Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Bincang tentang hal berkaitan kristianiti. Pastikan perbincangan tidak melanggar peraturan forum. Harap jangan timbulkan isu yang tidak membawa manfaat.

Moderator: Moderators

Forum rules
Please read the Forum's Posting Requirements if you want to start or reply to a post in this forum.
READ: SabahForum.com Board-Wide Rules & Regulations

Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Salou » Fri Nov 14, 2008 4:26 pm

Tritunggal Mahakudus (Trinity)

Mungkin masih ada umat-umat kristian Katolik yang masih belum jelas tentang konsep Tritunggal (Trinity) itu. Oleh hal yang demikian saya telah meringkaskan dengan sebaik-baiknya penjelasan-penjelasan yang berkenaan seperti mana yang terkandung di dalam buku-buku rujukan Katolik yang telah disahkan oleh Gereja Katolik.

Topik ini dibuat di dalam ruangan “Christianity”, SF untuk tujuan bertukar-tukar pandangan sesama umat kristian secara terbuka. Kandungan topik ini dibuat, disiarkan dan sekali-kali tidak mempunyai apa-apa niat dan tujuan untuk menyingung perasaan mana-mana umat samada umat kristian Katolik itu sendiri atau dari mana-mana denomasi agama kristian yang lain. Harap maklum.
--------------------

Di dalam katekimus Gereja Katolik, karya penciptaan secara khusus dihubungkan dengan Bapa, tetapi adalah juga kebenaran iman bahawa Bapa (Father), Putera (Jesus), dan Roh Kudus (Holy Spirit) merupakan prinsip pencipta yang satu dan tidak terbagi-bagi.

Di dalam buku Kitab Suci* (+ Deuterokanonika) kristian di Perjanjian Lama iaitu di bab Kejadian, ayat 1 (Kej 1:1) dinyatakan:-

1 Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta,..

Tiga hal dinyatakan dalam kata-kata Kitab Suci yang pertama ini iaitu:-
· Allah yang abadi menciptakan segala sesuatu yang ada di luar-Nya;
· Hanya Ia sendiri adalah pencipta; dan
· Segala sesuatu yang ada (alam semesta) adalah bergantung dari Allah yakni yang memberi keberadaannya.

Penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk Kej 1:1 (Genesis 1:1) adalah seperti berikut:-
A summary statement introducing the seven days of creation. This truth is joyfully affirmed by poet in Ps 95:1-7 (Mazmur 95:1-7 [Perjanjian Lama]) and prophet in Isa 44:23-24 (Yesaya 44:23-24 [Perjanjian Lama]). Ayat-ayat dari Buku Mazmur dan Yesaya adalah seperti di bawah:-

Ps 95:1-7 (Mazmur 95:1-7) adalah seperti di bawah:-
1 Marilah kita memuji TUHAN, dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita!
2 Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.
3 TUHAN itu Allah yang berkuasa, raja perkasa yang mengesuai semua dewa.
4 Dia memerintah seluruh bumi, gua yang terdalam dan juga gunung yang tertinggi.
5 Dia menguasai laut yang dicipta-Nya, dan juga darat yang dibentuk-Nya.
6 Marilah kita bersujud dan menyembah Dia; marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!
7 Dialah Allah kita; kitalah umat yang dipelihara-Nya, seperti kawanan domba yang digembalakan-Nya.

Isa 44:23-24 (Yesaya 44:23-2) adalah seperti berikut:-
23 Bersoraklah dengan ria, hai langit! Bersoraklah, hai tempat-tempat dalam di bumi! Bersoraklah dengan ria, hai gunung-ganang, dan hutan serta segala pokoknya! TUHAN telah menunjukkan kebesaran-Nya dengan menyelamatkan umat-Nya Israel.
24“Akulah TUHAN penyelamat kamu, Akulah yang telah menjadikan kamu. Akulah Tuhan pencipta segala sesuatu. Aku sendiri yang membentangkan langit; Aku menciptakan bumi tanpa bantuan.

Dalam buku Perjanjian Baru, Buku Yohanes 1:1-3 (John 1:1-3), menyatakan:-
1 Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah.
2 Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah.
3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia.

Atau dalam bahasa Inggerisnya:-
1 In the beginning was the Word already existed; the Word was with God, and the Word was God.
2 From the very beginning the Word was with God.
3 Through him God made all things; not one thing in all creation was made without him.

Penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk ayat-ayat dari Buku Yohanes 1:1-3:-
Word. Greeks used this term not only of the spoken word but also of the unspoken word, the word still in the mind--the reason. When they applied it to the universe, they meant the rational principle that governs all things. Jews, on the other hand, used it as a way of reffering to God. Thus John (Pengarang Buku Yohanes) used a term that was meaningful to both Jews and Gentiles.
With God. The Word was distinct from the Father.
Was God. Jesus was God in the fullest sense (see note Ro 9:5).

Ro 9:5 (Roma 9:5) di dalam Perjanjian Baru menyatakan:-
5 they are descended from the famous Hebrew ancestors; and Christ, as a human being, belongs to their race. May God, who rules over all, be praised forever! Amen.

