ASAL USUL KARAMBUNAI

Info tempatan, berita, happening, program bagus, komen, komplain tentang tempat/daerah kamurang.

Moderator: Moderators

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Sat Sep 26, 2009 2:25 pm

Janganlah kita terlalu emosi sal isu ini,dan janganlah membuat personal attack,menyerang parabadi orang ,walupun anda adalah pro kepada seseorang atau sukusakat.Yang pastinya bahawa sebahagian daripada tanah karambunai 50% telah di warisi oleh kerabat ag damit ag tangah dari kg pimping membakut.Mahkamah tinggi syarie telah memutuskan bahawa ag damit dan pewarisnya adalah hak mukalak mereka.andainya dicabar jua adalah difikirkan membuang masa dan wang ringit tuan,malah akan diexploitasikan dan mungkin diperdayakan orang yg berkepenting dalam segala segi.kita orang islam dan dirujuk kan kepada pihak berwajib dan arif
mengenai perundangan islam.

Fakta yg membolehkan ag damit menang kes adalah disebabkan salahsila yg genuin tulin yg diendose oleh pihak berwajib di brunei.2 Ada sokongan pada dari keluarga pewaris dari kg pimping dan kuala binsuluk dimana kebanyakan anak pg syahbandar dan pg fatimah serta pg hafsah bermastahutin dan menatap di kg tersebut.malah kebanyakan mereka dimakamkan di kg pimping dan binsuluk.Cucucicit mereka berada disitu dan kebanyakkan terpelajar dan profesional.Istana lama berunai telah dibina di kg pimping.anybody want to challange must think twice,more talks more money yr used..... :tounge:
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Salou » Sat Sep 26, 2009 2:34 pm

Pimping57

Topik ini hanya membincangkan sejarah asal usul Karambunai dan bukan tentang kes pemilikan tanah itu. Hal-hal melibatkan isu pemilikan boleh dibincangkan di sini viewtopic.php?f=24&t=11274.
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,299.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Sat Sep 26, 2009 3:54 pm

tak apalah tersasar sedikit dari isue, yg penting ada sedikit info untuk yg berminat .Dalam sejarah sabah ini suatu ketika dahulu pernah dipunyai oleh kesulataanan berunai terutama kawasan pantai barat termasuklah meruntum, karambungai dan banyak lagi.itulah sebabnya taburan orang berunai dari sipitang,kuala penyu,membakut ,papar binoni,putatan ,termasuklah bebarapa bahagian di sandakan.pada dahulu kala teks khubah jumaat di pimping seingat saya ada menyebut sultan omarali saifuddin ayahnda kepada sultan berunai sekarang. tapi kita sudah merdeka sekarang khalifah dan pemimpin disebut dalam khubah jumaat TYT dan Agong. just to share my experinence and ideas.thanks for respond
Last edited by pimping57 on Sun Sep 27, 2009 1:56 pm, edited 1 time in total.
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby alongdz » Sat Sep 26, 2009 10:02 pm

Jgn lah cepat melenting..sudah ku jumpa pewaris sebenarnya bah..
Perkara ini akan dibawa ke mahkamah di KK yg mana Awang Damit pn bukanlah
pewaris sebenarnya.kalau boleh sila rujuk melalui Arkib Negara.Baru kita tau
kisah sebenarnya.Mengikut beliau,kdg2 rakyat sabah sdh lupa siapa Mohd Salleh yg
sebenarnya.Kalau korang mau tau Mohd Salleh itu sebenarnya ialah Syed Mohd Salleh
atau dikenali sbgai Mat Salleh Ibni Almarhum Pengiran Syed Jalaludin(King Of North Borneo).Beliau merupakan orang yang berbangsa Arab dr Brunei DS dan jika ada sesiapa yg mengaku keturunan beliau sila lah lakukan ujian DNA.
Skrg, beliau masih mempunyai pewaris yg sah.Cuba renung kembali siapa ank Syed Mohd Salleh?.
Mengikut sejarah Sabah, beliau hanya mempunyai seorang anak saja iaitu Syed Tuan Bhutu@Butu.Kemudian waris beliau yg seterusnya ialah Habib Jaafar Bin T.Mohammad Salleh.Beliau ini ber'bin'kan kpd neneknya.(mengikut family name sistem British dahulu).Maklumat ini sila rujuk melalui fakta sejarah ketika disekolah pd tahun 70an.tp malangnya,sejarah telah dimanipulasi dimana keturunan beliau tlh dipadam dan hilang dari sejarah kita.Ini la dia warisnyanya skrg sedang mengikuti prkembangan blog ini dan beliau sedang menguruskan kes ini.Dan pesan beliau,bg rakyat Sabah yg cintakan sejarah,ini adalah satu penemuan yg tidak ternilai harganya.Namun masih ada yg tidak menghargai sejarah ini malah ada yg mahu mengubahnya dan tidak mahu mencarinya.
Jadi kpd sesiapa yg mengaku waris kpd Ibni Almarhum Syed Mohd Salleh,sila kemukan dokumen2 dan bukti2 yg kukuh lg sahih kerana tanah Karambunai itu adalah milik Almarhum Syed Mohd Salleh.Secara kasarnya gambaran telah saya berikan.Jadi,fikir2kan lah.....
Wassalam..
alongdz
 
