BUGIS III???

Bincang tentang bahasa & kebudayaan kaum Bajau, Suluk, Lundayeh, Cocos dan sebagainya.

Moderator: Moderators

Re: BUGIS III???

Postby LordArtaxerxes » Thu Nov 26, 2009 7:28 pm

satsuma wrote:berita baru sa terima....bugis di indonesia di wartakan sebagai melayu ...begitu jugak dgn bangsa jawa etc yang lain... :lol2:

patutla Bruce Lee mati.. :slaugh:

Cheers,
LordArtaxerxes
Image
User avatar
LordArtaxerxes
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 392
Joined: Wed Nov 04, 2009 12:28 pm
Credit in hand: 22.95
Location: Location Of The Vouker

Advertisement

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Thu Nov 26, 2009 7:32 pm

LordArtaxerxes wrote:
satsuma wrote:berita baru sa terima....bugis di indonesia di wartakan sebagai melayu ...begitu jugak dgn bangsa jawa etc yang lain... :lol2:

patutla Bruce Lee mati.. :slaugh:

Cheers,
LordArtaxerxes

:slaugh: bruce lee mati bukan karana sa :slaugh:
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby airbus320 » Thu Nov 26, 2009 7:59 pm

LordArtaxerxes wrote:@ airbus320 ,ok,lets look about Datuk Seri Mahathir's background story.
With an Indian father,migrated from southwestern India married with a Malay girl.
I think it is enough to make him as a malaysian citizen.Those bugis,Jawa,indian or whatsoever races their are,were not consider as a Melayu UNLESS they have family relatives on Malay,which are truely malay(the father,the mother,the uncle or whatsoever bullsh*t of them).

If some 1 say,"Hi,I'm jawa and I'm muslims i do have I.C. and that means I'm a malay." but both of his parent are originality from Indonesia,work here for a long time and got those f**ked up so called "penempatan sementara" I.C..What do you think of him?
That what I called exploiting other races.jawa are jawa and bugis are bugis.Its not the same.Same goes to Chinese and Indian.

Ok,i have question for you,and all of the SF forum readers.Maybe you'll say this out of topic but lets just answer it.Which 1 of these are correct.
Tunku or Tengku.
Please answer refering to your own knowledge and not based on other source.

-and for the red font,I know you understand what thats mean.
And again,critics or opinion are wellcome. :thumbup1:


The issue isn't if mahathir or badawi should or shouldn't be malaysian citizens. The issue you brought up is who qualifies as a "malay."

You are confusing the issue of illegals getting PR/MYCARDS/CITIZENSHIP with the question of who is a malay.

Yes, people who have gotten their citizenship through devious means should not be getting bumi status. I think thats what many sabahans are angry about and its been going on since before you were born. I know that for a fact.

But, the reality of politics and socio-standings of the present moment is, whoever is a malaysian citizen, and is muslim, qualifies to call himself a malay. That is a fact. And you can argue about it till the cows come home but that won't change, no matter how much it bothers you or me.

I know MANY sabahans who shouldn't have bumi status..but they do have it...but there is no point bitching and complaining about it because nothing is going to change. The government simply is not interested in anyone questioning "who is malay and who isn't" and how some people got their citizenship and automatic bumi status because it is not in their best interest to do so.

Plus, lets be honest, the demographics of voting has shifted dramatically in the last 20 years; gone are the days when the votes for State elections were decided by the KDM and Chinese votes. Now, we are all wondering who the "malays" will vote for because, from a population of 1.8 million-2 million in the late 80s, our population is now well past 3 million in Sabah alone.

A lot of sabahans must have made a LOT of babies in the space of 15-20 years for the population to shoot up past 1.2 million new "sabahans."

:)

As far as the question on tengku and so forth, can't comment. I don't know enough about it to give a credible comment.

But as far as the topic is concerned, urang bugis memang juga urang sabah....bukan semua PTI.

