Penyakit Suka Minum Tapai.

Cerita pasal bahasa & kebudayaan kaum KadazanDusun dan Murut, Unduk Ngadau, Kaamatan dan sebagainya.

Moderator: Moderators

Penyakit Suka Minum Tapai.

Postby stann » Mon Dec 11, 2006 9:23 am

Apa khabar? Selamat bertemu kembali.

Apa yang ingin saya perkatakan kali ini mungkin sudah pun diforumkan oleh kawan-kwan kita dahulu tapi tak apa la sebab ia mungkin baik untuk terus direnungi bersama.

Tentu ada yang bersetuju dan ada juga yang mungkin tidak bersetuju, kalau saya katakan bahawa orang kita suka minum. Ahh... minum apa lagi, cuba kita sama-sama senaraikan kunun jenis-jenis minuman kitaurang tu. Tapai, lihing, linutau, bahar, tuak, .... uiiiii banyak lagi tu, itu baru kampung2 punya belum lagi yang lain2 tu.

Bagaimana adakah kamu setuju? Sebenarnya amalan meminum minuman arak ini sudah dianggap kebiasaan terutamannya masyarakat di sabah khasnya di luar bandar. Tapi jangan lupa kalau setakat masyarakat bandar di KK ni saja puii sama ja.

Sebenarnya setiap kali selepas menuai padi mereka akan adakan keramaian dan sudah tentulah Tapai akan menjadi menu utama. Begitu juga semasa adanya majilis perkahwinan mesti ada tapai, seolah-olah kalau tidak ada tapai majilis tersebut tidak ada maknanya. Tetapi ada yang jeliknya...masa kematian pun tapai akan menjadi menu yang paling penting...(apa ini? Adat?....kenapa ndak bule langgar adat ka?
Kalau kita amati keadaan tersebut sebenarnya banyak pembaziran yang berlaku, wang, masa, tenaga dan sebagainya. Tu belum kita cakap pasal etika lagi tu.

Adat sememanglah adat dan tradisi itu sememangnya la tradisi, tetapi masa sudah berubah. Alam khayalan bukanlah daripada minuman arak lagi, kamu boleh nikmatinya melalui alam maya (siber).

berbalik pada persoalan kita, inilah sebenarnya yang melemahkan dan melalaikan orang kita. Arak memabukkan kita, bila mabuk kita akan kurang pertimbangan, kita menjadi kurang waras, pada masa itu juga nafsu mulai menguasai akal. Sebenarnya tidak ubah pun macam si penagih dadah tu. Apabila keadaan ini berlaku percayalah....ada seribu satu macam perkara negatif yang berlaku dan akan berlaku....dan yang paling teruk, sedikit kelalaian kita pada masa itu boleh menjahanamkan seluruh hidup kita( bukannya ko sorang2 ja yang susah, tapi semua orang yang bersangkut paut ).

Itu semua belum cukup lagi tu, yang paling hebatnya anak2 diorang sekali pun sama2 minum, sama2 mabuk, sama2 enjoy, sama2 .......! mak bapa bukanya melarang malah macam mengiakan sahaja ( tegur tidak mempelawa tidak juga).

Nak dijadikan cerita,... saya ada satu cerita...emm kisah benar, 2 tahun yang lepas, ada la beberapa org kwn saya dari negeri johor sorang, pahang 3 org dan kedah sorang. Kami ada perjumpaan club kononnya dan saya bawalah mereka ronda2 dkt sabah ni. Dipendekkan cerita mereka punyalah terkejut dan geli hati yang amat sangat. Apa tidaknya... boleh minum arak di mana saja, mau yang free punya ada banyak tempat, tidak paya mau takut2, budak2nya pun sporting ja semua...... .

Sebagai orang dewasa dan mempunyai harapan yang besar terhadap bangsa kita sendiri, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita sama-sama memikul tanggung jawab mendidik, membangunkan dan menyedarkan mereka tentang bahayanya dan bodohnya amalan tersebut.