Tafsiran dalam bahasa melayu:-
5 Mereka keturunan nenek moyang kita yang terkemuka. Kristus, sebagai manusia, berasal daripada bangsa mereka. Hendaklah Allah yang menguasai segala sesuatu, dipuji selama-lamanya! Amin.

Penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk ayat-ayat dari Buku Roma 9:5:-

Ancestors. Abraham, Issac, Jacob and his sons.
God. One of the clearest statements of the deity of Jesus Christ found in the entire New Testament, assuming the accuracy of the translation. See also Mt 1:23, 28:19, Lk 1:35, 5:20-21, Jn 1:1,3,10,14,18, 5:18, 20:28, 2 Co 13:14, Php 2:6, Col 1:15-20, 2:9, Tit 2:13, Heb 1:3,8, 2Pe 1:1, Rev 1:13-18, 22:13.

Perjanjian Baru itu (Yohanes 1:1-3) mewahyukan bahawa Allah menciptakan segala sesuatu oleh Sabda, Putera-Nya (Yesus) yang kekasih. “Di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu yang ada di syurga dan yang ada di bumi…sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. Ia adalah terlebih dahulu dari segala sesuatu, dan segala sesuatu ada di dalam Dia” Sila rujuk Buku Kol 1:16-17.

Pembacaan dari Buku Kol 1:16-17 (Kolose 1:16-17) didapati di Perjanjian Baru:-
16 Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah, Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus.
17 Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian.

Atau dalam bahasa Inggerisnya:-
16 For through him God created everything in heaven and on earth, the seen and the unseen things, including spiritual powers, lords, rulers, and authorities. God created the whole universe through him and for him.
17 Christ existed before all things, and in union with him all things have their proper place.

Penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk buku Kol 1:16-17 (Colossians 1:16-17):-
Seven times in vv15-20 Paul (penulis buku Kolose) mentions “all creation”, “all things” and “everything”, thus stressing that Christ (Kristus) is supreme over all.
spiritual powers, lords, rulers, and authorities. Angels.An angelic hierachy figured prominently in the Colossian heresy.

Iman Gereja memberikan juga kesaksian mengenai karya cipta Roh Kudus (Holy Spirit): Dialah yang “menghidupkan” (Syahadat Nisea-Konstantinople), “Roh Pencipta” (“Veni, Creator Spiritus”), “sumber segala kebaikan” (Liturgi Bisantin).

Kesatuan yang tidak terpisahkan dari karya cipta Putera (Yesus) dan Roh (Holy Spirit) dengan karya cipta Bapa (Allah) dipratandai dalam Perjanjian Lama, diwahyukan dalam Perjanjian Baru, dan akhirnya diucapkan secara jelas dalam peraturan iman Gereja:-

“Hanya satu adalah Allah dan Pencipta…Ialah Bapa, Ialah Pencipta, Ialah pengasal, pembentuk, yang oleh diri sendiri, ertinya oleh Sabda-Nya dan kebijaksanaannya-Nya…mengadakan segala sesuatu”. “Oleh Putera dan Roh” yang seakan-akan adalah “tangan-Nya”. Maka ciptaan adalah karya bersama Tritunggal Mahakudus.

Rujukan:-
-Alkitab, Cetakan Lembaga Alkitab Indonesia
Nanggewer, Indonesia
-Katekimus Gereja katolik, Feb 2000, Ende, Indonesia
-Reflecting God Study Bible, 2000
Last edited by Salou on Sat Nov 15, 2008 9:36 am, edited 1 time in total.
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,319.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Advertisement

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bahu » Fri Nov 14, 2008 4:40 pm

Haleluyah...!
bahu
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2153
Joined: Fri May 09, 2008 3:19 pm
Credit in hand: 11.94
Location: America U.S

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bushido » Sun Nov 16, 2008 8:37 pm

HANYA UNTUK KALANGAN KRISTIAN SAHAJA.

Trinitas kenapa?
Kerana Allah menginginkan KOMUNIKASI berlaku antara ciptaan-Nya. Allah tidak membataskan diri-Nya terhadap apa saja yang di ciptakan-Nya. Allah boleh saja perintahkan angin dan menunggang terbalikkan lautan dengan ombak besar. Allah boleh saja memerintahkan segalanya dan itulah Tuhan kita yang kita kenal dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Posting ini tidaklah menjadi jawapan kepada seluruh keperibadian Allah. Jika peribadi Allah dapat di terangkan manusia saya tidak yakin kepada Allah yang demikian. Saya memegang kepercayaan bahawa sehingga sampai bila-bila pun Allah saya tetaplah misteri dan jika ada mana-mana agama yang mampu menerangkan ttg peribadi Allah agamanya dengan tulisan dan kata-kata saya akan menolaknya kerana itu pastinya bukan Allah.

Sedangkan degupan jantung embrio yang pertama dalam rahim ibu sehingga kini tidak mampu di kesan oleh saintis gerangan dari mana nafas embrio itu datang entah dari utara, dari timur, dari barat, selatan atau sebagainya inikan pula Allah yang Maha Kuasa, Maha Tinggi dan penuh kemuliaan itu.

