BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PRAKTIKAL PEMBUATAN PRODUK

Mencari rakan kongsi? Ada idea perniagaan? Kongsi pengalaman, inspirasi dan kepakaran anda untuk menjadi usahawan berjaya.

Moderator: Moderators

Forum rules
This forum is strictly for discussing issues related to entrepreneurship only. You may post ads here but only genuine ones related to entrepreneurship are allowed. Ads containing affiliate links WILL BE REMOVED. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations. FORUM INI BUKAN TEMPAT UNTUK MENCARI DOWNLINE ATAU MENGIKLAN PELUANG PERNIAGAAN TANPA BERKONGSI MAKLUMAT SECARA TERBUKA.

BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PRAKTIKAL PEMBUATAN PRODUK

Postby Afui » Fri Jul 15, 2011 11:28 pm

BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PRAKTIKAL PEMBUATAN PRODUK PENGGUNA DI NEGERI SABAH


Bengkel A:
Pelajaran Pembuatan Bird’s Nest Drink with Honey & Collagen
(Yuran Seorang Peserta: RM1000.00)
Jumlah Perserta Minima: 10 orang. Maksima: 30 orang.

Bengkel B:
Pelajaran Pembuatan Sos Tomato Dan Sos Cili
(Yuran Seorang Peserta: RM400.00)
Jumlah Perserta: Minima: 20 orang. Maksima: 40 orang.

Bengkel C:
Pelajaran Pembuatan Minuman Kordial Sarsi, Laici, Oren, dll, Cincau dan Jus-Jus Buahan
(Yuran Seorang Peserta: RM400.00)
Jumlah Perserta: Minima: 20 orang. Maksima: 40 orang.

Mendaftar Sebagai Peserta
Pendaftaran dan bayaran yuran bagi menyertai Bengkel Pelajaran & Latihan Pembuatan Produk Pengguna
Hubungi:
Abdul Ghafur bin Awang Yaacob HP. 017 - 8043624
E-mail: suahfui2000@yahoo.com

Tarikh Dan Tempat Bengkel
Dapatkan maklumat lanjut daripada
Abdul Ghafur Tel. 017 - 8043624
Ramli P.A. Tel. 012 - 2836953

Penganjur Bengkel Tempatan Diperlukan
Untuk Menjadi Penganjur Bengkel Temapatan Di Tempat Anda
Hubungi: Ramli P.A. Tel. 012 - 2836953
E-mail: asa_fui@yahoo.com[/align]
.
Last edited by Afui on Sat Jul 23, 2011 4:06 pm, edited 1 time in total.
Afui
 
Posts: 3
Joined: Fri Jul 15, 2011 10:58 pm
Credit in hand: 24.76

Advertisement

Re: BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PRAKTIKAL PEMBUATAN PRODUK

Postby Afui » Thu Jul 21, 2011 12:54 am

ANDA JUGA BOLEH MENJADI PENGAJUR DI TEMPAT ANDA!!!
PENGAJUR BENGKEL TEMPATAN DIPERLUKAN.


PANDUAN UNTUK PENGANJUR TEMPATAN
BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PEMBUATAN PRODUK PENGGUNA
DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK


Syarat-Syarat Menjadi Penganjur Tempatan

Sebagai Penganjur Tempatan yang mewakili Penganjur Utama di Negeri Sabah dan Sarawak anda perlulah:

1. Menyediakan atau memperolehi sekurang-kurangnya 20 orang dan tidak melebihi 40 orang yang bersetuju menjadi peserta untuk menyertai bengkel bagi mempelajari cara membuat satu produk yang sama. Jumlah peserta minima bagi Bengkel Pelajaran Dan Latihan Pembuatan Bird’s Nest Drink with Collagen adalah 10 orang. Anda sebagai Penganjur Tempatan akan mengendalikan urusan pendaftaran dan memungut yuran sepenuhnya daripada setiap peserta itu.

2. Menyediakan tempat kemudahan untuk bengkel yang akan diadakan (di rumah atau di dewan) termasuk mendapatkan kebenaran/kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (jika perlu), dan membayar sewa bagi tempat/dewan yang digunakan itu sekiranya dikenakan sewaan.

