Rusuhan 1986

Cakap politik dan kempen di sini

Moderator: Moderators

Forum rules
You are responsible and liable for all your activities while participating in this forum. The freedom to participate in any discussion should not be abused and used to harass or defame others or to spread untruth. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

Rusuhan 1986

Postby aki nabalu » Fri Jan 18, 2008 5:22 pm

Hi semua. Kamu masih ingat ka insiden rusuhan ini. Saya mau buat kajian ba sikit. Sia ingat lagi ada bom meletup in kk. Sia baca di satu buku, 7 bom meletup. Di Tawau dan Sandakan pun ada rusuhun dan kebakaran. Kalau inda silap mungkin ada 5 orang korban. Saya rasa ini salah satu rusuhan paling teruk di Malaysia. Sampai ada bom lagi tu? Mei 13 pun teda bom oh. Tapi, hairan juga, ramai orang macam tidak tau ba pasal ni barang. Kenapa tu?

Satu lagi, sya mau tau: Apa punca rusuhan itu? Orang apa yg buat rusuhan? Penyokong PBS atau Berjaya? Kenapa marah? Saya tahu ada kena-mengena Pilihanraya negeri 1985. Ada sesiapa tahu atau ada info?
User avatar
aki nabalu
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 522
Joined: Thu Jan 19, 2006 11:34 pm
Credit in hand: 122.63

Advertisement

Postby puntih » Fri Jan 18, 2008 10:09 pm

Sebenarnya saya pun tak tau cerita ni, pasal masa tu saya masih budak lagi, walau bagaimanapun hasil dari sia mengoogle maka sia dapat lah ini artikel:

Tun Mustapha membuka pintu kepada kehadiran Pelarian Perang Filipina ke Sabah setelah merancang pemberontakan di Selatan Mindanao dengan memberikan bantuan senjata api yang diseludup masuk oleh Abu Dhabi melalui Sabah agar kebanjiran rakyat asing Filipina di Sabah memberikan bon jaminan yang boleh ditunaikan ketika diperlukan.

Walaupun Malaysia tidak menandatangani PROTOKOL 1967 berhubung pelarian perang, namun Tun Mustapha menggunakan kuasa vetonya untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu Berhubung Pelarian (UNHCR) menubuhkan Suruhanjaya Tinggi di Sabah dan bermurah hati menyerahkan tanah adat milik rakyat Sabah untuk mendirikan pusat penempatan pelarian di seluruh Sabah dan Pasar UNHCR (kini Pasar Filipina) di Sinsuran, Kota Kinabalu.

Para Pelarian yang kononnya ‘Pelarian Perang’ di Sabah mendapat layanan kelas satu apabila bebas keluar masuk ke pusat tahanan yang dijenamakan sebagai pusat penempatan berbanding pelarian Vietnam di Pulau Bidong yang dikawal ketat dan ditutup setelah Kerajaan Malaysia menghantar mereka pulang atau negara ketiga mengambil mereka.

Pelarian Filipina di Sabah dijaga dengan baik dan diberi layanan istimewa kerana mereka boleh disewa untuk menjalankan apa sahaja, termasuk memukul saya, atau sebagai PENGUNDI dalam setiap Pilihanraya.

Mereka ini amat istimewa kerana sanggup menurut perintah ketua yang mengarahkan mereka turun membuang undi sekalipun mereka TIDAK MEMPUNYAI APA-APA DOKUMEN melainkan ‘kemaluan’ yang sering mengucar kacirkan sistem sosial di Sabah. Mereka boleh mengundi antara DUA hingga LIMA kali dengan bayaran RM50 bagi satu undi.

Tidak ada dokumen bagaimana boleh mengundi? Mereka telah diberi antara SATU hingga LIMA resit kad pengenalan atau Mykad yang mempunyai gambar dan cap jari mereka mengikut nama yang terdapat dalam daftar pemilih untuk mengundi di kawasan yang berlainan. Apabila orang asal atau pemilik sebenar kad pengenalan datang untuk mengundi, pegawai pilihanraya menyatakan mereka telah mengundi!

Kini, Kerajaan Malaysia tidak akan menghantar balik ke negara asal mereka yang kini aman damai dan sejahtera kerana telah bermurah hati memberi TARAF PENDUDUK TETAP kepada bukan sahaja PEMEGANG ASAL IMM13, malah anak cucu dan cicit mereka.