Apapun seorang anak tahu siapa bapanya sungguhpun lebih banyak yang tidak di ketahuinya ttg bapanya maka demikian juga kita anak-anak Tuhan tahu siapa bapa syurgawi kita. Seorang anak tahu lebih banyak akan perihal bapanya jika di bandingkan dengan seorang yang lain. Demikian juga kita orang-orang Kristian adalah anak-anak Allah dan kita tahu lebih baik akan bapa kita di syurga berbanding yang di luar dari hukum keluarga Allah. Kita anak2 Allah maka kita berada dalam hukum keluarga Allah. Orang Kristian memanggil-Nya Bapa Syurgawi kerana demikianlah Allah itu sendiri mahu berkomunikasi antara umat-Nya seperti Bapa dengan anak. Dalam alkitab mengajarkan bahawa "pengikut Kristus adalah keluarga Allah iaitu Anak-Anak Allah.'

Marilah kita sedikit memahami kenapa Tritunggal itu?

ALLAH BAPA
Allah Bapa adalah cara orang Kristian menyebutkan HADIR, HADIRAT ALLAH atau OKNUM "dalam wujud seluruh kepenuhan Allah yang maha mulia, maha tinggi, maha kasih dan segala-galanya". Hadirat Yahveh yang sebenarnya tanpa selindung. Alkitab ada mengatakan bahawa "akan datang saat yang di sebut HARI TUHAN". Ayat ini merujuk kepada hari penghakiman di mana Allah akan menyatakan diri-Nya yang seutuh-Nya tanpa selindung apa lagi dan alkitab mengatakan "pada hari itu unsur langit dan bumi akan hancur kerana tidak mampu bertahan dengan KEHADIRAN atau HADIRAT Bapa syurgawai orang-orang Kristian."

kalau manusia tak mampu bertahan dengan gempa bumi mahupun tsunami, demikian pula macam mana kita berdepan dengan kemuliaan Allah yang maha dahsyat itu?

Di dalam segala kemuliaan Yahveh itu, orang Kristian memanggil-Nya Bapa Syurgawi. Orang Kristian bukan sembarangan memanggil demikian melainkan kerana hubungan yang sangat dekat dengan Allah yang Maha Agung itu. Orang Kristian mempunyai hubungan yg sangat erat dengan Pencipta dengan menerima janji-Nya dan menjadi Anak-Anak-Nya di muka bumi ini. Demikianlah Allah Pencipta itu menginginkan hubungan peribadi yg erat terhadap umat manusia yang menyambut-Nya/menerima-Nya sehingga Dia berkenan di panggil sebagai Bapa. Dia adalah Bapa Syurgawi buat orang-orang yg menerima janji keselamatan dan kehidupan kekal.

Allah Anak/Yesus/Firman/Bait Allah/Adam yang Kedua

Yesus adalah BAIT ALLAH demikianlah Alkitab menerangkan. Tidak ada lain lagi manusia yg serupa dengan Yesus. Sekiranya umat manusia ini adalah seperti gergasi atau dinosaurus maka demikian juga Yesus akan datang dalam bentuk tersebut. Disebabkan umat manusia yg jatuh dalam dosa melalui Adam dan Hawa itu adalah seperti mana rupa kita manusia ini maka demikian JASMANI YESUS adalah sama seperti kita. Yesus adalah BAIT ALLAH demikianlah Allah bersemayam/ bertaktha dalam tubuh manusiawi yg di kenali sebagai Yesus dan kemanusiawian Yesus itu sendiri adalah KARAKTER ALLAH dalam bentuk manusia. Yesus adalah ALLAH kerana Allah bertaktha dalam diri Yesus. Seluruh kepenuhan kasih Allah bertakta dalam diri Kristus.
Kenapa Allah mengambil KARAKTER MANUSIA? Kerana yang sedang di pimpin-Nya adalah manusia. Semua ini berlaku kerana Allah menghendaki MANUSIA MAMPU BELAJAR DARI Diri-Nya sendiri ttg penghidupan melalui KARAKTER MANUSIA-NYA iaitu Yesus.

Yesus adalah Allah sendiri yg HADIR DI TENGAH-TENGAH MANUSIA. Juga di kenal dalam alkitab sebagai Adam yang Kedua. Yesus 100% adalah manusia tetapi Roh Allah 100% jugalah yang bersemayam dalam BAIT YANG KUDUS itu iaitu diri-Nya Yesus Kristus. Anak-anak Tuhan di peringatkan dalam Alkitab bahawa "tubuh kita adalah Bait Roh Kudus" dan harus menguduskan tubuh dengan melakukan hal-hal yang murni di depan Allah.

Adam dan Hawa gagal menjaga fungsi BAIT ALLAH kerana mereka menajiskan BAIT ALLAH / TUBUH mereka dengan dosa pelanggaran maka Roh Allah berserta kemuliaan Allah meninggalkan Adam dan Hawa lalu kedua Adam dan Hawa itu terbuka mata dan menjadi makhluk yang PENUH DENGAN SERBA SALAH. Keturunan Adam dan Hawa mewarisi segala serba-serbinya PERSEPSI Adam dan Hawa.

