@..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Bincang tentang hal berkaitan Islam. Pastikan perbincangan tidak melanggar peraturan forum. Harap jangan timbulkan isu yang tidak membawa manfaat.

Moderator: Moderators

Forum rules
Please read the Forum's Posting Requirements if you want to start or reply to a post in this forum.
READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

@..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby melati malam » Mon Mar 02, 2009 3:13 pm

Sama-sama lah kita renungi..melati pun copy and paste...namun indah maksud yang mendalam...

“Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

maka pada yang sudi reply kat sini...silalah letak hanya satu atau dua rangkaian terjemahan ..kerna kalau panjang kan menjemukan pembaca...
biar pendek tapi dibaca semua itu yang seeloknya..

terima kasih...

salam mesra
melati malam

*kita belajar untuk menyempurnakan kehidupan namun manusia tak bisa sempurna...
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,999.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne

Advertisement

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 12:57 am

Salaam,

Tapi janganlah pula firman-firman Allah dikerat-kerat dan meninggalkan sebahagiannya.

Dua urang yang begaduh didamaikan, kerana dorang adalah besaudara;

AQ 49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang (bergaduh), betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.


Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 1:03 am

Dilarang mengejek kaum yang lain, jangan suka mencari kesalahan urang lain, jangan menghina walaupun dengan nama urang (jangan suka olok nama atau gelaran urang);

AQ 49:11. Wahai orang-orang yang percaya (beriman), janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 1:05 am

Dilarang bersangka buruk, dilarang mengintip, dilarang mengumpat;

AQ 49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 1:08 am

Hikmah dijadikan bersuku-suku atau banyak kaum adalah untuk berkenalan dan berbaik-baik bukan untuk begaduh dan baperang;

AQ 49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 1:13 am

Hormat kepada ibu bapa;

AQ 17:23. Pemelihara kamu menentukan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia, dan berbuat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga mengherdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.

Ayat lain;

AQ 46:15. Kami mewasiatkan manusia, bahawa dia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau merahmati aku dan bapa dan ibuku, dan supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang memuaskan hati Engkau, dan betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk patuh)."

AQ 46:17. Tetapi orang yang berkata kepada bapanya dan ibunya, "Cis, kepada kamu! Adakah kamu menjanjikan aku bahawa aku akan dikeluarkan (dibangkitkan), padahal generasi-generasi telah pun berlalu sebelum aku?" sedang keduanya memohon pertolongan Allah - "Celakalah kamu! Percayalah, sesungguhnya janji Allah benar"; kemudian dia berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."


Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby melati malam » Tue Mar 03, 2009 1:29 am

Payau Putih wrote:Salaam,

Tapi janganlah pula firman-firman Allah dikerat-kerat dan meninggalkan sebahagiannya.

Dua urang yang begaduh didamaikan, kerana dorang adalah besaudara;

AQ 49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang (bergaduh), betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.


Terima kasih.


wasalam ..

terima kasih atas kesudian mu melengkapkan yg tercicir...tapi sengaja melati letak hanya sebahagian kerna melati menanti yang lebeh arif dari ku.....melati masih belajar hingga ke bungkok tiga...tak ku henti...

sekali lagi bebanyak terima kasih Payau Putih...

hanya melati tak rela letakkan sesuatu yang akan membangkitkan awan kelabu diSF...itu saja..


salam mera
melati malam
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,999.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 8:33 pm

melati malam wrote:.....melati masih belajar hingga ke bungkok tiga...tak ku henti...
sekali lagi bebanyak terima kasih Payau Putih...
hanya melati tak rela letakkan sesuatu yang akan membangkitkan awan kelabu diSF...itu saja..
salam mera
melati malam


Salaam,

Proses pembelajaran tidak pernah terhenti sebenarnya..... ia kan berhenti bersama nafas terakhir kita.

Kita teruskan lagi berkenaan terjemahan Al Quran;

Kaedah Berdebat yang Allah ajarkan melalui baginda Nabi;

AQ 16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

dan

AQ 29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang membuat kezaliman; dan katakanlah, "Kami percaya kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."


Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 8:41 pm

Adab Masuk Bilik - minta kebenaran dari empunya bilik

AQ 24:58. Wahai orang-orang yang percaya (beriman), hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki*, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali (waktu) - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.


* tangan kanan kamu memiliki bermaksud urang dibawah jagaan kita, termasuk urang gaji.

Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby Payau Putih » Tue Mar 03, 2009 8:54 pm

Lelaki beriman dan wanita yang beriman adalah SAHABAT

AQ 9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

Sahabat yang baik menegur kesilapan sahabatnya dan mengajak berbuat baik..... dan bersahabat dibenarkan selagi tidak menghampiri zina iaitu berdua-duaan lelaki dan wanita bukan muhrim.

AQ 17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.

