SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Cerita pasal bahasa & kebudayaan kaum KadazanDusun dan Murut, Unduk Ngadau, Kaamatan dan sebagainya.

Moderator: Moderators

SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby mr.lado » Fri May 01, 2009 10:38 pm

TAJUK:
SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

AHLI KUMPULAN:
AMILINA BT. BATURING
AZIRUL BIN JAIKAL
AZMI BIN SANI
MAZNI BT. LUKIMAN

PENGENALAN
Sabah merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang membentuk Malaysia. Sabah terletak di Pantai Barat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada tanah besar yang membentuk Borneo. Sabah mempunyai penduduk majoriti yang dikenali sebagai masyarakat peribumi dan terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan etnik. Menurut Banci Penduduk 1980, semua penduduk sabah yang terdiri daripada 39 buah kelompok etnik kesemuanya di kategorikan sebagai penduduk peribumi.
Dalam kajian ini, tumpuan adalah lebih spesifik kepada masyarakat Dusun. Etnik Dusun merupakan etnik di bawah rumpun Dusunic yakni salah satu kumpulan etnik terbesar di Sabah selain daripada etnik Kadazan, Paitanic, Murutic, Lundayeh, Bonggi, Illanun, Suluk Tausug, Bugis, Ida’an, Bengkahak, Bajau, Melayic, Tidung, Sino-Natif dan Dayak. Kebanyakan lokasi petempatan masyarakat Dusun di Sabah tertumpu di daerah Ranau (50,000 orang), Bundu (70,000 orang), dan yang lain berada di Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Tawau serta beberapa tempat lain dan jumlah keseluruhannya ialah 140,000 (http://.www.sil.org/ethnologue:2).
Seperti juga masyarakat lain, masyarakat Dusun turut mempunyai asal-usul keturunannya yang agak unik khususnya sumber berdasarkan ceritera golongan tua masyarakat tersebut. Namun demikian, sumber maklumat mengenai asal-usul keturunan dusun bukanlah bersandarkan kepada ceritera golongan tua semata-mata kerana terdapat juga kajian dan teori mengenai asal-usul keturunan masyarakat Dusun yang bersifat akademik.

TEORI ASAL USUL KAUM DUSUN
Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Low Kok On, 2005).
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.

DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, nyanyian bermaksud gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian juga merujuk kepada seni yang dilahirkan melalui pengucapan (oral) di mana pengucapan tersebut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik dan sebagainya. Maksud lain ialah bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Tradisional pula bermaksud kepercayaan, adat resam, cerita dan lain-lain yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, seni nyanyian tradisional dapat diertikan sebagai nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan oleh masyarakat zaman dahulu dan diwarisi sehingga hari ini.
Seni nyanyian tradisional juga adalah nyanyian oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya dan adat serta penerimaan sesebuah bangsa kerana setiap bangsa juga mempunyai ciri-ciri seni nyanyian yang tersendiri. Apabila memperkatakan tentang nyanyian ia turut melibatkan si pendengar (orang yang mendengar nyanyian si penyanyi) nyanyian tersebut. Ini kerana dalam seni nyanyian ini impak bukan sahaja diterima oleh si penyanyi malah ia turut diterima oleh para pendengar. Bagi etnik Dusun, mereka mempunyai cara yang tersendiri dalam seni nyanyian tradisional.

SEJARAH
Seni nyanyian tradisional etnik Dusun di Sabah mempunyai sejarahnya tersendiri yang begitu unik. Keunikan sejarah seni nyanyian tersebut terserlah melalui fungsi asal nyanyian tersebut. Pada awalnya, nyanyian tersebut bukanlah bersifat seni seperti sekarang ini. Ia sekadar memenuhi tuntutan kehidupan yang telah menjadi norma dan amalan adat etnik tersebut. Namun demikian, lama kelamaan nyanyian tersebut telah menjadi salah satu cabang seni ekoran nilai-nilainya yang berkembang menjurus ke arah bidang tersebut. Walau bagaimanapun, fungsi asal nyayian tersebut masih dikekalkan.
Menurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi. Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi bayi ini mempunyai irama yang menarik. Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran. Kebanyakkan bayi dalam etnik Dusun membesar dengan nyanyian tradisional yang diwarisi secara turun temurun dari nenek moyang. Ekoran irama kata-kata dodoian atau lagu tersebut agak menarik maka kebanyakan bayi yang sudah membesar akan menyanyikan lagu tersebut bukan sahaja sebelum waktu tidur malah dalam mana-mana keadaan sekalipun, contohnya ketika masa lapang ataupun ketika berkumpul dengan kawan-kawan.
Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika upacara ritual. Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi. Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai pengendali upacara akan megendi. Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai irama yang agak unik. Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk upacara ritual.
Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa seni nyanyian etnik Dusun berasal daripada kata-kata larangan yang disampaikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak yang bertujuan untuk kawalan sosial (supernatural sanction).

FUNGSI
Seperti kebanyakan masyarakat lain, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun di Sabah turut mempunyai fungsi. Nyanyian-nyanyian ini tidak akan dinyanyikan sekiranya tidak bertujuan walaupun sekadar untuk menghiburkan hati.
Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi sebelum tidur. Masyarakat Dusun amat mementingkan amalan mendodoi bayi sebelum tidur kerana ia dipercayai amat penting bagi membantu tumbesaran bayi. Selain daripada itu, perbuatan mendodoi bayi ini juga akan membuatkan bayi berasa selamat dan mempercepatkan proses menidurkannya. Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan jahat. Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang baik.
Nyanyian ini turut berfungsi sebagai supernatural sanction atau kawalan sosial. Larangan-larangan atau nasihat selalunya disampaikan dalam bentuk lagu kerana cara ini lebih lembut dan senang diingati oleh kanak-kanak. Lagu-lagu yang bersifat supernatural sanction ini lazimnya dinyanyikan ketika kanak-kanak hendak masuk tidur. Salah satu versi nyanyian yang bersifat supernatural sanction yang selalunya dinyanyikan oleh orang tua kepada anak-anak mereka adalah seperti berikut:

...Odop, Odop, ondu,
Odi meti o rogon (namatai)
Mongigit dot ponobok doh tagayo
Minongigit dot pais
Odop, odop, Ondu
Rumikot noh dika....

Dalam versi bahasa Inggeris, ia mempunyai pengertian seperti ini:

………Sleep, sleep, baby,
There comes the Ragun (soul of dead),
He carries a big stick,
He carries a big knife,
Sleep, sleep, baby,
He comes to you!

Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai. Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis. Si lelaki pula selalunya menggunakan bait-bait kata yang mengagung-agungkan wanita tersebut dan akhir sekali akan meluahkan perasaannya melalui lagu yang dinyanyikan. Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya. Terdapat juga lagu untuk meminta maaf atas ketidaksudian gadis tersebut kepada pihak lelaki. Berikut merupakan lagu yang lazimnya dinyanyikan oleh golongan jejaka Dusun untuk memikat pihak perempuan:
...isai boh gia ngaran nu
Sumandak doh talawa
Katarik ginawoku
Silik-silikan mato nu
Miagal di Mazuin
Balasan oleh pihak perempuan sekiranya bersetuju:

...Anis (nama si gadis) boh gia ngaranku
Mantad oku Tambunan
Muhang ko nopo doho
Tanud doho mulih walai
Rubah molohing ku.....

Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu. Terdapat banyak lagu yang dicipta khas untuk perayaan-perayaan atau events tertentu seperti tamu (pasar), pertandingan Unduk Ngadau dan sebagainya.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian. Mereka mempunyai banyak lagu yang dicipta khas untuk memerikan keindahan alam dan penghuninya. Ia seterusnya membangkitkan semangat cintakan kaum sendiri dan cintakan tanah air.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.
Bagi masyarakat Dusun, nyanyian merupakan alat atau medium yang penting bagi menyampaikan cerita atau mitos mengenai keagungan tuhan dan dewa-dewi yang berperanan penting dalam kehidupan mereka. Mereka mempercayai bahawa mereka adalah berasal dari keturunan dewa-dewi iaitu Kinorohingan dan Suminundu serta anak mereka Kinomulok. Oleh itu, mereka amat mengagung-agungkan dewa-dewi. Berikut merupakan lagu versi bahasa Dusun yang menceritakan tentang keagungan dewa-dewi mereka:

... RUMANDAWI

Sundu-sundu ku ie Kinomulok
Tendu ko mantad kayangan
Tendu ko mantad rumandawi
Roroyohon tulun riniba

Boros-boros ka di Kudingking
Sonong nogi kopisawo kito
Miagal kito rumandawi
Om miagal mantad kayangan

Ompoimpasi ko dah kinomulok
Om orongou nu iti sindingku
Mamarayou di no linundus nu
Om nogi di no korondowion nu

Om poimpasi ko da ika Kudingking
Om orongoi nu iti sindingku
Mamarayou di no winantang nu
Om nogi di no korondowion nu

Iti noh tangon gulu-gulu
Roiton ku kuma’a di koyu tobpinai
Parangahan ku do tulun dusun
Is sodu toi ko is somok

Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual. Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual. Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya. Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.
Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.

TEKNIK DAN BAHAN PERSEMBAHAN
Teknik nyanyian bagi masyarakat Dusun adalah sama sahaja dengan teknik yang digunakan oleh masyarakat lain. Apa yang penting adalah ia mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral). Aspek lontaran vokal si penyanyi turut mempengaruhi sama ada nyanyian yang dipersembahkan itu menarik atau tidak. Vokal si penyanyi yang sedap didengar biasanya akan memberi kelebihan kepada lagu tersebut. Ini menyebabkan lagu itu terus digemari.
Selain itu, teknik nyanyian yang digunakan adalah dengan penggunaan bahasa Dusun itu sendiri. Dengan penggunaan bahasa Dusun ini, ia sekaligus telah membezakan seni nyanyian dengan kaum-kaum lain.
Seni Nyanyian ini juga dipersembahkan dengan bantuan daripada peralatan-peralatan muzik seperti gong. Alat muzik ini lazimnya dimiliki oleh masyarakat Dusun kerana kepentingannya dalam majlis-majlis, seperti majlis perkahwinan. Terdapat beberapa jenis gong yang digunakan dalam aktiviti nyanyian. Antaranya, seperti tawag-tawag. Tawag-tawag ini merupakan alat muzik yang paling popular digunakan. Antara ciri-ciri tawag-tawag ini ialah bersaiz besar, mempunyai ton yang nyaring dan bahagian tepi yang tajam serta dalam. Jenis gong yang berikutnya adalah Chenang. Chenang ini mempunyai saiz yang lebih kecil sebesar kepala orang. Di samping itu, tidak dalam dan mempunyai ton bunyi yang lembut berbanding tawag-tawag. Jenis gong yang seterusnya adalah kulintangan. Kulintangan ini merupakan gong-gong yang kecil dan mempunyai ton-ton bunyi yang indah.
Selain daripada gong, terdapat juga alat-alat muzik kaum Dusun yang lain, iaitu sendatang atau sundatang. Sendatang ini merupakan sejenis alat bunyi-bunyian yang mempunyai leher yang panjang dan badan berbentuk gendang seperti gambus. Sendatang juga mempunyai enam atau lapan tali logam yang diregang berpasangan dan mengeluarkan ton bunyi apabila dipetik serta mempunyai permukaan yang pelik berbanding alat muzik yang lain kerana ukirannya dibuat secara kasar.
Alat muzik yang lain ialah dikenali sebagai sompoton atau sempatan. Sompoton ini juga dikenali sebagai seruling buluh. Hal ini kerana sompoton tersebut diperbuat daripada buluh. Antara ciri-ciri sompoton ialah mempunyai bahagian kepala dan badan.
Selain itu, nyanyian ini sering dinyanyikan dengan diiringi oleh tarian. Dalam masyarakat Dusun, tarian yang lazim disertakan ketika menyanyikan lagu ialah tarian sumazau dan magunatif (proses menceraikan biji padi dari tangkainya (mengogik). Kombinasi antara nyanyian, peralatan muzik, dan tarian ini mewujudkan suasana pemandangan dan irama yang amat menarik.
Masa kini, teknik dan bahan persembahan terhadap seni nyanyian ini telah berubah. Vokal si penyanyi menjadi tumpuan utama. Manakala bahan persembahan yang digunakan lebih kepada peralatan muzik moden seperti gitar, drum, piano dan lain-lain. Untuk memberikan sentuhan tradisional nyanyian itu peralatan tradisional seperti gong, sompoton dan lain-lain dimainkan bersama. Hasilnya, seni nyanyian itu semakin menarik dan diminati ramai.

ETIKA
Lagu-lagu yang berkaitan dengan ritual dan animisme ini begitu penting kepada kaum Dusun dan diamalkan didalam kehidupan mereka. Ia termasuklah bagi proses kelahiran, perkahwinan, perubatan sehinggalah kepada kematian mereka.
Lagu-lagu nyanyian untuk upacara ritual biasanya dinyanyikan oleh orang yang lebih berkemahiran, seperti Bobolizan. Bobolizan adalah orang yang memainkan peranan penting dan biasanya terdiri daripada wanita kerana dipercayai jiwa wanita lebih halus dan mudah berhubung dengan makhluk alam ghaib. Pergerakan dan muzik untuk upacara ini biasanya adalah sama, sebaliknya hanya lagu yang dinyanyikan oleh Bobolizan berbeza mengikut keperluan upacara.
Nilai etika juga boleh dilihat dalam seni nyanyian kaum Dusun ini kerana ianya turut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral), fungsi lagu dan ensemble muzik (sekumpulan kecil pemuzik). Alat muzik seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya lazimnya akan mengiringi seni nyanyian masyarakat.
Bagi acara-acara kesyukuran seperti perkahwinan, kelahiran bayi dan menuai serta menolak bala malapetaka, lazimnya acara-acara ini diiringi oleh tarian seperti tarian sumazau agar menjadikannya lebih harmoni dan menarik.

ESTETIKA
Seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun penuh dengan nilai estetika. Bagi mereka, jika seseorang itu mendengar lagu yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan, kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis lagu yang didengari.

Oleh kerana seni nyanyian masyarakat Dusun ini penuh dengan nilai estetika maka pada masa kini lagu-lagu nyanyian ini telah pun dikomersialkan yang boleh mendatangkan hasil. Dengan itu, ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti Keset, Cekera Padat (CD), Video Cekera Padat (VCD) yang dijual dipasaran. Selain itu, lagu-lagu nyanyian juga dijadikan sebagai lagu rakyat kerana lirik-lirik lagu yang mempunyai makna yang tersirat di samping iramanya yang menarik.

