Benarkah ASB adalah pelaburan terbaik?

Talk about investing tips & strategies, your experiences, and Sabah economy.

Moderator: Moderators

Forum rules
READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations. FORUM INI BUKAN TEMPAT UNTUK MENCARI DOWNLINE ATAU MENGIKLAN PELUANG PERNIAGAAN TANPA BERKONGSI MAKLUMAT SECARA TERBUKA. LINK YG SEDEMIKIAN AKAN DIPADAM TANPA AMARAN.

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby pulpa2 » Wed Jul 22, 2009 12:15 pm

Silau-Silau wrote:
pulpa2 wrote:sia guna sijil simpanan premium (SSP) saja..kekeke BSN :slaugh: ..kalau ada rm10k sijil..bole pinjam rm9500..interest mmg rendah sebab kita kasi cangar tu SSP..opss bukan cangar..cagar :slaugh: ...samping tu bole jua masuk tu cabutan mana tau kena micidis.. :drool2: ..samping tu..dapat lagi tu bunga SSP tiap taun..mcm 1.5% kunun :alright: ..

...biar betul pulpa2..hanya RM10...kau buli sudah pinjam RM9500...? :lol2:

bukan rm10..rm10k bah...atau rm10000 :lolrf:
Sabomec e-magazine(sabah online automobile magazine)
http://sabomec.blogspot.com

Mari tanam tongkat ali
http://euroycoma.blogspot.com/
I Love Smallcar
http://www.smallcarlife.com
Sabah Autombile Club
http://www.sabomec.net
pulpa2
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 257
Joined: Tue Nov 11, 2008 2:49 pm
Credit in hand: 1.26

Advertisement

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby mitchell » Wed Jul 22, 2009 7:04 pm

Mungkin penerangan saya sebelum ni ringkas dan ada yang kurang faham so saya kasi terang lagi

berkenaan ASB & Unit Trust kerana ramai orang tertanya-tanya kpd saya, mana satu yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan, semuanya akan bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan tersebut.

Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, walaupun kadangkala kita mungkin di-approached oleh ejen unit trust tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi dari yang lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past awards atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada hakikatnya, tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat di dalam unit trust akan mendatangkan keuntungan kepada pelanggannya.

Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak semestinya akan declare dividen tinggi selama-lamanya dan begitu juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya rendah selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust, ada tercatat pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect its Future Performance".

Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan yang mereka labur. Mereka tidak faham nature of their investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust - bagaimana ia beroperasi?

Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi hukum alam, jika anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil risiko pelaburan lebih juga.

Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini, nilainya tetap RM 1 pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga unit sahamnya tidak berubah-ubah. Pulangan dividen diberi dalam bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus unit.

Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB adalah satu-satunya dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh declare dividen 10% setahun tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun kepada 7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.

Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust biasanya terdiri dari dana yang aggresif (sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.

Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko pelaburan yang sanggup dia hadapi.

Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur duit anda untuk sementara walaupun pada kada pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.

Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan sebahagian modal pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan mahu melabur dalam jangka panjang, maka pilihlah dana aggresif atau dana seimbang.

Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda(asset allocations), anda boleh meletakkan sebahagian di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.

Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1 hari ini, esok nilainya boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi semasa dana.

Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk cover initial service charge syarikat mutual tersebut.
Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit. Perbezaannya adalah service caj syarikat tersebut.

Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying price untuk harga saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory).

Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual?

Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda. In theory, seseorang itu patut beli semasa saham harga murah dan menjual apabila harga unit sahamnya sudah naik melebihi modal asal + service chargenya.

Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa itu adalah 52.4 sen. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, contoh buying price 59.5 sen, anda boleh jual semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?

Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend atau kedua-duanya sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk dana yang banyak dilaburkan ke dalam ekuiti/shares. Jadi untuk dana ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan anda. Bagi dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda biasanya akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk pelaburan anda.

Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus unit?

Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen berbentuk bonus unit, harga unit saham tersebut akan turun sedikit kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan jelas di dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan untuk setiap 100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya 15%, sebaliknya bonus tambahan sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan dengan bonus unit tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.

Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust mungkin 'meracun minda' anda dengan menyatakan, dana unit trustnya akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan jika anda melabur sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.

Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan, memang anda akan terima tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000 kerana harga unit saham sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu. Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah anda tunggu sehingga buying price anda naik.

Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit trust ini apabila dana tersebut sudah declare dividen atau semasa ekonomi merundum kerana harga unit saham adalah lebih rendah berbanding biasa.

Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk pelaburan secara lump sum sahaja

1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli semasa harga murah dan jual semasa harga mahal

2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term? dan sejauh mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?

3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan profail risiko anda

4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod pelaburan yang baik. Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta perform lebih baik dari syarikat saham amanah negeri.

5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut, samada ianya terlalu tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7% bagi dana aggresif/equity-based.

Untuk saya menyatakan yang mana satu lebih untung, ASB atau Unit Trust, saya tidak boleh menyatakan sedemikian kerana keputusan sebenar hanya akan diperolehi dari prestasi sebenar dana pelaburan yang anda pilih. Tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang untung setiap masa tidak kira betapa manisnya mulut ejen tersebut.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu. Diharap penjelasan ini dapat mengurangkan kekusutan fikiran para former mengenai Pelaburan ASB dan Unit Trust.

Ada persoalaan hubungi:
Mitchell – H/P-0168407069,Office-088239951(CIMB Wealth Advisors Berhad)
P/s : Southern Unit trust sudah merge ngan CIMB so jadilah CIMB Wealth Advisors Berhad.
mitchell
 
Posts: 24
Joined: Fri Jul 10, 2009 5:03 pm
Credit in hand: 17.94

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby guntharak » Wed Jul 22, 2009 11:17 pm

mitchell wrote:memang jika harga ut jatuh anda juga akan mengalami kerugian, tetapi harus diingat bahawa ut juga akan mengalami kenaikkan juga..strategi pelaburan ut bukan melihat kepada pulangan setahun tetapi anda harus melihat pulangan dalam jangka masa yang panjang..(setiap prestasi fund boleh di check di laman web LIPPER http://www.lipperweb.com).Strategi lain dalam pelaburan UT ialah pada masa harga jatuh anda tak perlulah keluar(withdraw) pelaburan anda kalau perlu gunakan strategi switching..
Berkenaan dgn Pinjaman ASB saya ingin memberitahu anda bahawa cara ini jika anda kira menggunakan strategi Compounding Interest anda sebenarnya rugi!!!
tetapi tidak salah gunakan pinjaman asb ia selamat dan terjamin!!

JIka nak ketahui strategi pelaburan UT ini boleh hubungi saya :
mitchell - 0168407069 0r pegi opis di CIMB Wealth Advisors Berhad.[color=#4000FF]
[/color]

saya akan terangkan kenapa pelaburan UT lebih baik drpd ASB dalam jangka masa panjang.

MAKE SURE YOUR MONEY WORKS AS HARD YOU DO

boleh bagi contoh kiraan utk statement ko yg berwarna merah?
sbab ianya contradict dgn "tetapi tidak salah gunakan pinjaman asb ia selamat dan terjamin!!"
saya seorg peminjam di Maybank utk ASB dan sya tidak mahu suatu pelaburan yg "selamat dan terjamin" tetapi "..saya sebenarnya rugi"
thanks.
User avatar
guntharak
Moderator
Moderator
 
Posts: 3284
Joined: Fri Sep 12, 2008 12:37 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kota Kinabalu

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby Shu Khi » Thu Jul 23, 2009 10:03 am

guntharak wrote:

Ya,sa pun mo tau juga..

Beza UT dengan ASB ialah nilai ASB kekal RM1.00 sepanjang masa berbanding dengan UT yg bergantung kepada NAV.ASB juga lebih mudah cair/tunai di mana2 bank agen ASNB.Cuma kekurangannya jika pencarum mengeluarkan caruman sebelum pengiraan dividen,pencarum hanya mendapat simpanan asal sahaja,berbanding UT yg mungkin sudah naik/turun semasa pengeluaran/jualan.Bermakna jika pencarum ASB terdesak dan memerlukan tunai eg.pada bulan Nov..pencarum sebenarnya rugi dividen dan bonus bagi tempoh Jan-Nov.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,964.04
Location: Kota Kinabalu