:lol2:
Last edited by airbus320 on Fri Nov 27, 2009 11:18 pm, edited 1 time in total.
User avatar
airbus320
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 4681
Joined: Tue Mar 01, 2005 8:21 pm
Credit in hand: 0.00

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Thu Nov 26, 2009 9:19 pm

:lol2: sebenarnya ia isu imigresen :lol2: ...tiba2 ko report di sini :roll: lari dari tajuk asal :slaugh: .... ic palsu dan ic projek tu... jalan senang pemimpin minta sokongan...macam di kampung pedalaman di kalabakan..kata bapak sa dulu waktu dia karaja di sana ...dia ngan ketua kg satu kapala..jadi ketua kg tu sakap macam begini...kalau time malaysia pilihanraya durang vote la sini...kalau time pilihanraya di kalimantan durang pigi la sana tu kalimantan..begitulah..dia sakap..:hmmm: ...ish (kenapa plak aku masuk komen bab2 imigresen sini bukannya aku buat ic projek/ic palsu pun) :hmmm: ..
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby MERDEKA » Fri Nov 27, 2009 10:12 pm

bila sebut Bugis org akan terfikir...

1) PTI.
2) Rajin berusaha .
3) Pandai simpan duit .
4) Berdikari .berusaha sendiri tak suka makan gaji.
5) kuat berugama (islam/kristian)

“…naia riasengage’ to warrani maperengnge narekko moloio roppo-roppo ri laommu, rewekko paimeng sappa laleng molai”

Maksud terjemahannya : Yang disebut orang berani ialah yang kuat dan unggul bertahan, Jikalau engkau menghadapi rintangan berat yang engkau tak dapat lalui atau atasi, kembalilah memikirkan jalan atau cara untuk mengatasinya.

tak hairan kalau org bugis di benci dan di dengki.....oleh kawan dan lawan...

Peribahasa di atas cukup mengambarkan betapa unggul nya budaya Bugis ....
MERDEKA
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 694
Joined: Sun Feb 08, 2009 7:34 pm
Credit in hand: 61.93
Bank: 0.00

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Sat Nov 28, 2009 12:53 am

:lol2: masalah orang di sabah ialah... kita terlalu taksub dengan budaya masing2 hingga kadang2 kita lupa peranan kita sebagai warganegara sabah... itu jak... isu ic palsu etc ni sebenarnya suah lama di perkatakan oleh rakyat di tawau...tapi masalahnya ia bukan tugas rakyat...malahan kami sebagai rakyat tawau banyak kali mengalami masalah kecurian...tetapi kadang2 ada kita yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan mereka..

sa sebagai manusia ....mengharapkan isu ni di bawa kepada kerajaan tempatan... jika isu ini di kaitkan dengan bangsa atau suku...ia akan merumitkan lagi keadaan..... cubalah anda fikirkan...rusuhan kaum 16 mei 1963....tidakkah kita memikirkan???....

bugis adalah bangsaku..adalah amat berbangga bagiku jika aku dilahirkan dalam suku ini... setiap ahli atau mereka yang berbangsa patut gembira dengan asal usul mereka...tetapi janganlah sampai melampaui batas sehingga anda mengatakan kaum lain adalah lemah...sa tidak menafikan ada bangsa yang unggul di sabah selain bugis..tetapi sa amat marah sekali jika bangsaku di ejek atau di perlekehkan etc...

tidakkah suku/bangsa kaum itu mengajar kita agar bersopan santun terhadap bangsa lain...racistm...akan menyebabkan kita menjadi ahli neraka.. :hmmm:
tanyalah ustaz2 di luar sana.. kenapa sa bercakap sedemikian... :hmmm:
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby MERDEKA » Sat Nov 28, 2009 8:50 pm

Post by satsuma » Sat Nov 28, 2009 12:53 am
:lol2: masalah orang di sabah ialah... kita terlalu taksub dengan budaya masing2 hingga kadang2 kita lupa peranan kita sebagai warganegara sabah...
................................................
setuju .

kalau sebangsa sudah ada jurang apalagi bukan sebangsa ....

" we all sabahan.....1963 "
MERDEKA
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 694
Joined: Sun Feb 08, 2009 7:34 pm
Credit in hand: 61.93
Bank: 0.00

Re: BUGIS III???

Postby zul_collectionz » Sun Nov 29, 2009 9:21 am

Maaf ya. ini bukan soal taksub dengan bangsa masing2...
ini kerana pemikiran masyarakt itu sendiri.....
cuba berfikiran matang, terbuka, menerima perubahan,rajin berusaha, sentiasa berlumba merebut peluang, kuat kan pendidikan agama, berfikiran moden, berfikiran positif.
Perkhidmatan Printing / Embroidery / Jersey / T.Shirt / Topi / 1 malaysia produk dll klik di bawah :-
http://rayyanwk.wordpress.com/
zul_collectionz
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 750
Joined: Wed Jul 29, 2009 11:18 pm
Credit in hand: 41.57
Location: Kelana Jaya

Re: BUGIS III???

