Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Talk about investing tips & strategies, your experiences, and Sabah economy.

Moderator: Moderators

Forum rules
READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations. FORUM INI BUKAN TEMPAT UNTUK MENCARI DOWNLINE ATAU MENGIKLAN PELUANG PERNIAGAAN TANPA BERKONGSI MAKLUMAT SECARA TERBUKA. LINK YG SEDEMIKIAN AKAN DIPADAM TANPA AMARAN.

Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Sun Feb 26, 2012 12:54 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya

Saya kat sini Alhamdulillah..sihat dan ceria sahaja.

Sekarang saya agak sibuk menulis buku mengenai pelaburan emas.

Saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang lebih lengkap dan mantap bagi mereka yang ingin mengetahui rahsia membuat pelaburan emas dan rahsia berniaga emas. InsyaAllah

Baiklah, untuk posting kali ini saya akan berkongsi tentang akaun simpanan emas Kuwait Finance House Gold Account (KFH Gold Account-i) serta pengalaman saya membuka akaun simpanan ini.

Pengenalan kepada Kuwait Finance House.

Image
Kuwait Finance House cawangan KL – Etiqa Twins

Untuk pengetahuan anda Kuwait Finance House Malaysia (KFH) adalah bank yang menawarkan perbankan Islam. KFH menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan syariah.

Antaranya ialah akaun simpanan emas-i, akaun simpanan-i, akaun simpanan sementara-i, akaun pelaburan-i, pinjaman perumahan-i, pinjaman kereta-i dan pinjaman peribadi-i.

Anda boleh check kat sini untuk melihat produk-produk mereka:
http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=1

Pengenalan kepada KFH Gold Account-i.

Image

Akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh KFH dinamakan Kuwait Finance House Gold Account (singkatan – KFH Gold Account-i).

KFH Gold Account-i menawarkan emas fizikal kepada pelabur.

Dengan kata lain pelabur KFH Gold Account-i boleh mengambil emas fizikal on the spot ataupun boleh menyerahkan semula emas fizikal tersebut kepada pihak bank untuk disimpan. Tiada cas simpanan dikenakan.

Jadi, dengan adanya KFH Gold Account-i maka kini terdapat 4 buah bank di Malaysia yang menawarkan peluang pelaburan emas iaitu:

1. Maybank (syiling Kijang Emas dan Gold Saving Passbook Account)
2. Public Bank (Gold Investment Account)
3. UOB Bank (menjual emas fizikal)
3. Kuwait Finance House (KFH Gold Account-i)

Jongkong Emas yang dijual oleh KFH.

KFH menawarkan jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi - daripada Turki.

Image
Gambar jongkong emas keluaran Istanbul Altin Rafinerisi

Jongkong emas ini memiliki ketulenan 995.0

Jadi ketulenan jongkong emas ini adalah lebih rendah berbanding jongkong-jongkong emas lain di Malaysia.

(p/s: Contohnya jongkong PAMP Suisse, Poh Kong Bunga Raya atau Public Gold memiliki ketulenan 999.9)

Image
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0

Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.

Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Image

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.

Selain daripada melihat harga emas, KFH turut meletakkan jadual waktu sembahyang bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya

Hehehehe… selain asyik tengok harga emas, diorang nak suruh kita tengok waktu sembahyang jugak :grin:

Syarat-syarat membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL. Hehehe.. excited nak mencuba.

So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini.
Image

Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.

Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

Image

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.

(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.

Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.

Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.

Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Image
Ini emas fizikal KFA Gold Account-i (5g x 1 pcs, 1g x 3 pcs)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.

Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash

Cawangan-cawangan Kuwait Finance House Malaysia (KFH).

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.

Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja.

So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.

Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

Image

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Image

Kekurangan KFH Gold Account-i

1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya
mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.

p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan
maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya
UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.


Kesimpulannya.

First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.

Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan.

Bagi mereka ingin melihat perkembangan harga emas, anda boleh nampak dengan jelas trend kenaikan harga emas sejak 5 tahun kebelakangan ini menjangkau 2.58 kali ganda (kenaikan harga 38.49% setahun).

