Asal Usul Kaum Suluk / Tausug
Moderator: Moderators
Asal Usul Kaum Suluk / Tausug
Lihat http://www.asreemoro.com untuk info lanjut.
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu".
Orang Tausug hingga hari ini masih menjadi pelarian samada di Sulu atau di Sabah kerana tidak mengakui ketuanan Filipina keatas Negara mereka Sulu. Mereka saban tahun memerangi Kerajaan Filipina kerana menganggap diri mereka dipencil dan dianiaya oleh kerajaan Filipina hingga hari ini.
Ramai yang tak tahu asal-usul orang Tausug ini termasuk orang-orang Tausug sendiri. Siapakah mereka dan dari mana mereka datang?
Kaum Tausug atau Suluk adalah majoriti di kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Tausug atau Suluk berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Mereka berhijrah ke kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.
Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung.
Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (sbt. Holo).
Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul.
Orang Banjar pula berasal dari Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.
Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di Indochina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1]
Suku kaum Tausug juga punya beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga ada terdapat dalam bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.
Asal usul istilah Tausug
Tausug berasal dari dua suku kata “Tau” (sbt Ta’u) bermaksud “orang” dan “Sug” bermaksud “Arus”. “Orang Arus” maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Bahkan sebahagiannya menjalankan aktiviti di luar kawalan iaitu aktiviti pelanunan di sekitar perairan Laut Sulu hingga ke Laut Sulawesi dan Laut China Selatan. Maka jelaslah asal gelaran “Orang Arus” itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka.
Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah “Tau Maisug”. “Maisug” bermaksud pemberani iaitu “Orang Yang Berani”. Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengistiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran “Juramentado” (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.
“Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara “keagamaan” dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga”
Asal usul istilah Suluk
Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab.
Pertama: Perkataan “Suluk” terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk.[3]
Kedua: Perkataan ‘Suluk’ berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya.[4]
Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah swt al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah swt. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata.
Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para syeikh yang arif billah. Para syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata:
“..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orang-orang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.[5]
Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.

-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
Advertisement
..................................
Last edited by KiCkOutPTI on Fri Feb 08, 2008 9:34 pm, edited 1 time in total.
- KiCkOutPTI
- Peminat Setia SF

- Posts: 653
- Joined: Thu Sep 14, 2006 2:55 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Detroit
bro..
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
Encik_Ikan wrote:bro..

nak tanya, kaum smua itu adakah PTI yang skarang di sabah?
-

William_D'Conqueror - Teman SF

- Posts: 1144
- Joined: Tue Mar 20, 2007 12:00 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: Labuan F.T
William_D'Conquer wrote:Encik_Ikan wrote:bro..
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
nak tanya, kaum smua itu adakah PTI yang skarang di sabah?
Kaum semua yang apa & mana satu Will? Soalan anda tidak jelas & ada niat untuk mempersendakan sesuatu kaum etnik di Sabah.
Be specific, pls..
-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
mempersendakan apa pula. kau ini teramat sensitif sangat lah. orang mau tanya kau jawap saja lah.lagi satu kau pun kena spesifik juga. etnik apa yang kau maksudkan di sabah? local kah atau PTI?Encik_Ikan wrote:William_D'Conquer wrote:Encik_Ikan wrote:bro..
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
nak tanya, kaum smua itu adakah PTI yang skarang di sabah?
Kaum semua yang apa & mana satu Will? Soalan anda tidak jelas & ada niat untuk mempersendakan sesuatu kaum etnik di Sabah.
Be specific, pls..