Apa yang saya cuba utarakan ini, bukanlah untuk menghina bangsa sendiri tetapi sebagai renungan dan juga iktibar bagi kita semua.
Sudah lama bangsa kita lalai dengan "amalan" ini. Sekali sekala mungkin boleh la diterima, tetapi janganlah sampai melibatkan anak-anak yang masih bersekolah. Kita tidak akan maju!
User avatar
stann
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 849
Joined: Tue Oct 31, 2006 11:07 am
Credit in hand: 14.77
Location: kiki

Advertisement

Postby bushido » Mon Dec 11, 2006 3:49 pm

penyakit LUMOGOP ini harus di HAPUSKAN kerana ini bukan budaya kita yg asal. Ini hanyalah budaya ikut-ikutan dari TV dan ini merugikan bangsa. Tauke ALKOHOL yg kaya kita makin miskin...
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby MrBokiu » Thu Jan 18, 2007 12:40 pm

Sa pun sukung....tabiat lumogop inda memberi faedah....hanya merugikan....bila kaki logop bangun pada keesokannya dia masih sakit2 kapala itu (kogutan) so buat kerja pun tiada penumpuan dan kesungguhan...dan untuk jangka masa yang lama...lumogop boleh merosakkan saraf2 deria,melemahkan ingatan dan boleh meninggikan tekanan darah seseorang....dan kebanyakan kaki logop inda lawa bentuk tubuh badannya....perut boroi atau separuh boroi...hehe

wbagaimana pun minum arak sikit2 itu ok....jangan sampai kologop atau kalapik...inda sedar lagi anjing pigi julat mulut.
els1965
MrBokiu
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1906
Joined: Tue Sep 21, 2004 1:42 pm
Credit in hand: 34.58
Location: sabah

ADAT sebenar

Postby bushido » Thu Jan 18, 2007 4:07 pm

Dalam adat sebenar kadus... tidak boleh mabuk sebenarnya. Kalau kamu mabuk kena denda dgn membayar kerana mabuk adalah di larang keras dalam adat nenek moyang kita...

Kalau mau tau ttg hal ini...kena rujuk agama Labus iaitu agama asal kadazandusun pada zaman dahulu...
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby meck_talika » Fri Jan 19, 2007 4:11 pm

Saya pernah bercerita dengan seorang kawan(cikgu) sekampung dan beliau ada pendapat yang Pesta Kaamatan patut dihapuskan kerana inilah salah satu pendukung kepada tabiat minum tapai bagi masyarakat KadazanDusun.Tapi saya membantah.Budaya minum tapai atau minuman keras buatan tempatan sabah adalah tradisi turun-temurun yang semestinya sukar dihapuskan di dalam budaya KadazanDusun.Untuk mengajar generasi muda adalah mungkin mudah tetapi ada pengorbanan yang besar....sangat besar,harga yang patut dibayar oleh generasi kelak iaitu lesapnya identiti KadazanDusun itu sendiri.Kebanyakkkan generasi muda kita yang tidak mengamalkan pengambilan minuman keras tempatan ini tidak berapa mengenali akan bangsa sendiri,termasuk berbahasa KadazanDusun berbanding yang memang bertabiat minum tapai.Jadi,kita perlu ada medium untuk mengekalkan identiti bangsa dalam masa yang sama,saya sangat menyokong agar budaya minum tapai di dalam budaya masyarakat KadazanDusun ini akan berkurangan,sekalipun kita masih mengamalkan budaya lama turun-temurun yang lain.
the object in the real view mirror may appear..closer than they are
User avatar
meck_talika
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 696
Joined: Tue Jan 03, 2006 1:43 am
Credit in hand: 0.00
Location: kuta bulud,sabah.

Postby MrBokiu » Fri Feb 02, 2007 11:06 am

sa sukung sama ko mec......pesta kaamatan dan minum tapai di hari pesta itu inda bulih dihapuskan...itu kebudayaan kita itu....tapi sa inda setuju kalau time kaamatan ini urang2 kita minum sampai berjam jam...malah ada yang non stop moginum sampai pagi.