Posts: 2
Joined: Sat Sep 26, 2009 9:14 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Sun Sep 27, 2009 10:46 am

rujuk kepaada berita bernama dlm daily express dan keputusan mahkamah syariah baru2 ni ada dalam forum ni, menyatakan ag damit ag tengah telah diputuskan sebagai pentadbir dan pewaris sebenar.yg mana mau mencabar no point, just wasting their time and money ,takut diperdaya dan diperalatkan oleh pihak berkepentingan.ssb pihak pewaris telah mengemukakan melalui saluran yg sahih dan berlandaskan undang2 islam....tulah yg dapat kita kongsi bersama...... :mad2:
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Sun Sep 27, 2009 11:00 am

klu diteliti dalam forum sf ni , cam banyak juga terbebas, tersesar maupun lari dri tajuk dan isu,cam baeringnya lari sedikit ta apala,kita buat sentai dan jangan terlalu ekadimik utk pengetahuan dan di kongsi bersama dengan viewer(penonton) of this forum.......... :clap2:
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Sun Sep 27, 2009 1:38 pm

Betullah fakta tu bah bahawa tanah karambunai tu adalah kepunyai Pg syabandar Pg Salleh,Pg Fatimah dan Aishah dan anak mereka Pg Hafsah. manakala yang anak lain seramai 8 orang termasuklah pg saleha dan Ag ketinau menatap dan bermastautin di kg pimping dan binsuluk.kebanyakan kerabat di makamkan di kg tersebut,real dan benarnya kebanyakan pewaris menatap di situ dan anak cucu citit mereka memang mendapat cerita dari nenek moyang mereka mengenai karambunai.Malah mereka perwaris di kg pimping dan kuala binsuluk ,memang ada berkunjung ke brunei dan begitu juga pewaris dari brunei berkunjung ke kg2 tersebut.......sebenar mahkamah tinggi syariah kota kinabalu telah membenarkan ag damit bin ag sebagai pentadbir dan pewaris tanah tersebut berdasarkan fakta yg tulin lagi real..............
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby pimping57 » Mon Sep 28, 2009 12:43 pm

Baguslah juga kn ada forum seumpama ini,sekurang2nya kita boleh exchange ideas dan mendapat info terutama bekaitan dengan karambunai dan mendekatkan kita kepada sejarah Negeri sabah. mengikut cerita karambunai berasal dari perkataan kapal pedagang "karam" dari "Barunai" ejaan dan sebutan orang Brunei dahulu kala.Orang kedayan pula menyabut Brunei sebagai "bunai".Kapal tersebut karam di persisiran pantai karambunai. :biggrin:
pimping57
 
Posts: 40
Joined: Mon Sep 21, 2009 9:33 am
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby alongdz » Mon Sep 28, 2009 10:48 pm

