Ilmu-ilmu Metaphysics Org Kadus (Labus)

Cerita pasal bahasa & kebudayaan kaum KadazanDusun dan Murut, Unduk Ngadau, Kaamatan dan sebagainya.

Moderator: Moderators

Postby mr.alpha » Mon Mar 24, 2008 12:48 pm

Cara-cara Untuk Melakukan Penganiyaan.

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

a. Menanam barang-barang Hikmat

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, di selit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia di tabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya di sapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

b. Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

c. Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

d. Memuja Patung sebagai penganti orang yang di aniayai

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Kesan dan Akibat ke atas diri mangsa.

Setelah syarat-syarat yang di minta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh makan upah ini ialah antaranya :-

a. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
b. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
c. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
d. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
e. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
f. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
g. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
h. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
i. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
j. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
k. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
l. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
m. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
n. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
o. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
p. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.
User avatar
mr.alpha
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 359
Joined: Thu Feb 21, 2008 4:22 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Postby Tobuakar » Mon Mar 24, 2008 1:21 pm

Apapapun, sia rasa tidak ramai suda yang mengamalkan ni benda2 semua ba sia rasa..pasal kebanyakan suda ada agama kan. Dalam kristian sendiri pun memang perkara2 yang ada unsur2 ilmu hitam ni memang tidak boleh...Love one another..
User avatar
Tobuakar
Moderator
Moderator
 
Posts: 1525
Joined: Tue Feb 05, 2008 1:34 pm
Credit in hand: 2.63
Location: Penang

Postby bushido » Mon Mar 24, 2008 4:55 pm

Memang tidak ramai sudah yang buat benda ini. Bergantung kepada keadaan juga lah. Kalau keadaan memerlukan maka permintaan meningkat macam konsep ekonomi jugalah rasanya...
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby mbyte » Mon Mar 24, 2008 8:30 pm

By the way. adakah urang KDM yg pandai dalam hal ini. samanjak kristian rampas kaparsayaan urang KDM (labus) ini. saya tinguk urang KDM sudah tiada kahidupan sesara spirituality.
User avatar
mbyte
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 184
Joined: Mon Mar 10, 2008 2:13 am
Credit in hand: 0.00

Postby bushido » Mon Mar 24, 2008 8:51 pm

mbyte wrote:By the way. adakah urang KDM yg pandai dalam hal ini. samanjak kristian rampas kaparsayaan urang KDM (labus) ini. saya tinguk urang KDM sudah tiada kahidupan sesara spirituality.

betul. saya lihat orang KDM hilang kehidupan yang sebenar. Hanya sedikit antara KDM Kristian yang betul2 faham apa itu agama Kristian. Tdk banyak orang Kristian KDM yang ada hodup spiritual terlalu sikit.

Mereka hidup main-main saja lah sekarang.. Keadaan ini mungkin akan berubah apabila KDM akan di pijak-pijak dan di lanyak-lanyak sampai kehidupan menjadi perit dan hidup lelah.. pada masa itu barulah mereka kembali ingat hidup nenek moyang mereka dahulu 100% berdasarkan spiritual.

kadang2 saya juga di pandang hina apabila saya cuba tegakkan hidup spiritual ini... Apapun pada pendapat saya apabila manusia tiada hidup spiritual seperti dahulu mereka dah hilang hidup yg sebenar.

ini 100% saya percaya dan tiada tapi-tapi lagi. KDM di ambang kelesuan hidup spiritual pada hari ini. Mereka menjadi HAMBA DUNIAWI dan tak ada nafas rohani seperti nenek moyang kita dahulu..
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby mbyte » Mon Mar 24, 2008 8:54 pm

wow rating ini topic kana views 5346 kali oo. antara yg tarbanyak kali urang tinguk.
User avatar
mbyte
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 184
Joined: Mon Mar 10, 2008 2:13 am
Credit in hand: 0.00

