koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afdal..

Cakap politik dan kempen di sini

Moderator: Moderators

Forum rules
You are responsible and liable for all your activities while participating in this forum. The freedom to participate in any discussion should not be abused and used to harass or defame others or to spread untruth. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afdal..

Postby vozoon » Thu Apr 03, 2008 6:36 pm

Setelah lama Perdana Menteri Malaysia mengembara ke seantero dunia untuk mencari Al-Ghazali dan As-Syafie, maka berakhir sudahkah pencarian Pak Lah sesuai dengan sajaknya fKucari Damai Abadif.

Antara bait sajaknya yang memukau ialah:

hyang ku cari bukan harta bertimbun-timbun,
atau teman untuk berfoya-foya,
aku cari di mana dia Al-Ghazali,
aku cari di mana dia As-Shafie,
untuk sama-sama membongkar rahsia kitab sucih

Apakah As-Shafie yang Pak Lah maksudkan itu Datuk Shafie Afdal(boleh menggantikan musa aman) yang bukan sahaja bermazhab Shafie, malah seorang pemimpin yang warak dan bersih daripada segala skandal?

Sesuai dengan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno, Shafie bagaikan ular yang menyusur akar menyedari tidak akan hilang bisanya.

Kukuh dengan prinsip dan kental dengan dasar perjuangan Umno, Shafie menepati ciri pemimpin yang diperlukan oleh Sabah untuk menempa kegemilangan memartabatkan perjuangan Umno dan menunjang Ketuanan Melayu di bumi yang di bawah bayu itu.

Walaupun umum berpendapat fKoridor Sabah hanyalah janji pilihan raya sebagaimana Sabah Baru (1994-2000) yang dibawa oleh bapa saudara Shafie, Tun Sakaran Dandai gagal mencapai matlamat kerana pelbagai faktor termasuk penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dan sindrom Skizofrenia di kalangan pemimpin Sabah.

Mungkin Pak Lah terlupa bahawa janji Sabah Baru belum ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan dan BN Sabah, kini bobrok dengan Koridor Sabah sekadar untuk menutup bangkai gajah dengan sehelai daun lalang.

Ketika ingin merampas Sabah daripada Kerajaan PBS, Tun Mahathir melancarkan Sabah baru yang antara lain bermatlamat membasmi kadar kemiskinan daripada 33 % pada 1994 kepada 0 % pada 2000; Menghapuskan Literasi (buta huruf) pada 2000; Menghapuskan rasuah; Memberi sebuah rumah kepada setiap rakyat Sabah pada tahun 2000 dan Menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Namun, tahun 2000 sudah lama berlalu dan kini sudah 13 tahun janji Sabah Baru diungkapkan, kadar kemiskinan di Sabah masih pada kadar 23 % iaitu negeri kedua termiskin selepas Terengganu (15.4%.) kerana masih mempunyai 6.5 % rakyat yang miskin tegar (hardcore poor); bilangan rakyat buta huruf semakin ramai; rasuah semakin menjadi-jadi termasuk melibatkan Ketua Menteri (Musa Aman); semakin ramai rakyat tidak mempunyai rumah kerana rumah setinggan mereka diroboh melalui Operasi Ops Nyah II Bersepadu dan Ops Sadang (Hutan Simpan); masalah Pendatang Tanpa Izin semakin meruncing.

Namun jika Koridor Sabah menjanjikan ekuiti 50% untuk Bumiputera Asli (bukan Sino atau sijil palsu) dalam pelbagai sektor; royalti petroleum dinaikkan kepada 15%; peruntukan pembangunan dibahagi sama rata dengan tiga komponen yang membentuk Malaysia iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak; mewujudkan negeri Kebajikan di Sabah (penganggur ada gaji); menghidupkan kembali Amanah Rakyat Sabah yang dimansuhkan PBS; Pelarian Filipina dihantar balik dan PTI diasingkan di sebuah Pulau seperti Pulau Bidong dan pelbagai janji yang boleh ditunai, ianya haruslah dilakukan segera kerana rakyat Sabah patut mendapat yang terbaik setelah menderita akibat ditipu pemimpin Persekutuan sejak 44 tahun lalu.

Koridor Sabah mungkin lebih sesuai dipacu oleh Shafie( if so...) yang berpengalaman luas berbanding Musa yang hanya berminat untuk meraih keuntungan daripada projek seperti penyediaan tapak POIC Lahad Datu yang dilakukan oleh kroni Musa, Liew Kuat Kiong.

Tidak sampai sepuluh peratus 1,000 rakyat Sabah pelbagai peringkat yang dijadikan responden yakin Koridor Sabah yang bakal dilancarkan Pak Lah akan mencapai kejayaan kerana mereka masih terpana dengan janji Sabah Baru yang tidak sampai 20 peratus pun tertunai.

Koridor Sabah merupakan ciplakan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang disifatkan sebagai mengangkangkan wilayah Malaysia untuk Singapura dan Koridor Utara yang merupakan lebih mimpi daripada realiti.

Jika Tun Mahathir menjayakan Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Pelabuhan Kelang, Formula One dan sebagainya dengan jayanya sekalipun negara berada dalam kemelesetan ekonomi, namun belum jelas apakah bentuk pembangunan di era Pak Lah yang hanya perlu meneruskan kesinambungan kejayaan yang dilakar oleh Tun Mahathir.

Belum ada kerangka pelan tindakan Koridor Sabah walaupun Musa telah menyebut berulang kali kerana Pak Lah mengilhamkannya untuk dilaksanakan di Sabah ketika orang miskin masih papa kedana mencari sisa tong dan kayu buangan untuk membina kembali rumah yang dibakar Jabatan Perhutanan Sabah.

Musa mungkin terlanjur apabila menyatakan POIC adalah sebahagian daripada Koridor Sabah sedangkan belum ada sebarang kerangka yang diumumkan Pak Lah kerana masih memerlukan lena yang panjang untuk mendapat ilham.

Kegagalan KKIP di Kota Kinabalu begitu ketara seolah-olah sudah menjadi Pusat Pelupusan Projek yang tidak siap kerana sebelum ini di Sabah Medical Centre terpaksa diserahkan kepada kontraktor yang menimbus tanah untuk projek KKIP disebabkan kerajaan tidak mempunyai wang untuk menjelaskan baki bayaran projek yang tertunggak.

