Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Bincang tentang hal berkaitan Islam. Pastikan perbincangan tidak melanggar peraturan forum. Harap jangan timbulkan isu yang tidak membawa manfaat.

Moderator: Moderators

Forum rules
Please read the Forum's Posting Requirements if you want to start or reply to a post in this forum.
READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Ilmi_arishta » Sun Jul 26, 2009 11:29 am

Apakah makna dan maksud Quran dan apakah tanggungjawab kita padanya?


Jawapan: Makna Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri.

Sebagai orang Islam, kita dipertanggungjawabkan beberapa perkara ke atas Quran, antaranya:

1. Memelihara dan menjaga kesucian Quran supaya tidak tercemar ataupun dicemar, dihina ataupun dipermain-
mainkan dan sebagainya.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
3. Mempelajari dengan membaca dan memahami segala isi kandungannya.
4. Menghayati dan beramal dengannya secara keseluruhan dalam aspek kehidupan.


Apakah yang dikatakan hadith? Bilakah ia dibukukan dan bagaimanakah dengan orang yang menolak hadis?

Jawapan: Perkatan hadith atau sunnah adalah sesuatu daripada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, tingkah laku dan sebagainya.

Semasa Nabi Muhammad hidup, penulisan hadith adalah dilarang sehingga zaman pemerintahan Umayyah pada akhir kurun pertama ataupun awal kurun kedua hijrah. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan gabenornya Abu Bakar bin Hizam supaya mengumpul dan membukukan segala hadith Nabi Muhammad yang terdapat dalam catatan-catatan dan hafalan-hafalan yang dipastikan kesahihannya sebagai hadith Nabi Muhammad.

Sesiapa yang menolak hadith secara total secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Ini adalah fahaman atau pegangan yang salah dan penyelewengan yang menyesatkan. Hadith adalah sumber hukum kedua terbesar dalam Islam, di mana Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum.

Hadith Nabi Muhammad diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih jelas dan terperinci. Justeru, kita diperintahkan supaya mengikuti Nabi Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau.

Allah menjelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 7:

‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.

Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:

‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.

Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:

‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:

‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.


Sumber: Dato' Dr. Haron Din - Menjawab Persoalan Fikah Harian.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Advertisement

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby halmey » Sun Jul 26, 2009 11:57 am

Salam,
Terima kasih saudara Ilmi dgn info yg satu lagi ini yang diharap dapat merungkaikan perbincangan yang hangat diperdebatkan mengenai golongan ANTI HADIS yang menolak habis-habisan hadith sebagai sumber kedua selepas alquran. Semoga semua umat muslimin mendapat iktibar daripadanya.
A man's true wealth is the good he does in this world.
User avatar
halmey
Moderator
Moderator
 
Posts: 1963
Joined: Wed Nov 26, 2008 3:43 pm
Credit in hand: 65.25
Bank: 10,036.14
Location: Di mana bumi dipijak, d situ lah sia...hehe

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Payau Putih » Mon Jul 27, 2009 9:26 pm

Ilmi_arishta wrote:Sesiapa yang menolak hadith secara total secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Ini adalah fahaman atau pegangan yang salah dan penyelewengan yang menyesatkan. Hadith adalah sumber hukum kedua terbesar dalam Islam, di mana Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum.

Hadith Nabi Muhammad diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih jelas dan terperinci. Justeru, kita diperintahkan supaya mengikuti Nabi Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau.

Allah menjelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 7:

‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.

Salaam,

Apakah menurut Dato Dr. Harun Din bahwa ayat yang dia kerat (ambil separuh sahaja) daiats adalah dalil yang dikatakan hadis nabi ? Apakah kata kita tinguk keseluruhan ayatnya;

Surah Al Hasyr;

59:6. Dan apa sahaja rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah memberikan kuasa kepada rasul-rasul-Nya terhadap sesiapa yang Dia mengkehendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

59:7. Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

Bagi mereka yang menggunakan akal pasti tahu apa maksud ayat diatas.... iaitu berkenaan harta rampasan perang yang dibahagi-bahagikan oleh baginda nabi dan tidak nampak pun kaitan dengan yang dikatakan hadis nabi.... apakah untuk mencapai niat Harun Din, maka ayat Al Quran dibuang separuh dan ambil sedikit saja untuk menghalalkan cara demi untuk mengelirukan maknanya?


Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:

‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.