-

alphawaves - Peminat Setia SF

- Posts: 692
- Joined: Thu Jun 28, 2007 8:30 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: -Somewhere-
bro,
baca dan fahami dulu posting kami sebelum ko mo join reply..
aku tgh tuggu jwpn c will ttg "semua kaum itu"... so.. ko duduk diam2 dulu k.. thanx alot
p/s: obviously etnik yang aku maksudkan adalah yang local (yang disalah anggap sebagai pti) & NOT pti...
baca dan fahami dulu posting kami sebelum ko mo join reply..
aku tgh tuggu jwpn c will ttg "semua kaum itu"... so.. ko duduk diam2 dulu k.. thanx alot
p/s: obviously etnik yang aku maksudkan adalah yang local (yang disalah anggap sebagai pti) & NOT pti...
-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
apalah ko ni en.ikan, ko jawab sajalah soalan si will itu. adakah kaum itu semua adalah pti ataupun tidak. jika jawaban adalah tidak, cuba cerita serba sedikit pasal sejarah kaum2 tersebut di sabah..
umum mengetahui, tun mustapa itu adalah org suluk yg bertanggungjawab memasukkan sabah ke malaysia..cuba cerita kenapa dia buat mcm tu..adakah dia mo menjadi org suluk pertama yg diagung2kan setiap etnik di sabah dgn memegang jawatan tuan yg terutama yg pertama di sabah..tapi sebenarnya beliau silap, mungkin beliau tidak mempelajari sejarah di zamannya (mungkin kerana kekurangan bahan rujukan sejarah utk dibaca)..beliau mungkin lupa bahawa kesultanan sulu pernah memerintah di sabah beratus tahun lamanya..justeru, beliau bukanlah merupakan org suluk yg pertama menjadi tuan yg terutama pertama di sabah..namun kita kenang jasa beliau sbg pemimpin yg dikenali sbg bapa kemerdekaan dan bapa pembangunan sabah.
jadi? adakah tun mustapha adalah dari kaum pti? uncle dia mat salleh yg berperang mati-matian melawan penjajah, adakah juga kaum pti? ini yg saya baca di buku sejarah di sekolah menengah..
actually, en.ikan, kamu kena bersikap rasional apabila menjawab setiap persoalan yg diutarakan kepada anda. berdasarkan fakta2 sejarah, memang diakui anda adalah benar, tetapi, anda seharusnya bijak menggunakan fakta2 sejarah tersebut utk meningkatkan malah memajukan kaum anda sendiri. anda juga bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan kaum anda jika anda bersikap racist..tetapi jika anda bersikap bangsa malaysia, jgnlah anda melayan malah menghirau racist2 yg lain. sebab fakta sejarah membuktikan race anda adalah yg terbilang di sabah, sbb tidak pernah juga kita dengar laut dusun, laut sabah, laut rungus, laut bajau, laut melayu, laut kadajan, laut (namakan setiap etnik di sabah)..penamaan laut merupakan pengiktirafan kemahsyuran dan kegagahan setiap negara dan kaum. Laut Sulu segagah Laut CIna Selatan apabila ia menyaingi didalam pesempadanan peta dunia.
Jadi, secara peribadi, tiada guna anda memperjuangkan sesuatu jikalau fakta sejarah bulat2 mengatakan kebenaran anda. Berfikirlah. Gunakan masa yg ada utk memperjuangkan bangsa malaysia secara total.
Anda faham maksud saya?

kabunnalan - Posts: 57
- Joined: Sun Nov 11, 2007 5:04 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: Kota Kinabalu
-

alphawaves - Peminat Setia SF

- Posts: 692
- Joined: Thu Jun 28, 2007 8:30 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: -Somewhere-
............................
Last edited by KiCkOutPTI on Fri Feb 08, 2008 9:35 pm, edited 1 time in total.
- KiCkOutPTI
- Peminat Setia SF

- Posts: 653
- Joined: Thu Sep 14, 2006 2:55 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Detroit
Encik_Ikan wrote:William_D'Conquer wrote:Encik_Ikan wrote:bro..
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
nak tanya, kaum smua itu adakah PTI yang skarang di sabah?
Kaum semua yang apa & mana satu Will? Soalan anda tidak jelas & ada niat untuk mempersendakan sesuatu kaum etnik di Sabah.
Be specific, pls..
takan ko inda paham maksud sa "semua kaum itu"? ko kan tau thread ini apa title nya....soalan bonus
-

