Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Cerita hantu, misteri, paranormal, UFO, alam ghaib dan perkara yang tidak boleh dijelaskan oleh sains

Moderator: Moderators

Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby huminodun » Thu Sep 18, 2008 4:28 pm

KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus ghaib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.


Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Lebih pelik lagi wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajjal.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekaligus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

(P/S: Mari kongsi cerita ini ramai-ramai..Mana tau ada yang jadi pengkaji sepenuh masa dengan Misteri Dunia. :grin: )
Attachments
Segitiga Bermuda.jpg
Segitiga Bermuda.jpg (62.63 KiB) Viewed 7745 times
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby Nraviva83 » Thu Sep 18, 2008 4:51 pm

di segi 3 bermuda ini jika di kaji dari segi sciense, unsur2 magnetic adalah yg paling kuat.apakah yg menyebabkan magnetic Force tersebut?adakah sebab di situlah HQ jin2 dan syaitan?Geng2 Dajjal??
Dan adakah jin ini unsur2 nya terdiri jg dpd benda besi yg mghasilkan magnetic ini.

byk kajian dan teori saintifik yg boleh dikaitkan dgn kejadian2 yg terjadi di segi 3 bermuda ini..

Ahli physics ada teori yg tersendiri
ada juga yg mgkaitan dgn perlepasan ion2 dari bumi akibat sesuatu proses..
..tp persoalannya...Betulkah Begitu?

byk lagi kemungkinan....
fight against Global Warming.
Support the WWF.
User avatar
Nraviva83
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 554
Joined: Fri Apr 18, 2008 5:57 pm
Credit in hand: 0.00
Location: D'Opis

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby huminodun » Thu Sep 18, 2008 4:56 pm

Banyak kemungkinan, tapi saya nda berani mau dekat Segitiga Bermuda. nanti kana culik.. :shakehead:
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Kenali Dajjal

Postby huminodun » Sun Sep 21, 2008 9:51 pm

Asal-Usul Keluarganya

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)

Sifat² Badannya

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .

Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

more info: http://delaila.hadithuna.com/2008/06/21/kenali-dajjal/
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby KRISS » Sun Sep 21, 2008 11:37 pm

kalau lebih lanjut,ko baca buku "dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda".tebal jugak buku ni.kalau mahu rujukan lebihlanjut pasal triangle,dajal,ufo dan atlantis@ pergila ke perpustakaan negara malaysia,kl.mesti ko puas hati..bukan apa ,feel membaca dari buku tak sama dgn merujuk internet..membelek helaian demi helaian buku yg berusia lebih 20 tahun ni feel dia memang "lain" :grin:
"lautan di dalam kapal..."
User avatar
KRISS
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 528
Joined: Mon May 26, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby Mr_Penampang » Mon Sep 22, 2008 11:13 am

Nraviva83 wrote:di segi 3 bermuda ini jika di kaji dari segi sciense, unsur2 magnetic adalah yg paling kuat.apakah yg menyebabkan magnetic Force tersebut?adakah sebab di situlah HQ jin2 dan syaitan?Geng2 Dajjal??
Dan adakah jin ini unsur2 nya terdiri jg dpd benda besi yg mghasilkan magnetic ini.


ada sia pernah terbaca.. kononnya dlm kawasan triangle tu kan.. ada suda bebrp orng jumpa ni crystal pyramid di sana..
itu pyramid kan.. ada magnetic force yg power konon... ada orng pegi menyelam di sana kan... jumpa "sphere" sama "rod" sana pyramid.. ada healing power lagi tu konon.. jgn main ohh.. :shakehead:

jadi diorang bilang ini crystal pyramid di bawah laut tu yg kasi kluar tu "magnetic force" power.. tapi sia rasa.. kantut kazen sia lagi power..
ohh ya... bukan ada saintis kah jumpa underwater city dekat2 area sana.. kalo ndak silap sia
Image
User avatar
Mr_Penampang
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 456
Joined: Thu Aug 28, 2008 12:20 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Dracula's Castle, TRANSYLVANIA

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby Lentugi du Nord » Mon Sep 22, 2008 3:21 pm

huminodun wrote:Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekaligus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

(P/S: Mari kongsi cerita ini ramai-ramai..Mana tau ada yang jadi pengkaji sepenuh masa dengan Misteri Dunia. :grin: )


Ko kana tipu suda ni Huminodun. Yang betul ada ultraman lawan raksasa ba dalam tu laut.
Patience is like bread, I ran out of that yesterday... :wall:
User avatar
Lentugi du Nord
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 157
Joined: Mon Aug 25, 2008 7:53 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah, North Borneo

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby huminodun » Tue Sep 23, 2008 10:02 am