Salam satu malaysia dan slmt hari raya buat semua..
Soal pemilikan tanah dan siapa yang berhak keatas karambunai perlu mengikut fakta dan boleh merujuk ke arkib kerana kesahihan sesuatu sejarah mestilah melalui Arkib.Cerita dari mulut ke mulut hanya akan menambahkn kekeliruan dan
menyebabkan sesuatu fakta akan menjadi lebih terpesong dan lebih dongeng.Contohnya,kita sbgai rakyat Malaysia boleh
merujuk melalui Arkib Malaysia dan dlm kes tuntutan karambunai ini,pembaca boleh juga merujuk ke Arkib Brunei jika ingin
lebih kepastian.Bahkan blh juga merujuk ke Arkib British dan Belanda jika masih ragu2.Dan dari sumber2 yg ada ini,maka
barulah anda boleh membuat kesimpulan dan perbandingan dalam mencari kebenaran.
Tidak mustahil satu hari kelak kita akan mengetahui pemilik sebenar karambunai dan waktu itu kebenaran akan terserlah
melalui media massa dan media cetak kerana perlu anda ingat,walaupun sejarah itu pahit,namun ia tetap sejarah dan tidak
boleh diubah kecuali matahari terbit dari sblh barat dan tenggelam dari sblh timur!.
Sebenarnya,dlm isu pemilikan karambunai ini,bukanlah kerana soal harta semata2.Tetapi soal kebenaran bah.dimana rakyat
Malaysia khususnya rakyat Sabah perlu tahu perkara yang sebenarnya.Jadi,pewarisan sejarah ini akan menjadi turun temurun sehingga ke anak cicit kita.Harta yang melimpah ruah pun akan lenyap jua akhirnya,tetapi sejarah akan kekal
selama-lamanya.
Saya menyeru agar semua pembaca agar jangan cepat membuat telahan atau kesimpulan kerana isu ini masih belum selesai.
Tunggulah saat dan tikanya dimana mahkamah sivil akan memanggil mereka yang benar2 berhak dan terlibat dalam menentukan pewarisnya.Saya juga menaruh kepercayaan ketas sistem perundangan dinegara kita.Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil.
Renung2kanlah dan fikir2kanlah...
Sekian,wassalam..
alongdz
 
Posts: 2
Joined: Sat Sep 26, 2009 9:14 pm
Credit in hand: 0.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Salou » Mon Sep 28, 2009 11:48 pm

Terdapat banyak post-post yang keluar topik. Isu pemilikan dan sebagainya sepatutnya dibincangkan di sini viewtopic.php?f=24&t=11274. Sila jangan keluar tajuk untuk mengelakkan topik ini dikunci. Terima kasih
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,299.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Tue Sep 29, 2009 9:44 pm

Sebahagian sejarah asal usul Karambunai itu sendiri sebenarnya menyatakan bahawa ia milik Almarhom Pg Abdul Rauf. Asalnya Karambunai hanya sebahagian kecil kawasan kepunyaan Pg Abdul Rauf bersama isterinya Pg Jamaliah. Sejarah Karambunai memahatkan bahawa hanya apabila umur Pg Abdul Rauf telah lanjut, beliau tinggal bersama salah seorang anak lelakinya yang sulung di Karambunai di suatu kawasan yang bernama Mempagung( kawasan berhampiran SK Karambunai). Di Mempagung ini terdapat sebuah rumah besar tempat mereka tinggal. Tidak ada istana atau mahligai indah di Karambunai, hanya sebuah rumah besar yang mereka diami anak beranak dan saudara mara kerabat. Kehidupan kerabat diraja ini seperti orang biasa tapi dikelilingi orang2 Kampung yang bekerja sebagai ulun. Ulun2 inilah yang bekerja antaranya menyediakan makanan yang banyaknya seperti kenduri untuk ulun2 lain yang bekerja dengan pemerintah Karambunai pada masa itu. Makam anak sulungnya berada di Tanah Perkuburan Kerabat di Karambunai. Tercatat jelas nama beliau di batu nisan tersebut dalam tulisan huruf jawi lama. Kononnya di Karambunai ini terdapat banyak kerbau liar dan kerbau liar inilah yang menjadi sembelihan untuk memberi makan ulun selain daripada hasil-hasil tangkapan laut. Apabila British meminta kawasan2 tertentu untuk diserahkan kepada British, Karambunai tidak termasuk dalam penyerahan tersebut. Malangnya kerabat yang tinggal di Karambunai meneruskan milik Pg Abdul Rauf itu menjadi kucar-kacir atas ketamakan dan kerakusan penjajah itu. Mengikut dokumen awal, Karambunai tidak pernah diserahkan kepada British dan tidak pernah dijajah oleh British. Sejarah asal usul Karambunai dan pemerintahnya amat berkaitrapat dengan Sejarah Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam kerana sejarah mencatatkan Borneo Utara adalah sebahagian kawasan takluk Kerajaan Brunei sebelum diambil alih oleh British.
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Wed Sep 30, 2009 9:22 am