Oleh sebab itu Yesus merupakan peribadi Allah oleh kehendak Allah sendiri datang di tengah-tengah manusia utk menjadi teladan bagi manusia supaya hidup seperti Yesus yang sanggup bertahan dalam penderitaan. Allah tidak ada rahsia ttg penderitaan. Apabila Yesus menderita di salib, segala penderitaan tahap kronik sudah di rasai-Nya dan demikianlah hanya Dia iaitu Yesus yang layak MENGHAKIMI MANUSIA kerana Dia merasai segala keadaan penderitaan manusia dan Dia komitmen berjalan dalam landasan perintah-Nya sendiri sebagai tatapan bagi manusia dan membina standard bagi manusia utk mempertahankan kestiaan kepada-Nya. Orang Kristian setia kepada Tuhan bukan kerana faktor yang lain tetapi mereka setia kerana MENGASIHI TUHAN.

ROH KUDUS
Roh Kudus adalah Allah Pencipta itu sendiri. "Allah tidak saja menyatakan firman-Nya dengan memberi PERINTAH begini dan begitu harus anda buat wahai manusia yang noda dan najis serta menjijikkan, itu dan ini jangan ko buat nanti kamu AKU masukkan kamu ke neraka, yg begitu dan begini tidak di benarkan dilakukan oleh mu wahai manusia yang najis" dan sesudah itu lalu Allah sedang di syurga dan duduk bersenang lenang di syurga menikmati kesenangan-Nya.

Allah kita orang Kristian tak bersikap seperti ini. Allah orang Kristian benar2 menginginkan komunikasi secara peribadi dengan pemercaya-Nya malah mereka ini di sebut "Anak-Anak Ku" demikian Alkitab menyatakannya.

JADI APA YANG TUHAN LAKUKAN UNTUK DAPAT BERSAMA KELUARGA-NYA di DUNIA? SEORANG HAMBA tidak tahu apa yg di lakukan oleh tuannya, tetapi SEORANG ANAK tahu apa yg di rencanakan BAPANYA.Demikianlah orang2 Kristian di berikan pengetahuan ttg rencana Allah buat umat manusia.

BAGAIMANA? Adalah sesatu yg MUSTAHIL kalau Allah yang begitu MAHA DAHSYAT yang tidak ada satupun dari UNSUR-UNSUR LANGIT DAPAT BERTAHAN DI DEPAN HADIR-Nya bersemuka dengan KITA MANUSIA YANG FANA INI. Oleh sebab itu orang-orang Kristian di berikan satu PETUNJUK YG JELAS BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI MEREKA DENGAN TUHAN iaitu MERESPONI ALLAH yang HADIR-NYA dalam ROH KUDUS. ROH KUDUS adalah ALLAH itu sendiri. Roh Kudus adalah HADIR-NYA Allah dalam hidup kita sepanjang hari. Mustahil bagi manusia jika sekiranya sepanjang masa kita menghadap dalam wujud-Nya ALLAH yg penuh dengan kemuliaan-Nya dalam keadaan kita sebagai manusia yang sedang belajar akan KARAKTER ALLAH. Sedangkan api saja pun kita tak mampu hadapinya inikan Tuhan yang lebih dahsyat dari matahari...

So kenapa ada Roh Kudus?

JAWAPANNYA:
ROH KUDUS adalah peribadi Allah itu sendiri. Disebabkan Allah menginginkan komunikasi berlaku dalam setiap diri anak-anak-Nya dengan diri-Nya sendiri maka Allah HADIR SEBAGAI ROH KUDUS yang MAMPU BERBISIK DALAM LUBUK HATI SETIAP MANUSIA YANG MELEMBUTKAN HATI MEREKA dari kehendak ALLAH.

Maka Allah yg lebih dahysat dari matahari dan segala-galanya itu HADIR dalam bentuk hadirat-Nya yg di kenali para anak-anak-Nya sebagai ROH KURUS.

Roh Kudus adalah Allah yg diam bertaktha dalam LUBUK HATI orang2 yg percaya sungguh2 kepada pemberitaan Alkitab. Mereka yang menutup HATI MEREKA KEPADA HADIRAT ALLAH yang HADIR SEBAGAI ROH KUDUS adalah manusia yang TIDAK KENAL ALLAH secara peribadi. Tiada Roh Kudus maka tertutuplah segala hubungan seseorang dengan Allah. Roh Kudus adalah pintu bagi manusia utk membuka tabir syurga. Manusia boleh saja belajar fakta-fakta tentang Allah tetapi di dalam Kristian seseorang yang mengenal ALLAH adalah bukan saja mengetahui fakta-fakta Alkitab tetapi HARUS MENGALAMI KEHADIRAN ALLAH sendiri dalam HATI MEREKA dan itulah ROH KUDUS.