Apakah Liew Kuat Kiong sudah menerima bayaran sepenuhnya daripada kerajaan negeri ketika POIC hanya indah khabar dari rupa atau terpaksa meminta landswap atau building swap atau minta disuap jika kos penyediaan tapak sehingga kini hanya berbayar 30 peratus.

Zaman pemerintahan Musa sejak 24 Mac 2003 yang membentuk Kabinet April Fool pada 1 April 2003 sehingga kini adalah zaman Koridor Sampah kerana mengGIGO (Garbage In, Garbage Out) semua peluang untuk diri sendiri, cukong, kroni dan proksi.

Jika di Zaman Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah, rakyat kehilangan hak ke atas lebih satu juta hektar hutan simpan yang dikenduri oleh Taukey Nanyang, maka di Zaman Musa lebih dashyat kerana Musa memfaraidkan harta rakyat iaitu Konsesi Yayasan Sabah dan tanah adat kepada Cukong atau Taukey Nanyang.

Walaupun Sabah tidak mempunyai raja sebagai simbol untuk mendaulatkan Ketuanan Melayu namun kesederhanaan TYT Tun Ahmad Shah yang duduk sedikit rendah dan berdiri juga tidak cukup tinggi dengan Raja-Raja Melayu di Majlis Raja-Raja, namun mampu menjadi lambang wujudnya Ketuanan Melayu di Sabah.

Mungkin ramai rakyat Sabah menganggap di Sabah tidak ramai orang Melayu kerana mengikut tafsiran tempatan Melayu ialah orang Malaya, namun dari konsep Glokal, Melayu ialah mereka yang beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sekalipun berketurunan lain-lain di dalam status sosial negara.

Mengikut kategori nasional, empat ras utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Orang Kadazan, Murut, Dusun dan sebagainya yang dikategorikan sebagai Pribumi tidak dapat menjaga Ketuanan mereka semata-mata kerana mereka bukan Melayu?

Masyarakat Pribumi yang diistilah anak negeri tanpa ras di dalam Perlembagaan Persekutuan cuba mendaulatkan Ketuanan mereka dengan mengekalkan institusi Huguan Siou namun gagal ditabalkan secara rasmi di dalam Perlembagaan Negeri dan Negara dan hanya menjadi status yang bersetinggan di dalam minda Pribumi.

Daripada 13 Ketua Menteri yang telah menabur jasa dan dosa kepada Sabah, belum ada Ketua Menteri yang dapat bertahan selama sepuluh tahun atau satu dekad kerana mereka ditarik turun disebabkan oleh kematangan berpolitik rakyat Sabah.

Harris dan Pairin hampir mencatat sejarah, namun mereka ditarik turun dan ditolak oleh rakyat kerana mereka Bukan Melayu Jati sebaliknya Melayu Peranakan dan Pribumi

Kini Ketua Menteri Sabah terdiri daripada kumpulan minoriti iaitu Peranakan Pakistan yang berketurunan Pushtun disifatkan tidak mempunyai jati diri dan semangat seorang Melayu, sama halnya dengan Harris Salleh.

Daripada senarai 60 Adun dan 25 Ahli Parlimen, hanya Shafie sahaja tokoh yang mempunyai pengalaman politik yang matang kerana diasuh dalam Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang ketika itu terlalu payah mendaulatkan Ketuanan Melayu di Sabah melalui Umno yang disifatkan sebagai Penjajah Era Baru

Rakyat Sabah semakin marah kerana Ketua Menteri mereka bagaikan buah dadu yang senang dilontar atau ditukar ganti tanpa sebarang alasan semata-mata untuk menunaikan janji Sabah Baru.

Namun janji Sabah Baru belum dapat diperkota kerana asyik mendapat Ketua Menteri Baru ala-ala Madu 3 kerana digilir ganti dengan tiga suku kaum utama di Sabah.

Pemimpin Sabah terpaksa tunduk kepada telunjuk Persekutuan agar tidak ditarik turun bukan sahaja oleh pemimpin pusat, malah pemimpin parti komponen BN di negeri Sabah.

Ketika era Salleh Tun Said menjadi Ketua Menteri Sabah, pemimpin Melayu di Sabah hilang identiti kerana tamakkan jawatan Ketua Menteri sehingga akhirnya apabila Melayu hilang kuasa dengan perlantikan Datuk Yong Teck Lee bagi pusingan kedua, barulah pemimpin Melayu termasuk Salleh sedar bahawa mereka tertipu dan ditipu.

Sesuailah dengan pesanan orang tua-tua, jika lurus ekor anjing, luruslah hati orang Cina.(Sampai begitu teruk sekali perumpamaan ini ya)

Apabila rakyat menyedari sistem gilirganti Ketua Menteri tidak praktikal dengan perlantikan Tun Sakaran Dandai yang kelihatan terlalu lemah mentadbir negeri, sehingga terpaksa menyerahkan jawatan kepada Salleh, usaha untuk memansuhkan sistem berkenaan sedang rancak berjalan.

Namun Panglima Nanyang, Datuk Yong Teck Lee yang telah banyak mempelajari seni peperangan daripada buku Art Of War karangan Sun Tzu dan taktik Maharaja Cina yang cuba memenangi peperangan tanpa pertempuran dengan Kerajaan Melaka, telah berjaya memperdaya Salleh dengan meletakkan tiga syarat yang harus dipatuhi Salleh.

Dalam keadaan leka dalam percutian, Yong Teck Lee bagaikan wakil Maharaja China yang menunjukkan jarum kepada Raja Melaka kononnya itulah pedang mereka yang telah diasah menjadi jarum kerana jauhnya perjalanan sehingga mereka menjadi tua dalam perjalanan yang memerlukan pelayaran selama lebih 50 tahun!

Ketuanan Melayu Sabah begitu rapuh kerana siapa yang ada wang atau kuasa boleh membeli ketaatsetiaan, maka terlepaslah peluang Salleh untuk meneruskan pemerintahan dan terhakisnya Agenda Memartabatkan Ketuanan Melayu di Sabah.

Dengan beralihnya tampuk pemerintahan negara daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah dan perlantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, memberi peluang kepada Shafie Afdal mengorak langkah dengan perlantikannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan dalam tempoh yang agak lama.