Asal karambunai sebanarnya inda pernah ada, cuma ia diusulkan jadi karambunai bila saja pengiran kadijah mati lemas di salah satu kuala sungai di daerah atu kamudiannya; semasa banjir besar suatu ketika dahulu. Barunai terletak di Brunei darussalam dan memang tidak pernah wujud mahligai indah di karambunai hanya istana hinggap tempat persembunyian daripada musuh dan bukan tempat bercuti atau tempat main golf seperti sekarang. Ulun-ulun pada masa tu terdiri daripada urang bajau dan dusun. Tetapi bukan hamba tawanan perang cuma sebagai pekerja bawahan. Bahasa perantaraan di karambunai ialah melayu barunai atau melayu sajalah lagi sanang.

Daripada kajian arkeologi, kawasan karambunai merupakan tapak perkuburan yang paling besar terdiri daripada kalangan bangsawan barunai pada masa dahulu. Kawasannya strategik lebih2 lagi apabila kerajaan telah memajukannya sebagai kawasan pelancongan dan pertahanan. Tuntutan telah dibuat seawal tahun 70-an dan kebanyakannya gagal. Salasilah bukan menjadi asas tuntutan, tetapi kewujudan dokumen-dokumen yang membuktikan wujudnya pemilikan terhadap karambunai. Tapi pernahkah kita terfikir, semasa penyerahan sabah dahulu ada mengatakan negeri sabah juga telah digerankan dan sekarang berada didalam simpanan kerajaan?

Sekiranya ada lagi kawasan yang dimajukan oleh kerajaan yang jauh dipisuk-pisuk, mungkin akan berlaku lagi tuntutan bertindih. Macam sultan sulu pula nanti, nampak sabah semakin maju didalam Malaysia timbul pula slogan 'Kembalikan sabah kepada Sulu'. Macam mimpi disiang bolong nya urang. Jan marah eh. :slaugh:
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Fri Oct 02, 2009 2:28 am

Pada pendapat saya, Karambunai ada asal usulnya.Tapi bukanlah asal usul mitos seperti Putera Raja Bukit Seguntang atau keluar daripada Mayang Pinang! Asal Karambunai berkait dengan Sejarah. Sejarah merakamkan Karambunai adalah sebahagian kecil jajahan takluk Kesultanan Brunei yang telah dianugerahkan kepada Puteri Sultan sebagai sungai tulen. Puteri Sultan itu telah berkahwin dengan kerabat Sultan Brunei yang telah kalah perang dan berhijrah ke Borneo Utara. Zuriat Puteri sultan ini berkembang dan salah seorang zuriatnya yang telah diwasiatkan mewarisi Mengkabong, Kinarut dan separuh Menggatal ialah Pengiran Abdul Raup. British sendiri mengiktiraf Pg Abdul Raup sebagai Raja Di Mengkabong dan dapat lesen membalak di Pulau Gaya daripada British. Zuriat Pg Abdul Raup yang amat sinonim dengan Karambunai adalah anak sulungnya iaitu Pengiran Besar Abdullah[ sebagai ketua dan Imam besar di Karambunai dan pernah di panggil pulang ke Brunei untuk merawat penyakit Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddim(1885-1906) di Brunei] yang menetap di Karambunai beserta isteri dan anak-anaknya sehinggalah mereka terpaksa keluar daripada Karambunai dek angkara BNBC .Pengiran Jalaluddin(anak bongsu) Pg Abdul Raup menetap di Labuan.Untuk menyelamatkan kawasan2 milik bapanya diambilalih oleh British yang menuntut gantirugi atas pembenrontakan Mat Salleh, Pengiran Jalaluddin telah menandatangani Trety dengan BNBC di Labuan. Memandangkan Pg Jalaluddin lebih dikenali oleh BNBC berbanding dengan abangnya Pg Besar Abdullah, maka British tidak mengambil Karambunai melainkan digerankan kerana Karambunai adalah harta pusaka bapanya Pg Abdul Raup. Rentetan kekacauan yang berlaku akibat penduduk tempatan yang tidak puas hati dan memberontak terhadap BNBC, BNBC membenci 'pengiran2 dan bajau2 di Mengkabong' yang dicop bersubahat dengan Paduka Mat Salleh. Terpaksalah mereka melarikan diri dari dibunuh oleh British termasuklah kerabat Sultan Brunei di Karambunai dan merahsiakan asal usul keturunan mereka agar tidak dapat dijejaki oleh BNBC. Sebelum menghembuskan nafas, Pengiran Jalaluddin telah bergerak menghala ke kawasan Utara Negeri Sabah dan dipercayai meninggal dunia di 'sebuah kawasan' yang terletak dalam kawasan kebun orang cina pada masa ini. Pengikut2 beliau akhirnya menetap di kawasan tersebut sehinggalah hari ini.
Pada tahun 1913, pengiran Siti Fatimah telah mengantikan Pg Jalaluddin sebagai Pentadbir Karambunai. Kehadiran Pg Siti Fatimah di Karambunai tidak disenangi oleh orang2 Bajau/dusun yang menjadi ulun di Karambunai kerana Pg Siti Fatimah 'orang baru' di Karambunai dan mereka memang telah mempunyai pemerintah sebelum kedatangan Pg Siti Fatimah di Karambunai. Sebenarnya Pg Jalaluddin mempunyai kawasannya sendiri di sebelah kinarut hingga Labuan tapi telah diserahkan kepada British. Atas kebijaksanaan Pg jalaluddin dan mengelakkan semua kawasan pusaka ayahnya jatuh ke tangan BNBC, BNBC telah mengerankan Karambunai atas nama Pg jalaluddin sebagai Pentadbir kerana Karambunai adalah harta pusaka Pg Abdul Raup untuk waris2 Pg Jalaluddin . Semoga Allah SWT merahmati roh sekalian mereka yang saya sebut2 ini dan mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang2 yang beriman di Syurga, amin!