3. Membuat tempahan untuk melaksanakan bengkel yang akan diadakan itu setelah cukupnya bilangan minima 20 peserta yang telah membayar yuran kepada penganjur utama sepenuhnya, untuk dapat menetapkan tarikh dan masa bengkel akan diadakan dengan mengemukakan wang deposit sebanyak RM3000-00 (diambil dari yuran para peserta). Tempahan untuk mengadakan bengkel hendaklah diterima oleh Penganjur Utama selewat-lewatnya 15 hari dari tarikh bengkel dilaksanakan.

4. Mengaturkan kerusi dan meja untuk para peserta serta menyambut ketibaan pengajar; dan kedatangan para peserta bengkel serta memandu arah mereka ke tempat bengkel untuk mereka mengambil tempat masing-masing; dan membersihkan dewan serta menutup dewan (jika menggunakan dewan) serta membereskan segala urusan dengan pihak berkuasa tempat/dewan yang digunakan itu setelah bengkel selesai dilaksanakan.

5. Mengawal perjalanan bengkel agar tiada gangguan oleh mana-mana pihak; termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman dibuat dan tidak membenarkan yang tidak membayar yuran sepenuhnya menjadi peserta bengkel atau hadir sebagai pemerhati.

6. Sebanyak 30% dari jumlah pungutan yuran pelajaran yang dipungut oleh Penganjur Tempatan daripada para peserta adalah untuk menampung perbelanjaan bagi menguruskan pembayaran bagi perkara 1 - 5 di atas dan juga sebagai komisen kepada Penganjur Tempatan.

7. Yang ingin menjadi Penganjur Tempatan di negeri Sabah dan Sarawak hendak memohon kepada Penganjur Utama untuk dilantik sebagai Penganjur Tempatan. Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan permohonan sila hubungi Penganjur Utama:

Abdul Ghafor Bin Awang Yaacob
P.O.Box 506, 88858 Tanjung Aru,
Kota Kinabalu, Sabah
HP. 017 - 8043 624
E-mail: suahfui2000@yahoo.com


(SAYARAT-SYARAT MENJADI PENGANJUR TEMPATAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN OLEH
RAMPA ENTERPRISE)

Contoh Sesi Bengkel 1:
Pelajaran Pembuatan Liquid Dishwash
(Sabun Cecair Pekat Pencuci Pinggan Mangkuk)

Sesi bengkel: 4 jam
Jumlah peserta: 20 orang (jumlah minimum peserta)
Yuran: Seorang peserta RM400-00
Yuran dipungut daripada 20 peserta: RM400-00 x 20 orang = RM8000-00
Deposit Dibayar kepada Penganjur Utama: RM3000-00
*Dibayar kepada Pengajar: RM2600-00.
Untuk Penganjur Tempatan (30%): RM8000-00 x 30%: RM2400-00
Tolak Perbelanjaan pengurusan oleh Penganjur Tempatan bagi perkara 1 - 5: RM900-00 (anggaran)
Jumlah pendapatan/komisen untuk Penganjur Tempatan: RM2400-00 - RM900-00 = RM1500-00

*Bayaran kepada Tenaga Pengajar berjumlah RM2600 hendaklah dibayar dengan bank draft atau wang tunai sahaja oleh Penganjur Tempatan kepada pengajar yang datang dari Rampa Enterprise pada hari sebelum sesi bengkel dimulakan.

Contoh Sesi Bengkel 2:
Pelajaran Pembuatan Bird’s Nest Drink with Collagen
(Minuman Sarang Burung Walit Berkolagen)

Sesi bengkel: 5 jam
Jumlah peserta Minima: 10 orang
Jika jumlah peserta 20 orang
Yuran: Seorang peserta RM1000-00
Yuran dipungut daripada 20 peserta: RM1000-00 x 20 orang = RM20000-00
Deposit Dibayar kepada Penganjur Utama: RM3000-00
**Dibayar kepada Pengajar: RM11000-00
Untuk Penganjur Tempatan (30%): RM20000 x 30%: RM6000-00
Perbelanjaan pengurusan oleh Penganjur Tempatan bagi perkara 1 - 5: RM900-00 (anggaran)
Jumlah pendapatan/komisen untuk Penganjur Tempatan: RM6000-00 - RM900-00 = RM5100-00.

**Bayaran kepadaTenaga Pengajar berjumlah RM11000-00 hendaklah dibayar dengan bank draft atau wang tunai sahaja oleh Penganjur Tempatan kepada pengajar yang datang dari Rampa Enterprise pada hari sebelum sesi bengkel dimulakan.