Konflik diri dan kelemahan pentadbiran nepotisme Pak Lah yang dilihat gagal memacu kepesatan pembangunan negara dan menjinakkan kemarahan rakyat melalui konsep pembangunan model insan yang seolah-olah menyerahkan pentadbiran negara kepada Najib (kerana terlalu asyik melancong) iaitu calon pilihan Mahathir untuk menggantikannya sebelum peluang diberikan kepada Pak Lah yang berjanji untuk memerintah satu penggal sahaja.

Secara kebetulan Shafie adalah satu-satunya macai Najib di Sabah sinonim dengan Datuk Ghapor Salleh yang menjadi macai Anwar Ibrahim ketika berada di kemuncak, bukanlah boleh dipandang ringan oleh Pak Lah.

Dengan kebangkitan semula Tan Sri Muhyiddin Yassin, penyingkiran Tan Sri Isa Samad, sengketa dengan Majlis Raja-Raja, perkongsian bestari Tengku Razaleigh-Ibrahim Ali-Tun Mahathir serta pengaruh Anwar Ibrahim yang kembali ke persada politik tanah air, Pak Lah memerlukan Najib sebagai regu yang serasi untuk menghalang sebarang bentuk pengkhianatan atau petualangan yang memungkinkan kudita monarki atau pemecatan oleh Yang Di Pertuan Agong.

Skandal demi skandal Musa yang didedahkan oleh media maya terutama lama web Malaysia Today, menyebabkan Pak Lah berfikir berkali-kali untuk meneruskan khidmat Musa, yang semakin tersenyum lebar kerana telah membeli 44 adun dengan pelbagai projek dan konsesi, termasuk menyerahkan anak perempuannya untuk dinikahi seorang adunnya, Ustaz Ariffin Ariff.

Sindrom Cukong (Taukey Cina) yang telah memperdaya secara licik untuk mengkudai Musa merompak dan menyamun harta rakyat sehingga mereka memiliki hampir 90 peratus kekayaan Sabah terutama sektor pembinaan, pembalakan, hartanah, perbankan, perladangan, cari gali minyak dan gas, eksport import dan peruncitan.

Jika Pak Lah selesa dengan Patrick Lim, Musa pula serasi dengan Andrew Lim. Nama-nama Cukong Musa seperti Nasir Yeo, Michael Chia, Admund Looh, John Nip Wing On, Michael Leong, Raymond Tan Boon Siew, Robert Tan, William Tan, Terence Chu, William Chu dan sebagainya boleh dijadikan patung lilin dalam Kabinet Kementerian Kewangan Negeri Sabah di Muzium Sabah kerana merekalah yang menghisap segala dana RMK9 yang diwar-warkan untuk 2.5 juta rakyat Sabah.

Cukong ini bukan sahaja telah mencampuri urusan pemerintahan negeri Sabah melalui timbunan kontrak dan konsesi pembalakan, malah turut merompak tanah rakyat seluas 5,000 ekar di kawasan Hutan Simpan Kelas 1 Mount Pock dan Tanjung Nagos di Semporna yang telah diusahakan rakyat sejak lebih 50 tahun lalu.

Mereka memperkuda Musa untuk memberikan Occupation Permit (OP) selama 25 tahun kepada anak syarikat Saham Amanah Sabah (SAS) Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd, tetapi sebenarnya yang kaya ialah Cukong yang bernama Lee Keat Seong, Chong Tin Teck dan Chong Yin Hong yang menjadi subkontraktor di hutan simpan berkenaan.

Semua wakil rakyat kawasan Semporna seperti Datuk Nasir Tun Sakaran, Datuk Mad Lan Allani, Datuk Basalie Abdul Hamid telah menerima wang daripada Cukong kerana menyokong tindakan Musa merampas tanah yang diusahakan rakyat di kawasan hutan yang fdisimpankanf untuk Musa dan kroninya.

Nasir patut menerima wang kerana beliau mempunyai 55 lot di dalam kawasan berkenaan yang dibeli dengan harga yang murah daripada rakyat yang terdesak dan sebenarnya sudah balik modal kerana sudah lebih sepuluh tahun Nasir menuai hasil.

Namun Basalie dan Mad Lan adalah penderhaka sebenar kepada 500 keluarga yang bergantung hidup kepada kawasan berkenaan sejak sebelum merdeka lagi kerana tidak membantah sebalik memberi isyarat Wokey (Wang ada okey).

Senario ini menyebabkan Shafie merasa terpanggang kerana Musa menyebarkan berita kononnya beliau menerima RM95 juta daripada Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd melalui adiknya Mohd Yamin @ Zulkifli Haji Afdal yang dimasukkan ke dalam akaun United Overseas Bank (UOB) sebagai saguhati pelupusan saham adik iparnya Norime Mohd Soib dalam Warisan Jaya Makmur Sdn.Bhd.

Sebagai pemimpin yang berhemah tinggi, Shafie tidak cepat melenting seperti Musa dan tidak segera menjawab tohmahan tersebut sebaliknya menyelesaikan secara holistik dan membiarkan rakyat menilai kerana rakyat Semporna tahu beliau tidak mempunyai adik ipar yang bernama Norime walaupun secara kebetulan berbintikan orang yang sama nama dengan bapa mertuanya.

Shafie berpendapat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau polis bolehlah menjalankan siasatan jika benar adiknya menerima RM95 juta seperti yang diwar-warkan mengikut apa-apa akta seperti Akta Penggubahan Wang Haram, Kanun Acara Jenayah dan sebagainya.

Sebahagian besar rakyat Semporna terutama yang terlibat dengan penerokaan ini tidak menyalahkan Shafie yang dipermainkan Musa untuk mematikan politik Shafie terutama apabila Musa mendesak Timbalan Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman membuat fitnah terhadap adiknya, Haji Mohd Yusof Afdal dengan tuduhan mengamalkan politik wang.

Dengan dua keping wang kertas RM100 milik Samsu Baharun yang dijadikan bukti palsu, Haji Yusof dijatuhi hukuman tanpa bicara oleh Mahkamah Firaun Lembaga Disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithaudden.

Rakyat Semporna tahu, Shafie telah melakukan yang terbaik untuk mereka terutama agihan projek pembangunan dan kecapaian infrastruktur di Semporna yang nisbahnya mengatasi penduduk Semporna sendiri.

Jika Shafie dipilih untuk menggantikan Musa yang terpaksa diturunkan untuk menyelamatkan BN Sabah dalam pilihan raya akan datang, maka beliau hendaklah menjadikan agenda mengembalikan hak rakyat di kawasan hutan yang disimpankan untuk Musa sebagai agenda utama kerana lebih 200 geran hak milik telah dikeluarkan di kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas 1.