Butul juga itu....anak2 muda bangsa kita skarang lebih suka minum arak bukan buatan tempatan di pub2,karaoke2 atau restoran dengan kaum2 lain...jadi ini menyumbang kepada kurang pertuturan bahasa ibunda kita....inda hairan ramai orang2 muda kita skarang inda pandai cakap KadazanDusun....berbeza dengan kebiasaan anak2 muda dahulu...di mana mereka sering berkumpul di kg,di pesta2 kaamatan,perkahwinan untuk minum sama2....

jadi kesimpulan sa....pesta kaamatan dan budaya minum tapai dengan tidak keterlaluan mesti diteruskan...aramai tih kaamatan kawan...hehe
els1965
MrBokiu
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1906
Joined: Tue Sep 21, 2004 1:42 pm
Credit in hand: 34.58
Location: sabah

Alkohol

Postby sunsuron » Sat Feb 03, 2007 2:18 pm

Pengalaman sia mula minum tapai selepas SPM. Banyak perkara dapat belajar dari sana dan yang paling saya ingat sekarang, it's stupid to get drunk. Alkohol sejak dari zaman sebelum masihi (sebelum Jesus) suda wujud. Siapa rasa mo hapuskan alkohol, good luck. Sia jenis perantau/nomad punya orang. Sekali dalam 5 tahun balik kampung jadi sia dapat tengok perubahan tu dan saya setuju makin menjadi-jadi ni 'minum sampai hilang pertimbangan' tapi itu mungkin boleh dimaafkan tapi yang lebih sedih, saudara sendiri mati sebab overdose alkohol dalam badan. Terus terang saya katakan, saya tidak sedih sikit pun dengar berita ni. Jauh di sudut hati saya, 'padan muka!'. Kejam juga la sia rasa. Kalau sia ada anak/generasi masa akan datang, saya akan pastikan dorang maklum dan tau apa mo buat nanti. Kepada semua, bermula la dari diri sendiri & keluarga anda. Don't make the same mistake by our elders.
User avatar
sunsuron
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 102
Joined: Fri Jun 25, 2004 4:51 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Petaling Jaya

Postby meck_talika » Sun Feb 04, 2007 11:19 pm

saya pun ada pengalaman macam itu juga Sunsuron,kawan pergi selamanya kerana kracunan darah oleh alkohol yg berlebihan.apapun,minum tapai memang tidak boleh dihapuskan tetapi memanglah patut dikurangkan.kalau mabuk sepanjang hari tidak akan memberi kemajuan kepada bangsa kita.â„–..â„–..
the object in the real view mirror may appear..closer than they are
User avatar
meck_talika
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 696
Joined: Tue Jan 03, 2006 1:43 am
Credit in hand: 0.00
Location: kuta bulud,sabah.

Postby MrBokiu » Fri Feb 09, 2007 3:18 pm

Sunsuron n meck....bagus kamu punya post itu untuk kesedaran dan perhatian urang2 kita.
els1965
MrBokiu
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1906
Joined: Tue Sep 21, 2004 1:42 pm
Credit in hand: 34.58
Location: sabah

Postby fine cut tobacco » Wed Mar 14, 2007 7:48 pm

memang sudah budaya kita ada minum arak tapi tida semestinya semua ketagih lumogop. yang lain ambil sikit2 ja, cu kesianya mereka yang mengigil badan kalau inda minum sehari.
fine cut tobacco
 
Posts: 6
Joined: Wed Mar 14, 2007 7:14 pm
Credit in hand: 0.00

Postby bushido » Sat Apr 07, 2007 10:15 am

budaya minum tapai ini adalah budaya baru selepas moden... saya bersumpah atas nama dan kewibawaan nenek moyang kita... momogun di borneo sejak purba tidak mengajarkan budaya hamba alkohol ini..

saya akan cabar utk menunggang balikkan segala hukum-hukum dan adat agama labus yg di asaskan di Nunuk Ragang di mana tidak ada bukti dalam budaya momogun yg mengajarkan perhambaan oleh arak dalam bangsa kita.