Ramai daripada pemegang asal IMM13 telah memiliki Mykad dan warganegara telah menyerahkan IMM13 mereka kepada adik beradik mereka yang baru datang dengan bantuan Jabatan Imigresen Sabah yang boleh menukar cap jari dan gambar!

Tun Mustapha telah menggunakan kuasa veto dan diktator yang mempunyai kuasa darurat untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen yang ketika itu terletak di bawah bidang kuasanya memberi kad pengenalan kepada kaum kerabat dan suku sakatnya dari Filipina asalkan ada rakyat tempatan yang sanggup menjamin. Menurut seorang responden saya, Haji Anggar, beliau telah menjamin ramai warga Filipina yang pada masa itu hanya perlu dibawa ke Pegawai Daerah untuk mengambil pendatang asing ini sebagai anak angkat dan mendaftarkan dokumen surat lahir daftar lewat atau memberikan mereka kad pengenalan. Antaranya yang berjaya menjadi peguam ialah Mantan Setiausaha Agung Parti BERSEKUTU, Haji Nasser Mohd Noor. Namun akhirnya Pitting Ali yang dijadikan kambing hitam untuk menutup rahsia Tun Mustapha.

Kejayaan Tun Mustapha merekrut PATI sebagai warganegara telah memberi ilham kepada Datuk Harris Salleh untuk mengubah pola politik pengundi di Sabah kerana ketika itu kaum bumiputera Islam, bukan Islam dan Cina mempunyai kekuatan yang sama rata. Mana-mana kaum yang bergabung akan membentung kerajaan dan ini amat berbahaya kerana sokongan boleh berpaling tadah pada bila-bila masa dan kerajaan yang memerintah akan tumbang.

Menyedari hakikat ini, Harris telah ‘merasuah’ dan bersekongkol dengan Datuk Megat Junid Megat Ayub, Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang gemar berjudi untuk melancarkan operasi khas memberikan kerakyatan songsang untuk mengubah pola pengundian di Sabah. Ketika itu, warga Filipina, Indonesia, Pakistan dan India telah direkrut sebagai Rakyat Sabah melalui pemberian kad pengenalan dengan menggunakan kelonggaran pentadbiran seperti HNR 3 dan HNR10.

Walaupun Harris telah berjasa kepada mereka, namun akibat sentimen perkauman yang berjaya ditiup dan api yang membakar di kalangan PATI Filipina yang berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia tanpa mereka minta telah memberi undi kepada USNO dan PARTI BERSATU SABAH (PBS) sehingga BERJAYA tumbang, namun masih tidak mengaku kalah dan menganjurkan RUSUHAN 1986 dan melibatkan ramai PATI.

Image

HARAM…. Demonstrasi Berdarah 1986 di Sabah ditaja oleh pemimpin USNO dan Berjaya yang enggan mengaku mereka telah ditolak rakyat sehingga mengupah pendatang asing tanpa izin membuat huru-hara, anehnya polis pun turut serta dalam perhimpunan haram berkenaan.

Anehnya, polis yang menjadi dalang utama kerana seorang responden saya, Hassnar @ Assainar M.P. Ebrahim, memberitahu saya beliau dalam wawancara terbaru diarahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Maulana Babjee, untuk membunuh beberapa orang agar Kerajaan mengisytiharkan darurat agar MAGERAN akan menafikan kuasa rakyat yang diberikan kepada PBS setelah KUDITA (coup-de-tat) mereka melalui Istana Negeri dan Mahkamah Tinggi gagal. Daripada siasatan saya, Maulana Babjee inilah Pegawai Kanan Polis yang memiliki RM38 juta yang tidak dinyatakan nama di dalam laporan Suruhanjaya Penambahbaikan dan Perjalanan Pentadbiran Polis DiRaja Malaysia yang mengesyorkan penubuhan IPCMC. Tidak ada seorang pun perusuh atau penunjuk perasaan yang memusnahkan harta benda didakwa di mahkamah sebaliknya dibebaskan walaupun anggota bawahan menangkap mereka, sekadar berlakon ‘Drama Swasta’.
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby puntih » Fri Jan 18, 2008 10:19 pm

BAGAIMANA AGAKNYA GENERASI SEKARANG MELIHAT PERKARA INI?