Postby LordArtaxerxes » Sun Nov 29, 2009 5:37 pm

zul_collectionz wrote:Maaf ya. ini bukan soal taksub dengan bangsa masing2...
ini kerana pemikiran masyarakt itu sendiri.....
cuba berfikiran matang, terbuka, menerima perubahan,rajin berusaha, sentiasa berlumba merebut peluang, kuat kan pendidikan agama, berfikiran moden, berfikiran positif.

:slaugh: bila sy tingu ni ayat trus sy fikir lain2.. :slaugh:

Cheers,
LordArtaxerxes
Image
User avatar
LordArtaxerxes
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 392
Joined: Wed Nov 04, 2009 12:28 pm
Credit in hand: 22.95
Location: Location Of The Vouker

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Sun Nov 29, 2009 10:29 pm

zul_collectionz wrote:Maaf ya. ini bukan soal taksub dengan bangsa masing2...
ini kerana pemikiran masyarakt itu sendiri.....
cuba berfikiran matang, terbuka, menerima perubahan,rajin berusaha, sentiasa berlumba merebut peluang, kuat kan pendidikan agama, berfikiran moden, berfikiran positif.


ya betul....tapi ada yang terlalu taksub juak la.. :slaugh:

kita perlukan pendedahan lebih banyak tentang kaum lain...terutama dari segi makanan dan adat istiadat..kita mau tahu dorang punya cara hidup...etc...jika teda sapa mau kaji....maka permusuhan akan berlaku tanpa sebab..


apapun rakyat tetap perlukan perubahan drastik,pemimpin berwibawa (bukan macam sekarang),kesatuan tanpa mengira bangsa,hormat menghormati budaya kaum lain dan agama orang lain, serta etc.....
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Mon Nov 30, 2009 3:09 pm

sa tertanya tanya..adakah bugis ni asal dari china... :hmmm: ...sebab ada 1 tempat/ daerah di sulawesi di namakan cina...yang jelas bagi sa,kerajaan china dan bugis pada masa dahulu memang ada keakraban yang kuat terutama dalam bidang perdagangan sutera dan rempah ratus ... :shakehead:


sa juga tertanya tanya.. kenapa.... bugis = pasir....
jika di lihat pada pemikiran akal .... adakah orang bugis dari tanah arab???? yang di gelar musafir...??? :hmmm:


sa juga tetanya tanya...kitab lagaligo..epik terpanjang dan tertua di dunia dan di katakan ia wujud sebelum adanya mahabarata..begitu juga di katakan tulisan bugis adalah di kalangan tulisan tertua di dunia... :hmmm:

sebenarnya jika seseorang yang benar2 mendalami bangsa bugis... dia akan dapati.. bugis juga ada fengshui dan pantang larang yang mengikut logic dan pengalaman orang2 tua...contoh tarikh kasi keluar kereta/kenderaan etc....bugis juga ada kalender bugis seperti jawa...yang di buat oleh 7 wali bone kalau ndak silap sa...

dan dalam pembinaan rumah kenapa ia sangat mementingkan fengshui...iaitu 3 bahagian bumi - kita (manusia/kehidupan)- langit

jika seseorang mendalami ilmu pengetahuan dan cara hidup bangsa ini..mungkin pada pandangan mereka bahawa bugis ini terlalu mistik/misteri... :hmmm:

s
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby arimaya » Sat Dec 05, 2009 12:49 am

Hai, aku di sini sandakan, Ba...aku ini kalo di ingat ada juga darah bugis wajo dari moyang sebelah bapa ku yang dulu datang ke sini disekitar abad ke-16 tapi bekawin sama urang sungai tapi kan dalam surat beranak sama ic ku ndada tercatit bangsa bugis, yang tercatit bangsa sungai saja, cuma dorang sepupuku saja yang di tawau yang ada pakai bangsa bugis. critanya begini kununya selepas era konfrontasi indonesia vs, malaysia ada ura-ura kerajaan malaysia masa itu mau mengantar pulang semua warga indonesia balik ke negara asal maka beliau2 waktu itu sibuklah menukar kewarganegaraan menjadi bumiputera sabah. Tapi kan yang aku tau, aku adalah mewakili pribumi bumiputera sabah sebab aku lahir dan dibesarkan dilinkungan masyarakat kaum sungai, sudah ndada identiti bugis biar sedikitpun, bayangkanlah generasi kami sudah mencapai 7-8 generasi dan adalah merupakan generasi yang mengamalkan kebudayaan dan tradisi suku-kaum sungai. Ini bah aku ada cuna-cuba bikin blog, bulilah kita kongsi2kan bersama untuk betukar-tukar pendapat & pengetahuan, kunjungi ;- http://arimaya-suarasabah.blogspot.com/ ... an-di.html
arimaya
 