apa yg jelas PESTA KAAMATAN DALAM KONTEKS ASAL AGAMA LABUS ialah seperti di bawah:

Kaamatan dari perkataan Omot (mongomot) - mongomot adalah mengambil padi di ladang atau sawah menggunakan ketam padi. jadi kaamatan ialah menuai macam itulah yg saya faham. Kaamatan ini ialah apa yg berlaku pada zaman dulu-dulu mereka akan beramai-ramai mengikut giliran menuai padi di ladang. Katakan hari ini satu kampung akan mongomot di ladang si Yoku, nanti esok pi pula semua orang kampung sana ladang si kinomulok, selepas itu giliran si gansad lagi, dan seterusnya.. maka inilah yg di katakan KAAMATAN. Ada juga lihing dan makanan tradisional di makan bersama-sama (mi-irung). Aktiviti ini di panggil Kaamatan. Dalam adat dulu2 tidak di benarkan mabuk dalam sepanjang masa kaamatan ini. Hanya kata-kata yg manis dan yg baik di benarkan kerana utk menghormati Bambarazon. Jadi mabuk tidak di benarkan kerana boleh menyebabkan kata-kata kesat dan akan merosakkan PITOUNAN (pitounan ialah ciri-ciri atau kopizo tahun yg akan datang).

Selepas Kaamatan maka itu biji padi akan di tanggalkan dari tangkainya.. maka seperti mana kaamatan kena ikut giliran lagi. Jadi ini di panggil KOKOTUAN (Mongulok Parai) = kokotuan ialah dari kata - "mongutu/ mongotu = menanggalkan biji padi dari tangkai." Pihak lelaki sahaja yg terlibat dalam ini dan yg perempuan akan sediakan makanan di rumah panjang secara beramai-ramai. Sepanjang masa ini banyaklah ternak yg di sembelih dan pada masa sama itu Bobohizan sibuk juga kerana sedang menjalankan upacara pemberkatan Pitounan bukan saja berkat utk ladang-ladang tetapi kesejahteraan dari segi kesihatan semua penduduk.


Ini adalah mengikut fahaman yang di Kudat. Tapi saya percaya semua adalah hampir sama dan memang sama di daerah2 lain.

PESTA KAAMATAN TIDAK BOLEH DI HAPUSKAN KERANA IA ADALAH SATU TAHUN BARU BAGI BANGSA MOMOGUN yg di wartakan oleh AKI BOBOHIZAN GURAUMANUK di NunukRagang.

Kiraan tahun bagi bangsa momogun yg mengikut putaran 100 tahun mengikut upacara agama labus -> upacara MANAGAS.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Postby concern999 » Wed Nov 07, 2007 10:52 am

WITH ALL DUE RESPECT, apa tu agama LABUS?
Ada kitab suci kah? Siapa pengasasnya? Adakah pengajarannya bersifat progresif ataupun primitif? Ada bukti kah LABUS ini boleh membawa KDM menjadi bangsa yang maju dan kompetitif?
concern999
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 116
Joined: Tue Nov 06, 2007 2:14 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KK

Postby neblenget » Fri Nov 09, 2007 3:24 pm

Saya ada pandangan positif terhadap amalan minum minuman keras bangsa kita ni. Tapi apa yang saya maksudkan minum minuman keras ini bukanlah "KETAGIH" tapi keunikan bangsa kita minum minuman keras, kita seharusnya bangga dengan amalan ini. Pada saya bukan minuman yang harus dipersalahkan sebaliknya si PEMINUM la yang harus dipersalahkan. Kalau kalapik tu biasa la, kalau minum makin fresh itu bukan manusia lagi tu. Kalau mabuk lepas tu mo cari gaduh bagus jangan minum lagi. Kalau mabuk teruk tapi mo juga drive kereta...bagus awal2 pigi gali lubang kubur.