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby Shu Khi » Thu Jul 23, 2009 10:13 am

Pengiraan dividen bulanan ASB..cut off date kalau tidak silap ialah setiap 15hb pada bulan berkenaan dan dikreditkan pada hujung bulan berkenaan. Ertinya jika baki ASB pada 1hb Julai ialah RM1,000 tetapi pada 15hb jumlah caruman sebanyak RM10,000..nilai dividen pd bulan Julai dikira berdasarkan RM10,000 tersebut..Ini bermakna pencarum boleh mengeluarkan semula simpanannya pada 16hb Julai utk tujuan lain dan memasukkan semula pada 14hb pd bulan Ogos dan masih menikmati dividen maksima ASB.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,964.04
Location: Kota Kinabalu

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby pulpa2 » Thu Jul 23, 2009 3:38 pm

orang cakap la...kalau meminjam untuk ASB ni rugi..sebab BLR tu..aku rasa mcm betuil la...sebab aku buat loan rm30k..patut taun depan abis bayar..tapi aku kasi cepat...last aku dapat simpan rm30k juga saja :slaugh: ..kalau aku simpan sendiri rm450x12x7=37800..ni inda masuk tu bunga lagi..apa panggil tu real value of money..betul ka ini?

aku siuk lagi simpan SSP..dapat tu tikam2 micicids :wall:
Sabomec e-magazine(sabah online automobile magazine)
http://sabomec.blogspot.com

Mari tanam tongkat ali
http://euroycoma.blogspot.com/
I Love Smallcar
http://www.smallcarlife.com
Sabah Autombile Club
http://www.sabomec.net
pulpa2
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 257
Joined: Tue Nov 11, 2008 2:49 pm
Credit in hand: 1.26

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby matahari_ku » Thu Jul 23, 2009 3:41 pm

sya ada jua ternampak klu kita buat loan & melabur dlm ASB rugi sangat.. lupa pula sya lampirkan tu paper.. so, lg baik melabur guna duit sendiri..
Ku terasa terlalu lama berarak mengintai bumi, merah rona di kala senja ditepis berangkaian memantul awan.. "mereka" dipanah kesilauan meski dipelukan malam..
User avatar
matahari_ku
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4592
Joined: Thu Apr 23, 2009 10:14 am
Credit in hand: 23.64
Bank: 1.57
Location: Hayden Heaven

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby Silau-Silau » Thu Jul 23, 2009 3:58 pm

pulpa2 wrote:
Silau-Silau wrote:
pulpa2 wrote:sia guna sijil simpanan premium (SSP) saja..kekeke BSN :slaugh: ..kalau ada rm10k sijil..bole pinjam rm9500..interest mmg rendah sebab kita kasi cangar tu SSP..opss bukan cangar..cagar :slaugh: ...samping tu bole jua masuk tu cabutan mana tau kena micidis.. :drool2: ..samping tu..dapat lagi tu bunga SSP tiap taun..mcm 1.5% kunun :alright: ..

...biar betul pulpa2..hanya RM10...kau buli sudah pinjam RM9500...? :lol2:

bukan rm10..rm10k bah...atau rm10000 :lolrf:

...atuuuuuuuuuuuuuuuuk.... :lolrf: :lolrf: :lolrf:
Image
Silau-Silau
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 770
Joined: Mon May 25, 2009 4:01 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby mitchell » Fri Jul 24, 2009 6:31 pm