Posts: 6
Joined: Fri Dec 04, 2009 11:20 pm
Credit in hand: 0.00

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Sun Dec 06, 2009 12:31 am

arimaya wrote:Hai, aku di sini sandakan, Ba...aku ini kalo di ingat ada juga darah bugis wajo dari moyang sebelah bapa ku yang dulu datang ke sini disekitar abad ke-16 tapi bekawin sama urang sungai tapi kan dalam surat beranak sama ic ku ndada tercatit bangsa bugis, yang tercatit bangsa sungai saja, cuma dorang sepupuku saja yang di tawau yang ada pakai bangsa bugis. critanya begini kununya selepas era konfrontasi indonesia vs, malaysia ada ura-ura kerajaan malaysia masa itu mau mengantar pulang semua warga indonesia balik ke negara asal maka beliau2 waktu itu sibuklah menukar kewarganegaraan menjadi bumiputera sabah. Tapi kan yang aku tau, aku adalah mewakili pribumi bumiputera sabah sebab aku lahir dan dibesarkan dilinkungan masyarakat kaum sungai, sudah ndada identiti bugis biar sedikitpun, bayangkanlah generasi kami sudah mencapai 7-8 generasi dan adalah merupakan generasi yang mengamalkan kebudayaan dan tradisi suku-kaum sungai. Ini bah aku ada cuna-cuba bikin blog, bulilah kita kongsi2kan bersama untuk betukar-tukar pendapat & pengetahuan, kunjungi ;- http://arimaya-suarasabah.blogspot.com/ ... an-di.html




entahlah .... tanya orang2 tua bugis dahulu di bahagian sana.... cuba tanya nenek2 (samada peribumi atau tidak) kenapa confrontation tu gagal di sabah :biggrin: kemudian kamu tahu jawapannya :thumbup1:
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Sun Dec 06, 2009 1:46 am

saya tetarik dengan blog ini..
http://baharzai.blogspot.com/2009_11_01_archive.html

Perihal Manuskrip Bugis dan Jam Matahari

...menurut blog kawan sa...
SEMINAR Etnomatematik Rumpun Melayu Siri 3 membongkar kekuatan bangsa Melayu dalam kajian sainstifik ilmu falak, pelayaran dan mantik, berlangsung sejak abad ke-16 seiring dengan perkembangan di Eropah.

Pegawai Sains Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia (USM), Nor Azam Mat Noor, menjelaskan bahawa dalam dunia hari ini, pemanduan arah falak dapat ditakrifkan berdasarkan koordinat yang diberikan oleh satelit Sistem Kedudukan Global (GPS).
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

Re: BUGIS III???

Postby encik kacang » Sun Dec 06, 2009 2:09 am

sejarah....orang di katakan sombong dan munafik jika lupa atau melupakan sejarah nya sendiri..
tiba2 sa tertarik dengan artikel ini...jadi sa post di sini hanya untuk renungan saudara2 yang lain....ini adalah copy paste dari sini..sa cuma nak kongsi ilmu.. ;-)
apa yang baik di jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...
http://utusanrasul.tblog.com/archive/2006/06/
Syeikh Abdul bashir mata buta tetapi memandang dengan hati

BUTA mata tidak menghalang seseorang melakukan pelbagai aktiviti. Yang diriwayatkan dalam artikel ini ialah seorang ulama yang buta mata kepalanya, tetapi mata hatinya tetap memandang. Beliau berkemampuan menghasilkan penulisan kitab dan pada masa yang lain beliau juga sanggup mengajar murid-muridnya memahami kitab terutama hasil penulisan gurunya, Syeikh Yusuf Taj al-Khalwati al-Mankatsi.