Roh Kudus adalah Allah yang mengetuk-ngetuk pintu hati kita. Roh Kudus adalah Allah sendiri dan ROH KUDUSLAH yang di tolak oleh Lucifer dalam hatinya. Lucifer menutupkan seluruh HATI dan LUBUK HATINYA dari SUARA ALLAH dengan SIKAP MENENTANG KARAKTER ALLAH. Dalam kata lain Lucifer telah membuang hubungan Allah dengan dirinya. Lucifer telah memutuskan hubungannya dengan Tuhan. Lucifer hanya menginginkan BAKAT-BAKAT BESAR yang Allah taruhkan dalam dirinya sedang Allah yang empunya dan sumber segala bakat-bakat itu tidak di jemputnya masuk dalam hati dan dirinya sendiri. Lucifer lupa bahawa dia berasal dari Ex-Nihilo [dari benda yg tiada di wujudkan melalui kata-kata Allah].iLucifer lupa bahawa dari benda yang tiada dia di hasilkan oleh kuasa Firman-Nya. Ramai orang2 Kristian sendiri yang menentang suara dari lubuk hati mereka kerana mereka tidak tahu apa itu TRINITI.

Inilah Triniti yang yang difahami dalam hubungan kita dengan Tuhan. Ini bukanlah satu jawapan tuntas ttg keperibadian Allah secara keseluruhan-Nya kerana Allah adalah misteri namun apabila menyebutkan tentang HUBUNGAN MANUSIA YANG PERCAYA DENGAN ALLAH adalah satu kepincangan jika tidak ada pengenalan TRINITI ini. Hukum ini adalah di fahami oleh keluarga Allah dan hanya keluarga-Nya yang memahami akan hal ini.

Jadi demikianlah Triniti itu adalah ESA tetapi HADIR/HADIRAT ALLAH dalam komunikasi-Nya terhadap umat-Nya hanya dapat di kenali melalui ketiga OKNUM-NYA. lain dari oknum itu adalah bukan HADIR/HADIRAT Allah Pencipta.

Lain dari oknum itu pastilah hadirat dewa2 dan sebagainya. Memang tidak ada masalah dengan Tuhan yg Esa tanpa Oknum tetapi dengan pengetahuan Tuhan yg Esa tanpa Oknum maka hubungan anda secara peribadi tidak dapat di perincikan. Ia umpama Tuhan duduk bersenang lenang di surga dan dari atas sambil memerintah dan mengamat-amati manusia lalu murka dan menghukum begitu dan begini serta menghujankan musibah dan mencipta takdir dengan lelluasa-Nya dari atas. Tetapi tidaklah demikian dalam kristian. Tuhan tetap hadir dengan pengenalan akan diri Allah dalam kehidupan mereka. Tetapi menolak TRITUNGGAL bermakna telah menolak cara Allah berkomunikasi dengan dirinya sendiri dan dengan umat manusia yang lainnya. Kalau kepercayaan kita bahwa Allah itu Esa tanpa oknum itu terlalu asas dan hukum2 Tuhan tidak ada nafas-Nya kerana membuang cara Allah berkomunikasi dengan hati mereka sendiri.

Buat umat-umat Kristian baik dari apapun denominasi Triniti adalah jalan pemecahan segala keluhan hati anda yang sedang melarat dan dalam kebuntuan. triniti adalah hikmat Allah yang luar biasa yang akan memungkinkan berlaku perubahan hidup anda dari jahat kepada baik. fahamilah erti Triniti ini. Triniti adalah cara Allah mengajarkan manusia menyembah DIA dalam tahap yang jauh lebih tinggi dari mana-manapun penyembahan. triniti menjemput anda untuk BERKOMUNIKASI dengan Tuhan dari HATI KE HATI anda. Tiada Triniti maka tiadalah siapa yang mendengar keluhan hati anda. Anda tak harus meraba-raba dalam kegelapan hati sendiri. jemputlah Tuhan dalam hati anda.

[pengajaran asas ttg kristian]
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Yorut_orut » Mon Nov 17, 2008 10:11 am

Umumnya kristian menerimapakai konsep triniti ini. Kita diajar mempercayai bahawa Jesus dan Roh suci adalah setaraf dengan Allah.

Cuba kita pikir-pikirkan hal ini:

1. Matthew 28:18 And Jesus came and spoke to them, saying, All power is given to me in heaven and in earth. Ulasan: Jesus mengakui, Dia diberi kuasa di surga dan di bumi. Mengapa kuasa itu perlu diberi sedangkan dia setaraf dengan Allah?

2. John 14:28 You have heard how I said to you, I go away, and come again to you. If you loved me, you would rejoice, because I said, I go to the Father: for my Father is greater than I.
Ulasan: Jelas Jesus mengatakan bahawa, The Father is greater than Him (Jesus).

Oleh yang demikian konsep triniti masih samar2. Triniti hanya jelas dalam missi penebusan manusia. Walau bagaimanapun triniti itu tidak semestinya sama taraf. Trinity (three entity in one purpose) mudah diterima. Tetapi trinity (three entity to form one God) membingungkan. Lagi pula istilah triniti ini tidak terdapat dalam bible.

Siapakah Jesus sebenarnya? Apakah status Dia? Adakah Dia Allah?