APA PANDANGAN MEREKA?

DAN APAKAH KESIMPULAM YANG DAPAT MEREKA BERIKAN TETNANG PERKARA INI?

APA IKTIBAR YANG KITA DAPAT DARI RUSUHAN TAHUN 1986?

BAGAIMANA KITA MENGHINDARKAN PERKARA INI SUPAYA TIDAK BERULANG LAGI?(SEPERTI RUSUHAN 1986)
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby SoLaTa » Fri Jan 18, 2008 10:26 pm

hebat juga lah senario politik sabah ini setelah saya baca artikel di atas. Lebih hebat dari dari kumpulan lawak senario. Sudah jadi rojak ini penduduk sabah, itulah hakikatnya kawang2.
SoLaTa
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 523
Joined: Tue Jan 08, 2008 5:03 pm
Credit in hand: 0.00

Postby alphawaves » Fri Jan 18, 2008 10:38 pm

kami memang ada sejarah pahit dgn pendatang haram ini..itu pasal lah kami macam mau ludah ludah saja dia org ini..
Image
User avatar
alphawaves
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 692
Joined: Thu Jun 28, 2007 8:30 pm
Credit in hand: 0.00
Location: -Somewhere-

Postby SoLaTa » Fri Jan 18, 2008 10:50 pm

alphawaves wrote:kami memang ada sejarah pahit dgn pendatang haram ini..itu pasal lah kami macam mau ludah ludah saja dia org ini..


Ludah tidak cukup bah geng, tapi marilah kita sama2 berlumba memajukan bangsa dan sabah. sejarah tidak boleh kau ubah, tapi apa kau buat hari ini menentukan hari depan mu. jangan sampai sejarah pahit ini menjadi lebih pahit 30 tahun mendatang. kemarahan mu tidak membawa apa2 kepada kami, tetapi kebodohan mu hari ini malang dan petaka bagi anak cucu mu. Coba kau fikir baik2.
SoLaTa
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 523
Joined: Tue Jan 08, 2008 5:03 pm
Credit in hand: 0.00

Postby puntih » Fri Jan 18, 2008 10:52 pm

SoLaTa wrote:hebat juga lah senario politik sabah ini setelah saya baca artikel di atas. Lebih hebat dari dari kumpulan lawak senario. Sudah jadi rojak ini penduduk sabah, itulah hakikatnya kawang2.


Lawak ke? Oooo macam tu...
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby puntih » Fri Jan 18, 2008 11:12 pm

SoLaTa wrote:
alphawaves wrote:kami memang ada sejarah pahit dgn pendatang haram ini..itu pasal lah kami macam mau ludah ludah saja dia org ini..


Ludah tidak cukup bah geng, tapi marilah kita sama2 berlumba memajukan bangsa dan sabah. sejarah tidak boleh kau ubah, tapi apa kau buat hari ini menentukan hari depan mu. jangan sampai sejarah pahit ini menjadi lebih pahit 30 tahun mendatang. kemarahan mu tidak membawa apa2 kepada kami, tetapi kebodohan mu hari ini malang dan petaka bagi anak cucu mu. Coba kau fikir baik2.


Wa...macam ada matlamat nampaknya, apa2 pun ada kebanaran juga ko cakap ni, tiada gunanya kami marah pada kamu sekarang melainkan menumpukkan sepenuh perhatian didalam kemajuan hidup kami di masa depan(KDM) Cuma saya nak pesan jangan sesekali menikam dari belakang seperti yang di buat oleh mereka2 itu (dalang penyebab rusuhan 1986)
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby SoLaTa » Fri Jan 18, 2008 11:32 pm

puntih wrote:
SoLaTa wrote:
alphawaves wrote:kami memang ada sejarah pahit dgn pendatang haram ini..itu pasal lah kami macam mau ludah ludah saja dia org ini..


Ludah tidak cukup bah geng, tapi marilah kita sama2 berlumba memajukan bangsa dan sabah. sejarah tidak boleh kau ubah, tapi apa kau buat hari ini menentukan hari depan mu. jangan sampai sejarah pahit ini menjadi lebih pahit 30 tahun mendatang. kemarahan mu tidak membawa apa2 kepada kami, tetapi kebodohan mu hari ini malang dan petaka bagi anak cucu mu. Coba kau fikir baik2.


