ASAL USUL KARAMBUNAI

Info tempatan, berita, happening, program bagus, komen, komplain tentang tempat/daerah kamurang.

Moderator: Moderators

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby akulahorangnya » Thu Oct 15, 2009 10:58 am

tgkaitan wrote:Awang Damit is an impostor. Fullstop.

jangan senang-senang cakap imposter..Kerajaan Brunei sudah mencari susur galur ni sejak 80-an lagi. Pusat sejarah brunei yang menyusui..bukannya diorang (keturunan shahbandar salleh) yang asi-asi..
akulahorangnya
 
Posts: 43
Joined: Tue Jul 07, 2009 9:18 pm
Credit in hand: 1.39

Advertisement

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Sat Oct 17, 2009 7:31 am

akulahorangnya wrote:
tgkaitan wrote:Awang Damit is an impostor. Fullstop.

jangan senang-senang cakap imposter..Kerajaan Brunei sudah mencari susur galur ni sejak 80-an lagi. Pusat sejarah brunei yang menyusui..bukannya diorang (keturunan shahbandar salleh) yang asi-asi..

Kajilah sejarah keturunan Syahbandar Salleh ini di Brunei Darussalam, di Negeri Sarawak dan yang di negeri Sabah ini ada cerita sejarahnya!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Sat Oct 24, 2009 1:02 pm

Puteri Babau wrote:
akulahorangnya wrote:
tgkaitan wrote:Awang Damit is an impostor. Fullstop.

jangan senang-senang cakap imposter..Kerajaan Brunei sudah mencari susur galur ni sejak 80-an lagi. Pusat sejarah brunei yang menyusui..bukannya diorang (keturunan shahbandar salleh) yang asi-asi..

Kajilah sejarah keturunan Syahbandar Salleh ini di Brunei Darussalam, di Negeri Sarawak dan yang di negeri Sabah ini ada cerita sejarahnya!

Aku membuat assumption, Tanah Karambunai asalnya milik Pian Khadijah yang suaminya Pg. Abdul Raof. Anak Bisdia Pia :slaugh: n fatimah dan 3 orang adik-beradik lelaki yang lain. Cuma Pian Fatimah saja yang hidup jadi semua harta keturunan bisdia jatuh ke tangan Pian Fatimah. :slaugh:
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Mon Oct 26, 2009 11:40 pm

Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang Cermin). Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak2 lain daripada isteri yang lain(mengikut salasilah ada 10 orang).
Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah. Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut(di tulis dalam 3 versi tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....

”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan, yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah ini, kapada anaknda Pangeran abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin, manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia, maka mana-mana yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin kapada anaknda Pangeran abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan oleh waris dan sanak saudarania, atau mendawa pada anaknda Pangeran abdul Raop, betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi Pangeran abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia piara sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada anaknda abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.” Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.
Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat maklum dengan sejarah ini. Apa yang saya catatkan di atas serba sedikit sahaja antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan pemiliknya. Saya yakin Encik AD, malah Si kembar tidak tahu menahu sejarah ini! Sebab itu lah saya berani menyatakan asalnya Karambunai ini tidak kena mengena dengan Shahbandar Salleh. Mudah2an anak cucu keturunan Pangeran Abdul Raup diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak untuk mewarisi Karambunai! Amin! Wallahualam!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Tue Oct 27, 2009 9:48 am

Puteri Babau wrote:Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang Cermin). Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak2 lain daripada isteri yang lain(mengikut salasilah ada 10 orang).
Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah. Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut(di tulis dalam 3 versi tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....

Puteri Babau wrote:”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan,

Ayat ini menyatakan seolah-olah Temenggung Abdul Raof mengakui Pangeran Jalalaludin menganugerahkan tanah tersebut kepada....

Puteri Babau wrote:yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah ini, kapada anaknda Pangeran abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin, manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia,

anak perempuannya Pangeran Fatimah (tiada siti). Mangkabong, Kinarut dan separuh dari Manggatal. Rasanya kinarut yang dimaksudkan bukan kinarut sekarang ni.

Puteri Babau wrote:maka mana-mana yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin kapada anaknda Pangeran abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan oleh waris dan sanak saudarania,

Tanah yang telah diwarisi oleh Pangeran Fatimah tidak boleh dituntut semula oleh sanak-saudara P. Jalaludin.