Okey para forumer disini saya kasi tunjuk tu pengiraan.. kenapa saya katakan melabur dalam ASB dengan membuat pinjaman sebenarnya rugi. Sebenarnya bila anda membuat pinjaman anda sebenarnya meminjam wang untuk dilaburkan secara sekaligus(lump-sum) tetapi anda membayar dengan kaedah menyimpan secara berkala ( regular investment) dan dalam masa yang sama pihak memberi pinjaman pula menggunakan kaedah regular investment(menggunakan wang peminjam) untuk membuat investment..so maknanya disini pihak bank gunakan wang anda untuk membuat pelaburan dan anda pula hanya akan mendapatkan jumlah yang anda pinjam setelah habis membayar ansuran bulanan (e.g,5yrs,10yrs,20yrs) kpd pihak bank.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini(regular investment)seperti mana bank buat dan disinilah strategi compounding interest digunakan. Contohnya:
Anda meminjam RM20000 dan membayar secara berkala sebanyak RM 393 selama 5 tahun(60 bulan) dan faedah adalah 8% setahun.
Berapakah nilai wang anda setelah 5 tahun dgn andaian faedah yang telah dikreditkan selama 5 tahun tidak dikeluarkan. Saya akan menggunakan compounding interest dalam pengiraan pelaburan Lumpsum.(gunakan financial calculator)
N= 5yrs
i= 8%
Present value(PV) = -20000(kena letakkan tanda (-) kerana ia dikredit ke akaun anda oleh pihak bank
Future Value(FV) = 29386.56 (jumlah duit anda setelah 5yrs+faedah 8%)
Bayaran anda dengan pihak bank adalah RM393x60mths = RM23580
Untung anda adalah RM29386.56 – RM23580 = RM5806.56

Pengiraan seperti inilah yang selalu pihak bank akan tunjukkan kepada anda. Sekarang saya akan tunjukkan berapa nilai yang anda akan dapat setelah 5 tahun jika melabur dalam UT(fund yang sama dengan ASB dan faedah juga sama 8%(purata dalam UT)) jika anda menyimpan RM393 sebulan. Saya akan gunakan compounding interest untk regular investment.
N= 5yrs x 12mth = 60mth
I= 8% / 12mth = 0.666666667 interest p.month
Present Value(PV) = - 500 (opening account with UT) – tanda ( - ) krn anda kreditkan duit kpd UT
PerMonth(PMT) = - 393 (same as you pays for ur ASB Loan)
Future Value(FV) = 29621.32 ( lagi banyak jika PV anda juga banyak)
Bayaran anda dgn pihak UT 393x60mths = 23580
Untung anda adalah RM29621.32 –RM 23580 = 6041.32
Perbezaan bila meminjam ASB dgn potongan gaji anda untuk menyimpan dalam UT adalah RM29621.32 – RM 29386.56 = RM234.76!!

Anda terkejut? Ini lagi mengejutkan khas para peminjam ASB. Anda mungkin terfikir anda Cuma membayar dengan pihak bank RM23580, anda silap kawanku!!! Pihak bank akan gunakan duit anda yang berjumlah RM393 untuk membuat pelaburan UT (bank juga melabur dalam UT). SO berapa pihak bank akan perolehi? Dalam jangka masa 5 tahun?

N=5yrs x 12mths = 60 mth
I = 8% / 12 month = 0.666666667 interest permonth
Present Value = 0
PMT = -393
Future Value(FV) = 28876.40
Berapa pihak bank akan dapat? RM 23580(drpd peminjam) + RM 28876.40 ( drpd pelaburan pihak bank) = RM52456.4!!!
Berapakah untung sebenar pihak bank? RM 52456.40 – 29386.56 = RM 23069!!!
Anda pasti terfikir yang pihak bank rugi kerana anda membayar RM 23580 kpd pihak bank dan anda pula dapat RM 29386.56!!! pihak bank sebenarnya untung berlipat kali ganda!!! INI saya kira utk seorang peminjam kalau ramai?? BAYANGKANLAH!!!

Jumlah wang yang anda dapat setelah 5 tahun dalam pelaburan UT belum termasuk jika ada kenaikan pada harga UT. Jika ada kenaikan? Kalau turun harga camana? Itulah persoalan yang mungkin timbul tetapi para pelabur jgn bimbang krn disinilah tugas UT consultant utk menggunakan switching strategi!! Anda juga tak perlu bersusah payah meminjam untuk membuat pelaburan dan membayar bulanan daripada gaji anda kerana dalam UT ada skim potongan gaji untuk tujuan pelaburan dan yg berEPF gunakan EPF anda.