Wa...macam ada matlamat nampaknya, apa2 pun ada kebanaran juga ko cakap ni, tiada gunanya kami marah pada kamu sekarang melainkan menumpukkan sepenuh perhatian didalam kemajuan hidup kami di masa depan(KDM) Cuma saya nak pesan jangan sesekali menikam dari belakang seperti yang di buat oleh mereka2 itu (dalang penyebab rusuhan 1986)


siapa tikam belakang ? yang saya ingat ini ajaran pairin @ pbs masa PRU dulu. tapi bagus dia sudah insaf dan mau berkawan bangunkan sabah. tikam belakang orang bodoh, sebab jantung ada di depan. anak jantan tikam depan atau tikam lari bah geng.
SoLaTa
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 523
Joined: Tue Jan 08, 2008 5:03 pm
Credit in hand: 0.00

Postby puntih » Sat Jan 19, 2008 12:30 am

SoLaTa wrote:
puntih wrote:
SoLaTa wrote:
alphawaves wrote:kami memang ada sejarah pahit dgn pendatang haram ini..itu pasal lah kami macam mau ludah ludah saja dia org ini..


Ludah tidak cukup bah geng, tapi marilah kita sama2 berlumba memajukan bangsa dan sabah. sejarah tidak boleh kau ubah, tapi apa kau buat hari ini menentukan hari depan mu. jangan sampai sejarah pahit ini menjadi lebih pahit 30 tahun mendatang. kemarahan mu tidak membawa apa2 kepada kami, tetapi kebodohan mu hari ini malang dan petaka bagi anak cucu mu. Coba kau fikir baik2.


Wa...macam ada matlamat nampaknya, apa2 pun ada kebanaran juga ko cakap ni, tiada gunanya kami marah pada kamu sekarang melainkan menumpukkan sepenuh perhatian didalam kemajuan hidup kami di masa depan(KDM) Cuma saya nak pesan jangan sesekali menikam dari belakang seperti yang di buat oleh mereka2 itu (dalang penyebab rusuhan 1986)


siapa tikam belakang ? yang saya ingat ini ajaran pairin @ pbs masa PRU[/b[b]] dulu. tapi bagus dia sudah insaf dan mau berkawan bangunkan sabah. tikam belakang orang bodoh, sebab jantung ada di depan. anak jantan tikam depan atau tikam lari bah geng.


Terangkan pada saya apa ajaran yang si pairin buat tu? Bagus ba kalau tikam dari depan tak perlu kami pening2 nak memikirkan bagaimana nak ambil tindakan. Masing2 anak jantan ba, jangan cabar kami (KDM)
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby SoLaTa » Sat Jan 19, 2008 12:55 am

si pairin bawa pbs keluar BN masa mau pilihan raya tahun ... era mahadir. ini barulah tikam belakang namanya geng. kenapa kau rasa tercabarkah ? ini kenyataan bah, sejak itu kami tidak berapa percaya sama .....
SoLaTa
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 523
Joined: Tue Jan 08, 2008 5:03 pm
Credit in hand: 0.00

Postby puntih » Sat Jan 19, 2008 2:55 am

SoLaTa wrote:si pairin bawa pbs keluar BN masa mau pilihan raya tahun ... era mahadir. ini barulah tikam belakang namanya geng. kenapa kau rasa tercabarkah ? ini kenyataan bah, sejak itu kami tidak berapa percaya sama .....


Oooo begitu..senag baitu jangan undi dia saja, kami pun tidak suka sama dia sekarang, banyak sudah pengelaman kami di bawah kepimpinan beliau. Saya tidak tercabar langsung dengan kenyataan ko ini, walaupun kenyataan itu menikam dari belakang (perbuatan pairin). Bagi saya itu hanya satu kerakusan seorang pemimpin yang gila kuasa lantas mengabaikan tanggungjawb dan kepentingan rakyat. Sekarang sudah sampai masanya mau Kick out dia.

