Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Tempat bincang isu-isu berkaitan dengan matematik, geography, astronomi dan segala-gala yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Moderator: Moderators

Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Ilmi_arishta » Tue May 19, 2009 9:40 am

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.
________________________________________
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini
2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
3. Mempunyai kemahiran komputer
< mempunyai dan>
4. Tekun dan bekerja keras
5. Mempunyai keinginan untuk berjaya
6. Seorang yang dinamik
7. Dapat bekerja secara berkumpulan
Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
________________________________________
Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.
Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.
________________________________________
Syarat melanjutkan pengajian
Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.
Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.
Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.
Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.
Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.

Petikan daripada:

http://www.usm.my/education/kaunseling/ ... RUTERA.doc
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Advertisement

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Tue May 19, 2009 9:42 am

Sia mmg minat bidang ni dan ada exeperience suda di SM.

Tp di Sabah ni belum ada lg...kejam :cry:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Tue May 19, 2009 11:10 am

tiada yg mo join the club ka.

ba mari share pengalaman kita sama knowledge ba.

bagus ba ni brg dibuat olih si geng ni.

ILMU UNTUK SEMUA :grin:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby JrTadukPolod » Tue May 19, 2009 1:05 pm

sy pun minat ni bidang..
sy dlm bidang kejuruteraan geologi..
sabah banyak mineral bagus, malangnya telampau banyak yg x bulih kalau d sabah..
isu alam sekitar lah, tanah rizab lah, kos lah.. :shakehead:
JrTadukPolod
Orang Biasa Saja Saya Ini
User avatar
JrTadukPolod
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1411
Joined: Mon Oct 13, 2008 4:40 pm
Credit in hand: 50.20
Bank: 0.00
Location: Kalau Bukan Di Ranau Atau Keningau, Saya Berada Di KK

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Ilmi_arishta » Wed May 20, 2009 11:01 am

Pernah suatu masa dahulu bekas Ketua Menetri kita Datuk Osu Sukam mengatakan sabah memerlukan 70,000 jurutera untuk persediaan menuju kearah Wawasan 2020. So apa lagi geng, promotlah anak2 buah kitani. Saya masuk kategori ayam pencen sudah...tapi hati masih muda. Mau belajar lagi ni... :clap2:
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Wed May 20, 2009 11:10 am

Ba jgn ko risau...sa suda start didik diurg ni :thumbup1:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby JrTadukPolod » Wed May 20, 2009 11:56 am

Sabah byk young engineers tp salary pay rate d sabah ‘murah’ ba. Tu la ramai yg p SM.
JrTadukPolod
Orang Biasa Saja Saya Ini
User avatar
JrTadukPolod
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1411
Joined: Mon Oct 13, 2008 4:40 pm
Credit in hand: 50.20
Bank: 0.00
Location: Kalau Bukan Di Ranau Atau Keningau, Saya Berada Di KK

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Ilmi_arishta » Wed May 20, 2009 12:16 pm

Kalau gaji murah pun janganlah jadi halangan, cuba dulu baru tahu. Mungkin kita bulih jadikan Sabah pengeluar lulusan jurutera yang berdikari dan inovatif. Kita mulakan dari tanah dan hasil keluarga dulu. Sekarang ni menurut maklumat yang saya terima, peruntukan kerajaan untuk projek berasaskan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal tidak pernah disentuh sejak merdeka lagi. Sebab tiada anak watan sabah yang mampu membina perusahaan sendiri dalam bidang itu. Kalau kerja-kerja begitu hanya lulusan jurutera mekanikal dan elektrikal saja yang boleh. Cubalah memohon lesen kelas A dan cuba masuk tender kerajaan. Jangan sampai masa nanti semua projek kita tidak berpeluang langsung sebab kita tidak sedar keuntungan yang bakal kita terima. Ada sampai jutaan ringgit dan semuanya bukan anak tempatan sabah yang dapat. Ini maklumat yang saya dapat kongsikan.
"Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi, jalan kebenaran indah terbentang didepan matamu para pejuang" : Kumpulan Zikr
User avatar
Ilmi_arishta
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 774
Joined: Thu Mar 26, 2009 4:05 pm
Credit in hand: 41.00

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Wed May 20, 2009 12:23 pm

Tiada yg berani ba...klu ada sa sukung juga ni :thumbup1:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby captain planet » Wed May 20, 2009 3:39 pm

saya mengambil bacelor kejuruteraan kimia dan pengkhususan saya adalah dalam alam sekitar....
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Wed May 20, 2009 3:41 pm

captain planet wrote:saya mengambil bacelor kejuruteraan kimia dan pengkhususan saya adalah dalam alam sekitar....

U mana bus :hmmm:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby captain planet » Wed May 20, 2009 3:47 pm

the great never never land universe city...UPM Sir dunk...
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Wed May 20, 2009 3:55 pm

Ba tq la...sa salah urg mengkali...igt kwn sa
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby captain planet » Wed May 20, 2009 4:02 pm

biasalah tue...saya pun ramai kawan2...ramai yang sudah lost contact....nama pun kadang2 saya ndak berapa ingat sudah...biasalah tua2 nie...macam nie la..
Image
International Master Mas Hafizulhelmi Agus Abdul Rahman
SAYA BALIK KAMPUNG!!!
User avatar
captain planet
Teman SF
Teman SF
 
Posts: 1625
Joined: Thu Oct 23, 2008 8:53 am
Credit in hand: 15.25
Bank: 10,018.88
Location: Kuala Lumpur KL

Re: Adakah Kejuruteraan Pilihan Anda

Postby Suffian » Wed May 20, 2009 4:04 pm

Sa Civil majoring environmental engineering :mrgreen:
Easy, miss. I've got you.

Image
User avatar
Suffian
Veteran SF
Veteran SF
 
Posts: 9931
Joined: Sun Mar 15, 2009 5:34 pm
Credit in hand: 642.17
Bank: 10,083.37
Location: Krypton

Next

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Astronomy, Geography, Mathematics, Science & Technology

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.