Diharap penjelasan ini dapat menambah pengetahuan anda ttg perancangan kewangan..Adios…
Pertanyaan? Or Inginkan bantuan perancangan kewangaan hubungi:

Mitchell – 0168407069(hp) , (O)- 088239951 or email: bae8251@yahoo.com

MAKE SURE YOUR MONEY WORKS AS HARD YOU DO
mitchell
 
Posts: 24
Joined: Fri Jul 10, 2009 5:03 pm
Credit in hand: 17.94

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby pulpa2 » Mon Jul 27, 2009 10:24 am

nah..kan aku sakap..mimang rugi kalau kita beutang ni!!!!...baik lagi kamu tanam tongkat ali..bibit rm10..lepas 5 taun kalau inda mati bole jual suda tu tongkat ali rm100/pokok..ini paling murah :lol2:

skrg ASN aku tinguk naik suda arganya rm0.75sen..huhu mungkin taun depan bole sapai tu rm0.95 suda :wall:

baru tadi aku punya UT manager call..mau tukar dari DALI 2 pigi tu Asia pacifik kunun... :hammer2:
Sabomec e-magazine(sabah online automobile magazine)
http://sabomec.blogspot.com

Mari tanam tongkat ali
http://euroycoma.blogspot.com/
I Love Smallcar
http://www.smallcarlife.com
Sabah Autombile Club
http://www.sabomec.net
pulpa2
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 257
Joined: Tue Nov 11, 2008 2:49 pm
Credit in hand: 1.26

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby Shu Khi » Mon Jul 27, 2009 1:52 pm

mitchell wrote:Okey para forumer disini saya kasi tunjuk tu pengiraan.. kenapa saya katakan melabur dalam ASB dengan membuat pinjaman sebenarnya rugi. Sebenarnya bila anda membuat pinjaman anda sebenarnya meminjam wang untuk dilaburkan secara sekaligus(lump-sum) tetapi anda membayar dengan kaedah menyimpan secara berkala ( regular investment) dan dalam masa yang sama pihak memberi pinjaman pula menggunakan kaedah regular investment(menggunakan wang peminjam) untuk membuat investment..so maknanya disini pihak bank gunakan wang anda untuk membuat pelaburan dan anda pula hanya akan mendapatkan jumlah yang anda pinjam setelah habis membayar ansuran bulanan (e.g,5yrs,10yrs,20yrs) kpd pihak bank.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini(regular investment)seperti mana bank buat dan disinilah strategi compounding interest digunakan. Contohnya:
Anda meminjam RM20000 dan membayar secara berkala sebanyak RM 393 selama 5 tahun(60 bulan) dan faedah adalah 8% setahun.
Berapakah nilai wang anda setelah 5 tahun dgn andaian faedah yang telah dikreditkan selama 5 tahun tidak dikeluarkan. Saya akan menggunakan compounding interest dalam pengiraan pelaburan Lumpsum.(gunakan financial calculator)
N= 5yrs
i= 8%
Present value(PV) = -20000(kena letakkan tanda (-) kerana ia dikredit ke akaun anda oleh pihak bank
Future Value(FV) = 29386.56 (jumlah duit anda setelah 5yrs+faedah 8%)
Bayaran anda dengan pihak bank adalah RM393x60mths = RM23580
Untung anda adalah RM29386.56 – RM23580 = RM5806.56

Pengiraan seperti inilah yang selalu pihak bank akan tunjukkan kepada anda. Sekarang saya akan tunjukkan berapa nilai yang anda akan dapat setelah 5 tahun jika melabur dalam UT(fund yang sama dengan ASB dan faedah juga sama 8%(purata dalam UT)) jika anda menyimpan RM393 sebulan. Saya akan gunakan compounding interest untk regular investment.
N= 5yrs x 12mth = 60mth
I= 8% / 12mth = 0.666666667 interest p.month
Present Value(PV) = - 500 (opening account with UT) – tanda ( - ) krn anda kreditkan duit kpd UT
PerMonth(PMT) = - 393 (same as you pays for ur ASB Loan)
Future Value(FV) = 29621.32 ( lagi banyak jika PV anda juga banyak)
Bayaran anda dgn pihak UT 393x60mths = 23580
Untung anda adalah RM29621.32 –RM 23580 = 6041.32
Perbezaan bila meminjam ASB dgn potongan gaji anda untuk menyimpan dalam UT adalah RM29621.32 – RM 29386.56 = RM234.76!!