Beliau juga merupakan ulama yang berasal dari tanah Bugis, Sulawesi Selatan, seperti gurunya Syeikh Yusuf yang sangat terkenal itu. Nama lengkap yang digunakan pada mukadimah salinan Daqaiq al-Asrar ialah asy-Syeikh Abu al-Fathi Abu Yahya Abdul Bashir adh-Dhariri.

Pertama kali saya mengesan nama ulama Bugis yang diriwayatkan ini adalah daripada manuskrip Daqaiq al-Asrar karya beliau yang merupakan koleksi peribadi saya sendiri. Hingga tahun 1980, riwayat hidup ringkasnya hanya terdapat dalam buku Dari Perbendaharaan Lama karangan Buya Hamka terbitan Firma Madju, Medan, 1963. Tanpa perbandingan yang banyak lalu saya muat juga dalam buku Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-Tokohnya di Nusantara terbitan Al-Ikhlas, Surabaya, 1980. Walaupun riwayat Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi (guru beliau) telah banyak ditulis orang namun maklumat tentang Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri masih sukar dirujuk.

Setakat ini nampaknya yang agak panjang hanyalah ditulis oleh Abu Hamid, seorang sarjana yang berasal dari tanah Bugis dalam buku berjudul Syeikh Yusuf Makassar Seorang Ulama, Sufi dan Pejuang terbitan Yayasan Obor Indonesia, 1994. Karya Buya Hamka dan karya Bapak Abu Hamid tersebut sangat banyak memberi pertolongan ketika saya menyusun riwayat ini sebagai melengkapi bahan-bahan rujukan karya Syeikh ‘Abdul Bashir adh-Dhariri.

Sebelum membicarakan hal-hal lainnya terlebih dulu di bawah ini saya petik tulisan Buya Hamka. Katanya: “Setelah diberinya ijazah kepada beberapa orang muridnya di antaranya Syeikh Nuruddin Abu al-Fatah Abdul Bashir adh-Dhariri (buta) ar-Rafani (Orang Rapang, Bugis) dan muridnya pula Abdul Qadir Maraeng Majeneng, maka minta izinlah dia meninggalkan Makasar, meskipun bagaimana ditahani, tidak mau ditahan lagi. Berangkatlah dia ke Bantam! Sebab di sana banyak pula muridnya yang telah pernah belajar kepadanya tatkala dia di Makkah.”

Pada nota kaki dalam buku yang sama Buya Hamka mengulas lebih jauh bahawa “adalah buta, sebab itu dihujunginya nama ‘adh-Dharir’.” Tetapi diberi dia nama oleh gurunya Abdul Bashir (hamba daripada yang maha melihat) dan diberi gelar ‘Abu al-Fatah’ yang ertinya orang yang terbuka hatinya dan diberi pula gelar kemuliaan ‘Syeikh Nuruddin’, ertinya Tuan Syeikh Cahaya Agama. ‘Ar-Rafani’ ertinya orang Rapang, sebuah kota kecil di pedalaman Bugis iaitu kira-kira 40 km dari Kota Parepare sekarang, demikian menurut Buya Hamka.

Kalau benar apa yang ditulis oleh Buya Hamka itu bahawa murid Syeikh Yusuf itu adalah buta, ia merupakan suatu perkara yang aneh pada zaman itu kerana orang yang dikatakan buta itu juga meninggalkan karangan, sebuah kitab sufi yang berjudul Daqaiqul Asrar.

Sungguhpun demikian pada zaman kita sekarang tidaklah menjadi aneh lagi kerana dalam sejarah memang terdapat beberapa orang pengarang Islam yang matanya buta. Bahkan orang yang buta ramai yang berfungsi menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan hidupnya dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Khalifah Khalwatiyah

Setelah kita menyemak karangan Buya Hamka seperti tertera di atas, untuk penyelidikan lanjut kita semak pula tulisan Bapak Abu Hamid dalam buku Syeikh Yusuf Makassar Seorang Ulama, Sufi dan Pejuang. Beliau menulis: “Sumber-sumber lontarak pula menyebutkan bahawa yang sudah ikut dalam jajaran ulama tasawuf membuka pengajian dalam Masjid al-Haram.

“Ia dikenal sebagai Ulama Jawi dan beberapa jemaah haji dari Indonesia (Hindia Belanda) pernah berguru padanya. Seorang muridnya dari Sulawesi Selatan yang bernama Abdul Fathi Abdul Bashir adh-Dharir pernah berguru kepadanya di Mekah dan bertemu lagi di Banten, kemudian diberi lagi amanah dan sebagai ‘khalifah’ untuk menyebarkan tarekat Khalwatiyah di Sulawesi Selatan.”

