Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Cerita pasal melancong dalam dan luar negara dan tempat-tempat shopping yang bagus punya

Moderator: Moderators

Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Faith » Tue Apr 05, 2005 2:39 pm

Deruan air terjun Mahua
Teks dan foto oleh Mohd Azrone Sarabatin

Image


FLORA dan fauna bagaikan melambai-lambai untuk mengucapkan selamat datang kepada pelancong yang berkunjung ke Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah dan lawatan itu pasti menjadi nostalgia abadi.

Terkenal sebagai destinasi pelancongan eko, Mahua memiliki tarikan alam semula jadi yang sukar ditemui di kawasan lain termasuk peluang melihat bunga refflesia sedang mengambang atau baru berputik.

Pengunjung juga berpeluang melihat refflesia kembar sedang mengambang yang tumbuh di atas dahan. Bunga itu memang sukar dijumpai di tempat lain kerana kebiasaannya ia tumbuh di atas tanah.

Jika mahu melihat keindahan alam semula jadi itu, datanglah ke Mahua untuk bersantai, rekreasi atau makan angin dan sudah tentu pengunjung akan dapat menikmati ketenangan.

Stesen Mahua adalah pengurusan TBC untuk daerah Tambunan dan Ranau manakala stesen TBC lain adalah Inobong (Penampang dan Tuaran), Ulu Melalap (Tenom), Ulu Kimanis (Papar) dan Ulu Membakut (Beaufort dan Membakut).

Kawasan taman itu sangat penting sebagai habitat utama kira-kira 300 spesies burung, mamalia (113), amfibia (64), reptilia (56) dan kira-kira 31 jenis ikan air tawar, selain ribuan spesies pokok.

Image

Stesen Mahua memiliki air terjun dikenali Air Terjun Mahua dengan ketinggian 17 meter dan kedalaman 1.2 meter, selain sungai terbentang luas yang dingin dan sesuai untuk kegiatan mandi-manda.

Penulis yang menyertai Ekspedisi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) ke Mahua, baru-baru ini dapat melihat dan menikmati keindahan alam semula jadinya.

Suara unggas dan cengkerik amat mendamaikan dan pengunjung pastinya dapat melupakan sejenak kesibukan tugas dan meredakan tekanan apabila melancong ke destinasi itu kerana ia adalah lokasi yang masih mengekalkan keaslian.

Peserta ekspedisi turut diberi peluang mengecat pokok dengan cat berwarna merah yang dijadikan sebagai petunjuk sempadan antara TBC Stesen Mahua dengan kawasan Majlis Daerah Tambunan dan perkampungan masyarakat tempatan.

Image
Image
GAMBAR (kiri): Wartawan turut mengecat pokok sambil diperhatikan
Maipol Spait (tiga dari kanan). GAMBAR (kanan):
Redup dan romantik - suasana tropika yang unik.

Kegiatan mengecat pokok amat mencabar kerana peserta akan menaiki kawasan tanah tinggi setinggi kira-kira 200 meter dan menuruni cerun curam berskala 90 darjah sedalam kira-kira 150 meter.

Sepanjang perjalanan menaiki tanah tinggi, peserta perlu berhati-hati kerana takut tersentuh pokok berkulit miang seperti `langat ngasu' atau bahasa saintifiknya, `dendrochide' dari keluarga `urticaceae'.

Peserta ekspedisi juga akan menemui pelbagai jenis buah-buahan tropika tempatan yang dikatakan tidak terdapat di negeri lain seperti `terap' dan `pugi' yang sememangnya enak dimakan.

Peserta juga mendengar taklimat mengenai sistem merekod paku-pakis yang dipindahkan ke Pusat Pemuliharaan Paku-Pakis, Keningau kerana tumbuhan itu tumbuh di kawasan tidak sesuai dan dikhuatiri pupus jika dibiarkan.

Warden TBC, Maipol Spait berkata, pada 2002, seramai 700 pelancong melawat Stesen Mahua dan meningkat kepada 2,200 tahun lalu dan tahun ini, sehingga Mac seramai 1,200 sudah melawatnya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sun ... 2/Article/
User avatar
Faith
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 2522
Joined: Tue Aug 17, 2004 5:41 pm
Credit in hand: 13.84
Bank: 0.00
Location: KL

Advertisement

Postby DUK » Tue Apr 05, 2005 4:44 pm

Good article.

Thanks Faith. Tempat itu tidak jauh dari kampung Sunsuron Tambunan. Menjanjikan keindahan alam semulajadi yang sukar ditemui di negara lain disamping menjadi salasatu kawasan terpenting bagi pemuliharaan Refflesia Borneo.