Anda terkejut? Ini lagi mengejutkan khas para peminjam ASB. Anda mungkin terfikir anda Cuma membayar dengan pihak bank RM23580, anda silap kawanku!!! Pihak bank akan gunakan duit anda yang berjumlah RM393 untuk membuat pelaburan UT (bank juga melabur dalam UT). SO berapa pihak bank akan perolehi? Dalam jangka masa 5 tahun?

N=5yrs x 12mths = 60 mth
I = 8% / 12 month = 0.666666667 interest permonth
Present Value = 0
PMT = -393
Future Value(FV) = 28876.40
Berapa pihak bank akan dapat? RM 23580(drpd peminjam) + RM 28876.40 ( drpd pelaburan pihak bank) = RM52456.4!!!
Berapakah untung sebenar pihak bank? RM 52456.40 – 29386.56 = RM 23069!!!
Anda pasti terfikir yang pihak bank rugi kerana anda membayar RM 23580 kpd pihak bank dan anda pula dapat RM 29386.56!!! pihak bank sebenarnya untung berlipat kali ganda!!! INI saya kira utk seorang peminjam kalau ramai?? BAYANGKANLAH!!!

Jumlah wang yang anda dapat setelah 5 tahun dalam pelaburan UT belum termasuk jika ada kenaikan pada harga UT. Jika ada kenaikan? Kalau turun harga camana? Itulah persoalan yang mungkin timbul tetapi para pelabur jgn bimbang krn disinilah tugas UT consultant utk menggunakan switching strategi!! Anda juga tak perlu bersusah payah meminjam untuk membuat pelaburan dan membayar bulanan daripada gaji anda kerana dalam UT ada skim potongan gaji untuk tujuan pelaburan dan yg berEPF gunakan EPF anda.

Diharap penjelasan ini dapat menambah pengetahuan anda ttg perancangan kewangan..Adios…
Pertanyaan? Or Inginkan bantuan perancangan kewangaan hubungi:

Mitchell – 0168407069(hp) , (O)- 088239951 or email: bae8251@yahoo.com

MAKE SURE YOUR MONEY WORKS AS HARD YOU DO

Ini pengiraan berdasarkan pelaburan melalui pinjaman,kalau pelaburan ASB dengan simpanan berkala? atau lump sum RM20,000 cash..
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,964.04
Location: Kota Kinabalu

Re: Benarkah ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby mitchell » Mon Jul 27, 2009 4:54 pm

kalau kamurang buat investment ASB secara simpanan berkala ianya sama juga cara pengiraan jika anda buat simpanan biasa secara simpanan berkala,e.g lah okeyy...

katakan kamurang commit mau buat simpanan ASB secara berkala eg. RM200 dan ingin simpanan selama 2 tahun or 24bulan(kena convert pasal kamurang nak buat simpanan tiap2 bulan) berapa anda akan dapat jika pulangannya adlah 8%?

N= 2yrs x 12month = 24 month
i= 8% / 12 month = 0.666666667 (kena convert faedah setahun ke faedah bulanan)
Present Value(PV) = - RM100 ( opening acc ngan ASB ) - kenapa ada negatif? pasal kamurang kasi keluar duit kamurang dari dompet kamurang..heheha
PMT = - RM 200 ( simpanan yang kamurang commit nak simpan)
Future Value (FV) = RM 5303.92 ( inilah duit kamurang campur ngan faedah setelah 2 tahun)

Pengiraan sama juga kalau kamurang simpanan biasa(saving acc) ngan cara simpanan Berkala(regular investment) tetapi FUTURE VALUE kamurang mmg kurang kerana faedah daripada SAVING ACC rendah eg. 1.5 - 2% PA.

Pengiraan diatas juga sama jika anda membuat pelaburang ngan UT dan pulangan juga sama jika pulangan UT juga 8% tetapi ngan UT anda berpeluang dapat lebih kerana HARGA UT yang TURUN dan NAIK...Jika naik maka pulangan anda lebih besar TETAPI jika TURUN pulangan of coz rendah berbangding ASB tetapi anda boleh minta UT konsultant kamurang kasi SWITCH...

