Usahawan Malaysia VS usahawan Jepun.

Mencari rakan kongsi? Ada idea perniagaan? Kongsi pengalaman, inspirasi dan kepakaran anda untuk menjadi usahawan berjaya.

Moderator: Moderators

Forum rules
This forum is strictly for discussing issues related to entrepreneurship only. You may post ads here but only genuine ones related to entrepreneurship are allowed. Ads containing affiliate links WILL BE REMOVED. READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations. FORUM INI BUKAN TEMPAT UNTUK MENCARI DOWNLINE ATAU MENGIKLAN PELUANG PERNIAGAAN TANPA BERKONGSI MAKLUMAT SECARA TERBUKA.

Usahawan Malaysia VS usahawan Jepun.

Postby ogumuokudi » Sat Oct 17, 2009 12:50 pm

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Usahawan bumiputera yang menjalankan perniagaan perlu mempunyai sikap 'malu' untuk berjaya," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Katanya, sikap tersebut merupakan rahsia kejayaan yang perlu diikuti oleh usahawan terutama para peniaga dan pengusaha Melayu.

''Orang Jepun berjaya sebab mereka 'malu'. Maksudnya jika mereka gagal, mereka akan malu, jadi, mereka akan terus berusaha sehingga berjaya.

''Sebaliknya di Malaysia, sikap begini tidak diamalkan, sebagai contoh apabila berlaku sesuatu isu dalam kerajaan yang melibatkan ekonomi atau politik yang merudum menteri tak nak letak jawatan, tak ada rasa malu langsung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Menara Mustapha Kamal (MMK), Galeri Emkay dan pelancaran buku Building Passion With Mustapha Kamal di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera perlu bijak untuk mengambil peluang yang diberikan bagi memperolehi kejayaan yang diingini.

''Saya bangga berjumpa orang seperti Mustapha Kamal yang merupakan seorang yang serius dalam tugasnya dan bersungguh-sungguh untuk berjaya.

''Sebenarnya, kita boleh lakukan apa sahaja kalau kita betul-betul lakukannya dan pasti kita akan berjaya.

''Kalau modal RM1,000, jalankan perniagaan berdasarkan modal yang ada. Ini tidak modal RM1,000 nak perniagaan RM10,000, bila gagal tak tahu malu pula," katanya.

Sementara itu, Mustapha Kamal dalam ucapannya berkata, MMK menggambarkan kemuncak perjalanan perniagaannya secara keseluruhannya yang ditubuhkan sejak 1983.

''Kejayaan ini merupakan usaha sama yang diberikan seluruh warga Kumpulan Emkay dan anak syarikat," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia 17 Oct 09
Image TAKAN DISINI..Image
User avatar
ogumuokudi
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 726
Joined: Tue Jul 29, 2008 10:55 am
Credit in hand: 3.32

Advertisement

Re: Usahawan Malaysia VS usahawan Jepun.

Postby Suffian » Sat Oct 17, 2009 2:11 pm

Kompom la ba kalah.

Mengkali dibelasah tu 5 - 0 :lol2:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Usahawan Malaysia VS usahawan Jepun.

Postby Salou » Sat Oct 17, 2009 2:51 pm

Saya pindahkan topik ke forum Entrepreneurship
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: Usahawan Malaysia VS usahawan Jepun.

Postby defdek » Mon Oct 19, 2009 11:33 am

akupun sudah malu ni nda buat apa2.... tuggu kelapa sawit masih 1 tahun setengah, mau cari tanah untuk penternakan aqua/agrikultur masi dalam pencarian.... takmo dari agen.... mahal..................
defdek
 
Posts: 12
Joined: Mon Sep 28, 2009 10:35 pm
Credit in hand: 0.00


  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Entrepreneurship

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.