William_D'Conqueror - Teman SF

- Posts: 1144
- Joined: Tue Mar 20, 2007 12:00 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: Labuan F.T
will, tambah OR dalam nama ko. Broken english phrase tu nama ko..bikin malu saja tu..bagus ko ubah sblm en.ikan sedar yg ko trip mo jadi kaum org putih walaupun ada nama dlm bahasa ibunda sendiri.
alphawaves,
KiCkOutPTI lebih matang daripada ko.
En.Ikan,
ada kurang OR dalam nama si will. Kutuk dia cepat for being org london wannabe. Betul kata si will tu, dia merujuk pada title thread ni..tidak perlu suda specific. Mungkin ko ada jawaban yg lebih spesifik daripada soalan yg kabur2.
To all, jgn panas2. Mesti lebih berhemah di dalam menyampaikan fakta masing2.
alphawaves,
KiCkOutPTI lebih matang daripada ko.
En.Ikan,
ada kurang OR dalam nama si will. Kutuk dia cepat for being org london wannabe. Betul kata si will tu, dia merujuk pada title thread ni..tidak perlu suda specific. Mungkin ko ada jawaban yg lebih spesifik daripada soalan yg kabur2.
To all, jgn panas2. Mesti lebih berhemah di dalam menyampaikan fakta masing2.
-