KALAU pengiraan LUMPsump seperti ini..
eg..kamurang mau labur dalam ASB or UT RM20000 dan pulangan sama 8% selama 2 tahun

N= 2yrs ( tak payah convert pg bulanan pasal kamurang tiada commit nak buat simpanan bulanan(regular investment) or simpanan berkala)...
i = 8 % ( tak payah convert pigi faedah bulanan pasal kamurang tak buat simpanan berkala)
PV = - RM 20000
PMT = RM 0
FV = RM 23328

SO begitulah pengiraannya....pulangan pelaburan ASB dan UT adlah SAMA JIKA PULANGAN ADALAH SAMA..tetapi pada dasarnya pulangan UT lagi tinggilah jika kena timing dan bagaimana UT consultant anda URUS...

PERTANYAAN? HUBUNGI OR E-MAIL JAAA..
Mitchell - 0168407069
bae8251@yahoo.com

MAKE SURE YOUR MAONEY WORKS AS HARD YOU DO
mitchell
 
Posts: 24
Joined: Fri Jul 10, 2009 5:03 pm
Credit in hand: 17.94

Re: Benarkah ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby mitchell » Mon Jul 27, 2009 5:04 pm

INI SAMBUNGAN POST SAYA....

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN
Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah(UT) tersebut. Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan agent.
Contoh
Pada Disember 2008, ada khabar angin menyatakan Dana X akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 20 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 20% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 20 unit tersebut dalam masa yang singkat.

Apa yang berlaku sebenarnya?
Harga unit Dana X pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit
Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000
Tolak : (-) Caj Khidmat 5% = RM 5,000
Anggaran duit yang dilaburkan = RM 95,000

Jumlah pegangan unit = RM 95,000 / RM 0.58 seunit
= 163,793 unit

Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 Jan 2009 = 20 unit bagi setiap 100 unit
Harga baru unit Dana X pada 5 Jan 2009 = RM 0.496 seunit

Anggaran Jumlah pegangan unit baru = 196,533 unit

Nilai Pelaburan sekarang = 196,533 unit x RM 0.496 seunit
= RM 97,480.37

Anda sebenarnya sudah kerugian RM 2,519.63 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8 Jan 2009 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan
UT beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus(lump-sum) adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.

BELI SEMASA HARGA MURAH

Contoh Illustrasi
Melabur RM 4000 pada bulan Dec 2008 dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.Fund Dali adalah bersifat Aggresif dan Fund Balance bersifat Sederhana. Contoh ini adalah ilustrasi Benar.

DALI EQUITY THEME FUND CIMB-P BALANCE FUND

Jumlah duit yang dilaburkan = RM 4000 RM 4000
Harga unit pada 10 Dec 2008 = RM 0.1708 /unit RM 0.2902/unit
Jumlah pegangan unit = 21896.95 unit 12887.63 unit
(setelah tolak caj 6.5%)
JUAL SEMASA HARGA MAHAL

Harga unit pada 24 July 2009 = RM 0.2265 /unit RM 0.3705 /unit
Nilai Pelaburan sekarang = RM 4959.65 RM 4774.87
Jumlah Keuntungan = RM 959.65 RM 774.87
Anggaran Peratusan keuntungan (%) = 23.99% 19.37%

Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 8.25%(dividen 7% + 1.25% bonus) pada 2008, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan UT ternyata lebih banyak (19% - 23%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.

Bagaimana mau masa yang sesuai untuk beli dan untuk jual?Cara paling senang ialah kita lihat KLCI ( bursa saham) contohnya: KLCI sebelum ini adalah disekitar 850-900 mata pada akhir tahun 2008 sehingga mac 2009. Maknanya paling sesuai melabur (BELI unit)dalam UT secara Lumpsum.
Sekarang bermula Jun 2009 – kini KLCI menunjukkan peningkatan iaitu diatas 1150(semasa saya menulis ke forum ini).Maknanya anda boleh menjual unit anda untk mendapatkan untung(nasihat saya ialah ambil untung jaa..pelaburan asal biarkan)
Mana mau tengok/rujuk harga rendah atau tinggi? Belilah surat kabar, pegi kat bahagian BUSINESS dan UNIT TRUST MANAGEMENT. Harga Fund yang saya bagi adalah benar pada tarikh tersebut.

