gempa bumi di sabah

Bincang isu semasa, berita terkini, sama ada tempatan, kebangsaan, antarabangsa atau universal.

Moderator: Moderators

gempa bumi di sabah

Postby Romeo » Mon Feb 22, 2010 10:10 pm

Gempa bumi lemah berskala 3.0 gegarkan di Keningau
22/02/2010 6:18pm

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Satu gempa bumi lemah berskala 3.0 pada skala Richter berlaku di Keningau, Sabah pada pukul 12.46 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), dalam satu kenyataan hari ini, berkata, gempa itu berpusat di garisan lintang 5.1 Utara dan garisan bujur 116.14 Timur iaitu 31km dari barat daya Keningau dan 100km dari selatan Kota Kinabalu.

Gegaran kecil mungkin dirasai di kawasan sekitar, kata kenyataan itu. – Bernama


Gempa bumi lemah di Ranau pada 7 Februari 2010



Gempabumi lemah dengan kekuatan 3.4 richter dikesan berlaku di lokasi 6.0 utara dan 116.8 timur pada awal pagi 7 Februari 2010 jam 2:07 pagi.
Gegaran katagori lemah ini tidak dirasai oleh kebanyakan orang dan hanya dua orang yang menghubungi PUSKAL selepas kejadian tersebut. Sehingga jam 6 petang 7 Feb 2010, tiada sebarang kerosakan dilaporkan.
Pihak Jabatan Kajicuaca di Kelana Jaya dalam kenyataan sekitar jam 4 pagi, 7 Feb 2010 menyebut “lokasi 6.1 Utara dan kekuatan adalah 2.7 richter”. Walaubagaimanapun setelah data terkini dianalisis semula, maka lokasi dan kekuatan terkini dikeluarkan semula. Walaubagaimanapun kebanyakan media melaporkan kenyataan pertama oleh Jabatan Kajicuaca.

http://seismo.lingkudau.net/laporan/07022010.htm




SETIAP kali berlaku gempa bumi termasuk yang mengakibatkan tsunami, Malaysia pasti merasainya gegarannya, bahkan ketika tsunami melanda 2004, utara Semenanjung iaitu Langkawi, Kuala Muda, Kedah dan Pulau Pinang turut terkena musibah dilanda ombak besar.

Sekali pun Malaysia dikatakan masih selamat kerana berada di luar ‘Lingkaran Api Pasifik’, sebenarnya masih berlaku gempa bumi di negara ini tetapi dikategorikan sebagai lemah dan sederhana tidak mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Hakikatnya, berdasarkan rekod dari 2000 hingga Mei 2009, sebanyak 69 kali gempa bumi dilaporkan berlaku di Malaysia iaitu masing-masing 31 kali di Semenanjung dan Sabah, manakala tujuh lagi di Sarawak.

//

Bagi kes gempa bumi di luar Malaysia dan gegarannya dirasai di sini ialah sebanyak 35 kes iaitu 31 kali di Semenanjung dan empat kali di Sabah. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berpendapat, secara relatifnya, Semenanjung adalah stabil dari segi seismotektonik.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi), JMM, Alui Bahari, berkata gegaran gempa bumi yang dirasai di negeri pantai barat Semenanjung berpunca daripada gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat sama ada di barat Sumatera atau Laut Andaman.

“Semenanjung dikategorikan sebagai berisiko gempa bumi rendah. Kes gempa bumi di Bukit Tinggi, Pahang (tempoh 30 November 2007 hingga Mei 2008) boleh disifatkan sebagai kes terpencil.

Alui menunjukkan sistem data terkini yang dianalisis di bilik operasi Jabatan Meteorologi.

“Keadaan agak berisiko di Sarawak dan Sabah kerana kedua-duanya termasuk dalam kawasan berisiko gempa bumi sederhana. Di Sarawak, kekerapannya ialah sekali bagi setiap 6 hingga 7 tahun tetapi di Sabah, ia berlaku sekali dalam setahun.

“Ini kerana ada beberapa garis sesar yang aktif di Sabah, antaranya ialah Garis Sesar Mensaban, Garis Sesar Crocker, Garis Sesar Tabin dan Garis Sesar Lobou Lobou,” katanya.