kabunnalan - Posts: 57
- Joined: Sun Nov 11, 2007 5:04 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: Kota Kinabalu
kabunnalan wrote:apalah ko ni en.ikan, ko jawab sajalah soalan si will itu. adakah kaum itu semua adalah pti ataupun tidak. jika jawaban adalah tidak, cuba cerita serba sedikit pasal sejarah kaum2 tersebut di sabah..
umum mengetahui, tun mustapa itu adalah org suluk yg bertanggungjawab memasukkan sabah ke malaysia..cuba cerita kenapa dia buat mcm tu..adakah dia mo menjadi org suluk pertama yg diagung2kan setiap etnik di sabah dgn memegang jawatan tuan yg terutama yg pertama di sabah..tapi sebenarnya beliau silap, mungkin beliau tidak mempelajari sejarah di zamannya (mungkin kerana kekurangan bahan rujukan sejarah utk dibaca)..beliau mungkin lupa bahawa kesultanan sulu pernah memerintah di sabah beratus tahun lamanya..justeru, beliau bukanlah merupakan org suluk yg pertama menjadi tuan yg terutama pertama di sabah..namun kita kenang jasa beliau sbg pemimpin yg dikenali sbg bapa kemerdekaan dan bapa pembangunan sabah.
jadi? adakah tun mustapha adalah dari kaum pti? uncle dia mat salleh yg berperang mati-matian melawan penjajah, adakah juga kaum pti? ini yg saya baca di buku sejarah di sekolah menengah..
actually, en.ikan, kamu kena bersikap rasional apabila menjawab setiap persoalan yg diutarakan kepada anda. berdasarkan fakta2 sejarah, memang diakui anda adalah benar, tetapi, anda seharusnya bijak menggunakan fakta2 sejarah tersebut utk meningkatkan malah memajukan kaum anda sendiri. anda juga bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan kaum anda jika anda bersikap racist..tetapi jika anda bersikap bangsa malaysia, jgnlah anda melayan malah menghirau racist2 yg lain. sebab fakta sejarah membuktikan race anda adalah yg terbilang di sabah, sbb tidak pernah juga kita dengar laut dusun, laut sabah, laut rungus, laut bajau, laut melayu, laut kadajan, laut (namakan setiap etnik di sabah)..penamaan laut merupakan pengiktirafan kemahsyuran dan kegagahan setiap negara dan kaum. Laut Sulu segagah Laut CIna Selatan apabila ia menyaingi didalam pesempadanan peta dunia.
Jadi, secara peribadi, tiada guna anda memperjuangkan sesuatu jikalau fakta sejarah bulat2 mengatakan kebenaran anda. Berfikirlah. Gunakan masa yg ada utk memperjuangkan bangsa malaysia secara total.
Anda faham maksud saya?
Saya tak setuju kalau Kesultanan Sulu pernah memerintah di sabah? Kami tak pernah di perintahkan sejak dahulu pun. Apakah konsep pemerintahan yang Kesultanan Sulu buat di Sabah?
Buku-buku sejarah semuanya satu cerita PALSU. Orang Sulu dahulu datang ke Sabah bukan memerintah tetapi bertukar HASIL PERTANIAN. Tetapi dalam diam-diam mereka mengaku mereka MEMERINTAH BORNEO. Bukti pentadbiran di mana? Apa sistem penjajah n Kesultanan Sulu di Sabah? Apakah tanda-tanda dan buktinya?
Apa yg pasti Kesultanan Sulu menjual Sabah kepada British pada hal tak pernah memerintah pun. Mereka minta bayar british sebab mereka tak ada hasil pencarian selepas itu kerana hasil-hasil ekonomi Sabah akan di ambil british.
Dahulunya kalau orang Sulu datang Sabah mereka mana boleh menembusi pantai-pantai pun. Mereka hanya berlabuh di pantai dan membuat perjanjian dengan Penjaga pantai (dari kaum tempatan) dan disitulah mereka bertukar barangan sistem barter.
dalam sejarah semuanya adalah penipuan dan pemalsuan sejarah. buku pendidikan Malaysia adalah palsu. British hanya lah mementingkan diri sendiri kerana baginya wang yang dia bayar dgn kesultanan sulu dan brunei baru berapa saja...
Pernahkah anda dengar bukit suluk, gunung suluk, lembah suluk, sawah sulu, sawah tausug? Mereka tak pernah naik darat utk memerintahkan sabah. Dalam buku-buku ada lah mereka katakan sedemikian tetapi apa buktinya campurtangan sulu dalam sistem borneo utara?
Ketika mat salleh ke ranau-tambunan ia melarikan diri di sana kerana tiada tempat yang dapat dia tembusi di pantai-pantai marudu, kudat dan pitas? semua orang memburunya baik tempatan mahupun birtish kerana mat salleh pernah menyerang orang tempatan. Sarif osman pun sama.. dia membuka kawasan KONOPUAN MOGKORUDU kata asal KOTA MARUDU ialah Konopuan MOGKORUDU (sebuah kawasan lapang yg di tinggalkan orang Momogun kerana tiada orang tinggal selama beberapa lamanya apabila berlaku pertarungan SINDAAT antara Rungus Matunggong dan Rungus Bandau. SINDAAT adalah sejenis ilmu hitam kaum tempatan di mana Aki Sook melancarkan SINDAAT MOGKORUDU (sesiapa saja yang berkabung atas kematian ahli keluarga akan mati serta-merta dan haiwan ternak dan tanaman menjadi layu dan kering).
Di sebabkan perang ilmu hitam itu Kota Marudu mendapat namanya dari perkataan Momogun (MARUDU=MOGKORUDU = MERATAP )
Dan Sarif Osman tidak puas hati dengan dgn pedagang dari Brunei lalu menyerang pedagang brunei dan perkampungan orang Rungus. Aki Kolzobon (penjaga pantai orang rungus di bandau) menghalau Sarif osman dgn satu vision ttg kekalahannya kerana menghina orang tempatan menyebabkan dia tersumpah sendirinya di tempat itu.
Sarif Osman melarikan diri ke Pulau gaya selepas mendengar british, brunei (di ketuai Ta Bai atau Tok Lebai) dan orang tempatan bandau juga akan membunuhnya.
Last edited by bushido on Tue Nov 13, 2007 12:02 pm, edited 1 time in total.
-