Postby Tobuakar » Wed Mar 26, 2008 11:05 am

bushido wrote:
betul. saya lihat orang KDM hilang kehidupan yang sebenar. Hanya sedikit antara KDM Kristian yang betul2 faham apa itu agama Kristian. Tdk banyak orang Kristian KDM yang ada hodup spiritual terlalu sikit.
- Mungkin tompinai bushido buli menerangkan apa bentuk 'kehidupan sebenar' yang dimaksudkan di sini?kehidupan kristian memang tidak bergantung 100% kepada spiritual semata2 tetapi kehidupan rohaniah seiring dengan kehidupan duniawi(maksud sia duniawi di sini adalah hubungan sesama manusia~ love one another)
Mereka hidup main-main saja lah sekarang.. Keadaan ini mungkin akan berubah apabila KDM akan di pijak-pijak dan di lanyak-lanyak sampai kehidupan menjadi perit dan hidup lelah.. pada masa itu barulah mereka kembali ingat hidup nenek moyang mereka dahulu 100% berdasarkan spiritual.
siapa yang hidup main2?hidup sebagai kristian tapi tidak mempraktikkan ajaran kristian?manusia tetap manusia, seseorang mungkin ada nama dan beragama kristian tapi kalau kehidupan dia tidak pernah sebagai kristian, dia tetap akan dilabel sebagai kristian pada nama saja; agama kristian tidak pernah mengajarnya untuk jadi begitu. Fikirkan seandainya bangsa KDM semua masih lagi mengamalkan acara2 pemujaan, sindaat etc: adakah semua KDM akan bebas daripada permasalahan seperti yang ada skarang?sia yakin bunuh membunuh secara halus masih akan berlaku dikalangan bangsa KDM sendiri..dan untuk orang yang tidak punya nilai2 baik dalam diri, kemampuan yang ada utk merosakkan kehidupan orang lain akan sentiasa terbuka luas..(manusia tetap manusia)
kadang2 saya juga di pandang hina apabila saya cuba tegakkan hidup spiritual ini... Apapun pada pendapat saya apabila manusia tiada hidup spiritual seperti dahulu mereka dah hilang hidup yg sebenar.
-sebenarnya anda bukan dipandang hina, cuma ajaran kristian tidak peernah membenarkan aktiviti2 seperti pemujaan roh/ piara roh/ada pelindung/sindaat etc kerana kristian percaya 'cintakasih sesama' adalah segalanya. Bila semua orang ada rasa cintakasih, maka, tidak perlu la lagi untuk menyimpan pelindung/sindaat etc dalam kehidupan yang aman tenteram.
ini 100% saya percaya dan tiada tapi-tapi lagi. KDM di ambang kelesuan hidup spiritual pada hari ini. Mereka menjadi HAMBA DUNIAWI dan tak ada nafas rohani seperti nenek moyang kita dahulu..
-lihat 1st reply di atas

Sdr. Bushido, sia bukan tidak mau dengar cakap ko ni tapi sia rasa semua apa yang ko cakap tu ada jawapannya. sia tidak pandai bersoaljawap pasal agama ni sebab itu sia reply pun secara general sahaja. sia respect ko punya opinion tapi sebagai seorang yang bukan daripada agama labus, sia pun ada juga pandangan dari sudut kepercayaan sia kan..
p/s: setiap agama lain juga sia yakin ada sebab dia kenapa mereka sekarang menolak meninggalkan agama KDM dulu2..dan ko pun mungkin ada pandangan ko kenapa ko pilih untuk bersama agama labus kan..
User avatar
Tobuakar
Moderator
Moderator
 
Posts: 1525
Joined: Tue Feb 05, 2008 1:34 pm
Credit in hand: 2.63
Location: Penang

Postby bushido » Wed Mar 26, 2008 12:50 pm

Tobuakar wrote:

Thanks sdr Tobuakar..