Namun Shafie haruslah mencari rakan kerja yang baik kerana Setiausaha Politiknya, Jaujan Haji Sambakong umpama bara api yang sedang membakar kerjayanya sebagai tokoh politik yang disegani.

Sifat Jaujan sama seperti Haji Ramli Marahaban, enggan melayan kehendak rakyat dan mengadakan tembok pemisah antara rakyat Semporna dengan Shafie semata-mata untuk memenuhkan temboloknya sebelum memberikan najisnya kepada orang lain.

Shafie perlu melantik orang yang suka bekerja seperti Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash) Datuk Patrick Sindu sebagai Setiausaha Politik atau orang kanan kerana peranan yang dimainkan Patrick untuk membersihkan namanya di Sabah lebih hebat daripada peranan Shafie menanam pengaruh Najib di Sabah.

Sejajar dengan senario Pak Lah berhadapan dengan pelbagai gerakan senyap daripada luar dan dalam yang mencabar integritinya, Majlis Raja-Raja sudah berani menuding jari kepada Pak Lah dalam isu perlantikan hakim sehingga diletupkan oleh klip video yang mendedahkan tembelang yang melibatkan Ketua Hakim Negara dan peguam kanan.

Dalam keadaan Pak Lah tidak mahu kehilangan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah yang hampir disapu bersih pada pilihan raya 2004, Pak Lah memerlukan Panglima Perang yang baru untuk memimpin Barisan Nasional menentang kebangkitan kuasa rakyat yang mahukan keadilan termasuk ledakan pengaruh Parti Keadilan Rakyat di kalangan Pribumi dan Cina.

Sepanjang tempoh pemerintahan Musa sejak Mac 2003, benih kebencian kepada kerajaan mula tumbuh melalui agihan pembangunan yang tidak sekata, pemberian konsesi pembalakan dan kontrak yang berasaskan kroni dan proksi sehingga terpalit dengan 81 Dalil yang difailkan secara rasmi oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Musa telah menyuburkan peranan pembangkang yang berjaya dilenyapkan oleh seorang Kapitan Nanyang, Tan Sri Chong Kah Kiat. Rakyat Sabah kini memerlukan pembangkang kerana semakin hari kejadian penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semakin menjadi-jadi yang dimangkinkan oleh fmedia blackoutf yang semakin ketara.

Inilah kesilapan paling besar Musa kerana kelemahannya berfikir menyebabkan beliau mengawal ketat media di Sabah sehingga semua editor terpaksa bertanya beliau dahulu sebelum menerbitkan sesuatu berita yang melibatkan namanya, terutama akhbar milik abangnya, New Sabah Times.

Musa lupa bahawa pemimpin agung Perancis, Napoleon Bonaparte amat takut kepada surat khabar (media) daripada mata pedang (senjata) yang jumlahnya beribu kali ganda daripada jumlah surat khabar yang ada.

Musa tidak pernah mengambil iktibar kenyataan Napoleon dan tidak pernah berfikir apabila beliau melakukan media blackout terhadap lebih 10 laporan polis berhubung salah lakunya, rakyat telah beralih kerana media tanpa sempadan, internet yang tidak menetapkan hasrat untuk menang terus, sebaliknya bertahap sebagaimana berjayanya kempen Free Anwar.

Pengendali laman web Free Anwar telah membubarkan laman web tersebut dan menubuhkan Malaysia Today yang kini bukan sahaja menghentam Musa malah seluruh pemimpin Malaysia yang korup dan mengkhianati amanah rakyat.

Musa telah dijangkiti Virus Homo Sovieticus yang merupakan petanda utama Skizofrenia yang pada mulanya dikesan di Russia sebaik sahaja USSR dibubarkan. Sebagai contoh Tembok Berlin diruntuhkan namun dalam kepala rakyat Jerman Timur ianya tetap kukuh. Uni-Soviet sudah bubar tetapi keperibadian komunis tetap bertahan dalam minda mereka.

Musa kini mempunyai keperibadian berpecah dua (Spiliting Personality) iaitu wajah awam dan wajah peribadi yang hidup berdampingan tetapi bertentangan antara satu sama lain dalam jiwanya.

Mujur Musa berada di Sabah kerana jika di Amerika, manusia Spliting Personality akan diperintahkan Mahkamah tinggal di rumah sakit jiwa seperti Hospital Mental Bukit Padang dan tidak boleh dijadikan pemimpin.

Sayang sekali Musa tidak menyedari dirinya bagaikan anjing pemburu yang akhirnya hanya diberi tulang sebagai imbuhan dari tuannya yang terdiri daripada Cukong atau Taukey Nanyang sebagai upah kerana memberikan mereka kekayaan yang luar biasa.

Musa tidak cukup berilmu kerana ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA @ Money Buy Anything) dibeli daripada Universiti Edith Cowan dengan bantuan buah hati pengarang jantungnya Hajjah Rosmawati Haji Lasuki.

Memang diakui Musa hanya sekadar orang Islam baka dan bukannya mukmin kerana jika dia mukmin sudah pasti dia sentiasa ingat dengan pesanan Saidina Ali iaitu, hkamu dengar apa yang dia cakap dan bukan tengok siapa yang bercakap,h

Oleh kerana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Jeffrey Kitingan bukanlah Timbalan atau Perdana Menteri Malaysia, maka Musa tidak mengendahkan laporan polis yang dibuatnya tanpa menyedari Jefrrey bercakap benar dan Musa berhak mendengar dan mengkaji apa yang dikatakan Jeffrey, berbanding apa yang dibisikkan oleh abang Jeffrey, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang menjadi pengampu utama sehingga digelar fHuguan Talouf.

Begitu juga dengan laporan polis yang dibuat oleh Mantan Setiausaha Task Force Umno, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang turut memberi keterangan bersumpah hadapan di Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti dan laporan polis Sabu @ Saifuddin Abdullah yang mendakwa Musa adalah dalang sebenar pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada pendatang asing Filipina, Indonesia, India dan Pakistan di antara 1991 hingga 1993 yang membolehkan BN merampas kuasa daripada PBS.