Puteri Babau wrote:atau mendawa pada anaknda Pangeran abdul Raop, betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi Pangeran abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia piara

1. Tiada yang boleh mendakwa P. Abdul Raof.
2. P. Mohamad Daud anak angkat P. Abdul Raof.

Puteri Babau wrote:sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada anaknda abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.” Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.

Sebab tu waris P. Abdul Raof sebenar yang boleh menuntut hak tanah tersebut iaitu P. Fatimah. :slaugh:

Puteri Babau wrote:Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat maklum dengan sejarah ini. Apa yang saya catatkan di atas serba sedikit sahaja antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan pemiliknya. Saya yakin Encik AD, malah Si kembar tidak tahu menahu sejarah ini! Sebab itu lah saya berani menyatakan asalnya Karambunai ini tidak kena mengena dengan Shahbandar Salleh. Mudah2an anak cucu keturunan Pangeran Abdul Raup diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak untuk mewarisi Karambunai! Amin! Wallahualam!

Shahbandar Mohamad Salleh bukannya wakil sultan di sabah. Menurut cerita orang-orang lama, SMS ni berbangsa Suluk. Sebab ada bukti orang yang pernah bertemu Awang Ketinau, bahawa Ag Ketinau tu berbangsa Suluk. Nama saja sama dan tiada rekod orang-orang lama SMS berkahwin dengan P. Fatimah. Kumpar pun disahkan sebagai Suluk. Cuma dia berkahwin dengan orang Kuala Lama. Tentang isteri P. Jaya anak SMS, tidak dapat disahkan. Boleh jadi ini mainan orang-orang Suluk dalam menuntut tanah di sabah ni. Ada bepadah si AD kapisan di Istana Brunei baru-baru ani. Siapa Pehin Jamil? Wallahu'alam.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Wed Oct 28, 2009 5:21 am

Puteri Babau wrote:[color=#4000BF][i]”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan,

Pangeran Jalaludin dipercayai tiada zuriat kerana itu 'bahagiannya' diserahkan kepada anak saudaranya(anak kepada adindanya Pangeran Fatimah) Pangeran Abdul Rouf yang dipelihara sejak kecil.

ilmi aristha wrote: Ayat ini menyatakan seolah-olah Temenggung Abdul Raof mengakui Pangeran Jalalaludin menganugerahkan tanah tersebut kepada....

ayat ini mengakui Pangeran Jalaludin menyerahkan bahagiannya kepada anak saudaranya. Sebenarnya Pangeran Fatimah yang dimaksudkan di sini ialah Pangeran Fatimah yang tua (cucu kepada Sultan Omar Ali Saifuddin 1)

ilmi_aristha wrote:anak perempuannya Pangeran Fatimah (tiada siti). Mangkabong, Kinarut dan separuh dari Manggatal. Rasanya kinarut yang dimaksudkan bukan kinarut sekarang ni.

Kinarut ini kalau tak silap merujuk kepada kawasan Kinarut sekarang ini sehinggalah kawasan Sipitang. Sebab ada 'sumber' menyatakan kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf (anak kepada Pg Fatimah tua) menganjur daripada Ambong(Kota Belud) hingga ke Sipitang .Wuallhualam.

ilmi_aristha wrote:
Tanah yang telah diwarisi oleh Pangeran Fatimah tidak boleh dituntut semula oleh sanak-saudara P. Jalaludin.

saya rasa ya benar! Kawasan tanah Pangeran Fatimah(tua) yang diberikan kepada Pangeran Abdul Rauf tidak boleh dituntut oleh sanak saudara Pangeran Jalaludin. Pangeran Jalaludin yang dimaksudkan ialah Pg Jalaludin adik beradik dengan Pangeran Fatimah(tua). Sebenarnya Pangeran Fatimah Tua juga ada bahagiannya dan bahagiannya ini diberikan juga kepada Pg Abdul Rauf(anaknya dengan Pg Abdul rajit) dan Pangeran Mphd Daud(keturunannya banyak di sebalah Menggatal).