Nota

• Bagi satu sesi bengkel, jumlah peserta mestilah sekurang-kurangnya ada 20 orang dan tidak melebihi 40 orang, serta semua peserta telah menjelaskan bayaran yuran sepenuhnya.

• Setiap sesi bengkel akan mengambil masa 3 hingga 4 jam, iaitu bergantung kepada jenis produk itu diproses/dibuat supaya setiap peserta dapat memahami kaedah dan teknik menghasilkan sesuatu produk itu.

Sesi bengkel akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Pengajar mengedarkan nota pelajaran dan para peserta membacanya sepintas lalu.

2. Pengajar membacakan nota pelajaran sambil memberikan penjelasan dan disemak oleh para peserta supaya para peserta memahami isi kandungan nota pelajaran.

3. Pengajar memperkenalkan satu demi satu bahan-bahan mentah yang digunakan untuk membuat produk itu sambil para peserta meneliti mengenali bahan-bahan mentah tersebut, dan pengajar menjelaskan fungsi atau kegunaan bahan-bahan itu kepada para peserta.

4. Pengajar menerangkan formula/resipi sesuatu produk untuk para peserta fahami dan seterusnya mereka boleh belajar secara praktikal menyukat dan menimbang bahan-bahan yang digunakan dan seterusnya menjalani latihan secara hands-on experience menghasilkan produk secara berkumpulan diselia dan dibimbing oleh pengajar.

5. Sesi dialog mengakhiri bengkel, khusus bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta, dan penerangan diberi kepada para peserta di manakah mereka boleh mendapatkan bahan-bahan yang digunakan itu jika mahu menghasilkan sendiri produk itu di rumah atau secara Industri Kecil dan Sederhana nanti.

6. Penyampaian Sijil Penyertaan.

Pada amnya kebanyakan produk pengguna boleh dihasilkan secara kecil-kecilan dahulu tanpa perlu menggunakan mesin-mesin; misalnya produk seperti Sabun Cecair Pekat Pencuci Pinggan Mangkuk, Syampu Kereta, Sabun Cecair Pekat Pencuci Pakaian dan lain-lain yang berkenaan; sekiranya sekali proses membuatnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 50kg produk bagi satu batch, sebagai industri kecil di rumah sendiri; boleh dihasilkan tanpa menggunakan mesin.

Adalah diharapkan para peserta boleh membuat produk yang mereka pelajari dengan mudah dan berkualiti ini, serta menghasilkan pengeluaran untuk dipasarkan; atau melibatkan diri menghasilkan produk sebagai kegiatan home-based industry atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan pembuatan produk pengguna secara Industri Kecil Dan Sederhana iaitu IKS.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau sebarangan pertanyaan, sila hubungi Penganjur Utama:

ABDUL GHAFOR BIN AWANG YAACOB
P.O.Box 506, 88858 Tanjung Aru,
Kota Kinabalu, Sabah
HP. 017 - 8043 624
E-mail: suahfui2000@yahoo.com
Atau
P. A. RAMLI
RAMPA ENTERPRISE (SA0153888-X)
Lot 3591-R, KM Subang
Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax: 03 - 7845 4504 HP. 012 - 283 6953
E-mail: rampa_enterprise@yahoo.com.my


.
Last edited by Afui on Sat Jul 23, 2011 4:11 pm, edited 1 time in total.
Afui
 
Posts: 3
Joined: Fri Jul 15, 2011 10:58 pm
Credit in hand: 24.76

Re: BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PRAKTIKAL PEMBUATAN PRODUK

Postby Afui » Sat Jul 23, 2011 4:03 pm

.

BENGKEL PELAJARAN & LATIHAN PEMBUATAN PRODUK PENGGUNA
DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK


Kepada anda yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan menjadi peserta Bengkel dan / atau ingin menjadi Penganjur Bengkel Di Tempat / Daerah di mana anda berada bolehlah kemukakannya di thread ini atau melalui PM.

Terima kasih.
.
Afui
 
Posts: 3
Joined: Fri Jul 15, 2011 10:58 pm
Credit in hand: 24.76


Return to Entrepreneurship

Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot] and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 1 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: Google [Bot] and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.