Tanaman Fertigasi, berbaloi kah?

Mencari rakan kongsi? Ada idea perniagaan? Kongsi pengalaman, inspirasi dan kepakaran anda untuk menjadi usahawan berjaya.

Moderator: Moderators

Forum rules
This forum is strictly for discussing issues related to entrepreneurship only. You may post ads here but only genuine ones related to entrepreneurship are allowed. Ads containing affiliate links WILL BE REMOVED. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations. FORUM INI BUKAN TEMPAT UNTUK MENCARI DOWNLINE ATAU MENGIKLAN PELUANG PERNIAGAAN TANPA BERKONGSI MAKLUMAT SECARA TERBUKA.

Tanaman Fertigasi, berbaloi kah?

Postby AE101 » Sat Sep 25, 2010 8:41 pm

Siapa ada mengusahakan tanaman sistem fertigasi seperti Cili dan sebagainya secara besar-besaran. Sila kongsi2 pengalaman dan jumlah hasil pendapatan kamu berbaloikah tidak dengan kos baja, peralatan dll.. Kira untungkah tidak?
AE101
 
Posts: 20
Joined: Mon May 25, 2009 6:48 pm
Credit in hand: 23.74

Advertisement

Re: Tanaman Fertigasi, berbaloi kah?

Postby Shu Khi » Mon Sep 27, 2010 3:19 pm

AE101 wrote:Siapa ada mengusahakan tanaman sistem fertigasi seperti Cili dan sebagainya secara besar-besaran. Sila kongsi2 pengalaman dan jumlah hasil pendapatan kamu berbaloikah tidak dengan kos baja, peralatan dll.. Kira untungkah tidak?


Pandangan saya secara umum..
Fertigasi ni sesuai klu kita ada keluasan tanah yg terhad.Ini utk memaksima pengeluaran/perhektar berbanding dgn tanaman secara tradisional. Tenik terkini menggunakan polybag size besar di mana sistem pembajaan dan pengairan dikawal secara sambungan terus dengan pili..Teknik ini menjamin kualiti dan mengurangkan jangkitan penyakit terutama bawaan spora.

Wbpun teknik ini agak tinggi initial cost dia dan purata 1st harvest mungkin sekadar mampu menampung kos keseluruhan. Teknik tanaman secara tradisional masih releven di Sabah memandangkan kita mempunyai keluasan tanah terbiar yg blm dieksplotasi sepenuhnya..sebagai contoh tanah sawah boleh diguna semula selepas menuai padi utk tanaman kontan/ jangka pendek yg lain. Yang lebih penting ialah spesisi cili yg di tanam yg mampu mengeluarkan hasil yg banyak dan tempoh berbuah yg lebih singkat.

Pemasaran cili tiada masalah di Sabah..lebih baik jual borong sendiri kpd penjual-penjual di pasar-pasar atau tamu berbanding konsep contact farming..Permintaan cili meningkat pada masa musim perayaan seperti bulan puasa dan hari raya. So strategi boleh dibuat lebih awal utk mempastikan jumlah tuaian meningkat menjelang musim perayaan tersebut.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,934.04
Location: Kota Kinabalu

Re: Tanaman Fertigasi, berbaloi kah?

Postby AE101 » Tue Oct 05, 2010 6:42 pm

Sebenarnya tanaman menggunakan sistem fertigasi ini menguntungkan terpulang kepada tanaman yg diusahakan, pilih benih yg bagus sahaja.. Kita mesti mau tau kawal itu baja, soalannya ialah baja AB yg agak mahal dan ini mendorang kepada kurang keuntungan, so kita mesti mau tau kira keuntungan dengan mendapatkan modal (initial cost) dan pusingan secepat mungkin, then next round kira keuntungan suda.. Saya sendiri ada menanam lada taiwan (F1) secara fertigasi, dlm proses cubaan 50 pokok. Bg pendapat saya, tanaman secara fertigasi mestilah dlm skala yg besar dlm bentuk kuantiti pokok dan bukan keluasan tanah dan tumpuan sepenuh masa perlu diberikan, if yg buat partime ja itu susah skit.. Untuk tanam sekadar hobi sahaja bulilah.. If skala besar (kuantiti pokok), kajian dan tumpuan haruslah diberikan, lagi ni tanaman lada senang diserang penyakit..
AE101
 
Posts: 20
Joined: Mon May 25, 2009 6:48 pm
Credit in hand: 23.74

Re: Tanaman Fertigasi, berbaloi kah?

Postby chenFertigasi » Sat Oct 29, 2011 2:53 pm

berbaloi baloi bah geng... sbnry kamurang kna pdi tgk jns tnman apa yg HOT dia punya market d kawasan sekitar baru la blh untung lebih. sbb harus kana ingat MODAL PERMULAAN utk fertigasi ni agak2 byk jg bah, jd kalo hasil byk pun tp market kurang apa macam...???
utk balik modal sepenuhnya mungkin kana ambil 2 @ 3 pusingan. tp kamurang save lebih dari 60% mentenance cost and labour cost.
mslh d sbh ni ja sbb kita susa mo dpt brgn fertigasi, setakat yg sia tau cuma ada 3 org yg supply brg2 2
Warisan Nusantara Fertigasi (agriculture business) perkhidmatan pemasangan kebun fertigasi di sabah
warisannusantara16@gmail.com
chenFertigasi
 
Posts: 15
Joined: Sat Oct 29, 2011 2:25 pm
Credit in hand: 51.82
Location: tawau


  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Entrepreneurship

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.