Manakala seorang penulis kontroversi, Mutalib M.D pula dianggap Musa sebagai orang kuat Jeffrey Kitingan sedangkan beliau lebih mencintai Umno daripada dirinya sendiri dengan penerbitan buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Di Sewa dan IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?

Bukankah kebolehan dan keberanian Mutalib ini sepatutnya dimanfaatkan Musa untuk
mematahkan serangan siber pembangkang dan menyebarkan seranta kepada rakyat berhubung kecapaian BN dan menghadapi karenah pembangkang secara matang?

Itupun jika Mutalib mahu, kerana penulis fgila tulisf seperti Mutalib bukanlah boleh dibeli dengan kekayaan kerana dia menulis apa yang dia suka dan bukannya disuruh menulis apa yang Musa suka.

Musa lebih suka mendengar fitnah daripada Datuk Ainal Fattah, Datuk Basalie Abdul Hamid, Haji Ramli Marahaban, Datuk Musbah Jamli, Musli Oli dan pengampunya daripada membaca minda Mutalib yang patinya terdapat di dalam kandungan buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir? yang khabarnya dihadiahkan kepada Musa secara Percuma.

Ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Mutalib mengakui beliau menghadiahkan buku yang berharga RM1,000 kepada Musa kerana yakin Musa tidak mampu membeli. Sebenarnya beliau tidak akan menjual buku itu kepada Musa sekalipun harga yang ditawarkan RM1 Juta, tetapi memikirkan Musa harus baca buku itu, maka beliau sedekahkan buku tersebut yang dipercayai salah satu punca Tun Mahathir tutup mulut.

Tambahan pula kata Mutalib, buku yang dipesan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah melalui Datuk James Vitalis belum dibayar sehingga kini sejak diserahkan pada April 2007 kerana Aiso Tussin (Tiada wang @ Tussin juga ialah bapa mertua Musa).

Mutalib adalah satu-satunya wartawan buku di Sabah yang hidupnya menjual buku dan menulis buku, mencetak buku dan memasarkan bukunya sendiri, tetapi sayang dia ahli yang patuh kepada Perlembagaan Umno!

Musa harus merenung pandangan seorang kolumnis daripada Indonesia yang antara lain mencatatkan, hRakyat sesuatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar dalam keheningannya sendiri, tetapi pancainderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya.h

Kini Musa mula merasa bahangnya apabila setiap minggu Malaysia Today menyiarkan berita kejalangan Musa dan percubaan seorang kroninya, Haji Musbah Jamli menyaman Malaysia Today adalah satu perbuatan orang bodoh dan hilang akal.

Selepas keluar daripada Balai Polis Dang Wangi, pemilik dan pengendali laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berkata, hMalaysia Today is not a Malaysian website. Wefre not based locally and we do not come under Malaysian Law. I refuse to be dictated by any Malaysian Laws.h (Malaysia Today bukanlah laman web Malaysia. Kami bukan berpangkalan di sini dan tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Saya enggan didakwa di bawah mana-mana Undang-undang Malaysia)

Jadi jika Musa atau Musbah mahu menyaman Malaysia Today yang bukan sahaja menyiarkan rencana malah grafik yang berkaitan diri mereka, maka bolehlah menghantar saman ke Amerika Syarikat atau menemui Presiden Bush seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir sehingga terpaksa membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat untuk menemui Bush.

Sehubungan itu, Musa harus sedar bahawa beliau dilantik dan bukannya dipilih oleh rakyat untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. Musa bukanlah dikategorikan sebagai pemimpin sebaliknya •Penyamun– yang memperdaya Kapten Nanyang, Tan Sri Chong Kah Kiat agar dinamakan sebagai pengganti dengan janji menggunung melalui lakonan budi pekerti bagaikan wali.

Jika hanya dipilih sebagai Adun Sibuga melalui bantuan 6,000 pengundi hantu dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah setelah memenangi jawatan Ketua Umno Libaran dengan skandal rasuah politik wang, Musa bukanlah layak untuk dinamakan oleh Chong Kah Kiat yang terkial-kial membersihkan dosanya melantik Musa kini terkesima dengan halangan pembinaan Patung Dewa Ma Tzu.

Apabila suara rakyat disekat, mereka berpihak kepada pembangkang yang sudi menyuarakan keluhan hati mereka dan kehadiran laman web Malaysia Today yang berani menyiarkan rintihan hati rakyat menjadi pemangkin pengaruh pembangkang di Sabah.

Bagi rakyat Sabah, Musa adalah beban yang harus dilepaskan daripada gendongan BN Sabah kerana kepimpinannya tidak lagi relevan dengan aspirasi rakyat Sabah terutama apabila telah merasuah Pak Lah dengan membayar bil rawatan Allahyarham Kak Endon sedangkan bil berkenaan akan dijelaskan oleh kerajaan.

Pembangkang telah dapat membuktikan alasan yang melampaui keraguan munasabah mengenai penglibatan peribadi Musa dalam kegiatan pengeluaran 82,000 kad pengenalan projek kepada Pendatang Asing Tanpa Izin melalui pendedahan Jabar di akhbar Harakah dan disiarkan secara meluas melalui media maya.

Walaupun Musa telah berjaya membeli hampir dua pertiga pegawai penting yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (termasuk Datof Mohammad Tajuddin Abdul Wahab) melalui Datuk Rahman Dahlan, namun tidak dapat membasuh dosanya kepada rakyat Sabah apabila mengarahkan Pengarah Perhutanan Sabah membakar rumah penduduk kampung dan menghalau mereka daripada kawasan hutan simpan yang telah diduduki sejak Sabah belum merdeka.

Berbanding Shafie, sekalipun rekodnya sedikit tersirna oleh kenaikan harga minyak, beras dan barangan pengguna, namun oleh kerana ianya keputusan Kabinet Malaysia, maka Shafie selamat daripada dicemuh rakyat akibat tindakan kerajaan mengurangkan pelbagai subsidi untuk menyerap kos pengurusan negara yang tinggi (termasuk belanja Pak Lah Melancong).

Tuduhan dan perkaitan Najib dengan Altantuya Shariibu semakin kelabu menyebabkan Najib sudah mempersiapkan diri untuk menggantikan Pak Lah jika Yang Dipertuan Agong bertindak memecat Pak Lah menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana gagal menjalankan tugas sebagaimana diamanahkan.