SIMBOLISME/ FALSAFAH
Setiap lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai simbol dan falsafah yang tersendiri bagi kaum Dusun khususnya. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah simbol untuk memuji kecantikan wanita di samping memikat wanita yang berkenaan.
Nyanyian juga simbol kepada ketuhanan. Hal ini kerana, nyanyian akan dinyayikan dalam upacara-upacara ritual, seperti mengubati penyakit dan dalam pembacaan mantera oleh Bobolizan.
Nyanyian turut menjadi simbol kepada perpaduan dan silaturrahim kepada masyarakat kaum Dusun. Hal ini berlaku apabila nyanyian dinyanyikan secara bersama-sama dalam dalam suasana yang meriah di samping melakukan tugasan bersama-sama, seperti berladang. Apabila dapat berkumpul bersama-sama, maka keadaan tersebut dapat menimbulkan kerjasama dan semangat perpaduan yang baik.
Simbol yang seterusnya adalah sebagai simbol luahan perasaan. Masyarakat kaum Dusun menyanyikan lagu bagi meluahkan perasaan seperti meluahkan perasaan berteima kasih, meminta maaf, meratapi nasib dan sebagainya.
Nyanyian-nyanyian kaum Dusun juga melambangkan harga diri mereka. Hal ini bermakna, setiap lagu nyanyian kaum Dusun yang dinyanyikan secara langsung dapat menggambarkan identiti masyarakat Dusun. Nyanyian juga merupakan simbol cinta dan kesunyian seseorang. Biasanya, apabila seseorang berasa sunyi dan dilamun cinta, maka nyanyian tidak dapat dipisahkan bagi menghiburkan hati. Hal ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum Dusun tetapi juga oleh masyarakat lain seperti kaum Melayu khususnya generasi yang terdahulu.
Selain itu, seni nyanyian turut menjadi simbol kepada semangat cintakan tanah air atau kampung halaman sendiri. Ini kerana banyak penyanyi atau pencipta lagu di kalangan masyarakat Dusun yang mendedikasikan semangat cintakan tanah air mereka dalam bentuk lagu. Ia sebenarnya lebih mirip kepada lagu patriotik yang banyak dipopularkan oleh penyanyi tanah air kita cuma ia tidak dipublisitikan kerana ia hasil nukilan orang perseorangan.

KESIMPULAN
Masyarakat kaum Dusun mempunyai banyak amalan-amalan yang unik dan menarik. Masyarakat ini kaya dengan adat-adat tradisi, ritual-ritual, dan kesenian yang baik dan menarik seperti nyanyian. Nyanyian kaum Dusun mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri serta simbol dan falsafah yang mana amat berkait rapat dengan budaya masyarakat Dusun itu sendiri. Walaubagaimanapun, sifat dan fungsi tradisional seni nyanyian ini semakin lenyap ekoran perdaran zaman.
Dewasa kini, seni nyanyian bagi masyarakat Dusun telah mengalami perubahan namun terdapat sesetengah nilai yang masih dikekalkan. Fungsi dan teknik persembahan merupakan aspek komponen nyanyian yang mengalami perubahan besar. Fungsi utama seni nyanyian tradisi Sabah pada masa dahulu iaitu sebagai ucapan ritual untuk memanggil semanagt yakni megendi semakin lenyap malah tidak dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakatnya Dusun khususnya generasi muda. Tambahan pula tidak ramai generasi muda yang berminat untuk belajar atau ingin mewarisi kebolehan untuk menjadi pengendali upacara ritual atau lebih dikenali sebagai bobohizan.
Dari aspek teknik persembahan atau teknik penyampaian lagu tersebut, didapati bahawa seni nyanyian tersebut turut mengalami perubahahan besar. Pada zaman tradisional dahulu, lagu ini dinyanyikan begitu sahaja secara sentimental denga bantuan peralatan muzik tradisional seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya. Namun demikian sekarang ini, terdapat banyak lagu tradisi masyarakat Dusun versi lama yang telah dirancakkan seperti lagu-lagu rap dan jazz. Ia semakin bervariasi dari masa ke semasa. Contohnya, lagu yang versi Taragang Rasuk yang dahulunya dinyanyikan oleh penyanyi lama yang kini telah diberikan nafas baru oleh penyanyi baru iaitu Atama dalam bentuk Hip Hop. Peralatan muzik yang lazimnya mengiringi lagu Dusun kini turut di tambah oleh peralatan muzik moden seperti gitar, piano, drum dan sebagainya. Malah terdapat banyak lagu baru yang langsung diiringi oleh peralatan muzik moden sepenuhnya tanpa sentuhan peralatan muzik tradisinal.
Secara keseluruhannya, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun ini pasti amat unik dan menarik kerana ianya tidak luput dimakan dek zaman. Nilai dan seninya tetap wujud walaupun telah menerima banyak perubahan. Ia harus dijaga agar kelangsungannya sampai kepada generasi yang seterusnya.

GLOSARI
Bobohizan = bomoh
Kinorohingan = tuhan bagi masyarakat kadazandusun
Megendi = suatu upacara yang melibatkan pembacaan mentera
Menegmburongoh = nama jenis mantera
Mongogik = suatu perbuatan yang memisahkan padi daripada jerami.
Ragun/ rogon = makhluk halus yang bersifat jahat
Siminundu = isteri kepada Kinorohingan
Sundu = kasyaf
Unduk Ngadau = ratu cantik

BIBLIOGRAFI
Alliston , C (1963). In The Shadow Of Kinabalu. London: The Adventurers Club.
Arena Wati (1978). Dusun: Satu Tinjauan Dalam Konteks Kepercayaan, Kultus Dan
Hukum Adat Di Sabah. Sabah: Penerbitan Yayasan Sabah.
Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1989). Cultural Development in Sabah, 1963-1988.
Dalam, Jeffrey G Kitingan dan Maximus J Ongkili (ed.), Sabah 25 Years Later,
1963-1988(359-404). Sabah: Institute Development Studies (Sabah).
Evans, I. H. N (1922). Among Primitive Peoples In Borneo: A Discription Of The Lives,
Habits & Customs Of the Piratical Head-Hunters Of North Borneo, With An Account Of Interesting Objects Of Prehistoric Antiquity Discovered In The Island. London: Seeley, Service & Co. Limited.
Low Kok On (2005). Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (1990), Penerbit Universiti Malaya.
Williams, T.R (1965). The Dusun: A North Borneo Society. Holt, Rinehart and Winston,
Inc, United States of America.
http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/univ ... om3008.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum_Kadazan-Dusun

****(Artekal ini adalah hasil kajian berkumpulan dan komen diperluhkan untuk sebarang pembetulan),TQ. :welcome:
User avatar
mr.lado
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 236
Joined: Sun Aug 22, 2004 11:07 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby philemon267 » Sat May 02, 2009 9:32 am