Image

Ini menyebabkan sebahagian daripada bank-bank tempatan dan bank asing di Malaysia bertindak menawarkan peluang membuat pelaburan emas samada melalui emas fizikal ataupun akaun simpanan pelaburan emas.

Ok then. Selamat membuat pelaburan emas :grin:

Credit to:
En.Syukor@JutawanEmas


:thumbup1: Kalo Tuan2 dan Puan2 berminat, di KK ada suda buka cawangan nya tu.Dibawah ni alamatnya..

No 65, Wisma Great Eastern,
Jalan Gaya,
88000 Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia.


Contact Person : Branch Manager
Tel No : 088-251 996
General Fax : 088-251 993
Spoiler: show
dakat juga sama kg.Air tu.. :slaugh:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Advertisement

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Sun Feb 26, 2012 1:03 pm

Start la kamurang menyimpan emas mulai skrg..krana dijangka 10-20 thn akan datang ekonomi Amerika dijangka jatuh TERUK dan nilai US Dollar teda makna lg..maka pada waktu tu manusia tidak bergantung lagi kepada wang kertas sebagai mata pencarian kerana nilai matawang kertas telah jatuh..sebaliknya EMAS lah yang akan dijadikan sbg matawang kerana nilai nya tidak pernah jatuh malah meningkat setiap tahun..Jd masa tu sepa yg paling banyak menyimpan emas maka dialah yg paling kaya..teda guna suda simpan duit juta2 waktu tu...FIKIR2KAN DAN SELAMAT BERAMAL! :thumbup1: :thumbup1:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby jzmrye » Mon Feb 27, 2012 12:02 am

aku tambah la sikit ok..


Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.


Fakta yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur: :thumbup1:

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.

2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.Sebagai contoh untuk akuan GSPA pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.Sebagai contohnya untuk akuan GIA anda hendaklah meninggalkan sekurang-kurangnya 2gram didalam akuan untuk akuan kekal aktif dan dikenakan servis cas RM10 pada awal tahun untuk simpanan kurang 10 gram pada hujung tahun.

4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.

5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.

6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?

7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!

8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.

9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.

sumber:
http://goldsilver4u.blogspot.com
http://mohdfaiz.com/awas-kelemahan-pelaburan-emas/
Last edited by jzmrye on Mon Feb 27, 2012 11:00 am, edited 1 time in total.
glory-glory man utd!!
Off topic:
sepa mo curik kredit aku, sila la.. aku halalkan hehe.. kalau boleh gtau la so nama dia bukan lagi pencuri tapi pengambil haha
User avatar
jzmrye
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 696
Joined: Mon Oct 13, 2008 7:40 pm
Credit in hand: 62.95
Bank: 5,095.74

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 12:29 am

:thumbup1: tq diatas penambahan "sikit" tu.. :shakehead:

makanya..mulakan lah membeli emas mulai skrg....ingat masa dpn anda dan kuarga 20 thn akan datang.. :thumbup1:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby jzmrye » Mon Feb 27, 2012 11:02 am

basung_gureng wrote::thumbup1: tq diatas penambahan "sikit" tu.. :shakehead:


hehe :slaugh:
glory-glory man utd!!
Off topic:
sepa mo curik kredit aku, sila la.. aku halalkan hehe.. kalau boleh gtau la so nama dia bukan lagi pencuri tapi pengambil haha
User avatar
jzmrye
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 696
Joined: Mon Oct 13, 2008 7:40 pm
Credit in hand: 62.95
Bank: 5,095.74

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby v madone » Mon Feb 27, 2012 11:23 am

Kalau teda amas ni mcm mana ?
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby encik kacang » Mon Feb 27, 2012 11:30 am

v madone wrote:Kalau teda amas ni mcm mana ?

:lol2: jangan la boli emas dari kuwait tiada kualiti bah.. boli steel sijak :tounge:
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25708
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 308.79
Bank: 10,258.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby v madone » Mon Feb 27, 2012 11:34 am

encik kacang wrote:
v madone wrote:Kalau teda amas ni mcm mana ?