ilmi_aristha wrote:Sebab tu waris P. Abdul Raof sebenar yang boleh menuntut hak tanah tersebut iaitu P. Fatimah. :slaugh:

semua anak cucu Pg Abdul Raof bin Pg Abdul Rajit boleh menuntut tanah pusaka Karambunai termasuk lah Pg Siti Fatimah(muda)!Ini disokong lagi oleh ayat2 dalam Treaty bertarikh 23 Mac 1898(1315 hijrah) di Pulau Labuan antara Pg Jalaludin(anak Pg Abdul Rauf) dengan BNBC.
Sebenarnya tuntut menuntut ini bukan lah suatu perkara yang mudah jika tidak ada bukti-buktinya. 'civil rule' buat masa ini terlalu berkuasa. Tapi tengok lah apa kejadian Karambunai bila ia dipindah milik sesuka hati!Bayangkan suatu amanah yang tidak berkesudahan sedangkan yang memegang amanah sudah mati dalam keadaan amanah belum ditunaikan!Wuallhualam.

ilmi_aristha wrote:Shahbandar Mohamad Salleh bukannya wakil sultan di sabah. Menurut cerita orang-orang lama, SMS ni berbangsa Suluk. Sebab ada bukti orang yang pernah bertemu Awang Ketinau, bahawa Ag Ketinau tu berbangsa Suluk. Nama saja sama dan tiada rekod orang-orang lama SMS berkahwin dengan P. Fatimah. Kumpar pun disahkan sebagai Suluk. Cuma dia berkahwin dengan orang Kuala Lama. Tentang isteri P. Jaya anak SMS, tidak dapat disahkan. Boleh jadi ini mainan orang-orang Suluk dalam menuntut tanah di sabah ni. Ada bepadah si AD kapisan di Istana Brunei baru-baru ani. Siapa Pehin Jamil? Wallahu'alam.

Kebanyakan pengiran-pengiran keturunan zuriat Sultan Hakul Mubin mendiami kawasan daripada Kinarut sampai lah ke Sipitang! Sebenarnya Pg Abdul Rauf (Raja di Mengkabong) sendiri sudah mengagih2kan kawasan kepunyaanya kepada anak2 cucunya. cuma indadalah geran macam sekarang ani. 'Orang dulu2 maklum dan inda mengacau kawasan orang lain!'
Untuk pengetahuan, Pengiran Abdul Rauf ini keturunan daripada Sultan Muhiyidin(sebelah bapa- Pg Abdul Rajit) dan keturunan Sultan Hakul Mubin + keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (sebelah mama-Pg Fatimah tua). Ini semua boleh dijadikan asas panduan kalau mau tau asal-usul Karambunai.

Pehin Jamil ini ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri, Pengetua Pusat Sejarah Brunei Negara Brunei Darussalam. Beliau ini orang kuat Pusat Sejarah Brunei yang banyak membuat kajian sejarah Brunei di Brunei dan tempat2 lain termasuklah negeri Sabah.
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Thu Oct 29, 2009 1:41 pm

Puteri Babau wrote:”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan,

Puteri Babau wrote:Kinarut ini kalau tak silap merujuk kepada kawasan Kinarut sekarang ini sehinggalah kawasan Sipitang. Sebab ada 'sumber' menyatakan kawasan kepunyaan Pengiran Abdul Rauf (anak kepada Pg Fatimah tua) menganjur daripada Ambong(Kota Belud) hingga ke Sipitang .Wuallhualam.

Ambong : Mun dilihat dari segi maknanya memang mencarminkan urang-urangnya disana. Bukan apa, urang KB ani becakap ambung-ambung inda mau kalah.

Puteri Babau wrote:saya rasa ya benar! Kawasan tanah Pangeran Fatimah(tua) yang diberikan kepada Pangeran Abdul Rauf tidak boleh dituntut oleh sanak saudara Pangeran Jalaludin. Pangeran Jalaludin yang dimaksudkan ialah Pg Jalaludin adik beradik dengan Pangeran Fatimah(tua). Sebenarnya Pangeran Fatimah Tua juga ada bahagiannya dan bahagiannya ini diberikan juga kepada Pg Abdul Rauf(anaknya dengan Pg Abdul rajit) dan Pangeran Mphd Daud(keturunannya banyak di sebalah Menggatal).