Saya tidak setuju jika salasilah dinafikan menjadi asas mana2 tuntutan. Walau bagaimanapun, saya tidak berminat mempersoalkan mengenai isu tuntutan Karambunai kerana bagi saya kalau dah ada cerita yang detil baik saja bicarakan di mahkamah bukan di sini. Memang dokumen2 adalah bukti2 tentang sesuatu pemilikan. Malangnya kebanyakan dokumen ditulis oleh penjajah yang sudah tentunya bias kepada diri mereka sendiri. Tinggal saja tidak ada orang2 tempatan yang menulis kejadian sebenar yang berlaku pada masa itu kerana tidak sempat menulis selain memikirkan keselamatan diri dan makan minum untuk menyambung nyawa sambil bersembunyi dari dicekup penjajah. Akibatnya jadilah cerita lisan dan diingat dikepala. Kalau sempat diceritakan pada anak cucu kira cukup baik lah supaya anak cucu tau serba serbi asal usul mereka, kalau tidak sempat cerita di bawa mati!
Sedangkan Nabi Muhamad SAW yang sudah wafat beribu tahun mempunyai salasilah sejak nenekmoyangnya Nabi Ibrahim, diyakini dan diakui oleh umat Islam.Begitu juga dengan keturunan sultan mempunyai salasilah agar mereka boleh menaiki taktha.Apalah sangat dengan salasilah Pengiran Abdul Raup yang rasanya baru 4 atau 5 generasi dalam tempoh lebih sikit 100 tahun! Salasilah yang sah dan diakui benar mengambil tempoh yang lama untuk menyiapkan dan melengkapkannya. Untuk menjadikannya sebuah salasilah yang benar, teratur, salasilah perlu dibuktikan dan disokong oleh dokumen2 bertulis yang terdapat di mana2 institusi2 kerajaan yang berkenaan dan diiktiraf. Bukan saja bukti2 dokumen dari dalam negara, malah dari luar negara. Benda maujud seperti Batu Bersurat juga merupakan antara bukti yang membantu proses menyusun susur galur keturunan sebelum terbinanya sebuah salasilah. Bagi pendapat saya, sebagai umat Islam salasilah keluarga amat penting kerana ianya amat berkait dengan hukum faraid. Tinggal saja barangkali ada pihak2 yang menafikan dan tidak mahu menerima kenyataan sebenar sesuatu yang tercatat dengan jelas bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh atas sebab2 tertentu atau kepentingan2 tertentu. Menafikan kebenaran sama lah menafikan hak orang yang berhak!