Colossians 1:14 In whom we have redemption through his blood, even the forgiveness of sins:
Colossians 1:15 Who is the image of the invisible God, the firstborn of every creature:
Colossians 1:16 For by him were all things created, that are in heaven, and that are in earth, visible and invisible, whether they be thrones, or dominions, or principalities, or powers: all things were created by him, and for him:
Colossians 1:17 And he is before all things, and by him all things consist.

Ulasan: Kolosi 1:15 jelas mengatakan bahawa Jesus adalah firstborn of every creature!
Ini bererti Jesus sudah ada sebelum penciptaan, sebab Dia adalah ciptaan pertama! Sebagai ciptaan Allah yang pertama, tidak hairanlah jika Jesus terlibat bersama-sama dengan Allah dalam ciptaan seterusnya, termasuk alam semesta, planet bumi, anda dan saya!
Jadi adakah Jesus itu Allah? Bagi saya Jesus itu adalah Tuhan saya, sebab dia terlibat dalam penciptaan, Dia juga telah menebus saya. Walau bagaimanapun Allah Bapa adalah Allah saya.
User avatar
Yorut_orut
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 877
Joined: Wed Jun 18, 2008 9:05 am
Credit in hand: 1.79
Location: sandakan

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bahu » Mon Nov 17, 2008 10:52 am

paling senang difahami beginilah ceritanya.

Jika kamu memahami anatomy manusia, manusia terdiri daripada 3 binaan utama oleh maha pencipta iaitu:
1. Tubuh..........merangkumi tangan, kaki, kepala, salur darah, otak dan sebagainya.
2. Jiwa............merangkumi nyawa anda, cara kita berfikir,
3. Roh.............Roh kita sendiri.

Jika kamu memahami konsep ketiga-tiga itu maka kamu akan memahami juga konsep Trinity.
bahu
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2153
Joined: Fri May 09, 2008 3:19 pm
Credit in hand: 11.94
Location: America U.S

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Yorut_orut » Mon Nov 17, 2008 11:02 am

bahu wrote:paling senang difahami beginilah ceritanya.

Jika kamu memahami anatomy manusia, manusia terdiri daripada 3 binaan utama oleh maha pencipta iaitu:
1. Tubuh..........merangkumi tangan, kaki, kepala, salur darah, otak dan sebagainya.
2. Jiwa............merangkumi nyawa anda, cara kita berfikir,
3. Roh.............Roh kita sendiri.

Jika kamu memahami konsep ketiga-tiga itu maka kamu akan memahami juga konsep Trinity.

Menurut fahaman mr. bahu.. adakah Allah itu tiga entiti dalam satu badan? Atau tiga entiti membentuk satu Allah?
Bahu tidak setuju dengan Kolosi 1:15?
User avatar
Yorut_orut
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 877
Joined: Wed Jun 18, 2008 9:05 am
Credit in hand: 1.79
Location: sandakan

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bushido » Mon Nov 17, 2008 10:39 pm

bangkahak wrote:Umumnya kristian menerimapakai konsep triniti ini. Kita diajar mempercayai bahawa Jesus dan Roh suci adalah setaraf dengan Allah.

Cuba kita pikir-pikirkan hal ini:

1. Matthew 28:18 And Jesus came and spoke to them, saying, All power is given to me in heaven and in earth. Ulasan: Jesus mengakui, Dia diberi kuasa di surga dan di bumi. Mengapa kuasa itu perlu diberi sedangkan dia setaraf dengan Allah?

2. John 14:28 You have heard how I said to you, I go away, and come again to you. If you loved me, you would rejoice, because I said, I go to the Father: for my Father is greater than I.
Ulasan: Jelas Jesus mengatakan bahawa, The Father is greater than Him (Jesus).

Oleh yang demikian konsep triniti masih samar2. Triniti hanya jelas dalam missi penebusan manusia. Walau bagaimanapun triniti itu tidak semestinya sama taraf. Trinity (three entity in one purpose) mudah diterima. Tetapi trinity (three entity to form one God) membingungkan. Lagi pula istilah triniti ini tidak terdapat dalam bible.

Siapakah Jesus sebenarnya? Apakah status Dia? Adakah Dia Allah?

Colossians 1:14 In whom we have redemption through his blood, even the forgiveness of sins:
Colossians 1:15 Who is the image of the invisible God, the firstborn of every creature:
Colossians 1:16 For by him were all things created, that are in heaven, and that are in earth, visible and invisible, whether they be thrones, or dominions, or principalities, or powers: all things were created by him, and for him:
Colossians 1:17 And he is before all things, and by him all things consist.

Ulasan: Kolosi 1:15 jelas mengatakan bahawa Jesus adalah firstborn of every creature!
Ini bererti Jesus sudah ada sebelum penciptaan, sebab Dia adalah ciptaan pertama! Sebagai ciptaan Allah yang pertama, tidak hairanlah jika Jesus terlibat bersama-sama dengan Allah dalam ciptaan seterusnya, termasuk alam semesta, planet bumi, anda dan saya!
Jadi adakah Jesus itu Allah? Bagi saya Jesus itu adalah Tuhan saya, sebab dia terlibat dalam penciptaan, Dia juga telah menebus saya. Walau bagaimanapun Allah Bapa adalah Allah saya.