Abdul Bashir lebih dikenal dengan gelaran Tuang Rappang I Wodi, sedangkan di Gowa sering disebut sehetta (syeikh kita) (hlm. 94). Pada halaman lain Bapak Abu Hamid menulis, “Tuang Rappang dikahwinkan oleh Syeikh Yusuf dengan seorang gadis Banten.”

Tuang Rappang merupakan seorang buta, dia mencintai isterinya dan dicintai pula. Perjalanannya kembali ke Gowa bersama isterinya memakai sebuah perahu kecil, sesudah dia diberi ijazah tarekat dan amanah untuk mengajarkan Thariqat Khalwatiyah di Gowa oleh Syeikh Yusuf (hlm. 136). Menurut Bapak Abu Hamid, setelah beberapa tahun Syeikh Abu al-Fathi Abdul Bashir Tuang Rappang mengajar dan menyebarkan Thariqat Khalwatiyah, beliau mengangkat pula seorang guru, Abdul Qadir Karaeng Majanng, Mangkubumi Kerajaan Gowa pada masa Raja I Mallawagau, Sultan Abdul Khaer (1735 - 1737 M). Menurut Bapak Abu Hamid juga menyebut bahawa Khalifah Khalwatiyah dilanjutkan kepada Muhammad Abdul Wahid ibnu Abdul Ghaffar al-Makassari.

Bapak Abu Hamid membahagi dua aliran Thariqat Khalwatiyah di Sulawesi Selatan. Yang pertama ialah Thariqat Khalwatiyah Yusuf yang disebarkan oleh Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri, murid Syeikh Muhammad Yusuf Abul Muhasim ibnu Abdullah Khaidir Tajul Khalwati al-Makassari, wafat tahun 1699 M (hlm. 52). Yang beliau maksudkan dengan Abdullah Khaidir ialah ayah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati.

Sekian banyak buku mengenai ulama tersebut tetapi yang mengukuhkan, membahas dan banyak menyebut nama ayah Syeikh Yusuf ialah Abdullah Khaidir hanya Bapak Abu Hamid. Maklumat ini juga satu penyelesaian kebuntuan ilmiah yang berjalan sudah begitu lama. Selanjutnya Bapak Abu Hamid menyebut bahawa “Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri, lazim disebut Tuang Rappang.”

Satu lagi ialah Thariqat Khalwatiyah Samman yang disebarkan oleh Syeikh Abdul Munir Syamsul Arifin, murid Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Thariqat Khalwatiyah Samman mulai masuk di Sulawesi Selatan tahun 1204 H/1820 M (hlm. 51-52). Di sini juga perlu diperbetulkan. Tahun 1204 H adalah bersamaan tahun 1789 M ataupun 1790 M.

Thariqat Khalwatiyah-Sammaniyah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani, guru kepada Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Mengenai ini dapat dirujuk kepada karya-karya ulama yang berasal dari Palembang itu.

Penulisan

Syeikh Abdul Bashir Adh-Dhariri kemungkinan menghasilkan beberapa buah karangan tentang ilmu tasawuf, tetapi dalam koleksi saya hanya terdapat sebuah. Yang ada pada saya masih dalam bentuk salinan manuskrip, ditulis dalam bahasa Arab. Judul lengkapnya ialah Daqaiq al-Asrar fi Tahqiq Qawa'id as-Sirriyah. Nama penyalin ialah Abu Bakar, Khatib Bone, yang berkedudukan di Negeri Palakka. Selesai melakukan penyalinan pada waktu Dhuha, hari Rabu, 9 Zulkaedah 1233 H/10 September 1818 M.

Asy-Syeikh Abu al-Fath Abu Yahya Abdul Bashir adh-Dhariri menjelaskan bahawa dikarangnya kitab itu adalah sebagai peringatan atas putera saudaranya yang dikatakan mempunyai kemegahan, yang mempunyai keagungan namanya ialah Sultan Idris al-Mudarris al-Buni (Bone, Bugis).