bushido - Teman Setia SF

- Posts: 2459
- Joined: Thu Nov 02, 2006 3:35 pm
- Credit in hand: 0.00

- Location: Kudat - KL
William_D'Conquer wrote:Encik_Ikan wrote:William_D'Conquer wrote:Encik_Ikan wrote:bro..
tausug & suluk adalah satu dan sama... ramai yang tidak tahu @ keliru akan hal ini.
mungkin yang anda maksudkan "tausug" di semporna itu adalah kaum bajau semporna di mana bahasa dan intonasi mereka adalah berlainan sama sekali dengan bahasa tausug @ suluk.
nak tanya, kaum smua itu adakah PTI yang skarang di sabah?
Kaum semua yang apa & mana satu Will? Soalan anda tidak jelas & ada niat untuk mempersendakan sesuatu kaum etnik di Sabah.
Be specific, pls..
takan ko inda paham maksud sa "semua kaum itu"? ko kan tau thread ini apa title nya....soalan bonus
Good Will..
For ur info, thread ini hanya ada satu kaum iaitu Tausug atau lebih dikenali sebagai Suluk. Seperti yang telah termaktub dalam status Anak Negeri Sabah, kaum Suluk adalah salah satu kaum ETNIK di Sabah as per se.
Anda boleh merujuk Borang Akaun Anak Negeri Sabah di mana perkataan kaum "Suluk" berada di list yang paling atas sekali mendahului kaum-kaum yang lain di negeri Sabah ini.
Tetapi sayang, pada masa kini.. terdapat banyak kekeliruan tentang tuduhan kaum Suluk menjadi PTI sedangkan PTI-PTI tersebut bukanlah Suluk Tulen tetapi hanya mengaku sebagai orang Suluk yang mana telah menjejaskan nama baik Suluk selama ini.
Perlu diketahui umum disini bahawa kaum Suluk yang pernah menjadi kaum pemerintah Borneo ini bukanlah PTI atau pendatang haram kerana mereka telah pun berada di sini sebelum Kemerdekaan Malaysia lagi, atau lebih jelas lagi sejak zaman Kesultanan Sulu lagi.
p/s: Kabunnalan, tentang nick wannabe c Will tu.. No Comment...
Last edited by Encik_Ikan on Tue Nov 13, 2007 12:00 pm, edited 1 time in total.
-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
bushido wrote:kabunnalan wrote:apalah ko ni en.ikan, ko jawab sajalah soalan si will itu. adakah kaum itu semua adalah pti ataupun tidak. jika jawaban adalah tidak, cuba cerita serba sedikit pasal sejarah kaum2 tersebut di sabah..
umum mengetahui, tun mustapa itu adalah org suluk yg bertanggungjawab memasukkan sabah ke malaysia..cuba cerita kenapa dia buat mcm tu..adakah dia mo menjadi org suluk pertama yg diagung2kan setiap etnik di sabah dgn memegang jawatan tuan yg terutama yg pertama di sabah..tapi sebenarnya beliau silap, mungkin beliau tidak mempelajari sejarah di zamannya (mungkin kerana kekurangan bahan rujukan sejarah utk dibaca)..beliau mungkin lupa bahawa kesultanan sulu pernah memerintah di sabah beratus tahun lamanya..justeru, beliau bukanlah merupakan org suluk yg pertama menjadi tuan yg terutama pertama di sabah..namun kita kenang jasa beliau sbg pemimpin yg dikenali sbg bapa kemerdekaan dan bapa pembangunan sabah.
jadi? adakah tun mustapha adalah dari kaum pti? uncle dia mat salleh yg berperang mati-matian melawan penjajah, adakah juga kaum pti? ini yg saya baca di buku sejarah di sekolah menengah..
actually, en.ikan, kamu kena bersikap rasional apabila menjawab setiap persoalan yg diutarakan kepada anda. berdasarkan fakta2 sejarah, memang diakui anda adalah benar, tetapi, anda seharusnya bijak menggunakan fakta2 sejarah tersebut utk meningkatkan malah memajukan kaum anda sendiri. anda juga bertanggungjawab mengembalikan kegemilangan kaum anda jika anda bersikap racist..tetapi jika anda bersikap bangsa malaysia, jgnlah anda melayan malah menghirau racist2 yg lain. sebab fakta sejarah membuktikan race anda adalah yg terbilang di sabah, sbb tidak pernah juga kita dengar laut dusun, laut sabah, laut rungus, laut bajau, laut melayu, laut kadajan, laut (namakan setiap etnik di sabah)..penamaan laut merupakan pengiktirafan kemahsyuran dan kegagahan setiap negara dan kaum. Laut Sulu segagah Laut CIna Selatan apabila ia menyaingi didalam pesempadanan peta dunia.
Jadi, secara peribadi, tiada guna anda memperjuangkan sesuatu jikalau fakta sejarah bulat2 mengatakan kebenaran anda. Berfikirlah. Gunakan masa yg ada utk memperjuangkan bangsa malaysia secara total.
Anda faham maksud saya?
Saya tak setuju kalau Kesultanan Sulu pernah memerintah di sabah? Kami tak pernah di perintahkan sejak dahulu pun. Apakah konsep pemerintahan yang Kesultanan Sulu buat di Sabah?
Buku-buku sejarah semuanya satu cerita PALSU. Orang Sulu dahulu datang ke Sabah bukan memerintah tetapi bertukar HASIL PERTANIAN. Tetapi dalam diam-diam mereka mengaku mereka MEMERINTAH BORNEO
. Bukti pentadbiran di mana? Apa sistem penjajah n Kesultanan Sulu di Sabah? Apakah tanda-tanda dan buktinya?
Apa yg pasti Kesultanan Sulu menjual Sabah kepada British pada hal tak pernah memerintah pun. Mereka minta bayar british sebab mereka tak ada hasil pencarian selepas itu kerana hasil-hasil ekonomi Sabah akan di ambil british.
Dahulunya kalau orang Sulu datang Sabah mereka mana boleh menembusi pantai-pantai pun. Mereka hanya berlabuh di pantai dan membuat perjanjian dengan Penjaga pantai (dari kaum tempatan) dan disitulah mereka bertukar barangan sistem barter.
dalam sejarah semuanya adalah penipuan dan pemalsuan sejarah. buku pendidikan Malaysia adalah palsu. British hanya lah mementingkan diri sendiri kerana baginya wang yang dia bayar dgn kesultanan sulu dan brunei baru berapa saja...
Bro Boshido,
Sekiranya kita berbincang tentang SEJARAH.. Adalah lebih baik disertakan sekali fakta, bukti & rujukan (samada di web2, jurnal, buku sejarah, etc..) untuk mengukuhkan lagi hujah kita. Bukannya dengan membuat tuduhan/hujahan yang tidak berasas sama sekali.
Oleh itu, sila buat research atau kumpulkan fakta & bukti2 ko dulu untuk mengukuhkan pendapat ko.. thanx alot bro..
Last edited by Encik_Ikan on Tue Nov 13, 2007 12:10 pm, edited 2 times in total.
-