P. Khatijah + P. Abdul Raof
I
P. Fatimah (Tua) + P. Abdul Rajit
I
P. Abdul Rauf + ?
I
P. Jalaludin + ? ---------------->>> [Treaty 23 Mac 1898]
I
P. Fatimah ( Muda) + Shahbandar Mohamad Salleh
I
P. Hafsah + Cikgu Hussin
I
Kembar (Waris menuntut)(masih hidup)

------------>>>>>>>>>>> 29. Okt 2009 ---------- [ Tempoh masa 111 tahun ]

Puteri Babau wrote:Pehin Jamil ini ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri, Pengetua Pusat Sejarah Brunei Negara Brunei Darussalam. Beliau ini orang kuat Pusat Sejarah Brunei yang banyak membuat kajian sejarah Brunei di Brunei dan tempat2 lain termasuklah negeri Sabah.

Apa ia nganya mengkaji sejarah. Macam mana dengan senjata-senjata lama. Ada dijumpai sudah?
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Sun Nov 01, 2009 7:44 am

Ilmi_arishta wrote:

Ambong : Mun dilihat dari segi maknanya memang mencarminkan urang-urangnya disana. Bukan apa, urang KB ani becakap ambung-ambung inda mau kalah.

:slaugh: yang banar eh!baru kuingat, parnah arwah bapaku dulu menyabar koboi mengamuk kan menguyak kina drebar bas di KB, tungkal ku meliat. Bedarah jua la. Damit ja punca. Pasal 'mengovertake' pickup koboi atu, apa lagi, bespeaking bajau tah arwah bapa menyabar kina atu, mun inda ada tah bas inda bedrebar! :slaugh:

Ilmi_arishta wrote:

P. Khatijah + P. Abdul Raof
I
P. Fatimah (Tua) + P. Abdul Rajit
I
P. Abdul Rauf + Pengiran Jamaliah
I
P. Jalaludin + (sekurang-kurangnya ada 2 orang isteri mengikut sejarah) yang tua anak Sultan Hashim Aqamaddin, yang muda orang labuan(kadazan) mama kepada Pg Siti Fatimah muda)------->>> [Treaty 23 Mac 1898]
I
P. Fatimah ( Muda) + Shahbandar Mohamad Salleh DIRAGUI SEBAB TIADA DOKUMEN YANG MENGESAHKAN PERKAHWINAN INI. I

P. Hafsah + Cikgu Hussin
I
Kembar (Waris menuntut)(masih hidup) -

------------>>>>>>>>>>> 29. Okt 2009 ---------- [ Tempoh masa 111 tahun ].
...INDA JUA LAMA LAH!INSYALLAH SEJARAHNYA SUDAH TERSUSUN SEJAK AWAL CUMA PERLU DIKUKUHKAN DENGAN BUKTI!

Ilmi_arishta wrote:

Apa ia nganya mengkaji sejarah. Macam mana dengan senjata-senjata lama. Ada dijumpai sudah?

Yang Berhormat Pehin Jamil banyak menghasilkan tulisan2 yang berkaitan dengan sejarah Brunei. Memang banyak sejarah Brunei di negeri Sabah malah di tempat2 lain disusun dengan teratur oleh beliau. Beliau ini sering datang ke Negeri Sabah menyelidik jejak-jejak sejarah kesultanan dan kerabatnya di Negeri Sabah ini.

Berkenaan dengan senjata2 lama, memang ada!Tapi dalam simpanan tuan punya hinggakah Yang Berhormat Pehin Jamil sendiri tidak dapat mengambilnya kerana waris mahu menyimpannya sendiri sebagai salah satu tanda susur galur keturunan mereka. Tapi sebenarnya banyak barang2 lama ini hilang. Tidak kurang juga yang sudah dibakar/senjaga dimusnahkan bagi menghapuskan bukti2 oleh orang2 yang busuk hati.