Satu hasil kerja yang sangat baik,teruskan.
philemon267
 
Posts: 18
Joined: Mon Apr 27, 2009 11:47 pm
Credit in hand: 0.00

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby Marcus Shapi » Sat May 02, 2009 10:49 am

mr.lado wrote:TAJUK:
SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

AHLI KUMPULAN:
AMILINA BT. BATURING
AZIRUL BIN JAIKAL
AZMI BIN SANI
MAZNI BT. LUKIMAN

PENGENALAN
Sabah merupakan salah sebuah negeri daripada 13 negeri yang membentuk Malaysia. Sabah terletak di Pantai Barat Malaysia dan merupakan sebahagian daripada tanah besar yang membentuk Borneo. Sabah mempunyai penduduk majoriti yang dikenali sebagai masyarakat peribumi dan terdiri daripada berbagai-bagai kumpulan etnik. Menurut Banci Penduduk 1980, semua penduduk sabah yang terdiri daripada 39 buah kelompok etnik kesemuanya di kategorikan sebagai penduduk peribumi.
Dalam kajian ini, tumpuan adalah lebih spesifik kepada masyarakat Dusun. Etnik Dusun merupakan etnik di bawah rumpun Dusunic yakni salah satu kumpulan etnik terbesar di Sabah selain daripada etnik Kadazan[/color[color=#FF0000]](tiada istilah Kadazanic), Paitanic, Murutic, Lundayeh, Bonggi, Illanun, Suluk Tausug, Bugis, Ida’an, Bengkahak, Bajau, Melayic, Tidung, Sino-Natif dan Dayak[/color[color=#0000FF]](rujuk di ruangan Kadazandusun. Ini tidak tepat cara pengkategoran). Kebanyakan lokasi petempatan masyarakat Dusun di Sabah tertumpu di daerah Ranau (50,000 orang), Bundu (70,000 orang), (Bundu mana?, wrong entry)dan yang lain berada di Beaufort, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kinabatangan, Keningau, Tawau serta beberapa tempat lain dan jumlah keseluruhannya ialah 140,000 (http://.www.sil.org/ethnologue:2).(Rujuk buku bukan di blog)
Seperti juga masyarakat lain, masyarakat Dusun turut mempunyai asal-usul keturunannya yang agak unik khususnya sumber berdasarkan ceritera golongan tua masyarakat tersebut. Namun demikian, sumber maklumat mengenai asal-usul keturunan dusun bukanlah bersandarkan kepada ceritera golongan tua semata-mata kerana terdapat juga kajian dan teori mengenai asal-usul keturunan masyarakat Dusun yang bersifat akademik.
(pengenalan anda langsung tidak mengaitkan perbincangan tajuk sebagai pembayang isu yg hendak di bincangkan)

TEORI ASAL USUL KAUM DUSUN
Menurut sumber akademik,(siapa ni?.Nyatakan kalau ada?) terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazandusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Low Kok On, 2005).
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional (?)sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.

DEFINISI
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi ke-4, nyanyian bermaksud gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan dengan suara. Nyanyian juga merujuk kepada seni yang dilahirkan melalui pengucapan (oral) di mana pengucapan tersebut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik dan sebagainya. Maksud lain ialah bunyi atau suara yang berirama dan berlagu. Tradisional pula bermaksud kepercayaan, adat resam, cerita dan lain-lain yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh yang demikian, seni nyanyian tradisional dapat diertikan sebagai nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan oleh masyarakat zaman dahulu dan diwarisi sehingga hari ini.
Seni nyanyian tradisional juga adalah nyanyian oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya dan adat serta penerimaan sesebuah bangsa kerana setiap bangsa juga mempunyai ciri-ciri seni nyanyian yang tersendiri. Apabila memperkatakan tentang nyanyian ia turut melibatkan si pendengar (orang yang mendengar nyanyian si penyanyi) nyanyian tersebut. Ini kerana dalam seni nyanyian ini impak bukan sahaja diterima oleh si penyanyi malah ia turut diterima oleh para pendengar. Bagi etnik Dusun, mereka mempunyai cara yang tersendiri dalam seni nyanyian tradisional.

SEJARAH
Seni nyanyian tradisional etnik Dusun di Sabah mempunyai sejarahnya tersendiri yang begitu unik. Keunikan sejarah seni nyanyian tersebut terserlah melalui fungsi asal nyanyian tersebut. Pada awalnya, nyanyian tersebut bukanlah bersifat seni seperti sekarang ini. Ia sekadar memenuhi tuntutan kehidupan yang telah menjadi norma dan amalan adat etnik tersebut. Namun demikian, lama kelamaan nyanyian tersebut telah menjadi salah satu cabang seni ekoran nilai-nilainya yang berkembang menjurus ke arah bidang tersebut. Walau bagaimanapun, fungsi asal nyayian tersebut masih dikekalkan.
Menurut sejarah, nyanyian etnik Dusun ini berasal daripada amalan mendodoi atau membuai bayi yang lazimnya dilakukan oleh wanita dewasa khususnya para ibu untuk menidurkan bayi. Kata-kata yang diluahkan untuk menghiburkan atau mendodoi bayi ini mempunyai irama yang menarik. Dipercayai bahawa kata-kata dalam bentuk lagu ini mampu membantu bayi dalam mempercepatkan tumbesaran. Kebanyakkan bayi dalam etnik Dusun membesar dengan nyanyian tradisional yang diwarisi secara turun temurun dari nenek moyang. Ekoran irama kata-kata dodoian atau lagu tersebut agak menarik maka kebanyakan bayi yang sudah membesar akan menyanyikan lagu tersebut bukan sahaja sebelum waktu tidur malah dalam mana-mana keadaan sekalipun, contohnya ketika masa lapang ataupun ketika berkumpul dengan kawan-kawan.
Dipercayai juga bahawa seni nyanyian masyarakat Dusun berasal daripada mantera-mantera yang digunakan ketika upacara ritual. Dalam masyarakat Dusun, amalan-amalan pengucapan mantera dalam upacara ritual disebut sebagai Megendi. Ketika upacara ritual yang yang dikenali sebagai mengemburongoh, bobohizan yang berperanan sebagai pengendali upacara akan megendi. Melalui amalan megendi inilah seni nyanyian ini wujud kerana kata-kata ucapan atau mantera ini mempunyai irama yang agak unik. Namun demikian dewasa kini, irama dan lirik megendi ini telah diubah suai kepada irama yang lebih menarik dan lirik lagu yang sesuai dan bukan sahaja bertujuan untuk upacara ritual.
Selain itu, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa seni nyanyian etnik Dusun berasal daripada kata-kata larangan yang disampaikan oleh ibu-bapa kepada anak-anak yang bertujuan untuk kawalan sosial (supernatural sanction).

FUNGSI
Seperti kebanyakan masyarakat lain, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun di Sabah turut mempunyai fungsi. Nyanyian-nyanyian ini tidak akan dinyanyikan sekiranya tidak bertujuan walaupun sekadar untuk menghiburkan hati.
Antara fungsi utama nyanyian ini adalah untuk mendodoikan bayi sebelum tidur. Masyarakat Dusun amat mementingkan amalan mendodoi bayi sebelum tidur kerana ia dipercayai amat penting bagi membantu tumbesaran bayi. Selain daripada itu, perbuatan mendodoi bayi ini juga akan membuatkan bayi berasa selamat dan mempercepatkan proses menidurkannya. Lagu-lagu yang lazimnya digunakan dalam proses mendodoi adalah berbentuk nasihat dan larangan-larangan kepada perbuatan-perbuatan jahat. Lirik-lirik lagu yang baik boleh mensosialisasikan seorang anak yang baik.
Nyanyian ini turut berfungsi sebagai supernatural sanction atau kawalan sosial. Larangan-larangan atau nasihat selalunya disampaikan dalam bentuk lagu kerana cara ini lebih lembut dan senang diingati oleh kanak-kanak. Lagu-lagu yang bersifat supernatural sanction ini lazimnya dinyanyikan ketika kanak-kanak hendak masuk tidur. Salah satu versi nyanyian yang bersifat supernatural sanction yang selalunya dinyanyikan oleh orang tua kepada anak-anak mereka adalah seperti berikut:

...Odop, Odop, ondu,
Odi meti o rogon (namatai)
Mongigit dot ponobok doh tagayo
Minongigit dot pais
Odop, odop, Ondu
Rumikot noh dika....