Terjemahan penuh;

AQ 33:21. Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingati Allah dengan banyak.

Ayat diatas tidak mengkhususkan kepada nabi Muhammad saja tetapi kepada Rasul Allah... berapa ramai rasul Allah.... dan bagaimana mahu mencontohi rasul allah seperti Adam, Musa, Nuh, Ibrahim Isa dan nabi Muhammad sendiri.... tentulah kisah-kisah mereka semuanya terletak dalam Al Quran....



Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:

‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.


Dalam Al Quran tiada surah An-Nisak yang ada ialah An-Nisaa, terjemahan tanpa tambahan;

AQ4:80. Sesiapa mentaati rasul, sesungguhnya dia mentaati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak mengutus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka.

Seperti penerangan sia sebelumnya ditopik lain bahwa dengam Al Quranlah maka akan mentaati Allah dan RasulNya.... bagaimana mahu mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana mahu mentaati rasul tanpa Al Quran..... bagi mereka yang mempunyai akal pasti nampak pertalian tersebut.

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:

‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.

Sumber: Dato' Dr. Haron Din - Menjawab Persoalan Fikah Harian.


Dalam Al Quran melalui penyata Allah (firman Allah) kita diberitahu bahwa baginda nabi telah dihapuskan dosanya.... tetapi dalam masa yang sama baginda diarah untuk berkata;

AQ 7:188. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak ada kuasa untuk memanfaatkan diriku atau memudaratkan, kecuali seperti yang Allah mengkehendaki. Sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentu aku mengambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan menyentuhku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang mempercayai."

AQ 46:9. Katakanlah (Muhammad), "Aku bukanlah yang baru antara rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

Sangat jela ayat diatas bahwa Nabi Muhammad diarah berkata bahwa baginda sendiri tidak tahu akan nasibnya kelak di akhirat.... bagimana pulak baginda bulih berkata yang baginda akan berada di syurga kelak bersama-sama urang lain ?

Dan yang dikatakan hadis nabi diatas seulah-ulah nabi minta upah iaitu minta disayangi dan apa pulak firman Allah;

AQ 12:104. Kamu (Muhammad) tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.

AQ 25:57. Katakanlah, "Aku tidak meminta upah kepada kamu untuk ini, ia hanyalah bagi orang yang menghendaki untuk mengambil kepada Pemeliharanya satu jalan."

Bagi mereka-mereka yang mempunyai akal pasti dapat memikirkan apa yang disampaikan oleh Dato Dr. Harun Din......

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby captain planet » Tue Jul 28, 2009 2:33 pm

Thousand thanks ilmi....really appreciate it...
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Ilmi_arishta » Tue Jul 28, 2009 4:50 pm

Ilmi_arishta wrote:Apakah makna dan maksud Quran dan apakah tanggungjawab kita padanya?


Jawapan: Makna Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri.

Sebagai orang Islam, kita dipertanggungjawabkan beberapa perkara ke atas Quran, antaranya:

1. Memelihara dan menjaga kesucian Quran supaya tidak tercemar ataupun dicemar, dihina ataupun dipermain-
mainkan dan sebagainya.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
3. Mempelajari dengan membaca dan memahami segala isi kandungannya.
4. Menghayati dan beramal dengannya secara keseluruhan dalam aspek kehidupan.


Apakah yang dikatakan hadith? Bilakah ia dibukukan dan bagaimanakah dengan orang yang menolak hadis?

Jawapan: Perkatan hadith atau sunnah adalah sesuatu daripada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan, perbuatan, pengakuan, tingkah laku dan sebagainya.

Semasa Nabi Muhammad hidup, penulisan hadith adalah dilarang sehingga zaman pemerintahan Umayyah pada akhir kurun pertama ataupun awal kurun kedua hijrah. Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan gabenornya Abu Bakar bin Hizam supaya mengumpul dan membukukan segala hadith Nabi Muhammad yang terdapat dalam catatan-catatan dan hafalan-hafalan yang dipastikan kesahihannya sebagai hadith Nabi Muhammad.

Sesiapa yang menolak hadith secara total secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Ini adalah fahaman atau pegangan yang salah dan penyelewengan yang menyesatkan. Hadith adalah sumber hukum kedua terbesar dalam Islam, di mana Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum.