Bagi siri gempa kecil yang pernah berlaku di Bukit Tinggi, ia dipercayai kesan susulan daripada gempa bumi kuat yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan bencana tsunami rentas sempadan.

Garis sesar yang terdapat di Bukit Tinggi sebelum ini dikategorikan sebagai garis sesar tidak aktif. Sehubungan itu, hanya gempa bumi bermagnitud kecil saja berpotensi berlaku di garisan sesar ini. Ia dipengaruhi oleh tekanan tektonik hasil pergerakan kerak bumi menyebabkan berlakunya pengumpulan tenaga.

“Apabila sampai ke tahap tertentu, tenaga itu dilepaskan sebagai gempa bumi kecil, tetapi gegarannya hanya dirasai di sekitar pusat gempa itu,” katanya.

Mengenai ramalan dan kajian risiko gempa bumi, Alui berkata, sehingga kini, saintis tidak dapat meramalkan waktu dan lokasi kejadian termasuk kekuatan gempa bumi.

Setakat ini, tiada isyarat awal untuk menjangkakan akan berlaku gempa kerana fenomena gempa semula jadi berlaku dengan kekuatan berbeza-beza di kawasan garis sesar aktif.

“Sesetengah gempa bumi terutama bermagnitud kecil tidak dirasai manusia, cuma dapat dikesan oleh sensor seismik. Bagi gempa bumi kuat, ia boleh mengakibatkan kerosakan teruk dan jika berlaku di dasar laut ia boleh menghasilkan tsunami,” katanya.

Sistem Amaran Awal Tsunami

BERIKUTAN tsunami di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004, Malaysia membangunkan Sistem Amaran Awal Tsunami National Malaysia (SAATNM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana.

Sistem ini dibangunkan pada 2005 dan siap beroperasi pada 2006. Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu, komponen pengumpulan data dan maklumat, komponen pemprosesan dan komponen penyebaran membolehkan JMM mengeluarkan amaran awal kepada penduduk.

JMM juga memperluaskan rangkaian pemantauan dan meningkatkan keupayaan sistem sedia ada bagi membolehkan amaran awal dikeluarkan lebih tepat dalam tempoh masa berkesan menggunakan teknologi komunikasi terkini.

Sistem ini mampu menganalisis dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dalam masa 15 minit kepada media dan orang awam selepas kejadian sesuatu gempa.

INFO: Kategori gempa bumi (ukuran skala Richter)

Lemah: Kurang 5.0 skala Richter
Sederhana: 5 hingga 5.9 skala Richter
Kuat: Lebih 6.0 Skala Richter

Kejadian gempa bumi di Malaysia:

1) Manjong, Perak pada 29 April 2009.
Gempa bumi lemah berskala 2.8 Skala Richter dan peta geologi menunjukkan tiada garis sesar yang wujud berhampiran pusat episenter gempa bumi itu. Hanya penduduk Manjong merasai gegaran.

2) Jerantut, Pahang pada 27 Mac 2009
Berlaku pada magnitud 3.2 skala Richter. Pusat episenter gempa bumi ini terletak kira-kira 30 hingga 35 km dari Garis Sesar Lepar. Kesannya turut dirasai di sekitar Jerantut iaitu Felda Sungai Tekam Resort, Sungai Tekam Utara, Sungai Tekam Getah, Gugusan Felda Gelanggi, Kota Gelanggi dan Felda Wilayah Jengka.

3) Ranau, Sabah pada 1991.
Gempa bumi bermagnitud 5.1 skala Richter merosakkan struktur bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang. Punca kerosakan dikenal pasti akibat gempa bumi kerana kedudukan sekolah itu terletak di atas zon Garis Sesar Mensaban.


http://epondok.wordpress.com/2009/10/17 ... -malaysia/

sama2 kita berdoa dan berjaga2.. gempa bumi susulan yang lebih kuat mungkin berlaku di kawasan Ranau dan kawasan sekitar dlm tempoh terdekat.
...jahat sekali orang itu...
User avatar
Romeo
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 135
Joined: Mon Jun 09, 2008 3:14 pm
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: gempa bumi di sabah

Postby Bukit_Padang_Roller » Mon Feb 22, 2010 10:16 pm

Woot o.O
ImageImageImageImage
User avatar
Bukit_Padang_Roller
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 31119
Joined: Sat Dec 20, 2008 8:35 pm
Credit in hand: 117.08
Bank: 35,997.31
Location: Dalam santut Mongolutan banyak hutan.