Dalam versi bahasa Inggeris, ia mempunyai pengertian seperti ini:

………Sleep, sleep, baby,
There comes the Ragun (soul of dead),
He carries a big stick,
He carries a big knife,
Sleep, sleep, baby,
He comes to you!

Selain itu, seni nyanyian dalam masyarakat Dusun seringkali digunakan untuk memikat kekasih khasnya oleh kaum lelaki. Kaum lelaki akan menyanyikan lagu yang berbaur cinta bagi memikat dan menunjukkan isi hati mereka kepada wanita yang disukai. Mereka lazimnya akan menyanyikan dan menujukan lagu cinta ini ketika majlis keramaian atau masa-masa lapang ketika mereka berkumpul bersama. Di samping memikat, ia secara langsung bertujuan untuk memuji si gadis. Si lelaki pula selalunya menggunakan bait-bait kata yang mengagung-agungkan wanita tersebut dan akhir sekali akan meluahkan perasaannya melalui lagu yang dinyanyikan. Sekiranya si gadis bersetuju maka dia akan membalas lagu tersebut, sekiranya tidak dibalas maka ini bererti bahawa gadis tersebut tidak sudi atau sudah berpunya. Terdapat juga lagu untuk meminta maaf atas ketidaksudian gadis tersebut kepada pihak lelaki. Berikut merupakan lagu yang lazimnya dinyanyikan oleh golongan jejaka Dusun untuk memikat pihak perempuan:
...isai boh gia ngaran nu
Sumandak doh talawa
Katarik ginawoku
Silik-silikan mato nu
Miagal di Mazuin
Balasan oleh pihak perempuan sekiranya bersetuju:

...Anis (nama si gadis) boh gia ngaranku
Mantad oku Tambunan
Muhang ko nopo doho
Tanud doho mulih walai
Rubah molohing ku.....

Ketika hari-hari perayaan atau majlis-majlis keramaian, nyanyian ini mempunyai peranan yang amat penting sekali. Nyanyian akan dinyanyikan oleh orang ramai bagi memeriahkan suasana perayaan atau majlis. Malah terdapat beberapa lagu yang dominan dengan beberapa upacara perayaan atau majlis-majlis tertentu. Terdapat banyak lagu yang dicipta khas untuk perayaan-perayaan atau events tertentu seperti tamu (pasar), pertandingan Unduk Ngadau dan sebagainya.
Perasaan kagum dan kecintaan terhadap keindahan alam dan penghuninya seringkali diluahkan dan diekspresikan oleh masyarakat Dusun dalam bentuk nyanyian. Mereka mempunyai banyak lagu yang dicipta khas untuk memerikan keindahan alam dan penghuninya. Ia seterusnya membangkitkan semangat cintakan kaum sendiri dan cintakan tanah air.
Masyarakat Dusun amat terkenal dengan amalan gotong-royong dan konsep perkongsian sumber (sharing). Kerja-kerja sosial seperti membersihkan ladang atau kerja-kerja persediaan sebelum majlis perkahwinan akan dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung. Penyertaan orang-orang muda dalam kerja-kerja seperti ini adalah amat menggalakkan. Semasa melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut mereka akan menyanyi bersama-sama bagi memeriahkan suasana. Pada masa itu juga, golongan remaja yang belum berkahwin akan mencari peluang memikat gadis pujaan mereka dengan menujukan lagu kepada si gadis.
Bagi masyarakat Dusun, nyanyian merupakan alat atau medium yang penting bagi menyampaikan cerita atau mitos mengenai keagungan tuhan dan dewa-dewi yang berperanan penting dalam kehidupan mereka. Mereka mempercayai bahawa mereka adalah berasal dari keturunan dewa-dewi iaitu Kinorohingan dan Suminundu serta anak mereka Kinomulok. Oleh itu, mereka amat mengagung-agungkan dewa-dewi. Berikut merupakan lagu versi bahasa Dusun yang menceritakan tentang keagungan dewa-dewi mereka:

... RUMANDAWI

Sundu-sundu ku ie Kinomulok
Tendu ko mantad kayangan
Tendu ko mantad rumandawi
Roroyohon tulun riniba

Boros-boros ka di Kudingking
Sonong nogi kopisawo kito
Miagal kito rumandawi
Om miagal mantad kayangan

Ompoimpasi ko dah kinomulok
Om orongou nu iti sindingku
Mamarayou di no linundus nu
Om nogi di no korondowion nu

Om poimpasi ko da ika Kudingking
Om orongoi nu iti sindingku
Mamarayou di no winantang nu
Om nogi di no korondowion nu

Iti noh tangon gulu-gulu
Roiton ku kuma’a di koyu tobpinai
Parangahan ku do tulun dusun
Is sodu toi ko is somok

Nyanyian turut digunakan dalam upacara ritual. Masyrakat Dusun amat sinonim dengan amalan-amalan ritual. Kehidupan mereka sarat dengan amalan-amalan tersebut kerana dipercayai penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Upacara-upacara ritual ini dilakukan bagi tujuan-tujuan tertentu seperti perubatan, memuja tuhan yakni tuhan tanaman, tuhan peperangan, tuhan keselamatan dan sebagainya. Ketika menjalankan upacara ritual tersebut, pengendali upacara ritual yakni Bobolizan akan megendi atau membaca mantera yang boleh disifatkan sebagai lagu untuk memanggil roh atau semangat.
Selain itu juga, seni nyanyian ini berfungsi sebagai hiburan bagi masyarakat kamu Dusun. Bila adanya masa lapang, lazimnya mereka akan menyanyi untuk sekadar berhibur.

TEKNIK DAN BAHAN PERSEMBAHAN
Teknik nyanyian bagi masyarakat Dusun adalah sama sahaja dengan teknik yang digunakan oleh masyarakat lain. Apa yang penting adalah ia mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral). Aspek lontaran vokal si penyanyi turut mempengaruhi sama ada nyanyian yang dipersembahkan itu menarik atau tidak. Vokal si penyanyi yang sedap didengar biasanya akan memberi kelebihan kepada lagu tersebut. Ini menyebabkan lagu itu terus digemari.
Selain itu, teknik nyanyian yang digunakan adalah dengan penggunaan bahasa Dusun itu sendiri. Dengan penggunaan bahasa Dusun ini, ia sekaligus telah membezakan seni nyanyian dengan kaum-kaum lain.
Seni Nyanyian ini juga dipersembahkan dengan bantuan daripada peralatan-peralatan muzik seperti gong. Alat muzik ini lazimnya dimiliki oleh masyarakat Dusun kerana kepentingannya dalam majlis-majlis, seperti majlis perkahwinan. Terdapat beberapa jenis gong yang digunakan dalam aktiviti nyanyian. Antaranya, seperti tawag-tawag. Tawag-tawag ini merupakan alat muzik yang paling popular digunakan. Antara ciri-ciri tawag-tawag ini ialah bersaiz besar, mempunyai ton yang nyaring dan bahagian tepi yang tajam serta dalam. Jenis gong yang berikutnya adalah Chenang. Chenang ini mempunyai saiz yang lebih kecil sebesar kepala orang. Di samping itu, tidak dalam dan mempunyai ton bunyi yang lembut berbanding tawag-tawag. Jenis gong yang seterusnya adalah kulintangan. Kulintangan ini merupakan gong-gong yang kecil dan mempunyai ton-ton bunyi yang indah.
Selain daripada gong, terdapat juga alat-alat muzik kaum Dusun yang lain, iaitu sendatang atau sundatang. Sendatang ini merupakan sejenis alat bunyi-bunyian yang mempunyai leher yang panjang dan badan berbentuk gendang seperti gambus. Sendatang juga mempunyai enam atau lapan tali logam yang diregang berpasangan dan mengeluarkan ton bunyi apabila dipetik serta mempunyai permukaan yang pelik berbanding alat muzik yang lain kerana ukirannya dibuat secara kasar.
Alat muzik yang lain ialah dikenali sebagai sompoton atau sempatan. Sompoton ini juga dikenali sebagai seruling buluh. Hal ini kerana sompoton tersebut diperbuat daripada buluh. Antara ciri-ciri sompoton ialah mempunyai bahagian kepala dan badan.
Selain itu, nyanyian ini sering dinyanyikan dengan diiringi oleh tarian. Dalam masyarakat Dusun, tarian yang lazim disertakan ketika menyanyikan lagu ialah tarian sumazau dan magunatif (proses menceraikan biji padi dari tangkainya (mengogik). Kombinasi antara nyanyian, peralatan muzik, dan tarian ini mewujudkan suasana pemandangan dan irama yang amat menarik.
Masa kini, teknik dan bahan persembahan terhadap seni nyanyian ini telah berubah. Vokal si penyanyi menjadi tumpuan utama. Manakala bahan persembahan yang digunakan lebih kepada peralatan muzik moden seperti gitar, drum, piano dan lain-lain. Untuk memberikan sentuhan tradisional nyanyian itu peralatan tradisional seperti gong, sompoton dan lain-lain dimainkan bersama. Hasilnya, seni nyanyian itu semakin menarik dan diminati ramai.