Kesediaan Shafie melepaskan kerusi Parlimen Semporna dan bertukar suka sama suka dengan Datuk Nasir Tun Sakaran yang selama ini mewakili Dun Senallang pada pilihanraya akan datang merupakan persediaan tepat untuk proses peralihan kuasa.

Jika pilihanraya tidak diadakan selewat-lewatnya pada November 2007 iaitu selepas Pembentangan Belanjawan Dewan Undangan Negeri Sabah, maka pilihanraya umum hanya akan diadakan pada Julai atau Ogos 2008.

Sebagai pemimpin ulung Pertubuhan Islam Sedunia (OIC), Pak Lah harus bijak menjaga hati pemimpin OIC yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan akan memberi peluang Anwar untuk bertanding selepas larangannya luput pada April 2008.

Faktor Anwar tidak lagi penting bagi Pak Lah, tetapi penting untuk menjaga kredibiliti negara di mata negara-negara OIC yang akan melihat Pak Lah takut kepada pengaruh Anwar sehingga menggunakan alasan undang-undang untuk menghalang Anwar bertanding.

Pak Lah sedar, Anwar tidak lagi mampu mengumpul kekuatan kerana hampir keseluruhan pemimpin lama di dalam Keadilan telah berhijrah kembali ke pangkuan BN dan hanya menimbulkan pelbagai sentimen tertentu untuk meraih sokongan DAP, bukan parti Lim Kit Siang tetapi pengundi yang Duduk Atas Pagar.

Jika ini berlaku, maka Pak Lah terpaksa menggunakan peruntukan 6 adun lantikan untuk mengatasi krisis kemimpinan dalam Umno Sabah dengan melantik Syafie sebagai Ketua Menteri Sabah dan Musa sebagai Senator dan Menteri di peringkat Persekutuan.

Dengan kedudukan parti komponen BN di Sabah yang bagaikan retak menanti belah, Umno memerlukan seorang pemimpin yang boleh diterima oleh parti komponen iaitu seperti Shafie yang secara kebetulan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah.

Walaupun teori kemungkinan dan kebarangkalian ini kelihatan agak ganjil, namun itulah hakikat yang harus dilalui Musa dan diterima oleh Shafie demi menyelamatkan maruah Umno yang kini terpaksa bersetinggan di bangunan milik Musa Aman yang dibiayai dengan derma yang menggunakan nama Umno.

Tidak ada calon yang lebih sesuai kerana harus melepasi Najib yang sudahpun berpihak kepada Shafie untuk menstabilkan kembali fpolitik sabunf di Sabah yang mula bergelora dan akan meledak jika khidmat Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dilanjutkan.

Masidi Manjun, Rahim Ismail, Yahya Hussin, Hajiji Haji Noor, Nasir Sakaran dan sebagainya hanyalah ikan hiasan di akuarium Musa dan tidak menjadi sekatan kepada Shafie untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang stabil di Sabah!

Ketika berada di tampuk kuasa, Musa mungkin lupa firman Allah di dalam ayat 11, Surah Ar-Rad yang bermaksud, hSesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum sampai kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka. Tetapi bila (sahaja) Allah menghendaki untuk menimpakan kepada suatu kaum itu bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri) maka tiada siapapun yang dapat menolaknya itu dan tiada sesiapapun dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.h

Melihat kepada keangkuhan Musa, seorang ilmuan, Haji Agus Salim pernah berkata, horang yang berakal menderita di tengah-tengah nikmat tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan.h

Walaupun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datof Mohd Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengarahkan fail siasatan terhadap Musa Aman ditutup, namun sehingga ke hari ini Peguam Negara terus membisu.

Jika seorang Ketua Menteri menggunakan kuasa eksekutifnya dan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan mengarahkan Kementerian Sains, Multimedia dan Teknologi Maklumat dan subsidiarinya berpindah ke bangunan miliknya sendiri dan sewa di bayar oleh Kementerian Kewangan Negeri boleh dibebaskan oleh Peguam Negara dari pertuduhan rasuah, maka negara ini tidak memerlukan lagi khidmat Badan Pencegah Rasuah dan sebaiknya Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatan.

Dosa Musa terhadap rakyat Sabah terutama orang Melayu tidak terampun walau dibasuh dengan tujuh lautan, tujuh batang sungai dan tujuh telaga terutama dalam hal pemberian konsesi balak Yayasan Sabah dan menghalau anak negeri bagaikan anjing buruk kepala.

Di era Musa menjadi Ketua Menteri Sabah, beliau tidak lagi dapat membezakan yang mana musuh dan yang mana kawan kerana ramainya musuh dalam selimut yang menyorok gunting dalam lipatan. Ramainya pemimpin munafik dan berjiwa haiwan yang berpura-pura menjadi pembela rakyat, tetapi merekalah yang duduk dan meluluskan permohonan tanah adat dan projek khas untuk bumiputera kepada saudagar Nanyang (Cina).

Tanah milik Umno diperdagangkan; derma untuk bangunan Umno disonglap; tanah milik USIA dikerjakan oleh taukey Nanyang sebagai Pusat Maksiat (1Borneo); Hari Jadi TYT diubah semudah menukar sudu dengan •chopstick–; masjid bagaikan gua sarang burung dan reban cicak; Orang Melayu Asli dipaksa menerima 82,000 orang warga segera yang diimport daripada Filipina, Indonesia, India dan Pakistan dan pelbagai kesalahan yang boleh dihukum sula di zaman kegemilangan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansyur Shah.

Hari ini di Sabah jurang perbezaan antara orang miskin dan kaya bukan antara Melayu, Cina dan India tetapi antara Melayu yang terlalu kaya dan ramainya Melayu yang hidup papa kedana semata-mata kerana mempunyai Ketua Menteri yang fhilang akal dan kurang warasf kerana mengidap Skizofrenia.

Bayangkanlah bagaimana Musa tergamak mengupah Samsudin dan kaki pukulnya membelasah Lue Sue Seng sehingga cedera parah semata-mata kerana mendedahkan hubungan sulitnya dengan pelbagai perempuan termasuk Rahmawati, Rosmawati dan Jenniferwati dan sebagainya. Lebih memalukan apabila beliau menggunakan kuasanya mengarahkan sepupunya, Pesuruh Jaya Polis Sabah, Datuk Ilyas Ibrahim (kini Mayor Kota Kinabalu) menutup fail kes jenayah berkenaan.