Berkunjung lah kesana, anda pasti tidak kecewa.
User avatar
DUK
Moderator
Moderator
 
Posts: 1011
Joined: Fri Aug 20, 2004 2:21 pm
Credit in hand: Locked
Location: kota kinabalu

Postby airbus320 » Tue Apr 22, 2008 11:21 am

Sia dengar ada resort baru berangkali akan di bina dekat air terjun ni...
User avatar
airbus320
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4681
Joined: Tue Mar 01, 2005 8:21 pm
Credit in hand: 0.00

Postby MrBokiu » Tue Apr 22, 2008 12:25 pm

sa pnh pi sana air tarajun Mahua...13 km tu dri jalan Tambunan Ranau...skarang itu jln sedang diaspal...dan dijangka siap hjg bln Julai 2008....Kancil pun teda masalah kalau jln sdh kana aspal...kmi pi sana dulu naik biskal...teda masalah wpun gravel....siuk lgi
els1965
MrBokiu
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1906
Joined: Tue Sep 21, 2004 1:42 pm
Credit in hand: 34.58
Location: sabah

Postby airbus320 » Tue Apr 22, 2008 1:22 pm

MrBokiu wrote:sa pnh pi sana air tarajun Mahua...13 km tu dri jalan Tambunan Ranau...skarang itu jln sedang diaspal...dan dijangka siap hjg bln Julai 2008....Kancil pun teda masalah kalau jln sdh kana aspal...kmi pi sana dulu naik biskal...teda masalah wpun gravel....siuk lgi



mana mana pun kau pegi..jalan pun teruk pun kansil ada hahahaha
User avatar
airbus320
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4681
Joined: Tue Mar 01, 2005 8:21 pm
Credit in hand: 0.00

Postby MrBokiu » Tue Apr 22, 2008 3:02 pm

botul ba hoot....kalu di sabah ini...long pasia ,lembah danum dan lahad datu lgi yg blm sa pigi...sa slalu traveling pakai biskal ini...

maksud sa jln pi mahua ba bila kana aspal Kancil pun teda masalah mo masuk jln 13 km itu...hehe
els1965
MrBokiu
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1906
Joined: Tue Sep 21, 2004 1:42 pm
Credit in hand: 34.58
Location: sabah

Postby airbus320 » Tue Apr 22, 2008 3:30 pm

MrBokiu wrote:botul ba hoot....kalu di sabah ini...long pasia ,lembah danum dan lahad datu lgi yg blm sa pigi...sa slalu traveling pakai biskal ini...

maksud sa jln pi mahua ba bila kana aspal Kancil pun teda masalah mo masuk jln 13 km itu...hehe


Kau pakai mt bike jenis apa?
User avatar
airbus320
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4681
Joined: Tue Mar 01, 2005 8:21 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Salou » Thu Apr 09, 2009 10:47 am

Kepada member-member SF yang pernah melancong ke tempat ini saya mahu bertanya untuk mendapatkan kepastian semula:-

a. Berapa jarak tempat ini dari Pekan Tambunan;
b. Kalau dari KK, tempat ini sebelum atau selepas lalu Pekan Tambunan;
c. Berapa tempat ini dari jalan besar dan adakah jalan beraspal;
d. Ada tempat penginapan di sana; dan
e. Aspek keselamatan di sana bagaimana

Terima kasih
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,329.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby JaguanKing2 » Thu Apr 09, 2009 11:48 am

salou wrote:Kepada member-member SF yang pernah melancong ke tempat ini saya mahu bertanya untuk mendapatkan kepastian semula:-

a. Berapa jarak tempat ini dari Pekan Tambunan;
..12km..dr jalan tambunan ranau.
b. Kalau dari KK, tempat ini sebelum atau selepas lalu Pekan Tambunan;
..nda sampai pun d pekan tambunan..maksud sy, dr kk p simpang jalan tambunan ranau..then ikut tu jalan tambunan ranau.
c. Berapa tempat ini dari jalan besar dan adakah jalan beraspal;
..tidak jauh dr jalanraya besar dan ya aspal suda skrg...
d. Ada tempat penginapan di sana; dan
sedang dalam pembinaan...klu meginap u p TVRC or TRCC...
e. Aspek keselamatan di sana bagaimana
setakat ini belum ada pa2 yg tjadi, so ianya selamat utk dilawat...
Terima kasih
Image
User avatar
JaguanKing2
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 948
Joined: Tue Jan 27, 2009 1:59 pm
Credit in hand: 1.87
Location: Tambunan~keningau~Papar~kk~ranau

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Salou » Thu Apr 09, 2009 12:50 pm