Hadith Nabi Muhammad diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih jelas dan terperinci. Justeru, kita diperintahkan supaya mengikuti Nabi Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau.
Allah menjelaskan dalam surah al-Hasyr ayat 7:

‘Ambillah apa yang dibawa oleh utusan Allah(nabi Muhammad) dan tinggalkanlah apa yang ditegah’.

Dalam surah al_Ahzab ayat 21 menyatakan:

‘ bagi kamu utusan Allah sebagai contoh ikutan yang terbaik’.

Dalam surah an-Nisak, ayat 80 Allah menyatakan yang bermaksud:

‘Sesiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang berpaling (tidak mentaati rasul) maka Kami tidak mengutuskan kamu, wahai Muhammad, melainkan sebagai pengawal mereka’.

Dalam konteks ini, Nabi Muhammad berkata:

‘Sesiapa yang menghayati sunnah saya, sesungguhnya beliau menyayangi saya dan sesiapa yang menyayangi saya akan bersama saya di dalam syurga’.


Sumber: Dato' Dr. Haron Din - Menjawab Persoalan Fikah Harian.


Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Kan jelas kamu tu murtad payau putih. :alright:
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Payau Putih » Tue Jul 28, 2009 10:37 pm

Ilmi_arishta wrote:Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Kan jelas kamu tu murtad payau putih. :alright:


Salaam,

Hanya itu sajakah yang mampu kamu katakan..... janganlah mahu mendahului Allah dalam perkara yang akan ditentukan kelak.... murtad atau sesat hanya akan ditentukan pada perbicaraan diakhirat kelak....

Saya telah mengemukakan hujah sia mengapa sia tidak dapat menerima hujah manusia yang menjadi ikutan atau pujaan ko itu.... oleh kerana ko yang bertanggungjawab membawa pendapatnya (Harun Din) disini, maka tanggungjawab ko untuk menerangkan persoalan sia atau penghujahan sia diatas....

P/s - soalan sia melalui PM masih ko belum jawab....
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby captain planet » Tue Jul 28, 2009 10:43 pm

itula pasal...

yang paling best...hal ini kita boleh rujuk mana2 pejabat agama...samada di ARAB SAUDI, di MESIR, di MALAYSIA...dan tuan2 boleh merujuk dengan MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

semua mempunyai fatwa yang jelas...

GOLONGAN ANTI HADIS ADALAH GOLONGAN SESAT...sekiranya mereka mengaku 'islam'....mereka telah TERKELUAR DARI ISLAM dan DIISYTIHARKAN MURTAD....
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Payau Putih » Tue Jul 28, 2009 10:52 pm

captain planet wrote:itula pasal...

yang paling best...hal ini kita boleh rujuk mana2 pejabat agama...samada di ARAB SAUDI, di MESIR, di MALAYSIA...dan tuan2 boleh merujuk dengan MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

semua mempunyai fatwa yang jelas...

GOLONGAN ANTI HADIS ADALAH GOLONGAN SESAT...sekiranya mereka mengaku 'islam'....mereka telah TERKELUAR DARI ISLAM dan DIISYTIHARKAN MURTAD....


Salaam,

Mengapa tidak mahu membaca fatwa Allah pula;

AQ Surah Al Mu'minuun 23:52-54.
Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. 53. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). 54. Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu.

Baca dab fahamilah fatwa Allah dalam ayat diatas... siapa sahaja yang bergolongan dalam agama maka SESAT sehingga hari kiamat dan golongan ini termasuklah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).... yang kamurang sentiasa berbangga sebagai ASWJ.

Baca lagi ini akibat bergolongan dalam agama;

AQ Surah Ar Ruum 30:32.
Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.

Inilah yang sdang berlaku hari ini;

AQ Surah Al An'aam 6:65.
Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.

Ayat dibawah menjelaskan pula bahwa baginda Nabi Muhammad pun tidak dipertangjawabkan kepada durang-durang yang berada dalam golongan.

AQ Surah Al An'aam 6:159.
Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.

Siapakah yang lebih benar perkataannya ? Adakah manusia atau Allah ?

AQ 4: 122. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?


AQ 4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?