Tentang tuntutan waris Sultan Sulu, no komen. Cuma yang menjadi persoalan, kenapa kerajaan Malaysia sehingga saat ini masih membayar sewapajak kepada waris yang suatu masa dahulu pernah dibayar oleh British kepada waris Sultan Sulu :hmmm: Wualahualam!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Ilmi_arishta » Fri Oct 02, 2009 5:00 pm

Salasilah sepatutnya ditulis dan semua keturunan yang berhak hendaklah disenaraikan. Itu ku sokong. Tapi apa jadi mun salasilah inda kedapatan. Nah ani tah yang menjadi cabaran dalam dasawarsa ani. Pengwujudan keturunan palsu, dan pemalsuan dokumen-dokumen mungkin berlaku dan siapa yang boleh menyangkal kalau semua urang tetua sudah meniggal dunia. Apa yang tinggal, senjata lama. Cuba kumpulkan semua keturunan yang menyimpan senjata lama di karambunai dan selepas tu buat geleri masing-masing. Mudah-mudahan benda atu boleh jadi tarikan pelancong dan pada masa yang sama 'civil rule' akan terlaksana maka tiada siapa yang boleh menafikannya. Kewujudan karambunai hanya disedari apabila berlakunya tuntutan, tetapi mengapa setelah sekian lama penduduk asal di karambunai memfailkan tuntutan asyik kena reject saja. Tapi bila orang asing menuntut, berjaya tah pulang. Mana yang susah, menuntut, menjaga dan mewariskannya atau mewarisi tanpa sebab, menuntut kemudian menjualnya kepada orang luar. Orang karambunai, lu pikir la sendiri.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: ASAL USUL KARAMBUNAI

Postby Puteri Babau » Sun Oct 04, 2009 7:48 am

Ilmi_arishta wrote:Salasilah sepatutnya ditulis dan semua keturunan yang berhak hendaklah disenaraikan. Itu ku sokong. Tapi apa jadi mun salasilah inda kedapatan. Nah ani tah yang menjadi cabaran dalam dasawarsa ani. Pengwujudan keturunan palsu, dan pemalsuan dokumen-dokumen mungkin berlaku dan siapa yang boleh menyangkal kalau semua urang tetua sudah meniggal dunia. Apa yang tinggal, senjata lama. Cuba kumpulkan semua keturunan yang menyimpan senjata lama di karambunai dan selepas tu buat geleri masing-masing. Mudah-mudahan benda atu boleh jadi tarikan pelancong dan pada masa yang sama 'civil rule' akan terlaksana maka tiada siapa yang boleh menafikannya. Kewujudan karambunai hanya disedari apabila berlakunya tuntutan, tetapi mengapa setelah sekian lama penduduk asal di karambunai memfailkan tuntutan asyik kena reject saja. Tapi bila orang asing menuntut, berjaya tah pulang. Mana yang susah, menuntut, menjaga dan mewariskannya atau mewarisi tanpa sebab, menuntut kemudian menjualnya kepada orang luar. Orang karambunai, lu pikir la sendiri.


