PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Ada jawatan kosong mau diumumkan? Atau dengar ada orang offer jawatan kosong? Sound-soundlah kitaurang disini.

Moderator: Moderators

PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby huminodun » Sun Sep 28, 2008 4:45 pm

Jawatan : PEMBANTU AKAUNTAN
Taraf Jawatan : Tetap
Gred Jawatan : W17

Kumpulan : Sokongan

Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2399.46

Bidang Tugas :
Mengurus perakaunan dan pengurusan kewangan Pertubuhan Peladang (PP) atau melaksanakan kerja pengauditan ke atas atau melaksanakan tugas-tugas kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang. Pelaksanaan tugas tertakluk kepada penempatan.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan serta kepujian dalam subjek matematik pada peringkat peperiksaan
tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan)atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada ploiteknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T9);
dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang dikitiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

TEMPOH PERCUBAAN

Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah menghadiri Kursus Induksi dengan jayanya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.



CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengemukakan “RESUME” (Data-data peribadi) yang disertakan dengan salinan sijil-sijil akademik / transkrip, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan kedua ibu bapa (yang telah disahkan) penama untuk rujukan, sekeping gambar berukuran passport, nombor telefon untuk dihubungi serta menulis nama jawatan yang dipohon disebelah penjuru kiri sampul surat.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
TINGKAT 8, BLOK D, BANGUNAN KWSP,
KARUNG BERKUNCI 157
88995 KOTA KINABALU, SABAH.

Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan perunutkan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Hanya calon yang Berjaya dalam tapisan senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang TIDAK DIHUBUNGI dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 OKTOBER 2008

DAH TAMAT DAH...
Last edited by huminodun on Fri Oct 10, 2008 9:55 pm, edited 1 time in total.
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby igot » Mon Sep 29, 2008 12:39 am

Sy pernah ni kena panggil interbiu 2 kali.
1st akauntan
2nd audit

sy pura2 nda dpt surat panggilan. :slaugh:
malas sy mo keja tpt yg slow mortion :slaugh:
not challenging...
User avatar
igot
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5624
Joined: Tue Aug 19, 2008 5:24 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KL-KK-SINGAPORE

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby tingau » Mon Sep 29, 2008 2:27 am

klau sia ada degree in accountancy brapa lah gaji permulaan tu?
Meeeooowww...
User avatar
tingau
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 27964
Joined: Mon Jun 30, 2008 12:44 am
Credit in hand: 4,559.16
Bank: 174,060.50
Location: Sabah

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby tenz » Mon Sep 29, 2008 9:26 am

bagus ko jadi akauntan ja bus..
ini gred 17 ni kasi can la org biasa2 ja.
max kelulusan ini gred diploma.
gaji p1 tangga 9. rm 1400++ :lol2:
We were all born intelligent, until education ruins its...
http://larry-kopitenom.blogspot.com/
User avatar
tenz
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 738
Joined: Wed Jun 25, 2008 11:53 am
Credit in hand: 10.75
Location: labuan->tambunan->tenom..

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby huminodun » Mon Sep 29, 2008 10:23 am

igot wrote:Sy pernah ni kena panggil interbiu 2 kali.
1st akauntan
2nd audit

sy pura2 nda dpt surat panggilan. :slaugh:
malas sy mo keja tpt yg slow mortion :slaugh:
not challenging...


hehehe..samala kita ni Igot.Kalau nda, buat apa saya post sini.kalau saya mau, lama sudah saya diam2, hehehe :lol2:
Ni utk anak2 lepasan SPM bah ni, yang susah mau bersaing dgn level degree dan high standard punya keja.
Bukan mau pertikaikan, tapi kesian bah dorang yg setakat SPM tu cari kerja sekarang.Tahap diploma pun sana SHELL minyak jadi pam attendant.
Tapi ambil diploma pengurusan perniagaan..

Bah cepat hantar resume, nda perlu isi borang ni...bertulis.. :thumbup1: lps 10 oktober 2008, expire sudah post ni tau.
Dare to dream, dare to make change..
User avatar
huminodun
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 304
Joined: Tue Aug 26, 2008 2:24 pm
Credit in hand: 0.00

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby igot » Mon Sep 29, 2008 6:21 pm

tingau wrote:klau sia ada degree in accountancy brapa lah gaji permulaan tu?


lb kurang RM 1800 + elaun..
mau2 pun rm 2000++ jak tu..
tp gomen keja bagus..ada gerenti, mama sy bilang..
User avatar
igot
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5624
Joined: Tue Aug 19, 2008 5:24 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KL-KK-SINGAPORE

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby igot » Mon Sep 29, 2008 6:26 pm

tenz wrote:bagus ko jadi akauntan ja bus..
ini gred 17 ni kasi can la org biasa2 ja.
max kelulusan ini gred diploma.
gaji p1 tangga 9. rm 1400++ :lol2:


jd bos lg bagus nda payah tgu hujung bulan bru dpt gaji :lol2:
nda payah kna tiau2..kita kerja tiau org jak..sma cri opportunity :thumbup1:
User avatar
igot
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5624
Joined: Tue Aug 19, 2008 5:24 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KL-KK-SINGAPORE

Re: PEMBANTU AKAUNTAN Gred W17 di Lembaga Pertubuhan Peladang

Postby igot » Mon Sep 29, 2008 6:33 pm

tp org kampung an paling bangga anak dia keja gomen..
sy pun nda tau knp...
org d kg sy cuma tau ni pekerjaan jak:
-polis
-sigu
-askar
-nurse/midan
-keja bank
-pagawai
klu anak dorg dpt keja2 ni, durg bangga btl kunun..
durg nda tau apa tu auditor,tax officer, costing, n etc..padahal ni lg byk gaji :lol2:
telingung btl
User avatar
igot
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5624
Joined: Tue Aug 19, 2008 5:24 pm
Credit in hand: 0.00
Location: KL-KK-SINGAPORE

very god!

Postby Lihualee » Tue Sep 30, 2008 1:57 am

bump!!haha
Lihualee
 
Posts: 1
Joined: Tue Sep 23, 2008 9:04 am
Credit in hand: 0.00


  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Job Vacancies

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests


cron

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 4 users online :: 0 registered, 0 hidden and 4 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.