Lentugi du Nord wrote:
huminodun wrote:Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekaligus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

(P/S: Mari kongsi cerita ini ramai-ramai..Mana tau ada yang jadi pengkaji sepenuh masa dengan Misteri Dunia. :grin: )


Ko kana tipu suda ni Huminodun. Yang betul ada ultraman lawan raksasa ba dalam tu laut.


adui na Lentugi..noko kidut saya katawa ko punya post ni.Hahahhahhaaaa......... :lolrf:
Ultraman lawan raksasa? kalau dulu2 ko cakap sama saya, mungkin saya percaya ada Ultraman.
Tapi ko cakap ni mengingatkan saya zaman budak2 saya dulu..Naik sana pukuk kayu di sungai, terjun dari atas pukuk,
sambil cakap "ULTRAMAN TIGA"...turus tasangkut saya punya saluar di ranting pukuk, kuyak turus...hahahhahah...

Lentugi..Lentugi.. :thumbup1:
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby Jamaliah Jamil » Fri Sep 26, 2008 4:38 am

Discovery channel pun ndah dpt tu solve the mistery of Bermuda Triangle :lol2: :slaugh: Mangkali mo tggu next series kali baru dorang dpt sorita sebenar pasal bermuda triangle ;-)
Jamaliah Jamil
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 303
Joined: Thu Apr 24, 2008 10:15 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sandakan - Ranau - Kota Kinabalu

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby ej7000 » Fri Sep 26, 2008 1:37 pm

misteri...penuh misteri........ :hmmm: :hmmm:
....macam itu cerita series "the triangle" yg pernah keluar astro dulu....siok ooo tingu..... :thumbup1:
User avatar
ej7000
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1430
Joined: Mon Jun 09, 2008 3:28 pm
Credit in hand: 44.18
Bank: 779.29
Location: Telipok - Gebeng - Telipok

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby gloria8887 » Mon Oct 06, 2008 11:14 pm

sa rasa cerita LOST pun berkait rapat dengan bermuda triangle.
Lets show what you got! Come and join me at YouthSays : http://malaysia.youthsays.com/users/165791/invite

My piece of our ethnic:
http://kadazandusunethnic.blogspot.com/

Image
User avatar
gloria8887
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 566
Joined: Sun Jun 29, 2008 10:11 pm
Credit in hand: 31.15
Bank: 10,616.38
Location: Keningau (Disclaimer : Avatar d atas adalah saya dan ianya original. no ciplak)

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby JambanMomok » Fri Oct 24, 2008 11:13 pm

pakabar suma,
gua ada 1 cdgn. baek kt gune sampan xplore tmpt tu.
Benda besi xbleh lalu tmpt tu la.
"Kelapaa dann orkedd~~~ baaggusss untukk rambbuuttt~~~ Guaa nakk balikk duitt saya~~~" -ala si raegae beli syampu baini~~~
User avatar
JambanMomok
 
Posts: 30
Joined: Fri Oct 24, 2008 6:12 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby jjj » Sat Oct 25, 2008 1:48 am

JambanMomok wrote:pakabar suma,
gua ada 1 cdgn. baek kt gune sampan xplore tmpt tu.
Benda besi xbleh lalu tmpt tu la.


klu ko pakai sampan, pun kena jg..
sebab apa, buat sampan pun pakai paku jg... :lol2:
YM/SKYPE: sir_eson | HP: +6012.913.5388
User avatar
jjj
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 937
Joined: Sat Dec 15, 2007 11:37 pm
Credit in hand: 70.12
Bank: 10,452.07

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby JambanMomok » Sun Oct 26, 2008 1:31 am

klu gtu, kt guna cara trakhir...

ramai2 kt kwak lentang gayanya bebas~~
pakai sansuts ja brenang ke sna~
"Kelapaa dann orkedd~~~ baaggusss untukk rambbuuttt~~~ Guaa nakk balikk duitt saya~~~" -ala si raegae beli syampu baini~~~
User avatar
JambanMomok
 
Posts: 30
Joined: Fri Oct 24, 2008 6:12 pm
Credit in hand: 0.00

Re: Misteri Segitiga Bermuda:Dajjal, UFO dan Atlantis?

Postby Red wine » Sun Oct 26, 2008 4:01 pm

Lubang hitam tu apa pula,, UFO yang buat kah tu errr,, saya rasa macam sama ajo dengan 3 sedgi bermuda,, macam ni kali rupa makhluk asing kan :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :twisted: :twisted:
I like to play up my own talents
User avatar
Red wine
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5641
Joined: Tue May 20, 2008 5:59 pm
Credit in hand: 91.45
Bank: 10,888.28

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Mystery, Paranormal & Supernatural

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.