Tidak dinafikan potensi untuk memalsukan salasilah memang wujud. Hanya orang-oramg yang tidak bermaruah dan tamak yang sanggup berbuat sedemikian. Saya rasa orang-orang yang tahu hukum agama dan ke mana perginya kita selepas masuk kubur tidak akan tergamak berbuat demikian. Umat Islam yang yakin adanya hari kebangkitan semula dan manusia tidak akan terlepas begitu sahaja tanpa dihisab mengikut amal perbuatannya di dunia pastinya tahu apa hukum mengambil hak orang lain dan menipu. Insyallah, jika kita berniat ikhlas, berusaha dan memang mahu mengetahui tentang sesuatu kebenaran, kita tidak akan berdiam diri. Bagi saya salasilah yang dikeluarkan dan disusun oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam adalah antara dokumen rujukan yang bukan suka-suka hati dikeluarkan oleh mereka tanpa asas2 yang kukuh. Tentang pemalsuan keturunan palsu bah cuba saja bah kalau ada yang berani berbuat demikian dan selepas itu bertanggungjawab atas pemalsuan itu. Nah silap2 haribulan masuk penjara! Inda payah tah eh!!!! :grin:
Salasilah keturunan Pengiran Abdul Raup yang asalnya pemerintah di Karambunai telah ada. Minta maaf lah, bagi saya jika bercakap tentang asal usul Karambunai tidak boleh kita lari daripada siapa asalnya yang memegang atau memerintah di Karambunai. Memang lah sebelum Karambunai dimajukan yang ada di sana hutan belantara tempat jin betendang. Apa boleh buat akibat kesilapan, kecuaian dan kelalaian manusia, Karambunai akhirnya tergadai. Ditambah lagi dengan ujudnya orang-orang yang sentiasa mencari kesempatan dalam kesempitan, bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal. Sayang seribu kali sayang, Karambunai sepatutnya dimajukan sendiri oleh pewarisnya dengan cara yang betul, lebih memberi keuntungan kepada waris bukannya orang luar. Yang berlaku pada masa kini sebaliknya. Pelaburan orang luar di Karambunai itu sepatutnya memberi keuntungan di Karambunai. Keuntungan tersebut sepatutnya antaranya digunakan untuk memelihara kesan-kesan sejarah di Karambunai itu sendiri seperti membina sesuatu yang boleh mengingatkan anak cucu kepada sejarah datuk nenek mereka di Karambunai. Sebagai contoh, Kawasan perkuburan kerabat diraja Brunei di Kg Karambunai itu sepatutnya dipelihara baik2 seperti di buat pagar tembok simen kah dan kubur orang-orang lama itu dibaiki macam kubur kerabat Sultan Brunei di Brunei darusalam! Kesian, nampaknya bukan saja tanah Karambunai itu saja yang tergadai, kubur nenek moyang pun tergadai! Agaknya roh2 kerabat yang berkubur di sini hari-hari menyumpah sebab kena gadai! Pernah salah satu pemaju di Karambunai ini menyuruh orang-orang yang tinggal di Karambunai memindahkan kubur waris2 mereka dengan bayaran RM3000 sebuah dengan alasan mahu dimajukan. Kebanyakan yang masih tinggal di kawasan Kg Karambunai berhampiran masjid dan sekolah SK PG Siti Hafsah adalah keturunan yang menganggap diri mereka sebagai penjaga dan tidak mahu keluar dari kampung itu kerana nenek moyang mereka adalah orang2 yang bekerja dengan pemerintah Karambunai suatu masa dahulu. Sebenarnya kawasan berhampiran tanah perkuburan berhampiran sungai tempat letaknya kuburan waris diraja ini adalah banyak merakamkan sejarah nenek moyang waris Karambunai ini kerana di sana lah asalnya tempat mereka membina kediaman awal di Karambunai.
Saya setuju sangat jika waris sendiri yang memajukan sektor pelancongan di Karambunai tapi apa boleh buat, cerita panjang lah! Alangkah baiknya jika ada galeri yang menempatkan sejarah nenek moyang atau barangan lama kepunyaan pemilik Karambunai di sana! Lepas itu jemputlah kerabat2 di Brunei melancong sambil melihat tinggalan sejarah kerabat yang suatu masa dahulu pernah mentadbir di Karambunai itu. Karambunai itu sepatutnya tempat tinggal kerabat dan tempat mereka berpenghidupan sehingga bila2. Kalau mengikut asal, pemunya Karambunai ini mempunyai kuasa hidup dan mati dan harta pusaka ini kepunyaan mereka selagi ujudnya bulan dan bintang. Inilah yang tidak disukai oleh penjajah dahulu dan macam2 lah helah penjajah untuk mengambil alih. Sebab itu bila satu2 tanah disewapajak oleh penjajah, semua dalam tanah itu kepunyaan penjajah. Orang-orang yang tinggal inda tahu apa2, tau2 sudah dijual! Nah sama lah dengan waris2 penjaga di Karambunai sekarang. Kalau mengikut perjanjian asal antara Pg Jalaluddin dengan British, syarat2 treaty tidak boleh diubah dan jika ada waris2 yang menuntut, syarat ini sepatutnya dirujuk semula. Wuallahhualam!
User avatar
Puteri Babau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 844
Joined: Tue May 26, 2009 12:15 pm
Credit in hand: 95.34
Location: Pantai berpasir putih menghadap Laut China Selatan.

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Tempat Saya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 0 registered, 0 hidden and 3 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.