ETIKA
Lagu-lagu yang berkaitan dengan ritual dan animisme ini begitu penting kepada kaum Dusun dan diamalkan didalam kehidupan mereka. Ia termasuklah bagi proses kelahiran, perkahwinan, perubatan sehinggalah kepada kematian mereka.
Lagu-lagu nyanyian untuk upacara ritual biasanya dinyanyikan oleh orang yang lebih berkemahiran, seperti Bobolizan. Bobolizan adalah orang yang memainkan peranan penting dan biasanya terdiri daripada wanita kerana dipercayai jiwa wanita lebih halus dan mudah berhubung dengan makhluk alam ghaib. Pergerakan dan muzik untuk upacara ini biasanya adalah sama, sebaliknya hanya lagu yang dinyanyikan oleh Bobolizan berbeza mengikut keperluan upacara.
Nilai etika juga boleh dilihat dalam seni nyanyian kaum Dusun ini kerana ianya turut mencakupi unsur-unsur melodi, ritma, struktur lagu, lirik (pengucapan oral), fungsi lagu dan ensemble muzik (sekumpulan kecil pemuzik). Alat muzik seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya lazimnya akan mengiringi seni nyanyian masyarakat.
Bagi acara-acara kesyukuran seperti perkahwinan, kelahiran bayi dan menuai serta menolak bala malapetaka, lazimnya acara-acara ini diiringi oleh tarian seperti tarian sumazau agar menjadikannya lebih harmoni dan menarik.

ESTETIKA
Seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun penuh dengan nilai estetika. Bagi mereka, jika seseorang itu mendengar lagu yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan, kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis lagu yang didengari.

Oleh kerana seni nyanyian masyarakat Dusun ini penuh dengan nilai estetika maka pada masa kini lagu-lagu nyanyian ini telah pun dikomersialkan yang boleh mendatangkan hasil. Dengan itu, ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti Keset, Cekera Padat (CD), Video Cekera Padat (VCD) yang dijual dipasaran. Selain itu, lagu-lagu nyanyian juga dijadikan sebagai lagu rakyat kerana lirik-lirik lagu yang mempunyai makna yang tersirat di samping iramanya yang menarik.

SIMBOLISME/ FALSAFAH
Setiap lagu-lagu yang dinyanyikan mempunyai simbol dan falsafah yang tersendiri bagi kaum Dusun khususnya. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah simbol untuk memuji kecantikan wanita di samping memikat wanita yang berkenaan.
Nyanyian juga simbol kepada ketuhanan. Hal ini kerana, nyanyian akan dinyayikan dalam upacara-upacara ritual, seperti mengubati penyakit dan dalam pembacaan mantera oleh Bobolizan.
Nyanyian turut menjadi simbol kepada perpaduan dan silaturrahim kepada masyarakat kaum Dusun. Hal ini berlaku apabila nyanyian dinyanyikan secara bersama-sama dalam dalam suasana yang meriah di samping melakukan tugasan bersama-sama, seperti berladang. Apabila dapat berkumpul bersama-sama, maka keadaan tersebut dapat menimbulkan kerjasama dan semangat perpaduan yang baik.
Simbol yang seterusnya adalah sebagai simbol luahan perasaan. Masyarakat kaum Dusun menyanyikan lagu bagi meluahkan perasaan seperti meluahkan perasaan berteima kasih, meminta maaf, meratapi nasib dan sebagainya.
Nyanyian-nyanyian kaum Dusun juga melambangkan harga diri mereka. Hal ini bermakna, setiap lagu nyanyian kaum Dusun yang dinyanyikan secara langsung dapat menggambarkan identiti masyarakat Dusun. Nyanyian juga merupakan simbol cinta dan kesunyian seseorang. Biasanya, apabila seseorang berasa sunyi dan dilamun cinta, maka nyanyian tidak dapat dipisahkan bagi menghiburkan hati. Hal ini bukan sahaja dilakukan oleh kaum Dusun tetapi juga oleh masyarakat lain seperti kaum Melayu khususnya generasi yang terdahulu.
Selain itu, seni nyanyian turut menjadi simbol kepada semangat cintakan tanah air atau kampung halaman sendiri. Ini kerana banyak penyanyi atau pencipta lagu di kalangan masyarakat Dusun yang mendedikasikan semangat cintakan tanah air mereka dalam bentuk lagu. Ia sebenarnya lebih mirip kepada lagu patriotik yang banyak dipopularkan oleh penyanyi tanah air kita cuma ia tidak dipublisitikan kerana ia hasil nukilan orang perseorangan.

