TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Tempat bincang isu-isu berkaitan dengan matematik, geography, astronomi dan segala-gala yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

Moderator: Moderators

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Rockstar » Fri May 15, 2009 5:32 pm

betul... sistem buoy ni dikawal of bahagian siesmologi amaran awal meteorological m'sia.. dan dipantau 24 jam.. so don't worry kawasan pantai yg dipercayai berpotensi dilanda tsunami akan di pasang siren..bila tsunami dikesan siren ini dibunyikan...
User avatar
Rockstar
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 954
Joined: Wed Dec 17, 2008 9:36 am
Credit in hand: 0.00

Advertisement

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby nelayanlautdalam » Fri May 15, 2009 7:29 pm

kalo tsunami melanda kk, ko rasa sampai mana tu air ah? buli sampai menggatal/telipok?? atau bndaraya kk saja yg kena??
nelayan laut dalam
User avatar
nelayanlautdalam
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 492
Joined: Wed May 13, 2009 2:10 am
Credit in hand: 7.19

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Salou » Fri May 15, 2009 8:52 pm

nelayanlautdalam wrote:kalo tsunami melanda kk, ko rasa sampai mana tu air ah? buli sampai menggatal/telipok?? atau bndaraya kk saja yg kena??

Kalau andaikata sistem pengesan tsunami gagal, agak sukar bagi mengesan kedatangan tsunami andaikata tsunami sudah terbentuk di Layt China Selatan. Ketinggian KK dari paras laut adalah lebihkurang 3m (10 kaki). Dengan mengambil kira worst case scenarionya seperti yang pernah direkod di Aceh iaitu tsunami dengan ketinggian 30 kaki maka seluruh KK akan ditenggelami air kecuali kawasan tinngi seperti Signal Hill dan bangunan-bangunan tinggi. Ini merupakan satu kemusnahan yang besar skalanya. Apa-apapun kalau keadaan laut nampak ganjil dan menjadi surut, alamat tsunami sedang mendatang tu
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby nelayanlautdalam » Fri May 15, 2009 9:06 pm

salou wrote:

adeh worst case scenario ni tenggelam abis la rmah beliau aku di kk.. paling senang kasi sedia tu life jacket/vest bah kan? at least kalo ada tsunami pon.. masih buli timbul.. but have to deal of the tsunami force juga.. adeh.. paling senang pindah pegi ranau, tambunan.. :slaugh:
nelayan laut dalam
User avatar
nelayanlautdalam
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 492
Joined: Wed May 13, 2009 2:10 am
Credit in hand: 7.19

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Salou » Sat May 16, 2009 2:34 pm

nelayanlautdalam
adeh worst case scenario ni tenggelam abis la rmah beliau aku di kk.. paling senang kasi sedia tu life jacket/vest bah kan? at least kalo ada tsunami pon.. masih buli timbul.. but have to deal of the tsunami force juga.. adeh.. paling senang pindah pegi ranau, tambunan.. :slaugh:

Kalau amaran diterima during peak hours di KK susah mau escape dengan kenderaan kecuali pergi ke tempat-tempat tinggi sahaja dengan berlari
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Salou » Sun May 17, 2009 6:45 am

Tsunami tidak boleh dielakkan atau diramal dengan tepat.

Sistem yang digunakan sekarang dapat membuat permonitoran secara berterusan di mana sensor-sensor dapat mengesan perubahan tekanan di dasar laut. Peralatan ini dilabuhkan dan letak pada pelampung (buoys). Sensors pada alat ini akan memonitor tekanan air di dasar laut secara berterusan.

Biasanya perairan laut di kawasan pantai akan beransur-ansur surut sebelum ombak tsunami sampai. Kawasan perairan pantai yang cetek itu boleh mencapai beberapa ratus meter ke laut.

Semasa kejadian tsunami pada 26.12.2004, ramai pengunjung pantai telah menerokai kawasan cetek ini untuk menyiasat. Kebanyakan dari mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri dan mati apabila tsunami datang secara mengejut.

Kawasan-kawasan yang berisiko tinggi biasanya dipasang dengan sistem amaran ini untuk mengesan tsunami serta amaran kepada penduduk sebelum ombak tsunami sampai ke daratan.

Di negara-negara seperti Amerika Syarikat barat papan-papan tanda amaran dipasang di mana telah ditetapkan laluan-laluan daratan tertentu untuk menyelamatkan diri.