Terus terang saya katakan saya mula minum secara hardcore waktu umur 13 tahun...keputusan SPM excellent lebih baik dari kawan2 yang tida minum minuman karas atau tradisi. Masuk Universiti hujung minggu selalu aramai t sampai kalapik. Saya hormat orang yang tida suka minum minuman karas, terpulang kepada individu, kalau tida suka jangan pigi karamaian atau duduk depan komputer main tenet la, jangan menyinggung perasaan orang2 yang minum minuman karas sbb orang yang minum minuman keras tu bukannya jahat dan yang holy tida minum minuman karas tu bukannya baik sangat pun. The keyword is "CONTROL AND VISION".

Walaubagaimanapun saya tidak menyokong segelintir masyarakat kita yang minum minuman karas 1 - 2 minggu malah sebulan dan setahun tanpa henti.
Show Me The Money!!!
User avatar
neblenget
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 229
Joined: Thu Oct 04, 2007 11:08 am
Credit in hand: 0.00

Postby William_D'Conqueror » Fri Nov 09, 2007 3:35 pm

adik saya pun logop...tiap2 ari lepak di kedai kopi sama kawan2 dia minum. selalu kena marah parent sa... tapi uncle sa ckap bagus! sebab ada baka... :lol:

saya inda bha berapa suka minum bha...inda selesa kepala pening2 bha... :lol:
User avatar
William_D'Conqueror
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1144
Joined: Tue Mar 20, 2007 12:00 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Labuan F.T

Postby bushido » Fri Nov 09, 2007 4:19 pm

concern999 wrote:WITH ALL DUE RESPECT, apa tu agama LABUS?
Ada kitab suci kah? Siapa pengasasnya? Adakah pengajarannya bersifat progresif ataupun primitif? Ada bukti kah LABUS ini boleh membawa KDM menjadi bangsa yang maju dan kompetitif?


Agama Lzabus... ko tanyalah sendiri nenek kamu atau datuk kamu.. kenapa mereka percaya dalam bambarazon.. Pada kami nenek moyang kami melalui ajaran agama lzabus di nunuk ragang inilah yang mengilhamkan kami kenapa harus pindah ke Pompod tanah kudat.

Menurut vision yg mereka peroleh berlaku satu "wahyu" berbentuk lambang "Koniu dan mangkahak" kepada Aki Rungsud (Rungus) dan Aki Longguvai (kadazan) kedua-duanya adik beradik.

Tafsiran ttg wahyu (kopizo) ini ialah:

KONIU (helang) membawa makna MISOSONDIU OT MOMODLZOHING (ramai orang pemimpin yang akan bangkit utk mempertahankan kawasan pantai yang lahir dalam keturunan mereka).

MANGKAHAK = maknanya MIAHAK-AHAK OT SUNI-VAGU (ramai anak-anak muda yang akan lahir dalam keturunan mereka dan mereka akan mempertahankan tanah air bersama-sama dengan para tua-tua)

Sekiranya pada zaman lepas nenek moyang kita sudah mempunyai visi.. kenapa pada hari ini pemimpin2 kita hanya tahu berebut taktha politik saja?

Apakah kita sudah kehilangan VISI kebangsaan KDM sekarang? atau semangat mempertahankan bangsa hanya wujud pada zaman dahulu?

Ketika nenek moyang kami berhijrah dari nunuk ragang ke bandau-kudat mereka tahu mereka tak akan kembali ke nunuk ragang lagi.. apa yg mereka buat adalah setiap orang Momogun yang meninggal atau mati akan di kuburkan dan di masukkan dalam sebuah keranda berbentuk PANGKI (perahu) dan mengukir lambang burung helan/burung layang-layang di bahagian kaki dan bahagian kepala di ukir lambang manusia.

Menurut mereka lambang helang dan burung layang-layang akan membawa roh Momogun utk bersemadi di Pogun Kovonusan (syurga) selepas 40 hari, 40 malam di puncak gunung kinabalu.

Ajaran ini hanya berlaku dalam agama lzabvus.... Moral dan disiplin amat di jaga pada masa itu sehinggalah pada peradaban moden hari ini... kita masih dalam dilemma.... masih acu-tak acuh apakah nasibnya...
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to KadazanDusun & Murut

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 0 registered, 0 hidden and 3 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.