Apa yang kami risau sekarang ialah kebanjiran PTI yang semakin tidak terkawal (takut ada lagi yang buat projek IC)
User avatar
puntih
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1435
Joined: Thu Oct 04, 2007 10:34 pm
Credit in hand: 2.17

Postby bushido » Sat Jan 19, 2008 8:59 am

Sejarah hitam yang berlaku di Sabah pada 1986 itu juga di gunakan untuk menuding jari yg kononnya KDM sebagai bangsa extreme oleh mahadir.

Pada hal rusuhan masa itu KDM langsung tak tahu menahu. Rasanya negeri sabah ini seandainya tiada KDM keadaan pasti keadaannya macam di mindanao.

KDM tetap sebagai bangsa yg tidak suka kucar-kacirkan keadaan. Peace for KDM. KDM sebenarnya bangsa yg bijak. KDM kalau pun nak berhijrah di negeri orang KDM masih tetap menjaga standard mereka. Ada kawan KDM yg menjadi engineer di texas, ada saudara saya yg jadi doktor di russia dan tinggal menetap di sana, ada yg tinggal di asutralia dan baik-baik di sana tak lah jadi pendatang tanpa izin di negeri orang.


dalam kata lain dari standard budaya KDM ini dapatlah kita simpulkan bahawa KDM adalah bangsa yg mempunyai martabat tersendiri dan mempunyai kualiti.

Cuba kita imbas penghijrah seperti myanmar, vietnam, pakistan, bangla, china, indon dan pilipin.. mereka mempunyai desakan yg berat dan masuk di negara ini dan membawa masalah.

hakikatnya KDM adalah bangsa yg di cemburui oleh PTI sendiri dan Melayu semenanjung sendiri merasakan itu. ada pihak yg cuba mengucar-kacirkan KDM kerana KDM mampu kekalkan standard sebagai manusia yg tenang, hidup sederhana, tidak melarat, harmoni dan sebagainya.

kelebihan2 yg ada pada KDM ini cuba di singkirkan di negeri ini tetapi hakikatnya hanya KDM saja yg mampu mengekalkan KEWIBAWAAN di tanah Momogun ini.

Tiada bangsa lain di negeri ini yg berani bersumpah utk memberikan jaminan bahawa bangsa lain lah yg mampu membuat seperti apa yg menjadi tanda dan lambang seperti yg KDM ada sejak dahulu.

KDM tidak pula merasa membanggakan ttg itu namun apabila ada cubaan utk menyingkirkan KDM maka KDM terpaksa bangkit dari tidur. KDM seperti mana nama asalnya adalah Momogun tidak akan ketinggalan di negeri ini.

KDM adalah bangsa yg unik. KDM ada muslim, ada kristian, ada penganut kepercyaan nenek moyang, ada KDM buddha dan inilah keunikan KDM yg ada.

KDM mempunyai wakil dan suara pelbagai dan oleh sebab itu KDM mempunyai kemampuan memahami apa-apa saja agama yg ada kerana mereka mempunyai wakil2 tersendiri dalam suku mereka dalam setiap kepercayaan.

HIDUP KDM @ MOMOGUN.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby pukutarap » Sat Jan 19, 2008 6:43 pm

sia tepikir bah, katalah..... katalah...... eleksen nanti bn kalah, rasa2 kamu diurang merusuh kah? Atau dgn hati yg lapang mangaku kakalahan....?
osongulunan oku, hilo no id kakabunan pongolihisan kud ginawoku, hilod no oh koginawaanku, hilo no oh koupusanku, hilo no toinsanan.....
User avatar
pukutarap
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1127
Joined: Tue Oct 09, 2007 10:27 pm
Credit in hand: 0.00

Postby SoLaTa » Sat Jan 19, 2008 7:53 pm

pukutarap wrote:sia tepikir bah, katalah..... katalah...... eleksen nanti bn kalah, rasa2 kamu diurang merusuh kah? Atau dgn hati yg lapang mangaku kakalahan....?


KALAU lah kan geng. di malaysia tiada rusuhan, di sabah pun tiada rusuhan juga. terima kalah dengan berat hati tapi KALAU lah
SoLaTa
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 523
Joined: Tue Jan 08, 2008 5:03 pm
Credit in hand: 0.00

Next

Return to Sabah, Malaysia & International Politics

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 4 users online :: 0 registered, 0 hidden and 4 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.