Pacific Tsunami Warning System berpusat di Honolulu dan memantau aktiviti sesimik di kawasan Pasifik. Kebanyakan zon-zon subduksi di kawasan pasifik adalah aktif secara sesimik (seismically active). Walaupun demikian bukan semua gempa bumi akan menyebabkan tsunami. Dalam hal ini komputer akan digunakan bagi membantu menganalisa risiko-risiko kejadian tsunami disebabkan gempa bumi.

Berikutan dengan kejadian tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004 itu semua negara-negara dan United Nations Disaster Mitigation Committee telah mengambil inisiatif dengan memasang sistem amaran tsunami di Lautan Hindi termasuklah juga negara kita Malaysia.
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Salou » Mon May 18, 2009 8:23 pm

Aduh sungguh menggerunkan!

tsunami pic2.jpg
tsunami pic2.jpg (45.39 KiB) Viewed 640 times

SOURCE: http://livesaildie.com/files/2007/04/tsunami-wave.jpg
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby nelayanlautdalam » Mon May 18, 2009 8:54 pm

tsunami ni mcm ko punya worst nitemare jak ni liau??? hopefully we wont see this big wave tsunami in sabah.. so devastating ni kalo hit kk..
nelayan laut dalam
User avatar
nelayanlautdalam
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 492
Joined: Wed May 13, 2009 2:10 am
Credit in hand: 7.19

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby sumbiling » Mon May 18, 2009 10:23 pm

tanda-tanda saintifik kedatangan tsunami sudah dijelaskan. saya ingin berkongsi cerita dari sudut yang lain pula. dalam kunjungan saya ke bali pada penghujung tahun lepas, saya sempat mendengar satu cerita daripada seorang wanita bali yang menjalankan perusahaan membuat dan menjual barangan perak di sebuah kampung di kawasan Celuk. semasa saya dan ibu saya sedang tawar-menawar dengannya, cerita mengenai tsunami yang melanda acheh tiba-tiba timbul.

menurut wanita itu, beberapa hari sebelum datangnya tsunami, semua pura (disebut sebagai pu-re) iaitu kuil tempat mereka bersembahyang telah ditandai dengan satu tanda putih yang berbentuk seperti pangkah. tanda-tanda itu juga turut kelihatan di rumah-rumah ibadat lain seperti masjid dan gereja di seluruh bali tetapi bukan semua.

mereka yang melihat perkara itu tahu itu adalah alamat sesuatu yang buruk akan berlaku dan mereka dapat mengagak bahawa itu adalah tsunami. sejurus selepas mengetahui hal itu, satu upacara sembahyang untuk memindahkan bala ( istilah yang digunakan oleh wanita tersebut) telah dilakukan di Pura Besakih yang terletak di lereng Gunung Agung iaitu sebuah gunung berapi aktif yang paling akhir meletus pada tahun 1963. Pura Besakih adalah kuil yang paling penting bagi masyarakat Hindu di bali. Kuil ini juga digelar sebagai The Mother Tample of Besakih.

beberapa hari kemudian, satu tsunami besar telah melanda Acheh yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. menurut wanita itu, yang air matanya tiba-tiba mengalir semasa menceritakan peristiwa itu, tsunami itu sepatutanya berlaku di bali dan bali pasti akan hancur kalau musibah itu terjadi. setelah kejadian itu berlaku tanda putih pada pura-pura di sana hilang dengan sendirinya.
User avatar
sumbiling
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 305
Joined: Sun Feb 17, 2008 3:48 am
Credit in hand: 0.00
Location: kuala lumpur, kota kinabalu, kota belud

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Salou » Tue May 19, 2009 8:27 pm

sumbiling wrote:tanda-tanda saintifik kedatangan tsunami sudah dijelaskan. saya ingin berkongsi cerita dari sudut yang lain pula. dalam kunjungan saya ke bali pada penghujung tahun lepas, saya sempat mendengar satu cerita daripada seorang wanita bali yang menjalankan perusahaan membuat dan menjual barangan perak di sebuah kampung di kawasan Celuk. semasa saya dan ibu saya sedang tawar-menawar dengannya, cerita mengenai tsunami yang melanda acheh tiba-tiba timbul.