Perkataan Triniti memang tidak ada dalam Alkitab tetapi Konsep Triniti banyak dalam alkitab. ketika Adam dicitakan Allah sudah menggunakan "baiklah KITA menciptakan manusia......" Silla lihat dalam kejadian.

Triniti ini hanya muncul apabila konsep2 Triniti jelas begitu umum dalam alkitab maka Triniti di gunakan.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bushido » Mon Nov 17, 2008 10:41 pm

bahu wrote:paling senang difahami beginilah ceritanya.

Jika kamu memahami anatomy manusia, manusia terdiri daripada 3 binaan utama oleh maha pencipta iaitu:
1. Tubuh..........merangkumi tangan, kaki, kepala, salur darah, otak dan sebagainya.
2. Jiwa............merangkumi nyawa anda, cara kita berfikir,
3. Roh.............Roh kita sendiri.

Jika kamu memahami konsep ketiga-tiga itu maka kamu akan memahami juga konsep Trinity.

Kalau kamu faham apa yang saya jelaskan diatas ttg triniti maka kamu akan faham sedikit sebanyak ttg Triniti.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bushido » Mon Nov 17, 2008 10:55 pm

Alkitab mengatakan bahwa: "Pada mulanya adalah FIRMAN......"

Yesus merypakan BAIT ALLAH. juga di kenal karakter-Nya sebagai Allah Anak/Yesus/Firman/Bait Allah/Adam yang Kedua.
FIrman adalah Allah itu sendiri. Firman bertindak bagi Allah Yang Mahakuasa itu dalam cara yang sesuai dengan keadaan. Alkitab mengatakan bahawa Allah Pencipta tidak pernah ada siapapun yang melihat-Nya. hanya Dia yang adalah FIRMAN yang juga di kenali sebagai Anak Allah atau Jesus, atau Adam yang Kedua sahaja yang kenal Bapa sebab dia berasal dari Bapa itu sendiri. Firman Allah itu telah menjelma sebagai manusia Yesus. FIRMAN itu adalah HADIRAT ALLAH yang bertindak sesuai keadaan.

Namun akan datang waktunya seperti yang di katakan Alkitab bahawa Allah akan MENYATAKAN DIRI-NYA dalam KEADAAN YANG SEBENAR tidak lagi sebagai FIRMAN melainkan dalam KEMULIAAN-NYA yang PENUH. Alkitab sebutkan hal ini sebagai HARI TUHAN yang membawa makna "hari di mana TUHAN dalam kepenuhan kuasa-Nya akan membuka selubung-Nya. Allah akan membuka wajah-Nya di hadapan seluruh alam dan cakrawala ini. malang sekali kerana pada HARI TUHAN dunia ini tak mampu menampung kuasa Allah. Dunia ini akan koyak seperti kertas kerana tidak mampu menampung KEMULIAAN ALLAH.

Selama ini Tuhan menyatakan KUASA-NYA melalui FIRMAN yang juga dalam perjanjian baru di kenal sebagai Yesus. Melalui Yesus dunia ini mampu menampung kuasa Allah kerana Yesus adalah ALLAH yang karakter-Nya sebagai manusia. Yesus adalah Allah itu sendiri yang MENYEDERHANAKAN DIRI-NYA kepada makhluk yang kerdil dan fana ini. Yesus adalah Firman yang menjadi manusia utk menjadi jalan menuju kembali kepada Allah. Allah melalui diri-Nya sebagai Firman merupakan jalan manusia/segala ciptaan-Nya diatur sesuai dengan keadaan ciptaan-Nya itu.
User avatar
bushido
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2459
Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
Credit in hand: 0.00
Location: Kudat - KL

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bushido » Mon Nov 17, 2008 10:57 pm

Postby Yorut_orut » Tue Nov 18, 2008 8:34 am

bushido wrote:Alkitab mengatakan bahwa: "Pada mulanya adalah FIRMAN......"

Barangkali kenyataan saudara ini merupakan buah fikiran yang bernas tapi bukan kenyataan langsung dari bible. Bagaimana saudara dapat idea yang Yesus itu bait Allah? Sebelum kita lanjutkan..saya ingin ulang soalan saya kepada si bahu.
Pada pahaman saudara, bagaimanakah konsep trinity itu? Adakah 3 person in 1 body (3 unsur dalam satu badan) atau 3 person to form 1 God (3 sekutu menjadi 1 Allah)?
Bukankah Yesus itu berlainan badan dengan Allah Bapa? Roh Kudus itu pula mempunyai tubuh badan kah?
Adakah anda fikir konsep trinity ini benar2 fakta dalam bible atau kita sekadar percaya bulat2 rumusan mereka2 yang terdahulu dari kita?
p/s. Bincang2 saja ya... :grin:
User avatar
Yorut_orut
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 877
Joined: Wed Jun 18, 2008 9:05 am
Credit in hand: 1.79
Location: sandakan