Terima kasih.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby melati malam » Thu Apr 09, 2009 1:47 am

Payau Putih wrote:Dilarang bersangka buruk, dilarang mengintip, dilarang mengumpat;

AQ 49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

Terima kasih.


salam ..

hari ini ..melati leteh benar ..dan ada paper penting yang baru selesai dan harus di kirim secepat mungkin..hari panas sesangat..so bila dah selesai ..post letter tu..
singgahlah makan laksa...tapi puan ini owner gerai...mulutnya bisa ..sering ada saja tak kena tak bagus tentang melati...
dalam hidup ada dua jenis manusia...satu mengata belakang ....itu ok tak kisah tapi kalau orang yang dengki pada kita dan kata depan adeh...nak balas balek melati kira korang sopan..so I diam aja...
tapi bila pulang hati tak puas...so tired ...hari panas melati rebah diri nak rehat tau tau bangun tadi jam 11.30malam..adeh...
then dalam hati masih tak puas akan kata2 wanita tersebut pada melati...dan ni baru fikir..ok besok or bila I jumpa dia lagi ..akan melati katakan kata hati yang kurang puas ini...so that dia tahu yang hati ku sedeh...

tapi Allah maha kaya..dia memang tak kasi melati buat perkara2 gitu...dalam masa setengah jam ..sesak dada ku ...sakit belakang melati bagai sesak nafas...adeh ini bukan pertama kali terjadi bila niat tak baik ada dalam jiwa ini...adeh ...so I drink dan mohon keampunan dan tak akan pergi jumpa that lady ..dan kalu jumpa biar lah dia dengan sikap nya ....dan hingga kini masih melati dengar ayat suci dari winamp...sepenoh keampuan dari Allah ku pohon...
ayat2 yang melati dengar sekarang ...AL FAASI..AL-MULK..AL QALAM ..AL HAAQQAH ..AL MA'AARIJ...dan kini dah mula bolih selesa bernafas...

anak melati pun tau kalau melati tersalah niat maka Tuhan tak nanti esok...terus punish me ..itu melati tau sangat...so melati kena berjalan dengan sbaik mungkin ..tak bolih lakukan apa2 yang salah untuk orang lain...kalau dosa melati dan tuhan itu lain...tapi not with others....kerna melati tau kalau melati mengata or apa saja..tanpa pergi mohon maaf dengan orang itu tak terampun dosa ku.. setelah AYAT AL MA'AARIJ ni baru lah melati betul2 selesa bernafas...

melati memang takut pada Nya...salah sikit aja adeh kena terus...no credit dia bayar cash bila melati buat salah...

but I thanks him ...kerna tak membiarkan melati melarat ...melakukan yang akan melati sesal nanti...iaitu melukai hati insan lain..

salam mesra
melati malam..


*Dilarang bersangka buruk, dilarang mengintip, dilarang mengumpat;<< sebab2 ini lah melati kadang2 serious..adeh..takut pada Nya..

now melati dengar Pro Hamka menyampai dakwah nya..PENGANGAN HIDUP...
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,999.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby melati malam » Wed Oct 14, 2009 12:23 pm

melati jua ke sabah mencari ketenangan jiwa maksud mendekatkan hati dengan yang Esa...cuba seberapa daya...

so dah berpuluh tahun tak duduk dengan kyusuk menulis ayat2 suci AlQuran..so semalam cuba lah..adeh sukar nya...guna hanya pen yang mcam brush...
tulis ayat kursi nak letak kat pintu masuk...tak nak beli2 nak buat sendiri kalau tuhan beri minat melukis maka menulis ok lah
rumah sendiri bukan nak jual kan
so bagi yang arif lihat lah tulisan melati ..but tak putus asa ni ...akan cuba hingga secantik mungkin ...

erti yang tertulis dibawah :

Tuhan kamu Tuhan yang Esa, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Dia.Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Allah tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia.
Yang tetap Hidup, yang Kekal selama-klamanya mentadbirkan (sekelian makhluk-Nya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan ) disisi - Nya melaikan dengan izin-Nya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah(ilmu dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan- Nya) lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).Tuhan kamu Tuhan yang Esa, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Dia.Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . Allah tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia.
Yang tetap Hidup, yang Kekal selama-klamanya mentadbirkan (sekelian makhluk-Nya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat(pertolongan ) disisi - Nya melaikan dengan izin-Nya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah(ilmu dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan- Nya) lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).
Attachments
IMG_2930.JPG
percubaan yang ke tiga...harapan akan lebeh baik lagi soon..adeh
IMG_2930.JPG (38.55 KiB) Viewed 2216 times
Last edited by melati malam on Wed Oct 14, 2009 12:50 pm, edited 1 time in total.
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,999.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne

Re: @..Berkongsi maksud ayat-ayat Al-Quran..@

Postby melati malam » Wed Oct 14, 2009 12:24 pm

adeh memang tak cantik..mcm tulis budak2 lak..its ok melati tak malu...kan cuba lagi ...adeh..
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,999.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne


  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Islam

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.