Musa turut merasuah seorang Pemegang Amanah Umno Sabah, Datuk Hussin Wahid Dally sejumlah RM300,000 semata-mata mengarahkan beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau mengkendurikan tanah Umno seluas lima ekar berdekatan Sutera Harbour kepada kroni dan proksinya.

Berapa Umno Sabah dapat hasil fusahapaksaf dengan kroni Musa? Bendahari Umno Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor tidak mungkin tahu kerana seorang lagi Pemegang Amanah, Datuk Dr Yusof Yaakub tersenyum girang menerima angpau dan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Persoalannya, bagaimana Shafie mahu merubah dan memberikan kesedaran kepada 60 Adun dan 24 Ahli Parlimen serta 3 Senator daripada Sabah yang kelihatan terlalu gilakan harta, bakhil dan tamak haloba?

Adalah tidak masuk akal jika Pengarah Audit Sabah tidak menjalankan siasatan bagaimana Musa boleh membelanjakan peruntukan pinjaman Kerajaan Persekutuan sejumlah RM500 juta untuk menjalankan Projek Pengswastaan Bekalan Air yang diserahkan kepada proksinya, Terence Chu melalui City Best Corporation Sdn.Bhd yang mempunyai modal berbayar RM2 setelah beliau memaksa Kabinet Negeri Sabah bersetuju.

Mungkin Pengarah Audit tidak mengetahui setiap malam Jabatan Air terpaksa mengalirkan air yang lebih ke parit atau sungai berdekatan kerana terpaksa mengisi semula reservoir dengan air yang baru? Kenapakah bekalan air melebihi permintaan dan kini Musa menswastakan bekalan air kepada City Best Corporation sedangkan skim yang sedang ada melebihi keperluan Sandakan sehingga tahun 2030!

Begitu juga halnya dengan Skim Bekalan Air Lahad Datu, Kunak dan Semporna sehingga hutang kepada konsesi melebihi RM1.5 billion? Sewajarnya semua 60 wakil rakyat BN meletakkan jawatan kerana gagal mengesan punca hutang kepada konsesi melambung tinggi sedangkan rakyat di luar Bandar terpaksa menggali perigi atau menggunakan air sungai yang tercemar sekalipun Sabah sudah 44 tahun mengecap nikmat merdeka.

Tetapi yang merdeka hanya Musa dan kroninya, rakyat terus menderita tanpa penghujungnya.

Lebih mencabar, jika Shafie menggantikan Musa, bagaimana beliau mahu mendaulatkan Bangsa Melayu dan bukannya Orang Melayu di Sabah jika saudagar Nanyang memiliki tiga perempat tanah perladangan di Sabah termasuk tanah adat yang dipindah milik dengan kerjasama Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur hanya berdasarkan Sijil Anak Negeri Palsu?

Dosa Datuk Joseph Pairin Kitingan yang diwariskan kepada semua Ketua Menteri fMerry Go Roundf ialah melupuskan ekuiti 30 peratus saham bumiputera di dalam sektor perladangan yang keluasannya melebihi 1,000 ekar sebagaimana yang diperkenalkan Datuk Harris Salleh untuk menjaga Ketuanan Melayu di Sabah.

Persoalan yang paling rumit ialah bagaimana Shafie mahu bertanya Musa ke mana perginya bantuan sejumlah RM2 bilion daripada Bank Dunia untuk memulihkan kawasan repairian yang telah diteroka secara haram oleh Taukey Nanyang dengan kerjasama Renjer Perhutanan yang tersenyum mengira angpau?

Sebagai macai kepada orang nombor dua Negara, bagaimana Shafie mahu meminta bossnya mengarahkan Tan Sri Yusof Noor menambah peruntukan Felda sejumlah RM50 juta kepada RM60 juta agar dapat diagehkan sama rata kepada setiap kawasan dewan undangan negeri kerana peruntukan pembangunan setiap adun hanya mampu memberi sehelai kondom kepada rakyatnya!

Walaupun hanya kawasan Lahad Datu dan Umas-Umas Tawau yang menerima kesan daripada pemberian langsung tanah rakyat kepada Felda, namun oleh kerana tanah Sabah adalah milik rakyatnya, maka sewajarnya peruntukan tersebut tidak diagehkan untuk Parlimen Silam atau Parlimen Kalabakan sahaja.

Mampukah Shafie membasuh dosa Musa dengan memujuk Pak Lah menambah subsidi agar harga minyak di Sabah turun sebagai membalas jasa rakyat Sabah yang merelakan minyak mentah diperah daripada perut buminya tanpa henti-henti dan hanya menerima 5 % royalti?

Namun Shafie harus ingat setiap ketika bahawa memiliki musuh yang ramai lebih bermaruah daripada mempunyai rakan rapat tetapi menjadi musuh dalam selimut. Bukankah hulu kapak diambil daripada dahan pokok yang akhirnya akan menebang pokok berkenaan!

Setelah Yong Teck Lee, Osu Sukam dan Bernard Dompok menyerahkan lebih 2 juta hektar hutan simpan Sabah kepada saudagar Nanyang, Musa melelong Konsesi Yayasan Sabah terutama Benta Wawasan, mampukah Shafie menjelaskan tohmahan yang mengatakan beliau terlibat dengan Skandal NBT dan Saham Amanah Sabah
vozoon
 
Posts: 13
Joined: Wed Mar 05, 2008 8:28 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby yyookkuu » Sat Jan 01, 2011 7:59 am

...terima kasih Vozoon, akhirnya rahsia kepimpinan terbongkar memang menggerunkanlah apabila ketamakan melebihi daripada keikhlasan untuk memimpin. Rakyat perlu tahu supaya mereka boleh memberikan kuasa mereka kepada orang yg boleh dipercayai dan tidak mementingkan kehendak diri, mau pun kekayan sehingga rakyat terabai dalam kemiskinan yg melanda. :thumbup1:
User avatar
yyookkuu
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11451
Joined: Sat Dec 20, 2008 4:15 pm
Credit in hand: 40.56
Bank: 20,054.43

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Vun » Sat Jan 01, 2011 9:29 am

syabass!!..i love it bca smpi habis nui, harap ad pemimoi yg berjaya mgubah sabah dan keluar dr kemisinan tegar kept it up. to voozoon 2 tumbs up 4 u
ApA kO PaDuLi....BuKaN SaUdArA
User avatar
Vun
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1828
Joined: Wed Jun 03, 2009 1:03 pm
Credit in hand: 25.54
Bank: 2,676.05
Location: dalam perut ibu..