Sebelum ini pernahkah kejadian ini (tanda pangkah) itu terjadi pada masa dahulu dan diikuti dengan kejadian tsunami di Bali? Ianya mungkin dapat dijelaskan mengikut teori kebarangkalian matematik, saya tidak pasti
User avatar
Salou
Global Mod
Global Mod
 
Posts: 11986
Joined: Sat Sep 13, 2008 9:18 am
Credit in hand: 53.99
Bank: 10,309.76
Location: Kota Kinabalu & Penampang, Sabah

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby sumbiling » Thu May 21, 2009 1:50 am

menurut wanita itu, sebelum sesuatu malapetaka itu berlaku akan ada petandanya dan upacara akan dijalankan untuk menjauhkannya. amalan ini telah wujud sejak lama dulu. amaran itu bukan sahaja untuk tsunami tetapi juga untuk malapetaka-malapetaka lain.
User avatar
sumbiling
Peminat SF
Peminat SF
 
Posts: 305
Joined: Sun Feb 17, 2008 3:48 am
Credit in hand: 0.00
Location: kuala lumpur, kota kinabalu, kota belud

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Kutu-Air » Thu May 21, 2009 4:05 am

salou wrote:
Suffian wrote:Just develop sistem yg sedia ada skrg.

Boya yg ada ditengah laut bulih mengesan dengan serta merta samaada tsunami terjadi atau tidak...info itu akan dihantar ke bilik kawalan dan bilik kawalan akan menghantar amaran kepada kawasan2 yg berdekatan.

Letak seja stesen penerima tu dikawasan tumpuan org ramai.

Kawasan penduduk, pihak kerajaanlah yang sepatutnya mengeluarkan budget utk barang tersebut.

Kawasan pelancong, pihak pengusaha wajib menyediakan dan menanggung kos tersebut bagi menjamin keselamatan pelanggannya.

Sistem ini sethau saya tidaklah mahal kerana ia melibat sebuah stesen kecil yang mempunyai siren berlandaskan sistem gps yg menerima info dari menara kawalan utama.

Sistem ni memang efektif dan terbukti meramal kejadian tsunami dan sebab itulah kerajaan Malaysia sanggup berbelanja jutaan ringgit memasang alat ini di perairan Malaysia.

Hmmm... 2 very contradicting statement here... :hmmm:

But I think you're both right. The sistem is cheap to purchase, but M'sian govt will spend millions anyway so some millions would accidentally fall inside certain people's pocket.

:lol2: :lol2: :lol2: i'm being blinded for my hatred towards the govt. Thousand apologies to forumers... asal ada peluang jak aku ni hantam gomen. tidak bagi chan..
Happiness is like peeing in your pants... Everyone can see it but only you can feel the warmth.
User avatar
Kutu-Air
Peminat Setia SF
Peminat Setia SF
 
Posts: 689
Joined: Fri Feb 20, 2009 11:02 pm
Credit in hand: 14.54
Location: Sembulan, Kota Kinabalu

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Allker » Fri May 29, 2009 12:07 am

Kalau sia tidak silap, teori geologi mengatakan sebenarnya air laut tsunami yg sampai ke pantai adalah halaju minimum tsunami tersebut..paling laju kalau dari tempat tsunami itu bermula...erm, so adanya sistem keselamatan semulajai seperti hutan paya bakau atau pun mgkn juga faktor geologi seperti kawasan teluk ka(kalau sia tidak silap), banyak membantu dalam mengurangkan kesan kerosakan akibat Tsunami...tapi tak kan lah kita setiap pantai di Malaysia ni kita mo tanam bakau kan.. :hmmm:
tutti fratelli-All man are brothers
User avatar
Allker
Orang Kuat SF
Orang Kuat SF
 
Posts: 5181
Joined: Wed Apr 09, 2008 8:26 pm
Credit in hand: 47.09
Bank: 10,503.01
Location: Kota Marudu-KL

Re: TANDA-TANDA KEDATANGAN TSUNAMI!

Postby Guest8716 » Fri May 29, 2009 1:26 am

kutu air...

betul tu ko sakap...

ada komisen sama tu tukang sain projek...lepas tu masuk lagi poket pigi pegawai pegawai jabatan kaji cuaca...pastu masuk lagi tu duit pigi tempat pengusaha..mcm mcm la..

kali sia pun ada komisen ni...sebagai org yg tau tu duit pigi mana....ko pun kutu air..patut kana bagi duit..supaya tia kasi tau urg...

tsunami?better fikir psl safety first...pigi pantai pun sikijap sikijap ja...lain masa pigi mandi sungai
I Walk Alone...No Need To Accompany me
User avatar
Guest8716
Teman Setia SF
Teman Setia SF
 
Posts: 3228
Joined: Mon Mar 23, 2009 5:17 pm
Credit in hand: 0.00

PreviousNext

  • Similar topics
    Replies
    Views
    Author

Return to Astronomy, Geography, Mathematics, Science & Technology

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

Ads

User Menu

Login Form

Style switcher

Who is online

In total there is 1 user online :: 0 registered, 0 hidden and 1 guest (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 210 on Thu Jul 12, 2012 11:58 pm

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
Copyright © 2004-2012 SabahForum.com. All Rights Reserved.