Encik_Ikan - Orang Baru

- Posts: 103
- Joined: Sun Nov 11, 2007 11:24 am
- Credit in hand: 0.00

- Location: Jiran Tun Dr Mahathir
-
- Similar topics
- Replies
- Views
- Author
-
- ASAL USUL KAUM BANJAR
in Bajau & Other Races - 8
- 2976
- by takz999
Mon Nov 12, 2007 11:08 am
- ASAL USUL KAUM BANJAR
-
- Asal Usul Kaum Bugis Di Sabah
in Bajau & Other Races - 135
- 13977
- by bugisabah
Mon Jan 07, 2008 2:09 pm
- Asal Usul Kaum Bugis Di Sabah
-
- Asal Usul Kaum Bajao / Bajau
in Bajau & Other Races - 0
- 3380
- by Encik_Ikan
Sun Nov 11, 2007 1:23 pm
- Asal Usul Kaum Bajao / Bajau
-
- ASAL USUL KARAMBUNAI
in Tempat Saya - 332
- 22493
- by anaksemut
Thu Mar 13, 2008 9:40 am
- ASAL USUL KARAMBUNAI
-
- Asal-Usul Penampang
in Tempat Saya - 13
- 2021
- by Besi_Karusani
Wed Nov 03, 2010 11:20 pm
- Asal-Usul Penampang
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest