti musuh-musuh kamu tumbang, tetapi c Awang Damit cakap sabar tah dulu nenek.kita mesti menghormati dulu perlembangaan Malaysia. Kalau mereka acuh xacuh menegakkan undang-undang baru tah bawa ke mahkamah antarabangsa. Dan c Awang Damit atu sudah melantik peguam consul diluar negara, menunggu masa ia bertindak aja.

Cucu, c Awang Damit pasti akan bahawa kamu suma bersatu supaya kamu semua mengenali asal usul kamu, Cuma akhir-akhir ini nenek jarang-jarang melihat c Awang Damit, mungkin ia ke luar negara. Tunggu tah dulu seminggu dua ani.

Salam dari nenek buat semua keturunan kesultanan Brunei silam yang ada di Sabah atu. Sekarang ani nenek berada di bukit Santubong Sarawak melawat anak cucu dan makam Pg. Syarmuda Pg. Saifuddin yang dimakamkan di Kuching..

Nanti lagi nenek bercerita ok cucu …. :biggrin:
PenjagaGKinabalu
 
Posts: 13
Joined: Tue Jun 01, 2010 11:11 pm
Credit in hand: 0.00

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Tempat Saya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.