Fatwa siapa yang lebih benar...... fatwa Allah atau fatwa manusia..... bagi yang menggunakan akal pasti dapat menilaikannya.......
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby captain planet » Tue Jul 28, 2009 11:04 pm

hahahaha....fatwa manusia atau fatwa Allah...

lawak lawak...lepas tue...kau tu siapa...bukan manusia meh...atau kau alien dari planet marikh..hahaha...???...lantaran itu...apa perlu untuk saya menerima FATWA PAYAU PUTEH YANG BELAJAR setakat pusat dakwah yang ntah mana ntah....

itu adalah fatwa kau...kau terjemah IKUT SUKA ORANG2 kau....menurut pemahaman kau...tiada pun keluar ASWJ dalam ayat tue???lalalala...

so....bukan perhatian kau yang saya mahu...

tetapi perhatian orang2 yang tidak buta diluar sana....biarlah si luncai terjun dengan labu2nya...hahahaha...

majlis fatwa adalah sekadar nama sahaja....HURAIAN PANJANG LEBAR MEREKA ADA...dan TUAN2 yang TIDAK BUTA BOLEH PERGI SENDIRI MERUJUK...AYAT MANA...dan HUJAH2 SECARA PANJANG LEBAR...

sekian terima kasih
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Payau Putih » Wed Jul 29, 2009 12:24 am

Salaam tuan-tuan,

Seperti yang sering sia pohonkan.... jika sia silap memahami ayat-ayat atau mesej-mesej Allah dalam setiap kali terjemahan yang sia kemukakan, maka tulung betulkan sia... begitu jugak pemahaman sia bekanaan ayat-ayat berkenaan "golongan" diatas..... kalau sia silap memahami bahwa sesiapa sahaja yang bergolongan dalam agama maka doranglah yang sesat maka apa pula pengertian Surah Al Mu'minuun 23:52-54 itu.... ?

Ramai umat islam yang sungguh berbangga dengan Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tetapi tahukah kamurang tahun berapakah golongan itu wujud dan siapa pengasasnya... ? Dan dalam 114 surah dalam Al Quran, adakah walau sekalipun disebut ASWJ.... adakah baginda nabi tahu akan kewujudan ASWJ itu....

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby captain planet » Wed Jul 29, 2009 7:44 am

Payau Putih wrote:
_____________post payau puteh yang lepas....
AQ 39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

Apakah maksud "tiada kebengkokan" dalam ayat diatas ? Pada sia, sia memahami bahwa apa yang Allah nyatakan itulah maksudnya tiada maksud yang terselindung apatah lagi mempunyai maksud yang lain. Begitu juga Al Quran adalah kitab yang jelas;

____________cutting...
Terima kasih.


naaaahhhh...apa lagi kau mau katakan...ayat diatas CUKUP JELAS...semua itu fatwa kamu...

tuan2 semua kena faham...lain manusia...lain pemahamannya...lain pula TAHAP kefahamannya...lantaran itu...bagaimanakah perlunya menjelaskan satu2 ayat....senang saja....kita merujuk kepada ORANG YANG PALING FAHAM ISI KANDUNGAN AL QURAN...

siapakah dia???adakah CP???adakah PAYAU PUTEH???hahahaha....lawak pulak....bukan....nama orang tersebut adalah yang mulia...NABI MUHAMMAD SAW...lantaran itu....KESEMUA PERBUATAN NABI DAN KATA2 NABI adalah PENJELASAN KEPADA YANG HAQ....tapi seperti tuan2 sedia maklum....golongan anti hadis ini pun 'merendah2kan' nabi muhammad...termasuk juga ulama2....maka TIADA MAKNA untuk apa jua penerangan...kalau saudara payau puteh nak menang....naaaaaaaaahhhh....ambik laaa...kau menang...apa saya pertahankan adalah yang HAQ...itu saja...biarlah saya kalah....ndak apa...

malangnya....Nabi Muhammad sudah wafat...kita perlu rujuk siapa???

para sahabat....para sahabat pun sudah meninggal...kena rujuk siapa???

yang paling hampir...para tabien....mereka pun sudah meninggal...kena rujuk siapa???

para tabi' tabien....pun sudah meninggal dunia...lantaran itu...pada zaman contemporary ini....perlu rujuk siapa???.....

