PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Bincang isu-isu berkaitan pendidikan tempatan dan nasional

Moderator: Moderators

PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby prasekolah » Mon May 09, 2011 9:56 am

Salam hormat kepada pembaca semua langkah kerajaan untuk menambahbaik mutu pendidikan perlu kita sokong dan ikuti perkembangan terbaru.Semua negeri akan diadakan pusat pendidikan permata negara,oleh yang demikian untuk mengisi kekosongan pendidik pihak UNITI telah medadakan program khas iaitu DIPLOMA PENDIDIKAN KANAK KANAK, pengambilan dilanjutkan pada setiap bulan hingga December/setiap tahun pada yang berminat lepasan spm dengan 3kredit dipelawa tak kira usia hingga 34thn samaada lelaki mahupun perempuan sila sms nama, alamat untuk pendaftaran 019-6437996

TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM,BANGSA semua boleh asalkan masih berminat belajar saja

Jangan berlengah lagi ini terbuka kepada semua pelajar lepasan spm,jagan kita berebut rebut ruang kerja yang sedikit dari program depan mata yang sedang berkembang pesat,program ini memerlukan pendidik yang berkualiti yang ramai maka inilah peluang anda- 0196437996

Terbaru PUSAT PERMATA NEGARA KOTA SAMARAHAN:

Pihak PAPNKS telah dijemput ke Majlis Malam Permata Negara bagi Kursus Pendidik Permata Negara Siri 18 & 19 tahun 2011 pada 1 Februari 2011 (Selasa) yang lalu. Majlis ini diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak.

Majlis ini merupakan anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak melalui Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ) dengan kerjasama Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri, Universiti Putra Malaysia, Yayasan Sarawak dan Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak.

RISDA tubuh pusat Permata
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Isteri Perdana Menteri, mencadangkan supaya RISDA menubuhkan pusat asuhan kanak-kanak berasaskan sukatan Program Asuhan dan Didikan Kanak-kanak (Permata Negara) di setiap kawasan tanah rancangannya di seluruh negara.
Menurut beliau, ia bagi membolehkan anak-anak pekebun kecil di luar bandar mendapat peluang yang sama dengan anak-anak di bandar dan tidak terpinggir daripada mengecapi pendidikan awal secara holistik.
"Saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab para ibu menyediakan asas pendidikan yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka dari kecil lagi sebagai saham masa depan mereka, keluarga dan negara.
"Pihak Permata sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin menyediakan pusat asuhan di tempat kerja mereka mengikut silibus Permata serta turut mendapat peruntukan daripada kerajaan," katanya.
Beliau berucap pada majlis Perasmian Perhimpunan Wanita Pekebun Kecil Kebangsaan di sini hari ini.
Pada majlis itu, Rosmah menerima Anugerah Wira Wanita 1Malaysia daripada RISDA sebagai menghargai sumbangannya dalam pelbagai pertubuhan serta membangunkan masyarakat wanita, orang kurang upaya (OKU) dan Program Anak Permata Negara dan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bulan lalu.
Anugerah disampaikan oleh Puan Sri Zabedah Abdullah yang menyarungkan selempang Wira Wanita Satu Malaysia kepadanya.
Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, sejak dua tahun lalu, lebih 400 pusat asuhan kanak-kanak milik Jabatan Pembangunan Komuniti, Jabatan Perpaduan Negara serta pusat asuhan kanak-kanak di pejabat yang baru dibina telah dinaik taraf sebagai pusat Permata Negara.
"Apa yang menarik ialah ramai kanak-kanak dari pusat asuhan Permata Negara menyatakan mereka ingin terus menginap di pusat itu kerana dekorasi yang cantik sehingga tidak mahu pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Ini sebahagian darinya ikuti lagi ,ia tak akan berhenti selagi kita bernafas, teruskan berjuang untuk ilmu kita akan maju
Last edited by prasekolah on Mon Sep 05, 2011 8:22 pm, edited 1 time in total.
prasekolah
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 104
Joined: Mon Jan 03, 2011 2:15 am
Credit in hand: -573.60
Bank: 11,078.34
Location: 152

Advertisement

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby Shu Khi » Mon May 09, 2011 10:11 am

Saya bukan bermaksud anti dasar kerajaan tapi sekadar bagi pandangan:

Program PERMATA NEGARA saya lihat sebagai satu program politik. Sebagai contoh,siapa pakar pendidikan dlm Permata? Apa beza prog ni berbanding dengan taska atau tadika sedia da. Kalau sukatan pelajaran tesebut begitu indah..kenapa tidak dibuat secara menyeluruh termasuk di kawasan pembangkang dan kaw luar bandar yg tiada RISDA.

Satu lagi...dengan syarat kelayakan yg begitu rendah..berkualitikah nanti pemegang Diploma Pendidikan kanak-kanak tersebut. Siapa yg bagi tu Diploma? Jab Pelajaran atau Jab lain.