Pada pembukaan kitab pengarangnya menyebutkan bahawa kitabnya itu membicarakan tentang “tawajjuh, muraqabah, musyahadah, muhadharah dan mu’ayanah” iaitu jalan bagi Ahlillah al-‘Arifin daripada golongan Ahlil Kasyaf dan Zauq. Beliau menjelaskan pula tentang beberapa kalimat pada kadar yang mudah bagi menghampirkan kefahaman dan menghuraikan isyarat-isyarat dan menjelaskan ibarat-ibarat.

Pertama sekali yang dibicarakan ialah tentang istilah ‘tawajjuh’. Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri menggunakan hujah ayat al-Quran, yang maksudnya bahawa “Maka di mana saja kamu memalingkan pandangan maka di sana kamu mengenali Allah.” Beliau beri pengertian, yang terjemahan maksudnya, adalah “Wajib kamu i'tiqadkan firman tersebut, bahawa Allah Taala berada di mana saja kamu hadapkan mukamu, sama saja sama ada kamu berasa dekat kepada-Nya dan kamu menjauhkan diri daripada-Nya.”

Sesudah memberi pengertian tentang ‘muraqabah’ dan ‘musyahadah’, Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri menjelaskan pengertian ‘muhadharah’. Menurut beliau, “Kehadiran hati (qalbi, pen:) pada Hadhrat Allah Azza Wa Jalla pada pandangan syuhud dan wijdannya dengan terangkat hijab. Ketika itu tiadalah hijab (satu dinding, pen:) yang mengantarai antaranya dan Allah.”

Dilanjutkan pula dengan ‘mu’ayanah&rs quo; yang ditakrifkan “Fana seseorang hamba akan dirinya, sifatnya, perbuatannya, dan semua hal-halnya kerana nyata Allah Taala atasnya dan telah sebati dengan tajalli baginya.”

Yang dimaksudkan dengan kalimat ini pada pandangan ahli akidah yang bukan sufi adalah benar-benar kenal kepada Allah dengan memperhatikan alam yang dijadikan oleh Allah. Tidak kecuali sama ada alam sufliyi mahupun alam 'alawiyi. Sama ada alam shaghir (alam kecil) mahupun alam kabir (alam besar).

Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri menyambung kalimat di atas bahawa “Maka pada ketika itu, tiadalah ia memandang di mana, tiada dari mana, tiada bila, dan tiada kepada....” Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri menyebut perkataan ahli sufi yang demikian akan beliau bicarakan pada waktu yang lain.

Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri menegaskan bahawa “Tiada sempurna sembahyang seseorang melainkan dengan ilmu, ma’rifah, dan i’tiqad yang tsabit pada zahir dan batin.”

Ditegaskan lagi bahawa “Sesungguhnya semata-mata berpegang dengan zahir sahaja adalah hampa dan kurang pahala. Dan semata-mata berpegang dengan batin adalah batal, tiada sah.”

Masih dalam bahasan bahagian ini, Syeikh Abdul Bashir adh-Dhariri memberi perbandingan bahawa “Sebagaimana manusia, tiadalah dinamakan manusia, melainkan dengan roh. Tiadalah semata-mata jasad dengan ketiadaan roh. Demikian sebaliknya tiadalah semata-mata roh saja tanpa jasad. Kesempurnaan salah satu daripada kedua-duanya dengan ada yang lain. Dan kekurangan salah satu daripada keduaduanya dengan ketiadaan yang lain. Demikianlah sembahyang jika semata-mata zahir adalah seperti qias manusia berdiri ataupun duduk ketiadaan roh.

Kandungan kitab Daqaiq al-Asrar adalah sangat mendalam, selain yang tersebut di atas ia juga membicarakan percakapan antara hamba dengan Allah ketika membaca Al-Fatihah dan hingga selesai sembahyang.

Di dalamnya mengupas juga pembahagian Qiblat ada empat, iaitu pertama dinamakan ‘Qiblat Amal’, kedua ‘Qiblat Ilmi’, ketiga ‘Qiblat Asrar’, dan keempat ‘Qiblat Tawajjuh’. Semuanya dikupas secara mendalam.





Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
User avatar
encik kacang
Respected SF Veteran
Respected SF Veteran
 
Posts: 25690
Joined: Sun Sep 06, 2009 5:47 am
Credit in hand: 306.32
Bank: 10,278.04
Location: jalan kebun dalam kebun sebelah kilang

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Bajau & Other Races

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there are 2 users online :: 0 registered, 0 hidden and 2 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.