JaguanKing2 wrote:
salou wrote:Kepada member-member SF yang pernah melancong ke tempat ini saya mahu bertanya untuk mendapatkan kepastian semula:-

a. Berapa jarak tempat ini dari Pekan Tambunan;
..12km..dr jalan tambunan ranau.
b. Kalau dari KK, tempat ini sebelum atau selepas lalu Pekan Tambunan;
..nda sampai pun d pekan tambunan..maksud sy, dr kk p simpang jalan tambunan ranau..then ikut tu jalan tambunan ranau.
c. Berapa tempat ini dari jalan besar dan adakah jalan beraspal;
..tidak jauh dr jalanraya besar dan ya aspal suda skrg...
d. Ada tempat penginapan di sana; dan
sedang dalam pembinaan...klu meginap u p TVRC or TRCC...
e. Aspek keselamatan di sana bagaimana
setakat ini belum ada pa2 yg tjadi, so ianya selamat utk dilawat...
Terima kasih

Terima kasih banyak2 jaguanking (mesti kau sudah pernah pergi sanakan) :alright:
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,329.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby JaguanKing2 » Thu Apr 09, 2009 1:04 pm

..mmg org tambunan pun..bha jmpa nnt klu kmu mau p sni..
Image
User avatar
JaguanKing2
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 948
Joined: Tue Jan 27, 2009 1:59 pm
Credit in hand: 1.87
Location: Tambunan~keningau~Papar~kk~ranau

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Salou » Thu Apr 09, 2009 8:52 pm

JaguanKing2 wrote:..mmg org tambunan pun..bha jmpa nnt klu kmu mau p sni..

Off topic:
Tiada masalah tu ok saja sya
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,329.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Guntur » Thu Apr 09, 2009 10:08 pm

salou wrote:Kepada member-member SF yang pernah melancong ke tempat ini saya mahu bertanya untuk mendapatkan kepastian semula:-

a. Berapa jarak tempat ini dari Pekan Tambunan;

Kalau dari pekan betul-betul sia rasa lebih kurang 15KM


b. Kalau dari KK, tempat ini sebelum atau selepas lalu Pekan Tambunan;

Sebelum. Kalau kau sampai SMK Tambunan dari Sunsuron kau drive sekejap sampai itu roundaboud pigi PekanTambunan dan Ranau. Take the first exit on the left. Ada signboard dia tu.


c. Berapa tempat ini dari jalan besar dan adakah jalan beraspal;

Lebih kurang 4KM dari jalan besar. Masuk kawasan kampung Patau. Dari jalan besar kau tengok sign board sebelah kiri.. jangan terlimpas. Kalau kau limpas tu klinik luar bandar yang tersergam indah dan sekolah rendah bah dekat sudah tu simpang. Itu jalan masuk memang aspalt penuh.. cuma ada sikit tanah runtuh yg sia pigi baru-baru tapi sia rasa selamat. Tidak banyak kenderaan yg lalu lalang. Siuk drive sendiri. Jalan dia memang berbukit sikit ada bahagian yg agak curam tapi selamat sebab berturap.

d. Ada tempat penginapan di sana; dan

Ya dalam pembinaan. Saya tanya itu pekerja sana bulan 5 baru peruntukan datang lagi.


e. Aspek keselamatan di sana bagaimana

Very selamat one.. Tiada jalan lain.. satu saja jalan masuk dan jalan itu dijaga. Tapi sia ingat sebab tempat itu agak sunyi pada hari-hari biasa kalau tiada orang mungkin kau mau bawa kawan kalau kurang selesa berada di taman hutan yang luas berseorangan. Tapi masa cuti memang banyak pelawat dan rombongan pelajar sekolah.

Terima kasih
User avatar
Guntur
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 7035
Joined: Sat Aug 14, 2004 1:24 am
Credit in hand: 247.23
Bank: 10,280.52

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby Faith » Thu Apr 09, 2009 11:30 pm

file lama ni..berdebu2 pulak tu.

Too bad gambar2 link tu dah expired.
"The good life is one inspired by love and guided by knowledge"
User avatar
Faith
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 2522
Joined: Tue Aug 17, 2004 5:41 pm
Credit in hand: 13.84
Bank: 0.00
Location: KL

Re: Taman Banjaran Crocker (TBC) Stesen Mahua, Tambunan di Sabah

Postby lontugih-kikasut » Thu Apr 09, 2009 11:44 pm

Faith wrote:file lama ni..berdebu2 pulak tu.

Too bad gambar2 link tu dah expired.

Paatutlah Faith, sia tercari-cari juga tu gambar, tu link pun ndada apa-apa. Rupa-rupanya April 2005 lagi pula kan :eek: . Tekena-kena April 2009 pula sekarang.
Tapi ta apa, ada tu si Guntur punya gambar2x mahua fall yg hebat2x tu.
Lontugih indak pandai siap-siap pakai kasut
User avatar
lontugih-kikasut
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 206
Joined: Tue Jun 22, 2004 10:36 pm
Credit in hand: 0.00
Location: merayap-rayap

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Shopping & Travelling

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.