Isu pendidikan awal di Sabah, khususnya di luar bandar dan di pulau-pulau adalah lebih serius melibatkan taraf hidup keluarga, pemakanan berkhasiat dan kemudahan pembelajaran yg serba kekurangan. So dengan prog PERMATA ni..yg dibuat secara terpilih berdasarkan geografi politik dan kaw selesa, saya rasa jurang pendidkan akan bertambah meluas antara tadika kampung dengan tadika PERMATA.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,944.04
Location: Kota Kinabalu

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby nana_yoong » Mon May 09, 2011 11:51 am

Shu Khi wrote:Saya bukan bermaksud anti dasar kerajaan tapi sekadar bagi pandangan:

ermm..sebab program ni..banyak budget pendidikan terpaksa diminimumkan :roll:
Juz want to be the REAL me
User avatar
nana_yoong
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 12830
Joined: Mon Jan 12, 2009 9:44 am
Credit in hand: 131.76
Bank: 22,481.78
Location: bumi tuhan

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby Shu Khi » Mon May 09, 2011 2:14 pm

nana_yoong wrote:
Shu Khi wrote:Saya bukan bermaksud anti dasar kerajaan tapi sekadar bagi pandangan:

Program PERMATA NEGARA saya lihat sebagai satu program politik. Sebagai contoh,siapa pakar pendidikan dlm Permata? Apa beza prog ni berbanding dengan taska atau tadika sedia da. Kalau sukatan pelajaran tesebut begitu indah..kenapa tidak dibuat secara menyeluruh termasuk di kawasan pembangkang dan kaw luar bandar yg tiada RISDA.

Satu lagi...dengan syarat kelayakan yg begitu rendah..berkualitikah nanti pemegang Diploma Pendidikan kanak-kanak tersebut. Siapa yg bagi tu Diploma? Jab Pelajaran atau Jab lain.

Isu pendidikan awal di Sabah, khususnya di luar bandar dan di pulau-pulau adalah lebih serius melibatkan taraf hidup keluarga, pemakanan berkhasiat dan kemudahan pembelajaran yg serba kekurangan. So dengan prog PERMATA ni..yg dibuat secara terpilih berdasarkan geografi politik dan kaw selesa, saya rasa jurang pendidkan akan bertambah meluas antara tadika kampung dengan tadika PERMATA.

ermm..sebab program ni..banyak budget pendidikan terpaksa diminimumkan :roll:

sebab tu la sia anggap program ni satu pembaziran,tidak perlu dan tidak mendesak berbanding keperluan infra sek tadika luar bandar.
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,944.04
Location: Kota Kinabalu

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby prasekolah » Fri Jun 03, 2011 3:46 pm

saya sangat setuju dengan pendapat tuan yang berilmu...tetapi bidang pelajaran terus membangun walau sesiapa pun menjadi pemerintahnya nanti, maka terpulanglah jari jari mu nanti untuk menurunkan mereka pabila tiba masanya nanti....namun setelah mereka turun adakah prestasi pendidikan akan turun bersama mereka?....mesti nya tidak, maka kesianlah pada anak2 yang ingin belajar...biarkan mereka terusan belajar......yang baik kita ambil....yang tak baik kita ketepikan
prasekolah
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 104
Joined: Mon Jan 03, 2011 2:15 am
Credit in hand: -573.60
Bank: 11,078.34
Location: 152

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby mamadam_63 » Fri Jun 03, 2011 6:44 pm

macam ada yang tidak brapa ngam dengan program permata negara ni tau.. :shakehead:
can't put my finger on it.... :hmmm:
In every problem, there is an opportunity.
User avatar
mamadam_63
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2267
Joined: Tue Mar 29, 2011 8:32 pm
Credit in hand: 86.41
Bank: 10,800.41
Location: Malaysia

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby sheila85 » Fri Jun 03, 2011 6:58 pm

kwn ka c [qoute][/quote] bha ko punya tu artikel :mad2:

anyway....
ttg PERMATA negara ni :hmmm:
sia kurang setuju sangat.. butul apa yg SK bilang tu.. sepatutnya sistem pendidikan xperlu di politikan...

nana young sia pun sukung ko bha.. mmg bnyk bajet pendidikan pigi tu permata negara.. jd buget pendidikan lain terpaksa diminimumkan :mad2:

conclusion.. sia rasa bgus ka c upgrade tu tadika kemas yg sedia ada.. berikan tadika kemas 1 sistem koko yg lengkap dan standard... last but not least... ttg guru permata negara.. sorry to say, durang most of them hnya 6bulan shj d maktab beljar.. PBS,praktikal n posting sekali jalan.. sekurg2nya klu PBS and posting buat dulu, bakal guru2 permata ni akan tahu cara pentadbiran dan perlaksanaan program tersebut dan cara mendidik dan mengawal tingakah laku kanak2... perkembangan psikologi kanak2 juga... sedangkan dlm masa 6bulan mereka di maktab yg penuh dengan pelbagai aktiviti seperti BIG, camping bdn beruniform, kelas, koko... belum cukup untuk mereka namak proses perlaksanaan dan pentadbiran permata tersebut.. sbb melalui praktikal sekurang2nya mereka nampak apa perkara yg perlu dilalui dan ditempuhi.. dan apa sistem fail yg perlu diselenggarakan...
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
User avatar
sheila85
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 8937
Joined: Thu Dec 16, 2010 1:06 pm
Credit in hand: 223.91
Bank: 61,702.50
Location: Kauter pendaftaran

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby prasekolah » Sat Jun 04, 2011 12:34 pm

sheila ada idea yang baik......bagus tu...yang baik akan terusan disokong....upgrade kemas dll...somoga pendidikan kanak2 terus maju....tapi tu lah...kena ada kuasa politik.....kamu berani mengubah.....?....siapa yg boleh.....?
prasekolah
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 104
Joined: Mon Jan 03, 2011 2:15 am
Credit in hand: -573.60
Bank: 11,078.34
Location: 152

Re: PROGRAM PERMATA NEGARA/UNITI

Postby encik kacang » Sun Jun 05, 2011 12:05 pm

mamadam_63 wrote:macam ada yang tidak brapa ngam dengan program permata negara ni tau.. :shakehead:
can't put my finger on it.... :hmmm:

:lol2: mo pinjam jari sa? :slaugh:
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25708
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 308.79
Bank: 10,258.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Return to Education Issues

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.