Re: gempa bumi di sabah

Postby melati malam » Tue Feb 23, 2010 8:56 am

semoga tuhan lindungi negeri ini dari bencana...
salah satu nya sabah pun di likungan gempa bumi gak..tak jauh dari indonesia..
tapi satu saja yang harus kita lakukan ...sebagai manusia yang diberi masa untuk nikmati dunia..adalah jauhi perasaan irihati..benci sesama insan..tuhan kalau nak tunjukkan siapa yang lebeh berkuasa..maka kadang dugaan nya kita yang menerima...sebab itu lah melati takut buat kesilapan...terutama pada orang lain..dosa kita tak terampun....kadang tuhan ampunkan sekali gus..aduiii bencana...itu lah kata setengah orang...bencana membasuh dosa..hanya Allah swt yang maha mengetahui akan sebenar2nya...

so melati hanya berdoa sabahan dalam kesejahteraan....
Image

ku kan bercinta dengan puisi
User avatar
melati malam
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5913
Joined: Fri Jan 09, 2009 3:31 pm
Credit in hand: 42.32
Bank: 10,979.13
Location: di bumi Allah..Papar/KK/Sandakan/SM/Melbourne

Re: gempa bumi di sabah

Postby secondstage » Tue Feb 23, 2010 12:26 pm

patut la banyak helikopter sama kapal terbang jenis tentera tarabang² dikeningau. mgkn mo check tmpt² yg terjejas kali..
User avatar
secondstage
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2004
Joined: Thu Oct 15, 2009 10:22 pm
Credit in hand: 84.21
Bank: 0.00
Location: Rothera, ANTARCTICA

Re: gempa bumi di sabah

Postby tawcay » Thu Mar 04, 2010 11:29 pm

atikel yg romeo attach tu memang benar. pada 1994, satu gegaran agak kuat berbanding di sabah, telah dirasai di tawau (masa tu saya di berdekatan dengan bagunan majlis perbandaran tawau) tiba gegaran berlaku semua pekerja dan kakitangan bergegas keluar & dirasai di likas di bangunan menara Yayasan Sabah (Tun Mustapha). sebenarnya tawau telah beberapa kali mengalami gegaran kecil sekitar 1988-1994 cuma orang ramai tidak mengambil kisah kerana masa tu agak mustahil jika berlaku gempa bumi di malaysia. cuma sekarang ini, orang sudah menyedari sebenarnya kita tidak lagi boleh merasa selesa dengan fakta dan berita yang didedahkan.
http://razuha.blogspot.com ( blog isu semasa-info pasal Sabah )
User avatar
tawcay
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 331
Joined: Fri Feb 19, 2010 6:47 am
Credit in hand: 41.00

Re: gempa bumi di sabah

Postby gelud » Fri Mar 05, 2010 8:23 am

otukeii...
arap2x tu survey d sna nda roboh lh... :hmmm:
bh, mai tokou no.....
User avatar
gelud
Orang Baru
Orang Baru
 
Posts: 237
Joined: Mon Feb 15, 2010 11:25 am
Credit in hand: 0.00
Location: entire sabah........

Re: gempa bumi di sabah

Postby v madone » Fri Mar 05, 2010 8:25 am

Gempa bumi bukan sekadar berlaku di tempat2 lingkaran api pasifik saja. Kini, ia merebak ekoran pengelongsoran tanah yang berlaku di bawah laut..Sabah kan banyak laut jadi adalah tidak mustahil jika gempa kecil boleh berlaku. Sejak Tsunami pada taun 2004 berlaku, banyak keadaan muka bumi telah berlaku...
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Re: gempa bumi di sabah

Postby Salou » Fri Mar 05, 2010 8:40 am

Kita agak beruntung sebab kebanyakan gempa yang berlaku semuanya dibawah 6 pd skala Ritcher. Cuma tidak dapat dipastikan bila dan di manakah gempa bumi kuat akan berlaku di sabah. Berkemungkinan ia akan berlaku di tempat-tempat di mana gegaran kecil pernah berlaku. Ada rakan memberitahu bahawa pada tahun 70an, pernah dirasai gegaran gempa di Penampang. Semasa kejadian itu beberapa barangan jatuh dari atas Tv semasa gegaran itu.
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,299.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: gempa bumi di sabah