KESIMPULAN
Masyarakat kaum Dusun mempunyai banyak amalan-amalan yang unik dan menarik. Masyarakat ini kaya dengan adat-adat tradisi, ritual-ritual, dan kesenian yang baik dan menarik seperti nyanyian. Nyanyian kaum Dusun mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri serta simbol dan falsafah yang mana amat berkait rapat dengan budaya masyarakat Dusun itu sendiri. Walaubagaimanapun, sifat dan fungsi tradisional seni nyanyian ini semakin lenyap ekoran perdaran zaman.
Dewasa kini, seni nyanyian bagi masyarakat Dusun telah mengalami perubahan namun terdapat sesetengah nilai yang masih dikekalkan. Fungsi dan teknik persembahan merupakan aspek komponen nyanyian yang mengalami perubahan besar. Fungsi utama seni nyanyian tradisi Sabah pada masa dahulu iaitu sebagai ucapan ritual untuk memanggil semanagt yakni megendi semakin lenyap malah tidak dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakatnya Dusun khususnya generasi muda. Tambahan pula tidak ramai generasi muda yang berminat untuk belajar atau ingin mewarisi kebolehan untuk menjadi pengendali upacara ritual atau lebih dikenali sebagai bobohizan.
Dari aspek teknik persembahan atau teknik penyampaian lagu tersebut, didapati bahawa seni nyanyian tersebut turut mengalami perubahahan besar. Pada zaman tradisional dahulu, lagu ini dinyanyikan begitu sahaja secara sentimental denga bantuan peralatan muzik tradisional seperti gong, sompoton, seruling dan sebagainya. Namun demikian sekarang ini, terdapat banyak lagu tradisi masyarakat Dusun versi lama yang telah dirancakkan seperti lagu-lagu rap dan jazz. Ia semakin bervariasi dari masa ke semasa. Contohnya, lagu yang versi Taragang Rasuk yang dahulunya dinyanyikan oleh penyanyi lama yang kini telah diberikan nafas baru oleh penyanyi baru iaitu Atama dalam bentuk Hip Hop. Peralatan muzik yang lazimnya mengiringi lagu Dusun kini turut di tambah oleh peralatan muzik moden seperti gitar, piano, drum dan sebagainya. Malah terdapat banyak lagu baru yang langsung diiringi oleh peralatan muzik moden sepenuhnya tanpa sentuhan peralatan muzik tradisinal.
Secara keseluruhannya, seni nyanyian tradisional masyarakat Dusun ini pasti amat unik dan menarik kerana ianya tidak luput dimakan dek zaman. Nilai dan seninya tetap wujud walaupun telah menerima banyak perubahan. Ia harus dijaga agar kelangsungannya sampai kepada generasi yang seterusnya.

GLOSARI
Bobohizan = bomoh
Kinorohingan = tuhan bagi masyarakat kadazandusun
Megendi = suatu upacara yang melibatkan pembacaan mentera
Menegmburongoh = nama jenis mantera
Mongogik = suatu perbuatan yang memisahkan padi daripada jerami.
Ragun/ rogon = makhluk halus yang bersifat jahat
Siminundu = isteri kepada Kinorohingan
Sundu = kasyaf
Unduk Ngadau = ratu cantik

BIBLIOGRAFI
Alliston , C (1963). In The Shadow Of Kinabalu. London: The Adventurers Club.
Arena Wati (1978). Dusun: Satu Tinjauan Dalam Konteks Kepercayaan, Kultus Dan
Hukum Adat Di Sabah. Sabah: Penerbitan Yayasan Sabah.
Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1989). Cultural Development in Sabah, 1963-1988.
Dalam, Jeffrey G Kitingan dan Maximus J Ongkili (ed.), Sabah 25 Years Later,
1963-1988(359-404). Sabah: Institute Development Studies (Sabah).
Evans, I. H. N (1922). Among Primitive Peoples In Borneo: A Discription Of The Lives,
Habits & Customs Of the Piratical Head-Hunters Of North Borneo, With An Account Of Interesting Objects Of Prehistoric Antiquity Discovered In The Island. London: Seeley, Service & Co. Limited.
Low Kok On (2005). Membaca Mitos dan Lagenda Kadazandusun. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (1990), Penerbit Universiti Malaya.
Williams, T.R (1965). The Dusun: A North Borneo Society. Holt, Rinehart and Winston,
Inc, United States of America.
http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/univ ... om3008.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum_Kadazan-Dusun

****(Artekal ini adalah hasil kajian berkumpulan dan komen diperluhkan untuk sebarang pembetulan),TQ. :welcome:
No Pain No Gain, oyopos-yopos tatad, nga oyopos-yopos no kabang.
User avatar
Marcus Shapi
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1209
Joined: Wed Oct 22, 2008 1:56 am
Credit in hand: 1.21
Location: Tenom

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby Marcus Shapi » Sat May 02, 2009 11:02 am

Saya cuba komen di ruangan artikel itu tetapi sudah maximum panjang.

ok. ringkasnya, komen saya;
1. Pengenalan terutama, 'siapa dusu'.itu harus diperjelaskan mengikut fakta sebenar. keluarga etnik berbeza dengan kupulan ethnik.
2. Teori asal usul dausun, macam tiada kaitan dengan lagu, boleh dikaitkan mgkin dari segi penggunaan alat muzik dan fungsi itu
3. Fungsi adalah univeersal, tunjukkan kelainan dari fungsi untuk dusun. contoh. Dulunya, seseorang menyatakan 'kata hati' mesti melalui lagu.
4. apa maksud Dusun tradisional. Tiada istelih ini.
5. Monothesime, sudah ada lebih awal dari 1970an, katholik sudah ada sejak colonial,
6. Fungsi, cuba huraikan secara menyeluruh. setiap kategori kehidupan masyarakat kadazandusn, dari bayi dalam kandungn, bayi,kanak-kanak,remaja sehinggalah menjadi roh.Sabab lingkaran kehidupan dusun itu berkait rapat denganlagu.
7. jenis lagu tradisional dan warisan, sudawil, tala-ala,aboi-aboi,dan banyak lagi., Semua ini dinyanikan dan liurik berbeza ikut hasrat dan mesej yang disampaikan, irama mjuga begitu.
8. Saya tidak nampak penulkisan ini satu kajian tetapi cuma satu assignbment. Tiada kajian yang di buat> Rujuk makssud kajin?
9. rujukan individu, temuduga, rakaman dan sample harus ada jika anda buat kajian.
10. berhati-hati menggunakan rujukan, fakta dan data kerna dausun ini banyak diperbincangkan,bahan pun banyak, maka jika anda silap maka jelas kurang pembacaan. pandangan SIL, ada yang imperikal tetapi tidak holistic, ada yang kabur dan salah tafsiran sebab mereka ini adalah ethnographer, buka pandangaan diri orang dusun itu sendiri.

Marcus Shapie,
Pengerusi pengajaran Bahasan Kadazandusun, Sabah.
No Pain No Gain, oyopos-yopos tatad, nga oyopos-yopos no kabang.
User avatar
Marcus Shapi
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1209
Joined: Wed Oct 22, 2008 1:56 am
Credit in hand: 1.21
Location: Tenom

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby mr.lado » Sat May 02, 2009 1:39 pm

Marcus Shapi wrote:Saya cuba komen di ruangan artikel itu tetapi sudah maximum panjang.

------------ Tuan pengerusi, syabas kerana dapat melihat kelemahan yang mungkin diterima bulat-bulat oleh para pembaca yang lain,ada pun tujuan saya mengenengahkan artekal ini bermaksud untuk pendedahan kepada komen dan ulasan para pembaca.Sememangnya artekal ini memang satu assignment namun satu-satu assignment itu disediakan memerluhkan penyelidikan dan mungkin konsepnya tidak menyeluruh atau hanya bersifat rambang namun hasilnya adalah sebuah essei yang baik.

Pertanyaan saya disini ialah jika ini adalah hasil dari kaca mata mereka-mereka yang bukan orang Dusun,apakah pula dalil kita untuk menolak pandangan tinggi mereka terhadap suku Dusun,dimanakah kebenaran yang sebenarnya yang dapat dijadikan rujukan tepat tentang tamaddun kita yang telah dihasilkan oleh pakar sejarawan suku kita sendiri?,saya amat berbesar hati sekiranya boleh diberikan rujukan itu,seperti mana yang kita ketahui rujukan sejarah kita ditulis cuma bermula lewat abad ke-19 iaitu lebih kurang pada tahun 1881.apa yang kita amat perluhkan adalah maklumat bertulis disertakan bukti-bukti arkeologi tentang tamaddun kita sama seperti standard yang diberi terhadap suku kaum yang lain didunia ini sebagai contoh suku kaum Maya di Mexico,Amerika Selatan (suku yang dikesan pertama dijangkiti virus SB baru-baru ini,palis-palis kita disini),kita ketahui bahawa suku Maya adalah dari tamaddun Mesoamerican dan suku ini dikesan telah lama wujud sajak abad ke-10 sebelum masih lagi.