Saya anggap kamu adalah seorang yang jujur.. saya perlu cuci tangan khusus untuk anda agar tidak melibatkan ko dalam apa yang saya sebutkan diatas. Ini bermakna memang ada Kristian yang hidup dgn secara spiritual. Tetapi saya rasa saya tak perlu cuci tangan untuk mereka yg hidup atas nama saja seperti yg kamu katakan itu.

Apapun saya harap anda tak termasuk dalam senarai saya.. dan saya harap pilihan anda itu jujur sampai bila-bila.

Anggap sajalah bahawa aku telah kecewa dgn rakan seagama mu Kristian yang hidup atas nama agama itu saja tetapi rupanya paragasu yang pura-pura tidak ada gigi taring.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby Insan Tercicir » Wed Mar 26, 2008 1:54 pm

saya pandai buat org hilang :roll:
User avatar
Insan Tercicir
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 862
Joined: Tue Mar 25, 2008 2:53 pm
Credit in hand: 0.00
Location: C:\WINDOWS\kota_kinabalu.sys

Postby hot_mama » Wed Mar 26, 2008 4:15 pm

Insan Tercicir wrote:saya pandai buat org hilang :roll:

Wow! Itu sudah sukup bagus .. cuba gia ko kasi tau sia apa macam .. ada sia mau kasi hilang tu urang yg bikin kasi sakit hati sia ... :twisted:

Thank U aahh insan tercicir .. aku rasa ko ndak tercicir bah kan.. nama ko ja begitu kan... :wink:
Most Women set out to try to change a man, and when they have changed him they do not like him...
User avatar
hot_mama
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 779
Joined: Fri Feb 15, 2008 4:33 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KK

Postby lovelovelove » Fri Jun 20, 2008 12:12 pm

hello,

by the way, ada sapa2 kenal mna2 dukun yg btl2 takde tandingannya ke? ni fren i ni nak minta tlg ler.. sbb dgr org ckp org kb mmg cun...

thanks ya
lovelovelove
 
Posts: 7
Joined: Wed Jun 18, 2008 7:11 pm
Credit in hand: 0.00

Postby KRISS » Fri Jun 20, 2008 11:55 pm

lovelovelove wrote:hello,

by the way, ada sapa2 kenal mna2 dukun yg btl2 takde tandingannya ke? ni fren i ni nak minta tlg ler.. sbb dgr org ckp org kb mmg cun...

thanks ya

ada la..bugis ada,kdm ade sume bangsa yg janji makan nasik tak makan gandum mesti ade.tapi ko kena sendiri ingat,ko mau kawin dia main2 ka betul2?kalau mau main2,buat la tapi tanggung la azab kubur dan neraka bagi yg beragama islam atau kristian. :D
User avatar
KRISS
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 528
Joined: Mon May 26, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 0.00

Re:

Postby DonKhalifa » Wed Nov 26, 2008 12:07 pm

Insan Tercicir wrote:saya pandai buat org hilang :roll:

Saya rasa guru ko ni ialah "The Invisible Man" :slaugh:
DonKhalifa
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 398
Joined: Thu Nov 06, 2008 10:31 am
Credit in hand: 7.35

Re:

Postby DonKhalifa » Wed Nov 26, 2008 12:22 pm

bushido wrote:
mbyte wrote:By the way. adakah urang KDM yg pandai dalam hal ini. samanjak kristian rampas kaparsayaan urang KDM (labus) ini. saya tinguk urang KDM sudah tiada kahidupan sesara spirituality.

kadang2 saya juga di pandang hina apabila saya cuba tegakkan hidup spiritual ini... Apapun pada pendapat saya apabila manusia tiada hidup spiritual seperti dahulu mereka dah hilang hidup yg sebenar.

ini 100% saya percaya dan tiada tapi-tapi lagi. KDM di ambang kelesuan hidup spiritual pada hari ini. Mereka menjadi HAMBA DUNIAWI dan tak ada nafas rohani seperti nenek moyang kita dahulu..