Sejarah Pengiran Besar Abdullah Ibni Pengiran Abdul Rauf 'ada' di Pusat Sejarah Brunei. Tentang bagaimana ia mengubati almarhom Sultan Hashim yang tidak boleh diubati oleh sesiapa melainkan oleh orang yang sedarjat dengannya. Pengiran Besar Abdullah hanya mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Orang lama di Karambunai tahu kisah tersebut, bagaimana Pengiran Besar Abdullah bernazar akan menyembelih seekor kerbau di atas bumbung rumah jika beliau memperolehi zuriat lelaki. Ini semua sejarah yang berlaku di tanah Karambunai sebelum BNBC campurtangan di Karambunai!
Siapa tahu di mana kubur Pengiran Jalaludin?? Cuba tanya orang2 yang berebutan akan Karambunai ini!Mana durang kisah pasal orang yang sudah mati! :shakehead:
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Mon Nov 02, 2009 9:16 am

Puteri Babau wrote:
:slaugh: yang banar eh!baru kuingat, parnah arwah bapaku dulu menyabar koboi mengamuk kan menguyak kina drebar bas di KB, tungkal ku meliat. Bedarah jua la. Damit ja punca. Pasal 'mengovertake' pickup koboi atu, apa lagi, bespeaking bajau tah arwah bapa menyabar kina atu, mun inda ada tah bas inda bedrebar! :slaugh:

Yang Berhormat Pehin Jamil banyak menghasilkan tulisan2 yang berkaitan dengan sejarah Brunei. Memang banyak sejarah Brunei di negeri Sabah malah di tempat2 lain disusun dengan teratur oleh beliau. Beliau ini sering datang ke Negeri Sabah menyelidik jejak-jejak sejarah kesultanan dan kerabatnya di Negeri Sabah ini.

Berkenaan dengan senjata2 lama, memang ada!Tapi dalam simpanan tuan punya hinggakah Yang Berhormat Pehin Jamil sendiri tidak dapat mengambilnya kerana waris mahu menyimpannya sendiri sebagai salah satu tanda susur galur keturunan mereka. Tapi sebenarnya banyak barang2 lama ini hilang. Tidak kurang juga yang sudah dibakar/senjaga dimusnahkan bagi menghapuskan bukti2 oleh orang2 yang busuk hati.

Sejarah Pengiran Besar Abdullah Ibni Pengiran Abdul Rauf 'ada' di Pusat Sejarah Brunei. Tentang bagaimana ia mengubati almarhom Sultan Hashim yang tidak boleh diubati oleh sesiapa melainkan oleh orang yang sedarjat dengannya. Pengiran Besar Abdullah hanya mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Orang lama di Karambunai tahu kisah tersebut, bagaimana Pengiran Besar Abdullah bernazar akan menyembelih seekor kerbau di atas bumbung rumah jika beliau memperolehi zuriat lelaki. Ini semua sejarah yang berlaku di tanah Karambunai sebelum BNBC campurtangan di Karambunai!
Siapa tahu di mana kubur Pengiran Jalaludin?? Cuba tanya orang2 yang berebutan akan Karambunai ini!Mana durang kisah pasal orang yang sudah mati! :shakehead:

Berapa ramai Pengiran Abdul Rauf ani yang banar haa...Apa P.Besar Abdullah ini seperadian dengan P. Khatijah?

Anak perempuannya tu meninggal dimana? dan anak lelakinya tu ada keturunannya lelaki lagikah?

Ada beliau bergelar pengiran di karambunai bepadah pasal kubur-kubur kerabat diraja di sana tu. Tapi ia minta urang yang kan mau melihat menunjukkan bukti yang bisdia atu seketurunan. Tapi baik jua macam atu, supaya indada urangkan menyalahguna maklumat atu.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Mon Nov 02, 2009 11:39 am

Salah satu cara keturunan pengiran2 ani mengekalkan gelaran keturunan mereka antaranya dengan mengulang-ulang semula nama keturunan mereka(diturunkan nama tersebut)kepada anak cucu. Bagi yang tau asal usul keturunannya memang akan menurunkan nama-nama nenak moyangnya kepada anak-anak cucu mereka. Sebab itu lah mereka ini sangat2 menjaga salasilah keturunan mereka supaya nama2 tersebut tidak pupus. Suami kepada Pengiran Anak Siti Katijah bergelar Pengiran Temenggung Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rahman. Anak kepada Pengiran Fatimah(tua) pun Pengiran Abdul Rauf Ibni Pg Abdul Rajit(Raja di Mengkabong). Anak kepada Pengiran Mohd Daud(seperadian Pg Abdul Rauf Ibni Pg Abd Rajit)pun ada yang memakai nama Pengiran Abdul Rauf.