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby yyookkuu » Sat Jan 01, 2011 9:45 am

vozoon wrote:Setelah lama Perdana Menteri Malaysia mengembara ke seantero dunia untuk mencari Al-Ghazali dan As-Syafie, maka berakhir sudahkah pencarian Pak Lah sesuai dengan sajaknya fKucari Damai Abadif.

...patutlah Sabah menjadi semakin meskin. Rakyat semakin terabai.
Mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan harta, yang berkuasa berharta.
Pendedahan yang sungguh berani harus disanjung tinggi... :hmmm:
User avatar
yyookkuu
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11451
Joined: Sat Dec 20, 2008 4:15 pm
Credit in hand: 40.56
Bank: 20,054.43

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Joshua » Sun Jan 02, 2011 2:25 am

betul panjang cerita ..
User avatar
Joshua
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11724
Joined: Tue Apr 01, 2008 10:27 pm
Credit in hand: 247.12
Bank: 39,638.79

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Joshua » Sun Jan 02, 2011 2:39 am

Shafie perlu melantik orang yang suka bekerja seperti Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Cash) Datuk Patrick Sindu sebagai Setiausaha Politik atau orang kanan kerana peranan yang dimainkan Patrick untuk membersihkan namanya di Sabah lebih hebat daripada peranan Shafie menanam pengaruh Najib di Sabah.

any update on this now?
User avatar
Joshua
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11724
Joined: Tue Apr 01, 2008 10:27 pm
Credit in hand: 247.12
Bank: 39,638.79

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby MoNdOw » Sun Jan 02, 2011 9:18 am

Begitu indah lenggang liuk jari mengetik. namun bila mata dan minda meniti dari ayat ke ayat, sampailah kepada huruf terakhir, maka tercarik juga kulitan indah. hasad dengki dan prasangka disulam dgn isu-isu semasa. Rasuah, kroni, dan salah guna kuasa adalah perisa licik kepada setiap mata yg membaca. minda purba yg berintikan ketuanan dan perkauman rancu yg telah menghakis jati diri, telah dipakaikan gaun berjenama "sabah baru" - bertujuan utk membetong pemikiran warga supaya turut menjulang ketuanan melayu. selamat beradu mentaliti purba.
~~~BiArLaH mUkA bUuUrUk - yAnG pEnTiNg SiSiRaN~~~
User avatar
MoNdOw
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2715
Joined: Tue Feb 10, 2009 12:34 pm
Credit in hand: 300.07
Bank: 10,235.28
Location: MaNsAu AnSaU

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby yyookkuu » Sun Jan 02, 2011 9:59 am

..kemana sudah itu slogan, "Bersih cekap dan amanah?" Patutlah kita telah dikaburi dengan slogan2 yg menutup minda kita semua?....dlm masa yg sama rasuah serta yg sewaktu dengannya berleluasa - berlaku serentak. Mungkin Sabah lebih sesuai jika dikatakan akan bengkrap 9 tahun lagi? .... :hmmm:
User avatar
yyookkuu
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11451
Joined: Sat Dec 20, 2008 4:15 pm
Credit in hand: 40.56
Bank: 20,054.43

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby yyookkuu » Sun Jan 02, 2011 10:04 am

MoNdOw wrote:Begitu indah lenggang liuk jari mengetik. namun bila mata dan minda meniti dari ayat ke ayat, sampailah kepada huruf terakhir, maka tercarik juga kulitan indah. hasad dengki dan prasangka disulam dgn isu-isu semasa. Rasuah, kroni, dan salah guna kuasa adalah perisa licik kepada setiap mata yg membaca. minda purba yg berintikan ketuanan dan perkauman rancu yg telah menghakis jati diri, telah dipakaikan gaun berjenama "sabah baru" - bertujuan utk membetong pemikiran warga supaya turut menjulang ketuanan melayu. selamat beradu mentaliti purba.

..fuh! inda sangka2 berseni puitis juga pula si MoNdOw ini!...hebat ko sana! :thumbup1:
User avatar
yyookkuu
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11451
Joined: Sat Dec 20, 2008 4:15 pm
Credit in hand: 40.56
Bank: 20,054.43

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby daniel_cross » Sun Jan 02, 2011 10:08 am

Joshua wrote:betul panjang cerita ..

:slaugh:
complete set mah...
User avatar
daniel_cross
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4894
Joined: Tue Mar 02, 2010 5:39 pm
Credit in hand: 22.02
Bank: 10,601.54
Location: sini dalam rumah

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Joshua » Sun Jan 02, 2011 11:57 am

semua sudah grabbed dan mana ada lagi untuk orang lain ?
User avatar
Joshua
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11724
Joined: Tue Apr 01, 2008 10:27 pm
Credit in hand: 247.12
Bank: 39,638.79

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Dedat » Thu Jan 20, 2011 9:28 pm

shafie aharapan kita
Dedat
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 214
Joined: Wed Jan 19, 2011 9:51 pm
Credit in hand: -600.00
Bank: 2.03

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Joshua » Fri Jan 21, 2011 3:07 am

Dedat wrote:shafie aharapan kita

tanya dia berkaitan Bakun pada 1994
User avatar
Joshua
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11724
Joined: Tue Apr 01, 2008 10:27 pm
Credit in hand: 247.12
Bank: 39,638.79

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby owl » Fri Jan 21, 2011 3:39 am

siapa shafie afdal tu...mgapa mau bangga2 @ dia harapan kita????...dia tu pilak apa...bkn anak negeri sabah Orginal pun...bagi saya Musa Aman kira bole harap & pakai lg dr shafie afdal tu.... :thumbdown:
owl
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 349
Joined: Fri Jan 15, 2010 2:17 pm
Credit in hand: 0.00
Bank: 10,433.94

Re: koridor sabah, sabah baru, musa aman khan dan shafie afd

Postby Joshua » Fri Jan 21, 2011 9:47 pm

semua sudah expired...
User avatar
Joshua
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 11724
Joined: Tue Apr 01, 2008 10:27 pm
Credit in hand: 247.12
Bank: 39,638.79

Next

Return to Sabah, Malaysia & International Politics

Who is online

Users browsing this forum: Majestic-12 [Bot] and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 1 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: Majestic-12 [Bot] and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.