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Salou » Tue Nov 18, 2008 8:44 am

Saudara bushido, saya telah membaca sumbangan pertama kamu tentang Triniti dan saya berterima kasih. Ia lebih padat daripada apa yang saya telah sumbang. Saya akan terus membaca sumbangan kamu. Tidak lupa juga kpd saudara bangkahak dan saudara bahu. Semoga damai berserta kamu semua.
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,319.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Yorut_orut » Tue Nov 18, 2008 10:09 am

salou wrote:Saudara bushido, saya telah membaca sumbangan pertama kamu tentang Triniti dan saya berterima kasih. Ia lebih padat daripada apa yang saya telah sumbang. Saya akan terus membaca sumbangan kamu. Tidak lupa juga kpd saudara bangkahak dan saudara bahu. Semoga damai berserta kamu semua.

Bahu.. kita sama2 mematangkan diri dalam kebenaran.
peace be with you too. :grin:
User avatar
Yorut_orut
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 877
Joined: Wed Jun 18, 2008 9:05 am
Credit in hand: 1.79
Location: sandakan

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby bahu » Tue Nov 18, 2008 1:49 pm

oooooooooooo/.....c bangkahak ndak faham juga kunun. baiklah sebelum pergi lanjut bagus saya kasi tau konsep the mission atau misi atau Visi oleh Allah senddiri.
1. Allah...........tidak seorangpun dapat mengetahui asal-usul sebenarnya. Ia hanya dinyatakan sebagai alfa dan omega atau terawal dan terakhir. misinya sendiri ialah mencipta mahkluk dan segala isi mengikut kemahuannya.

2. Jesus..........misi yang penuh derita. misinya ialah untuk mati dengan mencucurkan darah di tangan manusia sendiri. Tanpa darah macamana manusia diselamatkan dari dosa? Dengan karya sendiri dia sanggup menderita melalui salib (curahan darah) agar manusia dapat menyaksikan sendiri darah tersebut dan percaya bahawa darah itu benar2 mengalir. Darah juga melambangkan nyawa.

3. Rohkudus...........penghiburan yang di janjikan. Ingatlah lagi maksud nama Jesus semasa kelahiran iaitu Immanuel yang bererti Allah beserta kita. Jadi peranan Roh Kudus ada di sini iaitu Ia Menyertai kita kepada yang menerimanya.
bahu
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 2153
Joined: Fri May 09, 2008 3:19 pm
Credit in hand: 11.94
Location: America U.S

Re: Tritunggal Mahakudus (Trinity) concept

Postby Yorut_orut » Tue Nov 18, 2008 6:05 pm

bahu wrote:oooooooooooo/.....c bangkahak ndak faham juga kunun. baiklah sebelum pergi lanjut bagus saya kasi tau konsep the mission atau misi atau Visi oleh Allah senddiri.
1. Allah...........tidak seorangpun dapat mengetahui asal-usul sebenarnya. Ia hanya dinyatakan sebagai alfa dan omega atau terawal dan terakhir. misinya sendiri ialah mencipta mahkluk dan segala isi mengikut kemahuannya.

2. Jesus..........misi yang penuh derita. misinya ialah untuk mati dengan mencucurkan darah di tangan manusia sendiri. Tanpa darah macamana manusia diselamatkan dari dosa? Dengan karya sendiri dia sanggup menderita melalui salib (curahan darah) agar manusia dapat menyaksikan sendiri darah tersebut dan percaya bahawa darah itu benar2 mengalir. Darah juga melambangkan nyawa.

3. Rohkudus...........penghiburan yang di janjikan. Ingatlah lagi maksud nama Jesus semasa kelahiran iaitu Immanuel yang bererti Allah beserta kita. Jadi peranan Roh Kudus ada di sini iaitu Ia Menyertai kita kepada yang menerimanya.

Bagus juga panarangan ko ni bahu. tapi apa yang saya ingin tau (dari fahaman bahu sendiri) ialah mengenai wujud mereka----> Bapa, Anak, dan Roh Kudus<----
Bagaimana kita boleh menganggap mereka ini tiga peribadi (tubuh) jika kita tidak pasti wujud mereka? Adakah penerangan bahu di atas (nombor 1, 2, dan 3) bermaksud Allah itu 3 individu tapi berlainan missi?
Saya juga dibesarkan dengan ajaran bahawa Allah Bapa, Anak, dan Roh Kudus kesemuanya Allah yang sama taraf yang membolehkan mereka dipanggil satu Allah kerana antara mereka tiada perbezaan, boleh digabungkan menjadi satu. (seakan-akan tiga gelas air tulin dimasukkan dalam satu gelas yang lebih beasr menjadi segelas air). Tapi apakah yang diajarkan itu benar2 fakta atau sekadar teori mengenai Allah?
Saya akui bahawa Allah itu misteri tetapi lebih misteri lagi apabila konsep trinity kita jadikan sebagai tunjang kepercayaan... :hmmm:
User avatar
Yorut_orut
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 877
Joined: Wed Jun 18, 2008 9:05 am
Credit in hand: 1.79
Location: sandakan

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Christianity

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.