Walaupun tamaddun ini megalami kejatuhan setelah lebih kurang 200 tahun ia melalui era kegemilangan namun masih begitu banyak kesan dan tinggalan sejarah tentang tamaddun suku Maya ini telah ditemui melalui beberapa xpdc para pakar arkeologi.Bayangkan lebih kurang 4000 tahun? :roll: telah berlalu namun kegemilangannya masih hangat tersimpan didalam lembaran sejarah?.

Bagaimana pula dengan tamaddun suku kita?. :hmmm:
User avatar
mr.lado
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 236
Joined: Sun Aug 22, 2004 11:07 pm
Credit in hand: 0.00

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby Marcus Shapi » Sat May 02, 2009 8:05 pm

1. Ok assignment seperti ini memang cukup baik sudah. apalagi kalaulah penulis di kalangan orang bukan Kadazandusun. ini satu percubaan yang baik. Mungkin pelajar Kadazandusun sendiri pun kalau tiada usaha mantap sukar juga menghasilkan kerja seperti ini.

2. Temadun kita dari segi arkeologi, sedikit sebantak ada dijumpai di gua Tingkayu, Sandakan.

3. Tamadum kita seperti masyrakat awal di Benua Amerika atau amerika selatan memang sangat jelas sebab ,mereka menggunakan peralatan keras atau solid seperti batu, besi dan logam. Masyarakat awal Dusun pula banyak menggunakan sumber alam seperti bamboo dan kayu yang reput sezaman dengan pembuatnya. Ada pun arkeologi yang dikatakan berkait rapat dengan kewujudan masyarakat Dusun, ia cuma proses difusi dan asimilisasi dari budaya dan temadum lain seperti Cina. Maka itulah wujud teori Dusun dari Cina, wal hal saya percaya Dusun sudh wujud sediakala di Bumi ini dan hidup di pergunungan serta berinteraksi dengan alam seperti masyrakat kachin di thailand, inca di Amrika selatan, beberapa puak dikatakan babarian di Afrika dan maori di Kepulauan pasific.

4. Lagu itu adalah satu warisan yang mempunyai niali yang sangat tinggi dalam mengenali identiti Kadazandusun itu sendiri. Bagi orang luar, ia memerlukan masa yang agak lama untuk memahaminya, mungkin bertahun-tahun kerana ia harus melalui kehidupan seperti orand Dusun sendiri.

Kesimpulan. Saya bersyukur ada orang lain yang beminat nmangetahui tentang Dusun. Bagaimana dengan masyarakat Dusun itu sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi.
No Pain No Gain, oyopos-yopos tatad, nga oyopos-yopos no kabang.
User avatar
Marcus Shapi
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1209
Joined: Wed Oct 22, 2008 1:56 am
Credit in hand: 1.21
Location: Tenom

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby mr.lado » Sun May 03, 2009 2:16 pm

Marcus Shapi wrote:1. Ok assignment seperti ini memang cukup baik sudah. apalagi kalaulah penulis di kalangan orang bukan Kadazandusun. ini satu percubaan yang baik. Mungkin pelajar Kadazandusun sendiri pun kalau tiada usaha mantap sukar juga menghasilkan kerja seperti ini.

2. Temadun kita dari segi arkeologi, sedikit sebantak ada dijumpai di gua Tingkayu, Sandakan.

3. Tamadum kita seperti masyrakat awal di Benua Amerika atau amerika selatan memang sangat jelas sebab ,mereka menggunakan peralatan keras atau solid seperti batu, besi dan logam. Masyarakat awal Dusun pula banyak menggunakan sumber alam seperti bamboo dan kayu yang reput sezaman dengan pembuatnya. Ada pun arkeologi yang dikatakan berkait rapat dengan kewujudan masyarakat Dusun, ia cuma proses difusi dan asimilisasi dari budaya dan temadum lain seperti Cina. Maka itulah wujud teori Dusun dari Cina, wal hal saya percaya Dusun sudh wujud sediakala di Bumi ini dan hidup di pergunungan serta berinteraksi dengan alam seperti masyrakat kachin di thailand, inca di Amrika selatan, beberapa puak dikatakan babarian di Afrika dan maori di Kepulauan pasific.

4. Lagu itu adalah satu warisan yang mempunyai niali yang sangat tinggi dalam mengenali identiti Kadazandusun itu sendiri. Bagi orang luar, ia memerlukan masa yang agak lama untuk memahaminya, mungkin bertahun-tahun kerana ia harus melalui kehidupan seperti orand Dusun sendiri.

Kesimpulan. Saya bersyukur ada orang lain yang beminat nmangetahui tentang Dusun. Bagaimana dengan masyarakat Dusun itu sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan hari ini bila lagi.

----------Benar tu marcus shapi,disebabkan banyak alat-alat yang digunakan sebagai aktiviti harian mesyarakat Dusun pada masa dulu diperbuat dari sumber alam yang senang terdedah oleh kemusnahan semulajadi maka hampir tiada bukti untuk dijumpai,sedangkan bahan-bahan logam banyak menjuruskan kepada pengaruh bangsa lain sebagai contoh Gong dan tampayan berkait rapat dengan pengarauh aktiviti bangsa cina.

Saya memikirkan sekiranya ada inisiatif dari kerajaan untuk mencari bukti-bukti melalui pendekatan antara-bangsa khasnya digugusan asia tenggara seperti Brunei, Indonesia (Kalimantan),Philippine,Taiwan dll,dimana pendekatan yang diambil ialah dari sudut Adat-istiadat,tradisi,kebudayaan serta bahasa pertuturan.Mungkin dari sini kita akan dapat jawabannya melalui pengujudan sistem "domino" dimana dengan adanya persamaan dan alur yang selari maka kita akan dapat sampai ke titik permulaannya,syokkan macam cerita pengembaraan mencari hata karun pulakan.macam mana pandangan tuan pengerusi?. :hmmm:
User avatar
mr.lado
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 236
Joined: Sun Aug 22, 2004 11:07 pm
Credit in hand: 0.00

Re: SENI LAGU/NYANYIAN TRADISIONAL MASYARAKAT DUSUN DI SABAH.

Postby Marcus Shapi » Mon May 04, 2009 3:24 am

Benar tu Bro.

kami (pensyarah/tutor Kadazandusun UMS) pernah merancang melawat satu perkampungan Kahshiu, di Taiwan yang dikatakan 85% kehidupan, bahasa,seni anyaman,material culture, pakaian dan kaedah bertani tetapi gagal kerana tidak cukup dana. Persatuan sejarah malaysia,Cawangan Sabah, UPKO, KDCA dan banyak lagi yang patut mengusahakan dana pengkajian sepereti yang tuan cadangkan. Kalau ada, saya pun menawarkan diri untuk buat kajian, biarlah cuti separuh gaji kerana saya pun sangat berminat menerokai teori-teori kewujudan KDM ini. Takkan terima pakai saja teori orang lain sampai bila2. Mari kita usahakan?
No Pain No Gain, oyopos-yopos tatad, nga oyopos-yopos no kabang.
User avatar
Marcus Shapi
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1209
Joined: Wed Oct 22, 2008 1:56 am
Credit in hand: 1.21
Location: Tenom

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to KadazanDusun & Murut

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.