Saya rasa bukan juga semua KDM diambang kelesuan.........sbb yg menganut Kristian, Islam & agama2 lain pun masing2 ada spiritual dia. Sbb tak ada la erti hidup ini tanpa spiritual geng. Cuma bukan semua org bole sampai ketahap itu. Ambik contoh:-

1). Islam : Zikir(Tasawuf)
2). Christian : Meditation
3). Hindu : Yoga(Purity/bersatu dgn Tuhan)
4). Buddha : Vegetarian (bertapa/Meditation)

Amalan2 di atas tujuan dia sama :- membersihkan diri supaya boleh mendekatkan diri dgn Tuhan & menjauhkan diri dari nafsu duniawi. So kalo agama2 lain tdk kecoh2 pasal spiritual tdk bermakna mrka tiada amalan spiritual. Cuma apabila kita sudah faham akan kebesaran serta rahasia Tuhan itu ndak payalah kita kecoh satu dunia...cukup kita dah tahu....itu jak...sbb kalau terOVER bahaya tu kawan.

:hmmm:
DonKhalifa
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 398
Joined: Thu Nov 06, 2008 10:31 am
Credit in hand: 7.35

Re: Re:

Postby bontudai » Thu Dec 11, 2008 2:54 am

DonKhalifa wrote:
bushido wrote:
mbyte wrote:By the way. adakah urang KDM yg pandai dalam hal ini. samanjak kristian rampas kaparsayaan urang KDM (labus) ini. saya tinguk urang KDM sudah tiada kahidupan sesara spirituality.

kadang2 saya juga di pandang hina apabila saya cuba tegakkan hidup spiritual ini... Apapun pada pendapat saya apabila manusia tiada hidup spiritual seperti dahulu mereka dah hilang hidup yg sebenar.

ini 100% saya percaya dan tiada tapi-tapi lagi. KDM di ambang kelesuan hidup spiritual pada hari ini. Mereka menjadi HAMBA DUNIAWI dan tak ada nafas rohani seperti nenek moyang kita dahulu..

Saya rasa bukan juga semua KDM diambang kelesuan.........sbb yg menganut Kristian, Islam & agama2 lain pun masing2 ada spiritual dia. Sbb tak ada la erti hidup ini tanpa spiritual geng. Cuma bukan semua org bole sampai ketahap itu. Ambik contoh:-

1). Islam : Zikir(Tasawuf)
2). Christian : Meditation
3). Hindu : Yoga(Purity/bersatu dgn Tuhan)
4). Buddha : Vegetarian (bertapa/Meditation)

Amalan2 di atas tujuan dia sama :- membersihkan diri supaya boleh mendekatkan diri dgn Tuhan & menjauhkan diri dari nafsu duniawi. So kalo agama2 lain tdk kecoh2 pasal spiritual tdk bermakna mrka tiada amalan spiritual. Cuma apabila kita sudah faham akan kebesaran serta rahasia Tuhan itu ndak payalah kita kecoh satu dunia...cukup kita dah tahu....itu jak...sbb kalau terOVER bahaya tu kawan.

:hmmm:

Ada meditasi kah dalam kristian? nah pertama kali saya dengar ni. meditasi ini rassanya tiada dalam kristian..meditasi hanya pada buddha dan hindu saja. tapi kalau menyamakan berdoa dgn kusyuk itu sebagai meditasi..maka saya setuju lah.

Dan perlu juga kau tau apa itu meditasi..tidak tau lah kalau islam, tapi dalam kristian meditasi ini adalah di larang kerana..meditasi itu sebenarnya sebuah pengosongan pikiran. sedangkan sebagai manusia yg beragama dari langit..tuhan itu sepatutnya sentiasa di dalam hati.

Oh ya terbaru..Fatwa mengatakan Yoga haram di amalkan oleh kamu. jangan amalkan.
bontudai
 
Posts: 28
Joined: Tue Nov 11, 2008 6:17 pm
Credit in hand: 0.00

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to KadazanDusun & Murut

Who is online

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 1 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.