YA BETOL...tiada yang lain....orang2 yang mengikut JEJAK LANGKAH MEREKA...tiada lain....ULAMA2 MUKTABAR....dan mereka ini ada di seluruh dunia...dalam kes malaysia....senang sahaja....MAJLIS FATWA KEBANGSAAN...di mesir MAJLIS FATWA MESIR...dan begitulah dimana2 pun....

lawak pula...ayat 'tahukah kamurang tahun berapakah golongan itu wujud dan siapa pengasasnya?'.....hahaha....lantaran itu....golongan anti hadis pula wujud bila...

kesemua ayat2 tersebut berbalik kepada payau puteh...

mula2 dia cakap...jangan ikut manusia...lepas tue payau puteh malaikat ka...???hahahaha

lepas tue dia cakap...'tahun berapa dan pengasasnya'...lantaran itu golongan payau puteh tahun berapa???...hahahaha...

lepas tue dia cakap....adakah baginda tahu akan kewujudan aswj....rasanya sampai tahap mengarut betul la payau puteh nie...sebab apa...walau apa pun jawapan yang saya bagi...dia akan putar belit...tiada pun dia mahu mengambil iktibar...melainkan...membangkang dan membangkang...walau apa jua kita katakan....

selain itu dia cakap apa...'tak perlu dengar cakap ulama...mereka tak betul'...lantaran itu...kalau ulama tak perlu dengar....buat apa saya perlu dengar kata2 awak....hahahaha...

sebab itu saya mengambil pendekatan yang cukup mudah...pernah dibuat oleh ulama2 terdahulu...'BILA MANA MEREKA MEMPERMAINKAN AYAT2 ALLAH...SUKA HATI MENTERJEMAHKAN AYAT ALLAH....tidak perlulah untuk meneruskannya...malahan tinggalkan mereka...tiada guna untuk apa jua kata2...'....

sebab itu...ayat saya cukup simple...RUJUKLAH MAJLIS FATWA...sebab kalau saya bagi terjemahan pun...mereka akan pusing dan pusing dan pusing...last2...ayat mereka 'jika saya salah...betulkanlah...bagi lah hujah'....tapi bila kita bagi hujah pun...(sebab dah berkali2)...ADAKAH MEREKA MENDENGAR????....tidak....mereka akan pusing dan pusing dan pusing....inilah method yang saya katakan...'sengaja mengkonpiuskan orang'...apa yang saya cari adalah kebenaran....bukan kemenangan dalam kekonpiusan...saya adalah TELUS DAN JELAS SEJELAS JELASNYA...tuan2 boleh berjumpa saya di mana2 area lembah kelang...kita boleh pergi ke JAIS...ke JAWI...untuk apa juga nasihat....adakah saudara payau puteh sudi buat benda yang serupa???

TIDAK SAMA SEKALI...sebab golongan anti hadis adalah GOLONGAN SESAT...kalau mereka datang....CONFIRM akan menjadi perhatian...cukup bukti....AKAN DITANGKAP...

padahal...untuk sebarang penjelasan...GOLONGAN INI BOLEH PERGI KE MAJLIS FATWA...UNTUK MENCARI KEBENARAN...SESIAPA PUN...tetapi mereka lebih memilih untuk.....MENGKONPIUSKAN ORANG....dan menyebarkan dakyah2 mereka di internet....bertopengkan nama2 pena....LALU MENGAPA PERLU merujuk golongan sebegini....JELAS....TUAN2 boleh fikir sendiri...sama seperti mereka2 yang pernah PM saya....usaha tuan2 sungguh murni...mereka inilah musuh2 islam....

lepas tue ayat ini yang cukup best sekali...
'AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati '
lantaran itu...perlu rujuk siapa???benar....ORANG2 yang berpengetahuan mengenainya....siapa lagi kalau bukan golongan yang AHLI DALAM AGAMA...merekalah ULAMA....

lalu payau puteh katakan apa???'tak perlu ikut ulama...mereka manusia...'....lantaran itu...kalau orang yang BERPENGETAHUAN PUN kau rendah2kan...Nabi Pun Kau RENDAH2KAN...