Postby Shu Khi » Fri Mar 05, 2010 10:47 am

Saya rasa..akan tiba masnya Sabah akan termasuk di dalam lingkaran gempa bumi,cuma tidak pasti bila..sebab gegaran2 kecil yg sudah bermula..sudah pasti menyebabkan rekahan2 kecil di perut bumi Sabah..
mana-mana ja...
'The tragedy of life is not much what men suffer, but rather what they miss'
User avatar
Shu Khi
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 22227
Joined: Sun Nov 02, 2008 10:53 pm
Credit in hand: 138.47
Bank: 53,944.04
Location: Kota Kinabalu

Re: gempa bumi di sabah

Postby tmbexplorer » Sun Aug 01, 2010 4:15 pm

bah...kita sama prepare la apa yang perlu... :)
tmbexplorer
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 310
Joined: Fri Apr 10, 2009 8:13 am
Credit in hand: 16.26

Re: gempa bumi di sabah

Postby aurelia » Sun Aug 01, 2010 11:32 pm

Shu Khi wrote:Saya rasa..akan tiba masnya Sabah akan termasuk di dalam lingkaran gempa bumi,cuma tidak pasti bila..sebab gegaran2 kecil yg sudah bermula..sudah pasti menyebabkan rekahan2 kecil di perut bumi Sabah..



Ya, itu betul. Setiap kali berlakunya gegaran, meski pun dlm skala richter yg kecil, ia akan menyebabkan FAULT LINES semakin marak. Klu sa tia silap, kita mmg ada fault lines (walaupun gunung berapi itu sudah tidak aktif lagi).
~ 'It is so easy to judge me, based on what you think you know about me. But, would you walk a mile in my shoes?' ~
User avatar
aurelia
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 13458
Joined: Wed Jul 21, 2010 3:38 pm
Credit in hand: 1,566.99
Bank: 13,676.69
Location: Somewhere out there...

Re: gempa bumi di sabah

Postby tmbexplorer » Tue Aug 03, 2010 11:30 am

mungkin aktiviti alam sekitar yang tidak terkawal penyumbang besar kepada fenomena ini... :hmmm:
tmbexplorer
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 310
Joined: Fri Apr 10, 2009 8:13 am
Credit in hand: 16.26

Re: gempa bumi di sabah

Postby yantud » Tue Aug 03, 2010 11:50 am

ayatok! oi! :eek:
gampas bumis!!? :eek:

kurangkan binaan rumah batu....
pastikan asas rumah itu dari kayu..
kalau smua batu..habis la

perkara buruk boleh berlaku bila2 saja

sediakan payung sebelum hujan :thumbup1:
Image
[spoiler][/spoiler]
User avatar
yantud
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1110
Joined: Tue Aug 03, 2010 6:07 am
Credit in hand: 32.22
Bank: 10,064.13
Location: Azeroth

Re: gempa bumi di sabah

Postby WARIS » Tue Aug 03, 2010 12:25 pm

aurelia wrote:
Shu Khi wrote:Saya rasa..akan tiba masnya Sabah akan termasuk di dalam lingkaran gempa bumi,cuma tidak pasti bila..sebab gegaran2 kecil yg sudah bermula..sudah pasti menyebabkan rekahan2 kecil di perut bumi Sabah..



Ya, itu betul. Setiap kali berlakunya gegaran, meski pun dlm skala richter yg kecil, ia akan menyebabkan FAULT LINES semakin marak. Klu sa tia silap, kita mmg ada fault lines (walaupun gunung berapi itu sudah tidak aktif lagi).




Jgn2 ini sabah ada gunung berapi di bawahnya...kalau ada urang sabah bakal hilang negeri...bila malatup... :mrgreen:
WARIS
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3234
Joined: Tue Jun 09, 2009 7:27 am
Credit in hand: 47.56

Re: gempa bumi di sabah

Postby v madone » Wed Aug 04, 2010 8:27 am

:shakehead:
R seguirá siendo una ..
User avatar
v madone
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 19099
Joined: Mon May 11, 2009 3:45 pm
Credit in hand: 208.13
Bank: 11,015.58
Location: Amster-Dam

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Current Issues

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 3 users online :: 0 registered, 0 hidden and 3 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.