Minggu Depan saya bagi tau pula cara-cara buat OD..tungguuuuu…
mitchell
 
Posts: 24
Joined: Fri Jul 10, 2009 5:03 pm
Credit in hand: 17.94

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby guntharak » Thu Jul 30, 2009 7:34 am

mitchell wrote:Okey para forumer disini saya kasi tunjuk tu pengiraan.. kenapa saya katakan melabur dalam ASB dengan membuat pinjaman sebenarnya rugi. Sebenarnya bila anda membuat pinjaman anda sebenarnya meminjam wang untuk dilaburkan secara sekaligus(lump-sum) tetapi anda membayar dengan kaedah menyimpan secara berkala ( regular investment) dan dalam masa yang sama pihak memberi pinjaman pula menggunakan kaedah regular investment(menggunakan wang peminjam) untuk membuat investment..so maknanya disini pihak bank gunakan wang anda untuk membuat pelaburan dan anda pula hanya akan mendapatkan jumlah yang anda pinjam setelah habis membayar ansuran bulanan (e.g,5yrs,10yrs,20yrs) kpd pihak bank.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah ini(regular investment)seperti mana bank buat dan disinilah strategi compounding interest digunakan. Contohnya:
Anda meminjam RM20000 dan membayar secara berkala sebanyak RM 393 selama 5 tahun(60 bulan) dan faedah adalah 8% setahun.
Berapakah nilai wang anda setelah 5 tahun dgn andaian faedah yang telah dikreditkan selama 5 tahun tidak dikeluarkan. Saya akan menggunakan compounding interest dalam pengiraan pelaburan Lumpsum.(gunakan financial calculator)
N= 5yrs
i= 8%
Present value(PV) = -20000(kena letakkan tanda (-) kerana ia dikredit ke akaun anda oleh pihak bank
Future Value(FV) = 29386.56 (jumlah duit anda setelah 5yrs+faedah 8%)
Bayaran anda dengan pihak bank adalah RM393x60mths = RM23580
Untung anda adalah RM29386.56 – RM23580 = RM5806.56

saya tidk nmpk figure kerugian di sini.

You are talking about opportunity loss my friend. One may seem losing certain amount of money (or rather profit) due to wrong choice of investment vehicle but in actual fact, as long as there's return of investment it ia not a LOSS, it's just a case of lower income/profit. Discounting inflation, in this case.

kalau saya melabut dlm UT, untung saya RM6000
kalau melabur dlm UT lain (cth ASB), untung saya RM5000
Jadi ada kah saya dianggap rugi? Tidak...ianya cuma "opportunity loss"
User avatar
guntharak
Moderator
Moderator
 
Posts: 3284
Joined: Fri Sep 12, 2008 12:37 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kota Kinabalu

Re: Benarkan ASB adalah pelaburan terbaik?

Postby Shu Khi » Thu Jul 30, 2009 9:06 am

[quote="guntharak"]
saya tidk nmpk figure kerugian di sini.

You are talking about opportunity loss my friend. One may seem losing certain amount of money (or rather profit) due to wrong choice of investment vehicle but in actual fact, as long as there's return of investment it ia not a LOSS, it's just a case of lower income/profit. Discounting inflation, in this case.

kalau saya melabut dlm UT, untung saya RM6000
kalau melabur dlm UT lain (cth ASB), untung saya RM5000
Jadi ada kah saya dianggap rugi? Tidak...ianya cuma "opportunity loss"[/quote]

sa suka istilah ni..
ini komen saya:
salah satu kekurangan UT ialah sebaik saja pelaburan dibuat..nilai tunai pelaburan akan jatuh disebabkan fee yg dikenakan oleh fund manager.Ini tidak berlaku dlm pelaburan ASB.Begitu juga pelabuan UT dlm tempoh 12 bulan belum pasti untuk dpt pulangan 'break even' disebabkan turun-naik NAV.Bagi saya pulangan sederhana dlm ASB berbanding UT (bergantung kpd jenis produk UT) dlm jangka panjang adalah bertepatan dgn ciri-ciri ASB..iaitu nilai tunai pelaburan yg tetap dan mudah tunai.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,964.04
Location: Kota Kinabalu

PreviousNext

Return to Stock, Investments & Economy

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.