:lol2: jangan la boli emas dari kuwait tiada kualiti bah.. boli steel sijak :tounge:

Sa mau buat pelaburan ba. :lol2:
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 12:03 pm

encik kacang wrote:
v madone wrote:Kalau teda amas ni mcm mana ?

:lol2: jangan la boli emas dari kuwait tiada kualiti bah.. boli steel sijak :tounge:

stok emas tu setiap masa ada wahai cik madone ku :lovely: ..taula..bank ni bkn local punya..international..misti byk stok..gpun encik kachang..amas yg diambil kfh ni bkn dr negara durg..dari turki bah..KO NDA NAMPAK KA GAMBAR DIATAS TU JONGKONG AMAS TU DARI MANA??? DARI KUWAIT KA?? KO NI KALO DICAKAP BUTA DAPAT PULA BEPORUM..BUAT2 BODO LAGI!!Image
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 12:08 pm

v madone wrote:
encik kacang wrote:
v madone wrote:Kalau teda amas ni mcm mana ?

:lol2: jangan la boli emas dari kuwait tiada kualiti bah.. boli steel sijak :tounge:

Sa mau buat pelaburan ba. :lol2:

mbha kalo ko ada apa2 muskil ko tpon dulu tel seperti yang tertera diatas..jangan turus2 datang bili..manatau ada dato2 datang gi sana tiba2 pajak tu jongkong amas 100 kilo..mmg abis turus la tu stok mengkali..bagus tu V..melaburlah untuk masa depan k..jangan la masuk program2 skim capat kaya yg teda pedah2 tu..g satu,ni ko puas hati bha..ko bili tu amas dan ko sendiri nampak ba tu jongkong amas dalam genggaman ko sendiri..jangan ko buka akaun emas tapi emas nya teda kana kasi nampak..mcm di public bank sama maybank..ko nda feeling ba mlabur amas kalo teda amas dpan mata kan? :slaugh:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 1:29 pm

BACHOK, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singkat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang berasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.


nasihat sya..lebi baik jangan la join skim pelaburan emas yg skrg berleluasa di internet ni.nama2 syarikat spt vgmc & ecmc dlm perhatian BNM skrg utk diserbu..baik terus melabur di bank..puas hati..gpun terjamin selamat wpun tidak dilindungi oleh PIDM.. :thumbup1: :tounge:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby v madone » Mon Feb 27, 2012 1:38 pm

basung_gureng wrote:mbha kalo ko ada apa2 muskil ko tpon dulu tel seperti yang tertera diatas..jangan turus2 datang bili..manatau ada dato2 datang gi sana tiba2 pajak tu jongkong amas 100 kilo..mmg abis turus la tu stok mengkali..bagus tu V..melaburlah untuk masa depan k..jangan la masuk program2 skim capat kaya yg teda pedah2 tu..g satu,ni ko puas hati bha..ko bili tu amas dan ko sendiri nampak ba tu jongkong amas dalam genggaman ko sendiri..jangan ko buka akaun emas tapi emas nya teda kana kasi nampak..mcm di public bank sama maybank..ko nda feeling ba mlabur amas kalo teda amas dpan mata kan? :slaugh:


:alright: Actually sa pun lum pernah invest so tia berapa tau pasal gold investment ni. Mau survey2 dlu so hasil titik peluh tia hilang gitu ja. :mrgreen:
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 1:46 pm

v madone wrote:
basung_gureng wrote:mbha kalo ko ada apa2 muskil ko tpon dulu tel seperti yang tertera diatas..jangan turus2 datang bili..manatau ada dato2 datang gi sana tiba2 pajak tu jongkong amas 100 kilo..mmg abis turus la tu stok mengkali..bagus tu V..melaburlah untuk masa depan k..jangan la masuk program2 skim capat kaya yg teda pedah2 tu..g satu,ni ko puas hati bha..ko bili tu amas dan ko sendiri nampak ba tu jongkong amas dalam genggaman ko sendiri..jangan ko buka akaun emas tapi emas nya teda kana kasi nampak..mcm di public bank sama maybank..ko nda feeling ba mlabur amas kalo teda amas dpan mata kan? :slaugh:


:alright: Actually sa pun lum pernah invest so tia berapa tau pasal gold investment ni. Mau survey2 dlu so hasil titik peluh tia hilang gitu ja. :mrgreen:


:thumbup1: ya butul tu..gpun ni ko mo kana ada sikit ilmu juga ni ttg pelaburan amas ni..salah satunya masa ko mo bili ni amas ko misti survey dulu harga semasa amas ni..kalo mo bili time harga randah..jangan ko bili masa harga dia tinggi..jadi ndada la ko untung nanti...ko misti rajin cek harga harian tu amas di website tu bank..k..gpun byk e-book ttg pelajaran melabur amas ni ditenet..samada mo melabur amas secara fizikal atau melalui buku akaun.. web paling bagus ko mo tau ttg pelaburan amas ni ko klik sja nama en.syukor di artikel atas tu..byk artikel2 yg menarik ttg pelaburan amas dsana..untuk menambah pengetahuan ko ttg amas ni k... gudluck... :thumbup1: :tounge:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby v madone » Mon Feb 27, 2012 2:04 pm

basung_gureng wrote:
:thumbup1: ya butul tu..gpun ni ko mo kana ada sikit ilmu juga ni ttg pelaburan amas ni..salah satunya masa ko mo bili ni amas ko misti survey dulu harga semasa amas ni..kalo mo bili time harga randah..jangan ko bili masa harga dia tinggi..jadi ndada la ko untung nanti...ko misti rajin cek harga harian tu amas di website tu bank..k..gpun byk e-book ttg pelajaran melabur amas ni ditenet..samada mo melabur amas secara fizikal atau melalui buku akaun.. web paling bagus ko mo tau ttg pelaburan amas ni ko klik sja nama en.syukor di artikel page 1 tu..byk artikel2 yg menarik ttg pelaburan amas dsana..untuk menambah pengetahuan ko ttg amas ni k... gudluck... :thumbup1: :tounge:


:thumbup1: Memang perlukan ilmu mendalam pasal ni benda. Banyak btul mau learn and gather info. Macam banyak kalaja juga sa tinguk o. :hmmm:
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Re: Pelaburan Emas Melalui Kuwait Finance House Malaysia

Postby basung_gureng » Mon Feb 27, 2012 2:14 pm

v madone wrote:
basung_gureng wrote:
:thumbup1: ya butul tu..gpun ni ko mo kana ada sikit ilmu juga ni ttg pelaburan amas ni..salah satunya masa ko mo bili ni amas ko misti survey dulu harga semasa amas ni..kalo mo bili time harga randah..jangan ko bili masa harga dia tinggi..jadi ndada la ko untung nanti...ko misti rajin cek harga harian tu amas di website tu bank..k..gpun byk e-book ttg pelajaran melabur amas ni ditenet..samada mo melabur amas secara fizikal atau melalui buku akaun.. web paling bagus ko mo tau ttg pelaburan amas ni ko klik sja nama en.syukor di artikel page 1 tu..byk artikel2 yg menarik ttg pelaburan amas dsana..untuk menambah pengetahuan ko ttg amas ni k... gudluck... :thumbup1: :tounge:


:thumbup1: Memang perlukan ilmu mendalam pasal ni benda. Banyak btul mau learn and gather info. Macam banyak kalaja juga sa tinguk o. :hmmm:

mimang..suda namanya pelaburan kan..bkn mo harap guyang kaki sja mcm simpan dlm ASB tu..pdhal hasilnya bukannya banyak mana pun..jika dibanding sama pelaburan amas ni..pelaburan yg mcm gini la paling berkat kalo ko suda dpt tuai hasilnya..sebab ko ada sikit usaha wpun nda juga tlampau berat btul ko punya usaha tu...cuma perlu rajin skit la..tu pun byk dpn pc sja..yg len tu mo jalan kaki la pigi bank tu..tu ja... :slaugh:
basung_gureng
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3771
Joined: Sat Feb 12, 2011 12:36 pm
Credit in hand: -99,754.62
Bank: 0.00

Next

Return to Stock, Investments & Economy

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.