Pengiran Besar Abdullah cicit kepada Pengiran anak Siti Katijah(Pg Besar Abdullah Ibni Pg Abdul Rauf). Anak perempuan Pg Besar Abdullah bernama Pengiran Halimahtulsaadiah , meninggal di 'suatu tempat' di utara Negeri Sabah. Anak-anak cucunya kalau tidak silap ramai di kawasan Tuaran , Kota Belud dan Kudat.

Iya, anak lelaki Pengiran Besar Abdullah mempunyai ramai zuriat lelaki!Membawa diri kerana dituduh bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan menentang penjajah. Tempat pertama dituju beliau semasa keluar dari tanah Karambunai ialah sebuah kampung di Inanam atas tujuan untuk mencari mak ciknya( seperadian dengan Pengiran Besar Abdullah dan Pengiran Jalaludin), kemudian ke papar(termasuklah kawasan Pimping membakut) ada saudara2 moyangnya Pengiran Temenggung Abdul Rauf di sana. Akhir sekali menuju ke utara Negeri Sabah, menetap, beranak-pinak dan menghembuskan nafasnya di sana. Sebagaimana bapanya, anak lelaki ini juga seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam agama. Sanggup membuang gelaran darjatnya menjadi orang biasa/kebanyakan. Katanya, Tidak guna jadi pengiran, kalau tiada negeri untuk diperintah! Orang tua2 di Karambunai tau cerita ini. Selepas 50 tahun menyembunyikan diri, dia kembali ke Karambunai untuk menjenguk kubur ibubapanya. Masa itu Pengiran Siti Hafsah yang memegang Karambunai. Pengiran Siti Hafsah maklum hal ini.
Kisahnya yang menyedihkan di bawa mati, alhamdullilah anak cucunya kini ramai yang 'menjadi'. Mungkin kerana berkatnya keturunan, pegangan agama dan darah yang mengalir dalam jasad mereka.

Masih ada saki baki waris pengiran yang menetap di Karambunai itu. Mereka tidak mahu keluar dari tanah Karambunai kerana 'amanat nenek moyang' walaupun tau kedudukan tanah yang mereka pijak itu. Mereka tau tentang kubur-kubur waris Pengiran Abdul Rauf termasuklah kubur Pengiran Siti Fatimah(muda). Wuallahualam.
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Tue Nov 10, 2009 5:02 pm

Puteri Babau wrote:Salah satu cara keturunan pengiran2 ani mengekalkan gelaran keturunan mereka antaranya dengan mengulang-ulang semula nama keturunan mereka(diturunkan nama tersebut)kepada anak cucu. Bagi yang tau asal usul keturunannya memang akan menurunkan nama-nama nenak moyangnya kepada anak-anak cucu mereka. Sebab itu lah mereka ini sangat2 menjaga salasilah keturunan mereka supaya nama2 tersebut tidak pupus. Suami kepada Pengiran Anak Siti Katijah bergelar Pengiran Temenggung Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rahman. Anak kepada Pengiran Fatimah(tua) pun Pengiran Abdul Rauf Ibni Pg Abdul Rajit(Raja di Mengkabong). Anak kepada Pengiran Mohd Daud(seperadian Pg Abdul Rauf Ibni Pg Abd Rajit)pun ada yang memakai nama Pengiran Abdul Rauf.

Pengiran Besar Abdullah cicit kepada Pengiran anak Siti Katijah(Pg Besar Abdullah Ibni Pg Abdul Rauf). Anak perempuan Pg Besar Abdullah bernama Pengiran Halimahtulsaadiah , meninggal di 'suatu tempat' di utara Negeri Sabah. Anak-anak cucunya kalau tidak silap ramai di kawasan Tuaran , Kota Belud dan Kudat.

Iya, anak lelaki Pengiran Besar Abdullah mempunyai ramai zuriat lelaki!Membawa diri kerana dituduh bersubahat dengan Paduka Mat Salleh membakar Pulau Gaya dan menentang penjajah. Tempat pertama dituju beliau semasa keluar dari tanah Karambunai ialah sebuah kampung di Inanam atas tujuan untuk mencari mak ciknya( seperadian dengan Pengiran Besar Abdullah dan Pengiran Jalaludin), kemudian ke papar(termasuklah kawasan Pimping membakut) ada saudara2 moyangnya Pengiran Temenggung Abdul Rauf di sana. Akhir sekali menuju ke utara Negeri Sabah, menetap, beranak-pinak dan menghembuskan nafasnya di sana. Sebagaimana bapanya, anak lelaki ini juga seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam agama. Sanggup membuang gelaran darjatnya menjadi orang biasa/kebanyakan. Katanya, Tidak guna jadi pengiran, kalau tiada negeri untuk diperintah! Orang tua2 di Karambunai tau cerita ini. Selepas 50 tahun menyembunyikan diri, dia kembali ke Karambunai untuk menjenguk kubur ibubapanya. Masa itu Pengiran Siti Hafsah yang memegang Karambunai. Pengiran Siti Hafsah maklum hal ini.
Kisahnya yang menyedihkan di bawa mati, alhamdullilah anak cucunya kini ramai yang 'menjadi'. Mungkin kerana berkatnya keturunan, pegangan agama dan darah yang mengalir dalam jasad mereka.

Masih ada saki baki waris pengiran yang menetap di Karambunai itu. Mereka tidak mahu keluar dari tanah Karambunai kerana 'amanat nenek moyang' walaupun tau kedudukan tanah yang mereka pijak itu. Mereka tau tentang kubur-kubur waris Pengiran Abdul Rauf termasuklah kubur Pengiran Siti Fatimah(muda). Wuallahualam.

Sejarah ani banyak mendatangkan keinsafan kepada kitani. Ia macam apa yang berlaku aya keluarga sultan di singapura. Habis tanah nenek-moyang bisdia kena rampas oleh kerajaan. Pandangan peribadiku, mun tanah sabah ani di pigang ulih urang yang tamak dan inda bertanggungjawab, lambat laun kedudukan bangsa dan agama kitani turut tergugat sedikit demi sedikit. harap-harap tah islam tetap berdiri tegak di tanah sabah ani dan malaysia khasnya. wallahua'lam bissawab.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby ag tutut » Sun Dec 06, 2009 8:54 pm

Pimping57 kamu tahu semua kuburan syahbandar...!
kami mahu tahu kubur yg betutut....
ag tutut
 
Posts: 4
Joined: Sun Dec 06, 2009 8:46 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby ag tutut » Sun Dec 06, 2009 8:58 pm

pimping57 kamu tahu semua kuburan syahbandarkan..
jd kami mahu tahu kuburan mana yg betutut..????
cerita hangat sekarang..!
ag tutut
 
Posts: 4
Joined: Sun Dec 06, 2009 8:46 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby dkk78 » Sun Dec 06, 2009 11:13 pm

tutut.... aku nda tau tuh :lol2:

bah~!..siapa2 yang ada-->> tarsilah/susur galur keluarga Karamabunai...... ada LINK kaa ..boleh bagi tau sayakaaa......

1)tahun brapa(yg tepat) Kerajaan brunai bina sistem pemerintahan di Karambunai........

2)nama KARAMBUNAI <-- nih sjak bila di gunakan....

aih... mana suda si timi tuh.....
back to zero:) (:bah beporum kita
User avatar
dkk78
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1284
Joined: Tue Oct 27, 2009 3:17 pm
Credit in hand: 0.00
Location: North Borneo

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby timi988 » Mon Dec 07, 2009 12:14 am

ada ja..

sebenarnya saya ni keturunan pangeran pemancha haji mohd salleh yang terbunuh pada tahun 1858.
saya adalah keturunan ke-7.

pangeran pemancha haji mohd salleh------pangeran muda jaafar------dan seterusnya sampai ke saya.

oleh kerana itu,saya teringin ingin tahu mengenai hubungan antara pangeran shahbandar mohd salleh dan juga pangeran pemancha mohd salleh.
timi988
 
Posts: 5
Joined: Sat Dec 05, 2009 2:20 pm
Credit in hand: 0.00

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Tempat Saya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.