MENGAPA PERLU KAMI IKUT KATA2 AWAK???.....seorang manusia biasa....betapuk...tidak berpengetahuan...menghina ulama dan merendah2kan nabi...sengaja mengkonpiuskan orang lain untuk berhujah....

so tiada makna...cukupla sekadar kita nyatakan stand masing...dan perlu merujuk kepada ulama2....setel....agama kamu agama kamulah...agama kami agama kamilah....

sebab itu saya nyatakan...USAHA mereka untuk menyesatkan orang lain....tidak akan berjaya...SELAGI SAYA MASIH ADA DI SINI....saya akan BONGKAR....setiap hujah yang konpius...akan saya jawab...selagi mana tuan2 ingin mengkaji...ingin berjumpa kepada orang2 ahli dalam agama...ULAMA2 MUKTABAR...

sekian terima kasih....
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Ilmi_arishta » Thu Jul 30, 2009 4:05 pm

Payau Putih wrote:Salaam tuan-tuan,

Seperti yang sering sia pohonkan.... jika sia silap memahami ayat-ayat atau mesej-mesej Allah dalam setiap kali terjemahan yang sia kemukakan, maka tulung betulkan sia... begitu jugak pemahaman sia bekanaan ayat-ayat berkenaan "golongan" diatas..... kalau sia silap memahami bahwa sesiapa sahaja yang bergolongan dalam agama maka doranglah yang sesat maka apa pula pengertian Surah Al Mu'minuun 23:52-54 itu.... ?

Ramai umat islam yang sungguh berbangga dengan Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tetapi tahukah kamurang tahun berapakah golongan itu wujud dan siapa pengasasnya... ? Dan dalam 114 surah dalam Al Quran, adakah walau sekalipun disebut ASWJ.... adakah baginda nabi tahu akan kewujudan ASWJ itu....

AQ 17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.


Kenapa setiap kali Ahlussunnahwaljama'ah hanya di singkatkan ASWJ. Adakah payau putih masih hingusan atau belum cukup umur. Bukankah jelas pegangan ahlussunnahwaljama'ah adalah AlQuran dan Hadith jadi tidak timbul golongan sebenarnya cuma untuk memudahkan beribadah, mazhab-mazhab tertentu digunapakai untuk menjelaskan kekaburan dalam ilmu agama. Memanglah disebut oleh Nabi Muhammad dalam 73 golongan hanya satu sahaja yang akan masuk syurga dan Nabi Muhammad kemudian menyatakan, sekiranya kita berpegang kepada dua perkara iaitu AlQuran dan AsSunnah (Hadith). Senang, budak keluaran Sekolah Ugama Islam Tudan Baru Keninga pun tahu. Payau putih, nampaknya sebelum Allah menghancurkan kamu, terlebih dahulu minda kamu telah dikelirukan oleh ilmu yang kamu pelajari kepalang ajar. Baik kamu masuk Pusat latihan Dakwah Keningau tu balik, dan bertaubat setelah mendapat penjelasan dan pengajaran daripada guru-guru di sana. Sebab saya ada dengar juga guru ajaran sesat di menawo tu, si Wali Kuning namanya. Guru ko kah itu kio. Kuroyon Puddi...atukoi.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Payau Putih » Thu Jul 30, 2009 9:51 pm

Ilmi_arishta wrote:Kenapa setiap kali Ahlussunnahwaljama'ah hanya di singkatkan ASWJ. Adakah payau putih masih hingusan atau belum cukup umur.


Salaam,

Suba ko klik disini http://www.google.com.my/search?hl=ms&q ... Cari&meta= adakah mereka semua yang menggunakan singkatan ASWJ masih hingusan atau belum cukup umur...? Atau ko sendiri yang nda faham makna ASWJ itu.... ?

Bukankah jelas pegangan ahlussunnahwaljama'ah adalah AlQuran dan Hadith jadi tidak timbul golongan sebenarnya cuma untuk memudahkan beribadah, mazhab-mazhab tertentu digunapakai untuk menjelaskan kekaburan dalam ilmu agama.


Betul disamping Al Quran, ASWJ berpegang kepada kitab karangan manusia yang dikarang selepas 200 (dua ratus) tahun nabi wafat lalu mengatas namakan nabi. Adakah ko ingin mengatakan bahwa hanya berpandukan Al Quran sahaja maka ilmu agama adalah kabur..... jadi Al Quran itu tidaklah lengkap pada anggapan ko sebab masih memerlukan kitab karangan manusia 200 tahun selepas nabi wafat untuk menjelaskannya ? Jangan nak bohonglah... mazhab hanya mengelirukan umat islam sebab lain mazhab lain peraturannya.


Memanglah disebut oleh Nabi Muhammad dalam 73 golongan hanya satu sahaja yang akan masuk syurga dan Nabi Muhammad kemudian menyatakan, sekiranya kita berpegang kepada dua perkara iaitu AlQuran dan AsSunnah (Hadith).


Sebelumnya ko mengatakan "jadi tidak timbul golongan sebenarnya..." sekarang ko mengatakan " dalam 73 golongan hanya satu sahaja...." :wall:

Sila nyatakan surah mana dan ayat mana dalam Al Quran mengatakan bahwa dalam 73 golongan hanya satu sahaja masuk syurga.... dan sila jugak nyatakan surah mana ayat mana dalam Al Quran menyatakan sekiranya kita berpegang kepada dua perkara iaitu AlQuran dan AsSunnah (Hadith) ?

Senang, budak keluaran Sekolah Ugama Islam Tudan Baru Keninga pun tahu. Payau putih, nampaknya sebelum Allah menghancurkan kamu, terlebih dahulu minda kamu telah dikelirukan oleh ilmu yang kamu pelajari kepalang ajar.


Jika sia hanya berpandukan Al Quran dalam bersyariat tanpa menyekutuhkan Al Quran dengan kitab karangan manusia 200 tahun setelah nabi wafat, Allah menghancurkan sia, sia rela sebab itu adalah hakNya.... itu lebih baik dari sia mengikut kitab karangan manusia 200 tahun selepas nabi wafat dan mengatas namakan nabi.

Baik kamu masuk Pusat latihan Dakwah Keningau tu balik, dan bertaubat setelah mendapat penjelasan dan pengajaran daripada guru-guru di sana. Sebab saya ada dengar juga guru ajaran sesat di menawo tu, si Wali Kuning namanya. Guru ko kah itu kio. Kuroyon Puddi...atukoi.


Hanya dengan khabar angin ko bulih pecaya sesuatu maka itu hak ko.... sia nda mao campur.... yang jelas semasa sia disana (PLDK) sia nda pernah dengan nama tersebut.

Terima kasih.

P/s- soalan sia melalui PM belum ko jawab.
Asal saja kamurang tau bah...
User avatar
Payau Putih
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 580
Joined: Tue Mar 25, 2008 8:28 am
Credit in hand: 0.00
Location: Sabah Bertuah

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby Ilmi_arishta » Fri Jul 31, 2009 8:23 am

Semasa Nabi Muhammad hidup, penulisan hadith adalah dilarang sehingga zaman pemerintahan Umayyah pada akhir kurun pertama ataupun awal kurun kedua hijrah.

Payau putih ko asyik cakap 200 tahun lah, kitab karangan manusia lah. Mana bukti yang ko cakap ni. Atau lepas ni ko copy paste saja dari mana-mana website. Manusia diperlukan untuk mengarang atau mencatat. Bukankah itu jelas dan ko sendiri dengan fikiran jumud ko itu asyik menafikan bahawa asalnya AlQuran hanya di hafal tetapi untuk mengelakkan ia hilang daripada dada orang-orang islam, maka saidina Othman Ibn Affan khalifah Arrasyidin yang ke-3 telah mengumpulkan AlQuran dan membukukannya dan terkenal dengan nama rasm Uthmani. Manakala terjemahan AlQuran yang pertama dipelopori oleh perdana menteri Malaysia yang pertama dan dikenali sebagai terjemahan AlQuran pimpinan Rahman sempena nama Tunku Abdul Rahman. Cuba ko bagitau, terjemahan mana ko guna supaya boleh kita nilai kesahihannya atau jika terbukti sahih, tengok siapa penterjemahnya. Kalau penterjemah orang indonesia, beberapa tatabahasa perlu diubahsuai agar bersesuaian dengan bahasa malayasia. Sebab bahasa indon kok ingga serupa dengan bahasa malaysia. Bisa dalam bahasa indon boleh, tapi bisa dalam bahasa malaysia sakit sebab kena sengat atau tercucuk benda tajam yang menyakitkan. :hmmm:
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: Makna dan maksud AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad

Postby captain planet » Thu Dec 23, 2010 2:30 pm

saya merasakan dalam hal sebegini....saudara ilmi arishta mempunyai ilmu yang lebih mendalam daripada saya...insyaALLAH...posting2 yang lepas seperti ini boleh dijadikan rujukan jua...

berteraskan fatwa majlis fatwa kebangsaan...itu semestinya....

terasa rindu dengan korang semua...ilmi...silau2...mana sudah kamurang...hahah...

ya...kita sudah cool down...sudah jemuh dengan provokasi demi provokasi...
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL


  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Islam

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.